Etiqa Takaful
Fun Poster
- Messages
- 206
- Joined
- Nov 17, 2007
- Messages
- 206
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Terima kasih di atas maklumbalas Tuan.
Benarkah ketiga2 syarikat tersebut boleh memberi khairat ASAS kematian melebihi RM500k?? PruBSN & MAA Takaful saya dah banyak kali jumpa ejen mereka & tiada seorg pun yang mampu menyediakan khairat ASAS kematian sebanyak itu. HLTM saya tak dapat nak komen sebab tak pasti.:-?
Jika khairat kematian ASAS DICAMPUR dengan rider kematian biasa dalam tempoh tertentu & juga rider kematian akibat kemalangan dalam tempoh tertentu, ETB boleh beri khairat MELEBIHI RM600k, belum lagi termasuk nilai tunai yang akan dipulangkan.
Tuan terlupa lagi, berkenaan ko-takaful rm3k tu pula, seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi, syarikat lain dah caj awal-awal dalam bentuk nisbah perkongsian untung syarikat : peserta & nisbah savings yang LEBIH RENDAH berbanding ETB samada pakai atau tak kad perubatan tersebut - lebih licik daripada ETB sebab dia tarik awal-awal (dengan jumlah yang lebih besar) samada peserta guna atau tak kemudahan berkaitan, orang yang kurang guna jadi rugi.![]()
Berkenaan GL lambat tu, saya turut menerima aduan daripada pelanggan syarikat lain termasuk pelanggan PruBSN dari MIDA kat KL Sentral. Daripada ada matahari sampai gelap langit dia tunggu! Dia sendiri jumpa saya kat kaunter & nak tukar! Saya keberatan untuk dedahkah isu lambat atau cepat ni dpd syarikat lain sbb ETB pun kadang2 ada kes serupa tp dah ejen tertentu terlalu desperate sangat dengan isu ini sampai x sedar diri.![]()
Berkenaan dengan kereta tersadai kat workshop. Masalah sama turut dihadapi pelanggan syarikat lain. Justeru, isu lambat ke cepat ni amatlah kelakar kalau nak tuding pada satu2 syarikat, semua syarikat mempunyai pelanggan yang menghadapi masalah serupa, ada yg dekat setahun walaupun bukan dgn ETB! Bagaimana pula dengan pelanggan2 ETB yang rata-ratanya mengambil masa sekejap sahaja kat workshop??
Saya kurang gemar bicara soal servis syarikat itu syarikat ini sebab semuanya sama. Jadi, saya lebih suka bicara pasal produk kerana itu adalah fakta yang membezakan! Kalau bicara mengenai servis, saya juga boleh bangkitkan perkara sama tetapi saya tak mahu diri saya ni seperti kuali mengata belanga itu hitam pula jika suka bangkit mengenai servis.paid
Berkenaan dengan ejen ETB berhijrah ke syarikat lain, Tuan ada peratusan rasminya kah berbanding syarikat lain? Atau sekadar tinjauan rambang semata2 atau ikut rasa? Ada ejen ETB yg berhijrah ke syarikat lain kini menyesal tetapi malu nak pulang semula ke pangkuan. Ada juga yg dah kembali semula ke ETB.
Lagi satu, pihak yang kononnya dah masak dengan sepak terajang dunia, pesan saya, ingatlah peristiwa khalifah Harun Ar-Rasyid yang mendapat teguran daripada seorang remaja/kanak-kanak yang tidak dikenali ramai & jauh lebih mentah daripada saya. Keegoan & rasa diri lebih tinggi daripada orang lain kerapkali merosakkan individu tersebut & kadangkala kerosakannya turut mengheret org lain.
ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
Salam En. Hadi.
Pasal Khairat Kematian (Asas) PruBSN Takaful tawarkan tinggi, memang betul. Pasal banyak Agent Etiqa lompat ke PruBSN pun memang betul. Didalam Agency saya duduki sebelum ini 5 orang dah lompat. Tu yang saya tau, yg saya tak tau? Didalam group PruBSN yang saya duduki sekarang ini kebanyakan asalnya dari etiqa takaful dan Takaful Nasional. Pasal Claim dan service lambat pun betul. Saya baru sahaja mengambil Debit Note dari ETB untuk perlanggan GHS di Alor Setar. Tarikh renewal adalah 11/5/2010. Policy ETB suruh on dulu, walaupun debit note untuk payment renewal tak dapat lagi. Follow up tak payah cakap la. Berbuih dengan email dan telifon. Last-last bila dapat Debit Note tarikhnya 5/7/2010 baru create.
Tu tak masuk lagi client saya yang tunggu sikit punya lama untuk masuk Penang adventist Guna Medic Save. Dah masuk bab follow-up satu hal, dua bulan lebih baru dapat claim untuk follow-up dari Medijaring. Penat-penat lagu ni. Bukan nak cakap kosong, ni pengalaman. Dan saya sendiri nak masuk KPJ Penang Specialist bulan January tempoh hari pun sama jugak. Kira balik mandi, makan dan packing baju seluar semua mcm nak pi melancong pastu walk in masuk hospital bila dah dapat GL.
Tu tak cerita lagi sebulan sebelum wife saya deliver. Punya la pulun buat closing tahunan kaw2 supaya dapat seketul komisen untuk masuk kan wife ke hospital pakar untuk lebih selesa, last2 masuk bulan seterusnya tak masuk-masuk komisen untuk closing tahunan tu walaupun policy dah inforce. Time tu tak payah cakap la. Jadi la Mr. Karam sat. "Terbakar kampung nampak ASAP, terbakar hati siapa yang tahu". So apa nak dikata, masuk la hospital sungai buloh yang teruk service dia tu (Inilah pengalaman pahit saya yang pertama dengan hospital kerajaan yang tak dapat saya lupakan seumur hidup). Salah satu buktinya suntikan BCG ketika bayi baru lahir di tangan kanan anak saya. Bukan ditangan kiri seperti org lain.
Tu la pasai saya berhijrah... bukan tak sayang oiii. Kita membangun bersama eTiQa.... membina kerjaya bersama.... last2 lagu ni jadinya. Penat betul-betul penat kalau setiap kali follow-up dengan pihak ETB, terpaksa berkali-kali email, call dan kadang-kadang terpaksa masukkan sekali board of director dalam loop. Sampai bila nak jadi mcm ni. Pedih-pedih....... harap-harap etiqa ada improvement la pada masa hadapan.
Pasal Policy General (Kereta), saya tak pasti sebab kurang pengalaman...
Kalau nak cerita panjang-panjang silap-silap admin CG ni band ID saya ni.
Last edited: