combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Muhammad Syamil (depan, dua kiri) menyiram air ke pusara ayahnya, Sabaruddin Ahmad Sabri, 60, yang merupakan bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Bukit Lagong.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan paru-paru, meninggalkan kenangan dan jasa yang dihargai rakan sekerja dan keluarga.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jenazah bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sabaruddin Ahmad Sabri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong kira-kira 3.20 petang tadi.
Allahyarham yang berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 5.28 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.
Jenazah Sabaruddin yang juga bekas pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibawa ke Masjid Jamek FRIM, Kepong pada kira-kira 9.30 pagi untuk dimandi dan disolatkan, dengan pengembumian dihadiri ahli keluarga serta sahabat Allahyarham termasuk rakan media.
Sahabat baik Allahyarham, Norazli Noh, 62, menyifatkan Sabaruddin benar-benar mencerminkan maksud namanya (Saba) kerana seorang yang sabar, berbudi pekerti mulia dan tekun dalam melaksanakan setiap tanggungjawab.
“Jika memulakan sesuatu tugasan, beliau akan pastikan ia diselesaikan dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Bernama selepas urusan pengebumian di sini hari ini.
Norazli yang juga bekas pengacara RTM berkata antara kenangan paling bermakna dengan Allahyarham ialah semasa mereka terlibat dalam Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI) di bawah pimpinan Tan Sri Rais Yatim bagi memperkukuh hubungan wartawan dua negara berkenaan.
“Ketika itu, kami bertindak memperkukuh hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia di peringkat akar umbi dengan Allahyarham sebagai penghubung yang memupuk persefahaman antara dua negara, satu sumbangan besar yang sukar dilupakan,” katanya.
Norazli berkata pengalaman Allahyarham sebagai wartawan di meja ekonomi serta jaringan luas dalam kalangan pemimpin korporat dan rakan media termasuk ketika berkhidmat di Utusan Malaysia menjadikan beliau antara sumber rujukan utama berkaitan perkembangan semasa, khususnya jika melibatkan Indonesia.
“Dalam kalangan wartawan, beliau dikenali sebagai pemangkin yang mengeratkan hubungan media serantau terutama Indonesia. Setiap kali sambutan Hari Wartawan Nasional di Indonesia, Allahyarham sering menjadi antara individu utama membawa wartawan Malaysia ke sana serta menguruskan kunjungan rakan media Indonesia ke negara ini,” katanya.
Bekas Wartawan Bernama Sabaruddin Ahmad Sabri Selamat Dikebumikan
wartawan, meninggal dunia, kewartawanan, ekonomi,