BTC USD 28,121.2 Gold USD 1,993.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

feedback dari celcom

theblur

Super Active Member
gem
Messages
8,310
Joined
Apr 15, 2012
Messages
8,310
Reaction score
1,233
Points
151
PELAN PRABAYAR INTERNET OF X





Adalah dengan hormatnya kami merujuk kepada aduan encik yang diajukan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berhubung perkara di atas.



Kami amat menghargai pandangan dan maklum balas encik terhadap pelan internet prabayar baru kami.



Seperti yang encik sedia maklum, pelan Internet prabayar hanya memberikan pilihan MI38 di mana kelajuan akan dihadkan apabila peruntukkan data 1.5GB habis digunakan dan pelan ini tidak diperbaharui secara automatik. Ianya juga hanya menawarkan kelajuan data maksimum pada 3.6MBPS.



Kami kini menawarkan Pelan ‘Internet of X’ di mana terdapat pelan data dengan jumlah data yang berbeza seperti pelan harian, bulanan dan mingguan. Untuk makluman langganan diperbaharui secara automatik bagi untuk pelan mingguan dan bulanan (sekiranya baki kredit mencukupi). Kesemua pelan baru Internet kami ini juga boleh mencecah kelajuan 4G LTE, 75MBPS (bergantung kepada lokasi, rangkaian dan jenis peranti).



Kami juga ingin berkongsi maklumat bahawa, caj Pay-Per-Use untuk data akan dihadkan kepada RM10/sehari dan data tambahan percuma berjumlah 150MB akan dikreditkan secara automatik selepas jumlah caj Pay Per Use mencapai had.



Untuk maklumat lanjut sila layari di pautan ini, http://www.xpax.com.my/internet



Oleh yang demikian, dukacita dimaklumkan, kami tidak dapat memenuhi permintaan encik untuk mengekalkan pelan internet yang lama.



Akhir kata, kami berharap penerangan di atas dapat menjelaskan keadaan yang sebenarnya.



Yang benar,





Afiqah Mohammad Sopan

Operasi Perhubungan Pelanggan

Perkhidmatan Pelanggan


s.k:

1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
2. Ketua, Jabatan Kawalselia dan Hal Ehwal Kerajaan - Celcom Mobile Sdn Bhd

saja nak share report SKMM yang aku buat. so nampak gayanya kena tukar carrier baru, maybe nak guna umobile :(( :(( :((
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register