BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eTiQa Takaful Bhd.

Salam. Inilah masalahnya dengan orang muda. Kita beri nasihat supaya dia berjaya tapi dikata kita ego pula. Saya beritahu pengalaman saya lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan sebab saya nak justify dengan knowledge yang saya ada. Saya tak nafikan ada benda yang kamu tahu tapi saya tak tahu, lagipun bidang perniagaan kita berbeza.

Kamu beruntung ada platform untuk mulakan perniagaan di usia muda. Saya tahu setiap company takaful mesti ada beri training dan insentif untuk agents mulakan perniagaan takaful masing-masing.

Saya mula buat perniagaan scrap metal pada tahun 1995. Masa tu office saya bina guna papan je kecuali foundry yang terpaksa saya dirikan guna lapisan besi dari kontena-kontena yang rosak. Upfront capital waktu tu RM40,000 hasil kumpul dari makan gaji selama 5 tahun. Tahun 1997 dan 1998 waktu ekonomi merudum adalah waktu yang sangat mencabar buat company saya sebab tiap-tiap bulan kena bayar loan RM6000 dengan bank. Demi selamatkan company, saya cuma ambil RM500 sebulan sahaja dari company sebagai income. Gaji kerani akauntan saya RM1300, lagi tinggi dari income saya sebagai pemilik syarikat tersebut! Pukul 9pm-2am saya ambil upah tebar roti canai di kedai mamak. Boleh bayangkan pemilik syarikat scrap metal tebar roti canai diwaktu malam? Setiap 3 bulan sehingga tahun 2000 bank hantar surat "ugut" sita harta.

Alhamdulillah pengorbanan saya berhasil. Allah suruh kita berusaha dan rezeki akan diberikan oleh-Nya. Hari ini syarikat scrap metal saya bernilai RM40 juta. Advertising business saya pun semakin meningkat sejak 8 tahun lalu.

Saya cerita bukan untuk berlagak tetapi sebagai nasihat. Syed Mokhtar Bukhary punya pengalaman lagi bagus.

Kamu masih muda dan mentah abdhadi1984. Dengarlah cakap saya. Masa saya muda dulu pun saya berdarah panas dan keras kepala juga. Bila saya fikir balik sesetengah benda yang saya pernah cakap dan kata, saya selalu berharap saya tak pernah cakap atau kata perkara2 tersebut. Di sini ada ramai agent berpengalaman yang boleh bantu kamu berjaya seperti azizriadi dan esohor walaupun mereka berlainan company takaful.

Terima kasih.


Tahniah kerana berjaya dalam bidang perniagaan yang Tuan ceburi.

Apapun, cubaan untuk mendorong anak saudara Tuan supaya tukar kad perubatan adalah tindakan orang yang tidak berfikir panjang. Semata-mata kerana pengalaman begitu & ko-takaful rm3k itu. Beratus ribu pelanggan ETB lain yg urusannya lancar, tidak diambil kira pula. Tuan mungkin TIDAK mentah dalam industri scrap metal tetapi masih mentah dalam insurans & takaful.

Mungkin Tuan ni kaya-raya, maka tak kisah wang sumbangan takaful hangus kesan spekulasi pasaran, ada banyak lagi duit kat tempat lain. Mereka yang berpendapatan rendah, tak fikirkah macam mana keadaan mereka nanti? Mereka sangat memerlukan wang untuk perkara lain juga.

Wallahu'alam.


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Kan saya dah kata saya nak kematian asas saja dengan caruman RM200 per month. Saya tak kisah dengan nilai savings. Yang you propose tadi tu macam mana?

Untuk 3 policy saya maatakaful, prudential bsn dan tokio marine takaful tu, memang RM200 per month dapat RM500,000 untuk kematian asas. Semua policy tersebut di depan mata saya sekarang sebab petang tadi saya call customer service ketiga-tiga company untuk verify maklumat di dalam policy.


Dah tanya apakah keadaan yang akan menyebabkan Tuan tidak layak untuk mendapat pampasan RM500k tersebut sekalipun baru buat sumbangan yang pertama??
 
Anda boleh rujuk kepada buku polisi PruBSN anda. Terdapat warning seperti di bawah.





Kebiasaannya ejen akan memberi jawapan track-record syarikat. Realitinya track-record masa lalu TIDAK menjamin akan datang yang sama.

Kita boleh lihat sendiri keadaan syarikat segagah AIG yang menaungi AIA sekarang, ia TIDAK mustahil menimpa syarikat lain termasuklah ETB & PruBSN tetapi produk ETB tidak akan menghanguskan your hard-earned money dalam nilai tunai polisi kerana produk ETB tidak digandingkan dengan unit trust yang terdedah kepada spekulasi pasaran sekaligus kelangsungan polisi LEBIH TERJAMIN dengan non-investmentlink plan.

Tambahan pula, jika polisi anda dalam MODE CANCELLATION seperti yang saya QUOTE tadi, ini bermakna your hard-earned money dalam polisi DAH BANYAK YANG HANGUS akibat kerugian/kemerosotan pelaburan unit trust & syarikat akan menghadapi kesukaran untuk memiliki dana yang cukup bagi meneruskan perlindungan yang setanding. Jadi anda mesti TOP-UP DARI SEMASA KE SEMASA dengan JUMLAH YANG DIKEHENDAKI syarikat atau mengurangkan perlindungan setimpalnya jika tidak mahu polisi dibatalkan.

Banyak duit akan keluar...:(~X(

Jika anda ada duit lebih, boleh lah anda top-up kehilangan tunai dlm polisi anda tadi. Otherwise, anda akan berada dalam keadaan TANPA PERLINDUNGAN sama sekali selepas bertahun-tahun penat menyumbang. Hajat kelangsungan perlindungan setengah juta hingga berjuta-juta itu akhirnya terlepas begitu sahaja jika ini menimpa anda. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Dan perlu ingat, kita ambil takaful untuk tempoh BERPULUH-PULUH tahun. Macam-macam boleh berlaku pada pasaran dlm tempoh yg sebegitu panjang.

Justeru, jika anda seorg risk-takers & sanggup berdepan kemungkinan2 di atas, maka tak perlulah tukar polisi. :)



ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975

terima kasih atas penerangan...ingatkan kena cancel sbb company
dah x cukup duit nak bayar claim pada pelanggan.

sebagai pelanggan PruBSN
kalau cancel sbb unit trust nya prestasi x bagus boleh lagi diterima. dah nama pun unit trust, ada time naik ada time turun.

so, TT...camane plak ngan etiqa? ada x warning2x mcm dlm
PruBSN..klu xder bleh gak sy timbang2xkan utk amik 1 polisi
wat backup..

neway terima kasih skali lg...
 
terima kasih atas penerangan...ingatkan kena cancel sbb company
dah x cukup duit nak bayar claim pada pelanggan.

sebagai pelanggan PruBSN
kalau cancel sbb unit trust nya prestasi x bagus boleh lagi diterima. dah nama pun unit trust, ada time naik ada time turun.

so, TT...camane plak ngan etiqa? ada x warning2x mcm dlm
PruBSN..klu xder bleh gak sy timbang2xkan utk amik 1 polisi
wat backup..

neway terima kasih skali lg...


Saya melihat anda seorang risk-takers, sesuai dengan pelan investment-link PruBSN...

Jika benar2 minat pelan investment-link dan faham masak2 risiko2nya, maka pelan PruBSN adalah yang terbaik, saya sendiri sudi mengesyorkannya untuk prospek risk-takers seperti anda...:)

ETB juga tak lama lagi akan melancarkan produk investment-link bersesuaian dengan orang risk-takers...:D

Rancangan untuk mendapatkan takaful tambahan non-investment link sebagai back-up adalah satu tindakan bijak... Diversify your investment & takaful...

Dalam ETB tidak ada warning seperti itu sebab pelan kami simpanan biasa seperti Tabung Haji/ASB. Kalau pasaran bagus, tinggilah pulangannya. Kalau pasaran suram, rendahlah pulangannya tetapi tak akan jadi negatif sehingga memakan sumbangan asal anda sebab pelan kami tidak diganding dengan unit trust yang terdedah kepada spekulasi pasaran semasa..


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
 
Last edited:
Mulai 5.30pm tadi, saya ada terima 4 panggilan daripada pembaca thread ni..

Dua di antara mereka tidak diberitahu langsung mengenai risiko investment-link PruBSN & mereka berhajat untuk tukar kepada pelan ETB. Saya beritahu mereka, saya tak mahu rampas rezeki orang lain macam tu sahaja & Allah itu Maha Membalas. Saya nasihatkan mereka ambil satu lagi polisi sebagai back-up. Jika benar-benar tak mampu untuk mengambil dua polisi, barulah tukar kepada ETB. Lagipun elok juga ambil sekurang2nya 2 polisi kad perubatan yang berbeza.

Dua org lagi belum mempunyai kad perubatan tapi salah seorg nya dari Kedah. Huhu, terpaksa saya serahkan prospek Kedah ni kepada perunding ETB yang saya kenal kat Kedah.

Dapat seorang pun jadi lah. Rezeki daripada Allah. :)


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
 
salam
camne nak jadi ejen?
ada basic ke?
 
Dalam ETB tidak ada warning seperti itu sebab pelan kami simpanan biasa seperti Tabung Haji/ASB. Kalau pasaran bagus, tinggilah pulangannya. Kalau pasaran suram, rendahlah pulangannya tetapi tak akan jadi negatif sehingga memakan sumbangan asal anda sebab pelan kami tidak diganding dengan unit trust yang terdedah kepada spekulasi pasaran semasa..


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975

tak paham ler...etiqa pun ada pasaran suram..pasaran apa yg etiqa guna ni? X sama ke ngan unit trust yg PruBSN guna..sbb
masa apply dulu ejen ada bgtau boleh pilih unit trust jenis apa..
low risk ke high risk ke, yg sedang2x pun boleh..

yg saya paham, klu PruBSN pasaran negatif..nnti dia makan duit
saving..tp nak abiskan duit saving pun bukan sekejap..makan masa
gak...pehtu company mestila pantau..xkan dia nak biar customer
camtu jer...

lagi 1 plak, caruman yg saya buat tu bulanan..so, sy berpendapat
company akan beli unit2x tu ikut bulan gak ler..time naik dia beli harga mahal, time turun dia beli harga murah...
so, bila dah kumpul 1 thn (+ - * / )= moderate jer..huhu

sama gak ar klu kira thn, ada thn bagus & x bagus...

sori ar TT..alang2x dah masuk kat sini, tanya jela kan.. malas nak belek thread lain...
 
salam
camne nak jadi ejen?
ada basic ke?


Kelayakan sekurang-kurangnya SPM dan perlu lulus peperiksaan FTB (Family Takaful Basic).

Basic tidak ada tetapi prospek pendapatan 6 tahun bagi takaful hayat & 17 tahun bagi takaful perubatan. Ada lagi bonus tahunan, persistensi bonus, insentif melancong & umrah, hadiah big challenge dsb.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
 
Salam,

PruBSN: Takafulink - Dana Ekuiti berprofile tinggi dan berisiko sekiranya jatuh. Peserta boleh menukar ke Dana Bond untuk mengurangkan risiko kerana Dana Bond tidak pernah jatuh ke paras negative (Kalau jatuh pun kita sentiasa membeli).Penukaran dana boleh dibuat secara percuma 3 kali setahun.

ETB: Perlu ditegaskan bahawa, Medical cardnya bertambah sumbangannya mengikut band-age.

Jadi disini, statement WARNING didalam proposal PruBSN tersebut merupakan peringatan SEKIRANYA BERLAKU (notice 90 hari akan diberikan kepada peserta) dan by DEFAULT tiada penambahan sumbangannya mengikut kenaikan umur peserta, sementara kenaikan harga Medical Card ETB by default adalah mengikut umur dan menjejaskan jumlah sumbangan keseluruhan peserta.

Jadi, kesimpulannya disini:
1. PruBSN: Takafulink ada KEMUNGKINAN kejatuhan harga unit, tetapi product ini dicipta secara DEFAULTNYA tiada penambahan premium atau sumbangan.
2. ETB: Secara DEFAULTNYA, wujud KENAIKAN SUMBANGAN RIDER MEDICAL CARD yang menjejaskan kenaikan sumbangan keseluruhan (Kita tunggu dah lihat sebab hal ini dijelaskan oleh pihak pengurusan ETB sendiri melalui training Medic Save rider semasa perlancaran Medic Save rider). Jadi bahagian yang telah ditolak ke AP memang tidak akan diusik dengan apa cara sekali pun tetapi sebarang dividen mudharabah tidak akan diberikan sekiranya peserta terminate policy ditengah jalan.

Jadi secara ringkasnya, kalau tak nak kenaikan sumbangan/premium... ambil lah product Takafulink/investment-link tetapi sekiranya tak kisah dengan kenaikan ini, amik lah product pure insurance/takaful seperti product ETB. Produk ETB saya yakin tidak ada penambahan kenaikan sumbangan sekiranya tidak mengambil medical card tetapi akan wujud kenaikan sumbangan sekiranya ada medical card. Saya kenal beberapa staf di ETB dan pernah berbincang pasal issue ini beberapa kali. Jawapan yang diberikan oleh mereka cukup simple... TUNGGU DAN LIHAT...

Justeru itu, product pure insurance seperti stand alone medical card premiumnya akan naik mengikut umur peserta disebabkan tiada investment-link/takafulink untuk cover kenaikan ini. Dalam policy PruBSN, selain dari saving peserta yang digunakan untuk membeli unit (Akaun PUA dan IUA), akaun tabaruq dan ISA juga digunakan untuk membeli unit bagi menampung sumbangan/rider bagi medical card PruBSN dan kenaikan tabaruq yang lain. Jadi statement WARNING tersebut adalah peringatan sekiranya berlaku kerana didalam Takaful perlu diceritakan kesemuanya tanpa selindung. Bagi saya tak perlu risau sebab akaun ISA dan tabaruq sendiri juga digunakan untuk investment bagi menampung rider dan tabaruq dan bukan hanya akaun simpanan peserta (PUA/IUA). Syarikat dah lama dan berpengalaman, tak pernah lagi berlaku kenaikan premium bagi kes sebegini. Dan dah tentu akan melabur ke sektor yang menguntungkan syarikat dan bukan sebaliknya. Mereka memang PAKAR, dan hal ini kita serahkan sahaja kepada pihak pengurusan PruBSN Takaful.

Bagi kita sebagai peserta takaful, KITA MENANG MEMAKAI WALAUPUN ADAKALANYA KITA KALAH MEMBELI. Dengan kata lain protection is GUARANTEE. Kalau mampu, ambil policy dengan lebih dari satu syarikat, kalau kurang kemampuan ambil memenuhi keperluan dan budget kita. Ambil lah sedikit walaupun tak banyak.
 
Last edited:
tak paham ler...etiqa pun ada pasaran suram..pasaran apa yg etiqa guna ni? X sama ke ngan unit trust yg PruBSN guna..sbb
masa apply dulu ejen ada bgtau boleh pilih unit trust jenis apa..
low risk ke high risk ke, yg sedang2x pun boleh..

yg saya paham, klu PruBSN pasaran negatif..nnti dia makan duit
saving..tp nak abiskan duit saving pun bukan sekejap..makan masa
gak...pehtu company mestila pantau..xkan dia nak biar customer
camtu jer...

lagi 1 plak, caruman yg saya buat tu bulanan..so, sy berpendapat
company akan beli unit2x tu ikut bulan gak ler..time naik dia beli harga mahal, time turun dia beli harga murah...
so, bila dah kumpul 1 thn (+ - * / )= moderate jer..huhu

sama gak ar klu kira thn, ada thn bagus & x bagus...

sori ar TT..alang2x dah masuk kat sini, tanya jela kan.. malas nak belek thread lain...


Begini... Cuba lihat Tabung Haji & ASB, apabila pasaran ekonomi suram, ada tak dia makan duit savings kita? Tidak berlaku bukan... Paling tidak pun kita dpt dividen rendah spt 3%-5%... Konsep pelaburan ETB sama dgn Tabung Haji & ASB, itu yg membezakan dgn PruBSN...:)

Kalau unit trust, kita bukan setakat hilang dividen malah dgn sebahagian wang asal kita sekali pun hangus... Tetapi unit trust yg tidak digandingkan dgn takaful, kita boleh pilih bila kita nak jual balik, so selamat sikit... Kalau unit trust yg digandingkan dgn takaful, tarikh matangnya dah dipersetujui awal2 ketika pendaftaran... Lepas tu perlu top-up pula wang yang hangus tu apabila sampai situasi tertentu, unit trust biasa pula tak perlu top-up... Gagal top-up, maka hilanglah kelayakan perlindungan takaful... Kalau terpaksa downgrade, perlu tengok pula kadarnya berapa pada tahun tersebut & tak akan dapat punya kadar seperti 20 atau 30 tahun dulu, silap2 kadar baru downgrade tu hampir sama dengan kadar lama pelan yang lebih besar yang kita ambil 20 atau 30 tahun sebelum ni... Betul tak??

Mengenai tempoh masa kejatuhan harga, ada yang mengambil masa beberapa minggu sahaja, paling lama pun beberapa bulan sahaja... CIMB Unit Trust yang hebat tu pun ada dananya yg negatif iaitu negatif RM0.0199 per unit (CIMB-i Balanced Income Fund) apabila ditutup... Kalau selama ni pelabur unit tu dah invest TOTAL 100k unit, ia akan jadi negatif RM1,990 iaitu pelabur tu pulak yang berhutang RM1,990 dgn unit tersebut tidak termasuk caj2 tambahan...

Itulah sebabnya apabila kita hendak melabur dalam unit trust, pakar perancang kewangan selalu mengingatkan agar menggunakan lebihan wang yg kita betul2 tak tahu nak buat apa lagi dgn wang tu... Jika tiada lebihan seperti itu, tidak digalakkan... Atau gunakan separuh sahaja dpd lebihan wang biasa utk invest dlm unit trust...


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register