BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Tanggung Kos Pindah 14 Keluarga Mangsa Kebakaran Di Pantai Dalam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
ed152a4b940fc4e6af72bc90346acc6368a17d62c47ac

469a3bbc31ffa08f36da3a15b9776e8b68a17d534f4a5

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil (kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Pelancaran Program Kesenian dan Kebudayaan @Lembah Pantai di PPR Kerinchi hari ini.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil akan menanggung kos perpindahan 14 keluarga mangsa kebakaran di Pantai Dalam baru-baru ini ke rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai penempatan sementara.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata perkara itu diputuskan hasil perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, dengan segala keperluan telah diluluskan.

“Saya telah menziarahi keluarga terlibat yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Alhamdulillah, dalam tempoh singkat, Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah meluluskan perpindahan keluarga-keluarga yang layak ke rumah transit.

“Kelulusan telah diberikan dan pejabat saya turut menerima sumbangan daripada TNB untuk membantu keluarga-keluarga yang terkesan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyemarakan Seni Budaya @ Komuniti Pantai Dalam, di sini hari ini.

Beliau berkata DBKL juga akan menanggung bayaran sewa bagi enam bulan pertama untuk semua keluarga mangsa kebakaran.

“Pejabat saya akan terus berhubung dengan keluarga ini bagi memastikan, pertama; mereka tahu cara mendapatkan kunci untuk berpindah.

“Kedua, semua cagaran yang dikenakan oleh DBKL akan ditanggung oleh saya. Insya-Allah mereka tidak perlu membayar apa-apa. Saya akan bantu bayarkan agar mereka dapat membina semula kehidupan dalam suasana lebih ceria.

“Saya berharap kita semua dapat meluangkan sedikit masa untuk mendoakan agar mereka terus tabah dan mampu bangkit semula, insya-Allah,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 11 malam pada 8 Ogos lepas, sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival musnah dijilat api.

 
Tajuk berita mcm guna duit poket dia.

Baca berita, "setelah menerima kelulusan".

Duit sendiri xpyh tggu kelulusan siapa2.
 
Back
Top
Log in Register