BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wedding Services kena SST 8%

The Room

Super Active Member
gem
Messages
8,723
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
8,723
Reaction score
1,117
Points
156
Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Madani akan meluaskan lagi skop Cukai Perkhidmatan (Service Tax) kepada pelbagai sektor baru - termasuk urusan perkahwinan, penjagaan kesihatan tradisional dan rawatan warga emas.

Ini berdasarkan pengumuman rasmi dalam warta terbaru serta analisis awal oleh PwC Malaysia.

1. Perkhidmatan Sewa (Group K) - dikenakan SST 8%

Mulai 1 Julai, semua perkhidmatan menyewa barang fizikal akan dikenakan cukai, kecuali:
- Sewa rumah
- Sewa buku
- Aset di luar negara
- Pajakan kewangan

Antara contoh yang kini dikenakan SST 8%:
- Sewa baju kahwin (wedding gowns)
- Sewa tuxedo / baju pengantin lelaki
- Sewa dewan perkahwinan, peralatan catering, kanopi, meja kerusi, alatan audio visual, mesin karaoke
- Sewa kereta dan sebagainya.

Semua ini adalah kos wajib bagi ramai pasangan muda yang ingin berkahwin secara sederhana.

Kini semuanya dikenakan cukai tambahan. Naik harga 8%.

2. Perkhidmatan Kecantikan dan Rawatan Tradisional (Group C) – SST 8%

Kerajaan turut mengenakan cukai 8% terhadap semua pusat kecantikan dan “wellness centre”, termasuk:
- make up, dandan rambut, skincare, kuku, slimming
- Urutan, refleksologi, akupuntur, aromaterapi
- Rawatan selepas bersalin untuk ibu dan bayi
- Rawatan kesihatan untuk warga emas

Ya - pusat urut tradisional, pakej pemulihan selepas bersalin, malah penjagaan warga emas juga kini dikategorikan sebagai perkhidmatan kena cukai.

Kesimpulan

Apa yang dahulunya tidak dicukai - kerana dianggap perkhidmatan asas Rakyat - kini dimasukkan ke dalam senarai SST.

Daripada pasangan muda yang menyewa pakaian kahwin, ke ibu baru yang mencari rawatan pemulihan, hinggalah kepada anak-anak yang menjaga ibu bapa tua - semuanya kini akan membayar lebih kerana SST 8%.

Dari mahu make-up cantik-cantik ke kahwin ke salin bayi ke warga tua - semua Madani bantai sekarang.

Ini bukan sekadar naik cukai. Ini adalah meluaskan beban hidup ke atas kumpulan paling asas dalam masyarakat.

Lepas ini, saya akan terus bongkar warta-warta lain yang disenyap-senyapkan di bawah nama “penambahbaikan SST” Madani.
---
 
IMG_0237.jpeg
 
Sumber dari mana? Harakahdaily 404 ke?
 
Sumber dari mana? Harakahdaily 404 ke?
Keras sungguh nk kahwin sederhana zaman ni yer.

Screenshot_20250630_113730_com_brave_browser_ChromeTabbedActivity_edit_156515110302636.jpg

Semua sebab peer pressure.

Masa aku kahwin 10 tahun dulu, baju pengantin aku beli kain 2 persalinan di Jakel, satu utk majlis sebelah isteri, satu lg utk majlis sebelah aku. 2 pasang tempah termasuk kain x sampai RM1500, baju tu ada lagi sampai sekarang. Kalau nk sewa, x salah aku masa tu sepasang utk pengantin lelaki dan perempuan RM550, kalau 2 belah dah RM1100 dan baju tu hak milik kedai.

Tiada fotografi, tiada pelamin gah utk bergambar, tiada deejay tiada set karaoke dll. Cuma buat basic, waktu tu aku ambil catering RM7.50/pax utk 2000 org, all in (meja hiasan + hidangan pengantin + khemah dan kerusi meja, hiasan khemah).

Waktu tu dah trending buat outdoor fotografi, tp aku x ambil pun.

Cukup buat utk jemputan dtg makan.
 
Back
Top
Log in Register