BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ferrari 812 Superfast diperkenal

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
DH9zXq9UAAAodb6.jpg

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan NAZA World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Hub Asia Barat Ferrari, Dieter Knechtel (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi NAZA Italia, Farid Sulaiman ketika memperkenalkan Ferrari 812 Superfast di Kuala Lumpur, hari ini

KUALA LUMPUR: NAZA Italia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia, memperkenalkan Ferrari 812 Superfast untuk pasaran tempatan

Ferrari 812 Superfast adalah model supercar terbaharu dengan enjin di bahagian depan V12, yang mula diperkenalkan di Pameran Automotif Antarabangsa Geneva, Mac lalu

Kereta Ferrari paling pantas setakat ini diperkenalkan kepada media oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Hub Asia Barat Ferrari, Dieter Knechtel, di sini, sebentar tadi

Ferrari 812 Superfast membuka era baharu dalam sejarah enjin 12 silinder jentera Itali dengan kelajuan maksimum 340 kilometer sejam (km/j), manakala pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 2.9 saat dan 0 hingga 200 km/j (7.9 saat)

Ia menggunakan enjin V12 6.5 liter, yang menghambur 800 kuasa kuda (hp), sekali gus menjadi penanda aras bagi segmen kereta sport enjin depan yang mencapai kuasa maksimum 8,500 rpm

Tork puncak bagi model ini adalah 718Nm pada 7,800 rpm dan 80 peratus daripadanya boleh dicapai pada 3,500 rpm

Harga asas bagi Ferrari 812 Superfast adalah RM1,578,800
 
Ferrari-812_Superfast-2018-ig.jpg

Technical Specifications

Engine

Type: V12 - 65°
Overall displacement: 6496 cc
Bore and stroke: 94 mm x 78 mm
Max. power output: 588 kW (800 cv) at 8,500 rpm
Max. torque: 718 Nm at 7,000 rpm
Max. engine speed: 8,900 rpm
Compression ratio: 13.64:1

Dimensions and weight

Length: 4,657 mm
Width: 1,971 mm
Height: 1,276 mm
Wheelbase: 2,720 mm
Front track: 1,672 mm
Rear track: 1,645 mm
Kerb weight: 1,630 kg
Dry weight: 1,525 kg
Weight distribution: 47% front - 53% rear
Fuel tank capacity: 92 l

Wheels & tyres

Front: 275/35 ZR20; 10" J x 20"
Rear: 315/35 ZR20; 11.5" J x 20"

Brakes

Front: 398 mm x 38 mm
Rear: 360 mm x 32 mm
Transmission/gearbox: 4WS/ 7-speed F1 DCT/ E-Diff3
Electronic controls: SSC5/CST with F1-Trac, ESP 9.1 Premium with High-performance ABS/EBD, dual-coil SCM-E

Performance

Max. speed: 340 km/h
0-100 km/h: 2.9 sec
0-200 km/h: 7.9 sec
Dry weight/power: 1.9 kg

Fuel consumption

Fuel consumption: 14.9 l/100 km
Emissions: 340g CO2/km
 
800 HP.... nama pun dah hebat.

Sedap ni bila pecut dari 120 ke 200 :D
 
nak beli la sutir... doakan ambe ye kekawan.
 
Top speed 340kmh nak buat ape kalau lajak 1kmh je terus kene aes hahaha
 
Back
Top
Log in Register