BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Fenomena laut terbelah di Langkawi


Muhammad Afnan Hanis

7j ·

2728.png
Podcast #403 : Mat Saman Dedah Realiti 'Pahit' Tourism Langkawi Yang Ramai Sentap
Bukan semua pelancong bawa untung, ada yang datang buat semak dan 'sembelih' peniaga tempatan?


Dalam satu sesi podcast yang agak panas ni, Bang Mat Saman, seorang pengusaha tourism otai di Langkawi buka mulut.
Dia tak berselindung langsung.
Dia cakap benda yang mungkin ramai orang kita takut nak cakap.
Antara poin paling kontroversi dia sebut adalah pasal perangai sesetengah pelancong Arab.
Dia kata, antara ramai-ramai pelancong Arab ni, ada satu kelompok yang paling bermasalah.
Dia sebut pelancong dari Palestin.
Ini bukan pasal politik, ini pasal pengalaman dia handle bisnes hostel dan tourism.
Dia kata ramai yang lari datang Langkawi ni ada kes.
Ada yang jadi pusher, ada yang jual dadah.
Dia tegaskan, tak boleh sebab dia asal dari negara bergolak, dia ada 'special privilege' untuk buat hal kat tempat orang.
Masa dia buat hostel harga RM15 pun, golongan ni masih nak tawar lagi.
Nak minta diskaun sampai RM1 atau RM2.
TAPI PART PALING PELIK IALAH...
Walaupun bab penginapan RM15 pun berkira nak mati, tapi bab minum beer, boleh habis satu kerat sehari.
Duit ada untuk hiburan, tapi kedekut untuk bayar servis tempatan.
Bang Mat kata, kalau kita tak 'sembelih' (charge) depa, depa yang akan 'sembelih' kita.
Ini realiti bisnes yang perit.
Lepas tu dia sentuh pasal isu Mass Tourism yang kerajaan selalu banggakan.
Kerajaan suka kejar nombor.
Nak target pelancong China, India, dan Middle East.
Tapi Bang Mat kata, Mass Tourism ni sebenarnya 'tak sihat' untuk jangka masa panjang.
Kenapa?
Sebab pelancong macam ni datang ramai, tapi belanja sikit.
Kos maintenance kita pula yang tinggi sebab kena layan karenah dan sampah sarap.
TENGOK APA JADI KAT THAILAND DAN EROPAH
Bang Mat bagi contoh Thailand, Spain, France, dan Holland.
Negara-negara ni dah mula halau balik pelancong sebab dah tak larat.
Pelancong India contohnya, suka buang sampah merata di pantai.
Datang berlambak, tapi tak masuk pun kedai orang Melayu sebab takut tak kena selera.
Pelancong China pula main 'zero dollar tourism'.
Datang naik flight sendiri, duduk hotel sendiri, makan kedai geng depa, pergi shopping mall geng depa.
Duit tu pusing dalam ekosistem depa je.
Peniaga tempatan macam Bang Mat dan orang kampung tak merasa apa-apa pun.
Limpahan ekonomi yang digembar-gemburkan tu sebenarnya ilusi.
Kita syok sendiri tengok nombor statistik naik, tapi poket rakyat tempatan kosong.
JADI SIAPA SEBENARNYA PELANCONG BERKUALITI?
Bang Mat kata, pelancong Eropah (Mat Salleh) jauh lebih menghargai Langkawi.
Depa tak kisah pasal shopping mall atau Dataran Lang tu.
Depa datang sebab nature dan culture.
Depa sewa motor, pusing kampung, try makan buah pelik-pelik, dan bertegur sapa dengan orang lokal.
Depa hargai geologi Langkawi yang berusia 550 juta tahun tu.
Bayangkan, gunung kat Langkawi tu wujud jauh sebelum dinosaur ada.
Evolusi kehidupan bermula di Langkawi.
Ada batu 'dropstone' yang usia dia 1.4 bilion tahun.
Mat Salleh datang sebab nak tengok benda ni.
Depa faham nilai sejarah geopark yang ada kat situ.
Orang kita?
Orang kita datang nak cari port viral je.
Bang Mat kata, kalau setakat nak tengok kera dengan hutan, Mat Salleh dah cukup bahagia.
Itu yang mahal bagi depa.
KITA KENA FAHAM SATU BENDA PASAL BUKIT MALUT
Ini satu lagi topik panas yang Bang Mat perbetulkan.
Ramai orang ingat Bukit Malut tu sarang Rohingya.
Bang Mat kata itu 100% salah.
Kawasan tu sebenarnya didiami oleh orang 'Burma Islam Kedah'.
Depa ni dibawa masuk masa zaman 80-an untuk bangunkan Langkawi.
Masa tu orang tempatan tak ramai nak kerja buruh, jadi depa ni lah yang tolong buat bangunan.
Depa ada IC, depa cakap Melayu loghat Utara.
Malah, orang Bukit Malut ni sendiri tak suka dengan Rohingya yang baru sampai (pelarian).
Depa pun ada clash sesama sendiri.
Jadi jangan pukul rata semua yang duduk situ adalah pendatang tanpa izin.
KENAPA LANGKAWI NAK JADI MACAM MONACO?
Bang Mat buka cerita pasal blueprint asal Tun M untuk Langkawi.
Target asal Langkawi adalah untuk jadi destinasi pelancongan mewah, benchmark dia Monaco.
Sebab tu ada banyak marina, tempat parkir kapal layar mewah (yacht).
Sebab tu ada status Duty Free untuk spare part kapal.
Sekarang ni pun, Langkawi dah jadi hub untuk 'Digital Nomad'.
Ada 1,200 digital nomad berdaftar yang duduk kat sana, buat kerja online sambil layan view.
Depa ni lah yang bawa duit masuk dan spend kat local business.
Hotel-hotel besar pun dah mula masuk dan conquer tanah-tanah strategik sebab depa nampak potensi masa depan.
Bang Mat pesan, kalau orang tempatan tak bijak, tanah akan tergadai.
Jangan jual tanah semata-mata nak duit cepat, tapi cuba buat Joint Venture (JV).
Kalau jual, memang melopong la anak cucu nanti tengok orang luar kaya raya atas tanah sendiri.
APA NASIHAT TERAKHIR BANG MAT?
Dia pesan, kalau korang nak datang Langkawi, janganlah cari Asam Pedas atau Nasi Dagang.
Kalau nak Asam Pedas, pergi Melaka.
Kalau nak Nasi Dagang, pergi Kelantan/Terengganu.
Datang Langkawi untuk 'healing', untuk nature, untuk rasa vibe mistik pulau tu.
Ada satu part kat Kilim Geopark, jam pun boleh bertukar antara waktu Malaysia dan Thailand.
Rasa macam masuk Bermuda Triangle.
Itu experience yang mahal.
Hayati keindahan alam yang Allah bagi kat Langkawi ni, bukan sekadar datang untuk ambil gambar dan balik.
1f4cc.png
Sumber : (476) Dari Bang Mat Saman pengusaha tourism - YouTube
Sekian,


 

Attachments

Back
Top
Log in Register