BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Expanded SST comes into effect July 1

IMG_0342.jpeg

Negro Day??
 
Sedagha semua jangan risau, kenaikan cukai tidak akan membebalkan golongan miskin.
 
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia memberi amaran bahawa pengguna bakal menanggung beban akibat pelaksanaan SST yang diperluas mulai 1 Julai, yang boleh melambatkan projek dan menjejaskan kualiti kerja.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan menyeru industri pembinaan agar kekal profesional dan tidak menjadikan SST sebagai alasan untuk menurunkan mutu.

Kerajaan juga mendakwa telah memberikan kelonggaran dengan mengekalkan cukai 0% untuk barangan asas termasuk bahan binaan tertentu.

Ya ke?

Sebelum ini, ramai pemain industri pembinaan tak bising sebab bahan mentah utama seperti simen dan pasir masih dikecualikan.

Tapi ramai kini tersedar bahawa ratusan bahan lain, mesin dan perkhidmatan yang dahulunya dikecualikan SST, kini kena cukai di bawah perintah SST baharu 2025.

Antara yang akan menyebabkan kos pembinaan naik mendadak mulai 1 Julai:

1. Bahan Mentah Kini Dikenakan Cukai Jualan 5%
• Papan lapis, plywood, dan panel kayu – dulunya 0%, kini 5%
• Paip plastik (PVC) – dulu exempt, sekarang 5%
• Jubin seramik lantai & dinding – masuk cukai 5%
• Bitumen dan asphalt – untuk jalan dan kalis air, kini kena cukai
• Kabel elektrik – kini tiada pengecualian
• Cat dan varnis – bahan finishing pun tak terlepas
• iron mesh – bahan asas untuk pre-fab, dulu 0%, kini 10%

2. Jentera Pembinaan Kini Dikenakan Cukai Jualan 5%
• Excavator, bulldozer, crane – dulu exempt sebagai aset modal, kini dikenakan SST
• Concrete mixer, forklift, mesin penggerudi – semua kini dikenakan cukai 5%
• Alat ganti untuk jentera pun turut kena

3. Perkhidmatan Pembinaan Kini Dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%
• Dulu perkhidmatan pembinaan tak dikenakan SST. Sekarang semua kerja pembinaan – bangunan komersial, infrastruktur, M&E, pembaikan, ubahsuai – dikenakan cukai perkhidmatan 6%
• Hanya pembinaan rumah kediaman PENUH dikecualikan

4. Servis Sampingan Kini Turut Kena SST 6%-8%
• Sewa jentera dan tapak projek – kini dikenakan cukai 8%
• Perkhidmatan arkitek, jurutera, perunding projek – semua masuk cukai 6%
• Perkhidmatan logistik, penghantaran barang, penyimpanan – kini kena cukai 6%

Dulu bahan-bahan dan servis ini semua dikecualikan untuk elak kos berlapis (cascading tax).

Tapi bermula 1 Julai ini, hampir semua lapisan dalam rantaian pembinaan - dari bahan mentah ke sewaan jentera hingga ke kos pengurusan - akan dikenakan cukai SST.

Akhirnya, harga bina rumah, pejabat, kilang, gudang semua akan meningkat.

Tapi jangan risau sebab Madani kata Rakyat “tidak akan terbeban”.

Macam mana tak terbeban atau tak terkesan bila dalam Perintah Cukai Jualan (Barang Dikecualikan daripada Cukai) 2018, sebanyak 8,094 kod tarif dikecualikan daripada cukai.

Namun di bawah perintah baharu tahun 2025, hanya 1,813 kod tarif yang masih dikecualikan.

Ini bermakna lebih 6,281 jenis barang, kebanyakannya bahan input industri, yang sebelum ini bebas cukai, kini akan dikenakan cukai jualan?

Macam mana tak terkesan jika kerajaan dah kata niat mereka bagi "tambah baik" SST kali ini ialah untuk kaut hasil tambahan lebih RM10 bilion?

Adakah kerajaan fikir bahawa sektor industri akan sangat bermurah hati untuk tanggung sepenuhnya kos cukai tambahan RM10 bilion ini tanpa menaikkan sebarang harga tambahan
 
SST

"Puan, nak bina rumah nanti kena SST tak?"

Rumah kediaman dikecualikan dari SST, cukai Serba Serbi Tax.

Eh silap,

Sales and Service Tax.

Noktah.

Noktah diperingkat pegawai yang buat dasar tanpa turun padang dan ambil tahu apa cabaran kontraktor, the real kontraktor - apabila SST dikenakan pada pengilang seperti kilang besi dan simen, dan juga kepada penyedia perkhidmatan seperti tukang dan kontraktor.

Saya yakin, semasa berbincang tentang pengenaan SST, kerajaan sedar - sejak dari dahulu lagi, setiap projek yang bernilai RM500k ke atas, termasuk bangunan kediaman akan dikenakan levi - yang juga berupa satu bentuk cukai.

Mestilah pembuat dasar ini tahu sebab levi telah ada sejak Akta 520 diwujudkan hampir 30 tahun dahulu.

Dan, untuk menampung kos levi ini, kontraktor akan masukkan ia dalam kos projek.

Apabila dimasukkan dalam kos projek, ia akan jadi sebahagian dari harga perkhidmatan.

Dan yang membayarnya sudah pastilah pelanggan.

Begitu juga SST.

Ia akan jadi sebahagian dari kos projek.

Walaupun kerajaan cuba mengwujudkan sistem selapis iaitu hanya pengilang atau pengeluar sahaja yang akan kenakan SST, tetapi apabila bahan asas pembinaan seperti kayu, besi, simen, pasir, batu dan paip sampai ke kedai hardware, harga bahan asas ini akan naik harga, kecuali kerajaan ada sistem kawalan memantau harga di setiap kilang dan kedai hardware.

Dalam menguruskan pentadbiran kerajaan, apabila hendak meningkatkan pendapatan, antara jalan mudah yang kerajaan ambil adalah mengenakan cukai.

Begitu juga para peniaga seperti para pengilang dan penyedia perkhidmatan. Apabila perlu meningkatkan pendapatan untuk menampung kos tambahan, antara jalan mudah yang akan diambil adalah mengenakan kenaikan pada harga.

Lebih lagi, dalam perlaksanaan SST, tiada lagi tuntutan cukai input yang boleh dibuat.

Dan apabila bahan keluaran yang telah dikenakan kenaikan harga ini dibeli oleh rantaian pengedar seperti kedai hardware, sudah pastilah pengedar dan kedai hardware ini juga tidak lagi mampu menjual pada harga lama. Jalan mudah, naikkan harga.

Penyedia perkhidmatan seperti kontraktor dan tukang juga, terpaksalah membeli bahan hardware ini pada harga yang dikenakan tauke-tauke hardware. Dan untuk seimbangkan kos kenaikan barang, akan naikkan juga harga mereka.

Tahun lalu kerajaan memberi jaminan, kos projek tidak akan naik setelah subsidi diesel ditarik.

Tapi apabila abang backhoe kenakan kenaikan 10% pada kami untuk servis mereka, kerajaan tiada - untuk membantu kami bertekak dengan abang-abang backhoe ini.

Akhirnya kami beralah sajalah kena perah bila untung yang tinggal ciput itupun terpaksa digunakan untuk menampung kos tambahan akibat subsidi diesel ditarik serta merta.

Tak bayar nanti, macam mana nak teruskan kerja? Silap-silap, pelanggan tamatkan kontrak dan hantar aduan pada CIDB. Tau-tau kami kena heret turun naik Tribunal Pengguna - dan diarahkan bayar semua gantirugi kerja tak siap pula nanti.

Rumah kediaman tidak akan dikenakan SST. Memang bunyinya seperti menjaga kepentingan rakyat marhaen.

Tetapi apakah kaedah pengukuhan yang kerajaan boleh jamin kepada penyedia perkhidmatan seperti tukang dan kontraktor - yang mereka tidak akan dibebani dengan kenaikan harga pada lapisan pengedar nanti?

Bila bercakap tentang cukai, jangan sekadar ambil jalan mudah kononnya hanya golongan T20 sahaja yang akan membayar.

Ini soal kehidupan rakyat marhaen. Adakah mereka akan dibiarkan hidup dalam rumah yang dibina dengan bahan murah dan dibina dalam keadaan tak cukup sifat kerana penyedia perkhidmatan sendiri terhimpit dengan kenaikan harga bahan asas binaan.

Dimanakah sifat Ihsan dalam ekonomi Madani, apabila polisi cukai tidak dibuat berpaksikan keadilan sosial?

Jika keadilan cukai benar-benar diletakkan pada tempat yang betul, kenapa belum dilaksanakan lagi SST sudah ramai penyedia perkhidmatan kecil rasa terbeban dan mula mengeluh?

"Puan, nak bina rumah nanti kena SST kan?"

Tidak. Tetapi bersedialah akan ada kenaikkan harga perkhidmatan dikalangan tukang dan kontraktor.

✍️
Mahanom Mohammad
Kontraktor
 
Skop SST bakal diperluaskan.
Harga barang pasti akan naik ( termasuk barangan yang dikecualikan )

Apek nak kongsikan tips kewangan untuk kesenangan hidup, sebagai konsep “kita jaga kita”.

1. Kurangkan pemakanan.

Ingat tak waktu puasa kita lapar ? Kelaparan itu adalah sejenis nikmat kesihatan.

Daripada 3 sarapan, kita kurangkan kepada 2 sarapan.

Kurangkan pemakanan Maksudnya kita kurangkan perbelanjaan sewaktu mengawal kesihatan.

2. Mengamalkan pembelian barangan pra-guna

Kadang-kadang, kita nak jaga muka beli baju baru.

Akhibatnya, kita terlebih belanja.

Pakailah baju lama orang lain dengan harga murah, belilah kereta 2nd hand, benda boleh pakai, maka itu dah ok.

Kena praktikal daripada jaga muka.

3. Bersenam.

Kita bersenam, kita kurangkan risiko untuk jatuh sakit, dan berbelanja lebih untuk perubatan.

4. Pelancongan dalam negeri yang berdekatan

Daripada rancangan untuk melancong ke tempat jauh-jauh, dengan pesawat, keretapi dan bermalam, baik kita buat “ day trip” ke kawasan bersebelahan.

Orang KL pergi Sekinchang, Bukit Tinggi,
Orang Seremban pergi Port Dickson
Orang Sungai Petani pergi Pulau Pinang
Orang Kuantan pergi K.Terengganu

Jimat kos bermalam disamping mengeratkan hubungan keluarga .

5. Membaca

Daripada tengok media Sosial yang selalunya menerap konsep “ konsumerisma “, menyebabkan pembelian atas talian, baik kita membaca untuk menambah ilmu.

Barangan kita beli ni, ada banyak yang kita tidak pakai, cuma tertarik dengan iklan-iklan.

Begitu juga sama dengan segelintir yang berbelanja dalam gaming beli “ permata “ untuk naik taraf watak permainan maya.

6. Batalkan subscription.

Kita kerap subscribe benda-benda kecil melalui phone.

Kalau batalkan yang kita tak senang pakai, kita dapat jimat banyak.

Kumpul Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit ;sebaliknya
Belanja Sikit-sikit, bukit pun jadi hilang

Semoga tip-tip ni dapat membantu mengharungi masalah kos kehidupan yang menaik, khususnya golongan M40
 
Back
Top
Log in Register