BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Remaja 19 Tahun Direman Dua Hari

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Remaja 19 Tahun Direman Dua Hari​

690e8f6e88a5d13d0702459e14250e9a6a1e667950da3

Pemandu remaja direman dua hari susulan insiden kemalangan ragut lima nyawa termasuk empat sekeluarga di Simpang Renggam semalam.

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam.

Perintah reman hingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250, dan berpakaian lokap berwarna coklat, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.20 pagi dengan diiringi pegawai polis.

Semalam, polis mengesahkan penahanan remaja berkenaan susulan nahas ngeri yang membabitkan lima kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh dilapor berkata siasatan awal mendapati suspek disyaki memandu kenderaannya secara melulu bersama-sama sebuah kereta BMW 530e yang dipandu oleh abangnya berusia 22 tahun.

Beliau berkata kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz.

Akibat daripada perlanggaran itu, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, abang suspek yang memandu kenderaan BMW 530e berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya.

 

Dua beradik berlumba akibatkan lima maut dalam nahas lima kenderaan​

Oleh
Zulhisham Isahak
-
2 June 2026
IMG-20260601-WA0038-681x1211.jpg


Lima maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang semalam.

KLUANG – Dua kereta mewah yang sedang berlumba mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini semalam.

Sebelum kejadian kereta jenis BMW 530e berlumba dengan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz A250 yang dipandu adik beradik dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.19 petang itu.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, selain dua kereta tersebut, kemalangan turut melibatkan empat kenderaan lain iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.

“Kemalangan tersebut berlaku semasa BMW 530e dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam.

“Kereta itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama-sama sebuah Mercedes-Benz A250. Semasa sampai di tempat kejadian, BMW 530e hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar keempat- empat kenderaan berkenaan.

IMG_20260602_080649.jpg
Oplus_16908288
“Kereta BMW 530e itu pula terbabas dan jatuh ke dalam gaung di seberang jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz itu sedang bergerak dari arah bertentangan.

Katanya, akibat daripada kejadian itu, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh,75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jelasnya, semua mangsa yang beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

“Pemandu kereta BMW yang sebuah lagi turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

“Sementara lapan lagi mangsa lain yang mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk rawatan,” katanya.

IMG-20260601-WA0033.jpg


Menurut Bahrin lagi, pemandu Mercedes-Benz A250 yang berusia 19 tahun turut ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987.

Dua suspek berkenaan katanya, yang merupakan adik beradik akan mohon untuk ditahan reman di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pukul 10.30 pagi ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, kemalangan itu berlaku di hadapan penjara Simpang Renggam.

Menurut beliau, seramai lima anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya lapan kilometer.

“Operasi menyelamatkan mangsa dilakukan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette

 

5 terkorban akibat pemanduan melulu: Athony Loke mahu tindakan tegas diambil​

Oleh
Mohd Zaini Samsu Hadi
-
2 June 2026

MGF26052026_ANTHONY-LOKE-8-681x454.jpg
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menggesa tindakan pendakwaan yang tegas diambil terhadap pemandu yang dipercayai menyebabkan kemalangan maut sehingga meragut lima nyawa, termasuk empat mangsa sekeluarga dalam kejadian tragis yang berlaku semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, insiden berkenaan merupakan satu tragedi yang tidak sepatutnya berlaku dan berpunca daripada pemanduan melulu serta membahayakan di jalan raya awam.


“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan yang sangat menyedihkan ini. Pemanduan sebegini adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap polis dapat menyegerakan siasatan bagi memastikan kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Menurutnya, tindakan pendakwaan yang setimpal perlu dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan berkenaan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Dalam pada itu, Anthony Loke menegaskan bahawa keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama semua pengguna jalan raya dan tidak boleh dipandang ringan.

“Lesen memandu bukan satu kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malapetaka kepada orang lain yang tidak berdosa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, empat beranak disahkan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Renggam–Simpang Renggam, berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor.

Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33; ibu mentuanya, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara mereka, Nur Airish Syifa Sidek, 10. – MalaysiaGazette

 
Back
Top
Log in Register