BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tesla Model Y Baharu Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM 195K

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Selepas sebulan pengumuman global Tesla Model Y dengan rekaan yang dikemaskini menghampiri Cybertruck, hari ini Tesla Malaysia dengan rasminya memperlihatkan Tesla Model Y baharu di Pavilion Damansara. Rekaan baharu mirip Cybertruck ini membawakan pelbagai pembaharuan dari segi rekaan dan sedikit kemaskini spesifikasi.

tesla-model-y-launch-series-malaysia-IMG_1926-950x534.jpg.webp
tesla-model-y-launch-series-malaysia-IMG_1917-950x534.jpg.webp


Dari segi rekaan, lampu hadapan dan belakang dengan gaya palang memanjang digunakan bagi menggantikan lampu sebelum ini yang mungkin dilihat bagaikan lampu tradisional. Rekaan dalaman juga ditambah baik, dengan Tesla Model Y ini mengekalkan tangkai lampu isyarat, dan bukannya menggunakan butang lampu isyarat pada stereng. Keselesaan pula ditambah baik dengan 22% pengurangan hingar jalan dan 20% pengurangan hingar angin. Kerusi penumpang belakang pula boleh dilaras secara elektronik, dan kapasiti storan boleh mencecah 2,130 liter.

tesla-model-y-launch-series-malaysia-IMG_1916-950x534.jpg.webp


Dari segi prestasi, Tesla Model Y ditawarkan dalam dua versi iaitu pacuan belakang RWD yang mempunyai jarak perjalanan 466 KM WLTP dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat. Versi pacuan semua roda AWD Long Range pula mempunyai jarak perjalanan 551 KM WLTP, dan boleh memcut 0-100 km/j sepantas 4.3 saat. Kedua-dua model ini mempunyai kelajuan maksimum yang sama iaitu 201 km/j.

tesla-model-y-launch-series-malaysia-IMG_1920-950x534.jpg.webp


Tesla Model Y RWD dijual pada harga bermula RM 195,450 manakala Model Y AWD Long Range dijual pada harga bermula RM 242,450. Seperti biasa pengguna boleh melakukan kustomasi dari segi warna dan juga kelengkapan serta perisian. Bagi pembeli terawal untuk beberapa minggu ini, akan mendapat kemasan ‘Launch Series’ yang terdiri dari label-label hiasan, lencana belakang dan juga corak lampu lopak. Khas untuk pembeli versi AWD Long Range, akan turut menerima fungsi ‘Acceleration Boost’.

tesla-model-y-launch-series-malaysia-IMG_1911-950x534.jpg.webp
 
Back
Top
Log in Register