zackpenang
Banned

- Messages
- 7,236
- Joined
- Jan 9, 2010
- Messages
- 7,236
- Reaction score
- 1,891
- Points
- 151
Mutakhir
[email protected]
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) merayu kerajaan mempertimbangkan semula untuk mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lapan peratus berkuatkuasa pada 1 Julai ini.
Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan cukai SST sebanyak lapan peratus ini kerana ia akan menambahkan beban kepada pemain industri seperti peniaga.
"Kalau boleh kerajaan dapat pertimbangkan untuk tangguhkan dahulu kenaikan lapan peratus ini. (Sebagai contoh) kalau sewaan (sebelum ini) RM10,000, bermakna kena bayar RM10,800.
ADVERTISING
"Bukan benda kecil sebenarnya. Nampaknya kami ini sudah jatuh ditimpa tangga," katanya kepada Harian Metro semalam.
Dilaporkan berkuatkuasa 1 Julai ini, skop cukai perkhidmatan diperluaskan meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
Bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada kadar lapan peratus bagi syarikat penyedia perkhidmatan yang mencapai nilai ambang iaitu RM500,000 jumlah pendapatan sewaan atau pajakan.
Jawahar berkata, peniaga kini berhadapan dengan cabaran perniagaan dan pihaknya tidak mahu untuk menaikkan harga makanan yang dijual.
"Pertimbangan kami adalah kami tak fikir untuk menaikkan harga (makanan) dulu," katanya.
Beliau dalam masa sama turut meminta kerajaan untuk berbincang terlebih dulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
"Elok bawa bincang satu meja apa agaknya kita perlu beri pertimbangan untuk elakkan kita terjemahkan beban ini kepada pengguna B40 dan M40 ini. Dalam keadaan sekarang, perlu sangat kerajaan fikirkan isu seperti ini," katanya.
'Menangis' restoran mamak jika cukai SST diteruskan - PRESMA
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid[email protected]
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) merayu kerajaan mempertimbangkan semula untuk mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lapan peratus berkuatkuasa pada 1 Julai ini.
Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan cukai SST sebanyak lapan peratus ini kerana ia akan menambahkan beban kepada pemain industri seperti peniaga.
"Kalau boleh kerajaan dapat pertimbangkan untuk tangguhkan dahulu kenaikan lapan peratus ini. (Sebagai contoh) kalau sewaan (sebelum ini) RM10,000, bermakna kena bayar RM10,800.
ADVERTISING
"Bukan benda kecil sebenarnya. Nampaknya kami ini sudah jatuh ditimpa tangga," katanya kepada Harian Metro semalam.
- Disyorkan