BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Wartawan Bernama Sabaruddin Ahmad Sabri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
f0a1531fc87356c94bf3ec7501b0769269644e4383462


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sabaruddin Ahmad Sabri, 60, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Beliau berkata pemergian Sabaruddin yang juga pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM) pastinya dirasai khususnya dalam kalangan pengamal media dan dunia penyiaran.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, isteri Sabaruddin, Suzrina Shamsuddin, 55, ketika dihubungi Bernama memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan paru-paru dan menghembuskan nafas terakhir pada 5.28 pagi tadi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Jamek FRIM untuk disolatkan selepas zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong, Selangor.

Sabaruddin meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

 
Back
Top
Log in Register