BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EX CEO TEKUN direman 7 Hari

muhabbah

Junior Member
Messages
59
Joined
Nov 28, 2009
Messages
59
Reaction score
0
Points
6
Putrajaya: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diperintah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya mulai hari ini hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan ketika berkhidmat di bawah agensi kerajaan itu.
Perintah tahanan reman terhadap tertuduh berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Tuan Lukman Hakim Abu Bakar Sedik.
Tertuduh dipercayai menerima suapan berjumlah RM20,000 sehingga RM70,000 pada setiap bulan bermula 2011 sehingga tahun lalu, iaitu ketika menyandang tugas berkenaan.
Lelaki itu dipercayai meminta habuan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan TEKUN untuk mengutip hutang yang dipinjam oleh peniaga dari industri kecil dan sederhana.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut nilai suapan jika sabit kesalahan.
Tertuduh sebelum itu ditahan pegawai daripada Bahagian Risikan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24188#sthash.USz01OhP.dpuf
 
Mmg patot kena...patutla susah sgt nk apply tekun.
 
tekun sangat ceo pulun rasuah, elok sangat la ko bertaubat..
 
Yang ni patut kena. Size jerung tu. Menyusahkan ramai orang je.
 
Dulu mmg payah nak dapat loan dari tekun ni...loan mara senang lagi walaupun renyah..

Tapi laki tu still tidak bersalah sehingga dibuktikan mahkamah..
 
kaki makan rasuah jadi ceo....habislah...
 
Kalau betul dia ambil rasuah patut beri hukuman maksima
 
elok kedalam terus , ...

memang susah nk buat loan tekun ,,.
 
Back
Top
Log in Register