BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Loke Gesa Siasatan Disegerakan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Loke Gesa Siasatan Disegerakan​

e3142ed03fd8c418b57d8d86448d71276a1d547fc3970

Kredit : JBPM Johor

Tindakan pendakwaan setimpal perlu diambil terhadap pemandu menyebabkan kemalangan jalan raya di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa termasuk empat mangsa sekeluarga semalam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook juga menggesa polis menyegerakan siasatan bagi memastikan kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) secepat mungkin.

“Pemanduan sebegini tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Loke berkata keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama-sama semua pengguna jalan raya.

“Lesen memandu bukan kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malapetaka kepada orang lain yang tidak berdosa,” katanya.

Dalam pada itu, Loke mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan tragedi itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, polis mengesahkan empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat tindakan pemandu dua buah kereta mewah yang memandu secara laju dan melulu, dengan seorang daripada mereka maut semasa dalam perjalanan ke hospital.

Seorang lagi pemandu kereta mewah itu, iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

 
Back
Top
Log in Register