abdhadi1984
Fun Poster
- Messages
- 571
- Joined
- Jul 12, 2010
- Messages
- 571
- Reaction score
- 17
- Points
- 15
Salam. Inilah masalahnya dengan orang muda. Kita beri nasihat supaya dia berjaya tapi dikata kita ego pula. Saya beritahu pengalaman saya lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan sebab saya nak justify dengan knowledge yang saya ada. Saya tak nafikan ada benda yang kamu tahu tapi saya tak tahu, lagipun bidang perniagaan kita berbeza.
Kamu beruntung ada platform untuk mulakan perniagaan di usia muda. Saya tahu setiap company takaful mesti ada beri training dan insentif untuk agents mulakan perniagaan takaful masing-masing.
Saya mula buat perniagaan scrap metal pada tahun 1995. Masa tu office saya bina guna papan je kecuali foundry yang terpaksa saya dirikan guna lapisan besi dari kontena-kontena yang rosak. Upfront capital waktu tu RM40,000 hasil kumpul dari makan gaji selama 5 tahun. Tahun 1997 dan 1998 waktu ekonomi merudum adalah waktu yang sangat mencabar buat company saya sebab tiap-tiap bulan kena bayar loan RM6000 dengan bank. Demi selamatkan company, saya cuma ambil RM500 sebulan sahaja dari company sebagai income. Gaji kerani akauntan saya RM1300, lagi tinggi dari income saya sebagai pemilik syarikat tersebut! Pukul 9pm-2am saya ambil upah tebar roti canai di kedai mamak. Boleh bayangkan pemilik syarikat scrap metal tebar roti canai diwaktu malam? Setiap 3 bulan sehingga tahun 2000 bank hantar surat "ugut" sita harta.
Alhamdulillah pengorbanan saya berhasil. Allah suruh kita berusaha dan rezeki akan diberikan oleh-Nya. Hari ini syarikat scrap metal saya bernilai RM40 juta. Advertising business saya pun semakin meningkat sejak 8 tahun lalu.
Saya cerita bukan untuk berlagak tetapi sebagai nasihat. Syed Mokhtar Bukhary punya pengalaman lagi bagus.
Kamu masih muda dan mentah abdhadi1984. Dengarlah cakap saya. Masa saya muda dulu pun saya berdarah panas dan keras kepala juga. Bila saya fikir balik sesetengah benda yang saya pernah cakap dan kata, saya selalu berharap saya tak pernah cakap atau kata perkara2 tersebut. Di sini ada ramai agent berpengalaman yang boleh bantu kamu berjaya seperti azizriadi dan esohor walaupun mereka berlainan company takaful.
Terima kasih.
Tahniah kerana berjaya dalam bidang perniagaan yang Tuan ceburi.
Apapun, cubaan untuk mendorong anak saudara Tuan supaya tukar kad perubatan adalah tindakan orang yang tidak berfikir panjang. Semata-mata kerana pengalaman begitu & ko-takaful rm3k itu. Beratus ribu pelanggan ETB lain yg urusannya lancar, tidak diambil kira pula. Tuan mungkin TIDAK mentah dalam industri scrap metal tetapi masih mentah dalam insurans & takaful.
Mungkin Tuan ni kaya-raya, maka tak kisah wang sumbangan takaful hangus kesan spekulasi pasaran, ada banyak lagi duit kat tempat lain. Mereka yang berpendapatan rendah, tak fikirkah macam mana keadaan mereka nanti? Mereka sangat memerlukan wang untuk perkara lain juga.
Wallahu'alam.
ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975