BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eTiQa Takaful Bhd.

Terima kasih di atas maklumbalas Tuan.

Benarkah ketiga2 syarikat tersebut boleh memberi khairat ASAS kematian melebihi RM500k?? PruBSN & MAA Takaful saya dah banyak kali jumpa ejen mereka & tiada seorg pun yang mampu menyediakan khairat ASAS kematian sebanyak itu. HLTM saya tak dapat nak komen sebab tak pasti.:-?

Jika khairat kematian ASAS DICAMPUR dengan rider kematian biasa dalam tempoh tertentu & juga rider kematian akibat kemalangan dalam tempoh tertentu, ETB boleh beri khairat MELEBIHI RM600k, belum lagi termasuk nilai tunai yang akan dipulangkan.:D

Tuan terlupa lagi, berkenaan ko-takaful rm3k tu pula, seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi, syarikat lain dah caj awal-awal dalam bentuk nisbah perkongsian untung syarikat : peserta & nisbah savings yang LEBIH RENDAH berbanding ETB samada pakai atau tak kad perubatan tersebut - lebih licik daripada ETB sebab dia tarik awal-awal (dengan jumlah yang lebih besar) samada peserta guna atau tak kemudahan berkaitan, orang yang kurang guna jadi rugi.:eek:

Berkenaan GL lambat tu, saya turut menerima aduan daripada pelanggan syarikat lain termasuk pelanggan PruBSN dari MIDA kat KL Sentral. Daripada ada matahari sampai gelap langit dia tunggu! Dia sendiri jumpa saya kat kaunter & nak tukar! Saya keberatan untuk dedahkah isu lambat atau cepat ni dpd syarikat lain sbb ETB pun kadang2 ada kes serupa tp dah ejen tertentu terlalu desperate sangat dengan isu ini sampai x sedar diri.:)

Berkenaan dengan kereta tersadai kat workshop. Masalah sama turut dihadapi pelanggan syarikat lain. Justeru, isu lambat ke cepat ni amatlah kelakar kalau nak tuding pada satu2 syarikat, semua syarikat mempunyai pelanggan yang menghadapi masalah serupa, ada yg dekat setahun walaupun bukan dgn ETB! Bagaimana pula dengan pelanggan2 ETB yang rata-ratanya mengambil masa sekejap sahaja kat workshop??:)

Saya kurang gemar bicara soal servis syarikat itu syarikat ini sebab semuanya sama. Jadi, saya lebih suka bicara pasal produk kerana itu adalah fakta yang membezakan! Kalau bicara mengenai servis, saya juga boleh bangkitkan perkara sama tetapi saya tak mahu diri saya ni seperti kuali mengata belanga itu hitam pula jika suka bangkit mengenai servis.:)paid

Berkenaan dengan ejen ETB berhijrah ke syarikat lain, Tuan ada peratusan rasminya kah berbanding syarikat lain? Atau sekadar tinjauan rambang semata2 atau ikut rasa? Ada ejen ETB yg berhijrah ke syarikat lain kini menyesal tetapi malu nak pulang semula ke pangkuan. Ada juga yg dah kembali semula ke ETB.:D

Lagi satu, pihak yang kononnya dah masak dengan sepak terajang dunia, pesan saya, ingatlah peristiwa khalifah Harun Ar-Rasyid yang mendapat teguran daripada seorang remaja/kanak-kanak yang tidak dikenali ramai & jauh lebih mentah daripada saya. Keegoan & rasa diri lebih tinggi daripada orang lain kerapkali merosakkan individu tersebut & kadangkala kerosakannya turut mengheret org lain.:)


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975

Salam En. Hadi.
Pasal Khairat Kematian (Asas) PruBSN Takaful tawarkan tinggi, memang betul. Pasal banyak Agent Etiqa lompat ke PruBSN pun memang betul. Didalam Agency saya duduki sebelum ini 5 orang dah lompat. Tu yang saya tau, yg saya tak tau? Didalam group PruBSN yang saya duduki sekarang ini kebanyakan asalnya dari etiqa takaful dan Takaful Nasional. Pasal Claim dan service lambat pun betul. Saya baru sahaja mengambil Debit Note dari ETB untuk perlanggan GHS di Alor Setar. Tarikh renewal adalah 11/5/2010. Policy ETB suruh on dulu, walaupun debit note untuk payment renewal tak dapat lagi. Follow up tak payah cakap la. Berbuih dengan email dan telifon. Last-last bila dapat Debit Note tarikhnya 5/7/2010 baru create.

Tu tak masuk lagi client saya yang tunggu sikit punya lama untuk masuk Penang adventist Guna Medic Save. Dah masuk bab follow-up satu hal, dua bulan lebih baru dapat claim untuk follow-up dari Medijaring. Penat-penat lagu ni. Bukan nak cakap kosong, ni pengalaman. Dan saya sendiri nak masuk KPJ Penang Specialist bulan January tempoh hari pun sama jugak. Kira balik mandi, makan dan packing baju seluar semua mcm nak pi melancong pastu walk in masuk hospital bila dah dapat GL.

Tu tak cerita lagi sebulan sebelum wife saya deliver. Punya la pulun buat closing tahunan kaw2 supaya dapat seketul komisen untuk masuk kan wife ke hospital pakar untuk lebih selesa, last2 masuk bulan seterusnya tak masuk-masuk komisen untuk closing tahunan tu walaupun policy dah inforce. Time tu tak payah cakap la. Jadi la Mr. Karam sat. "Terbakar kampung nampak ASAP, terbakar hati siapa yang tahu". So apa nak dikata, masuk la hospital sungai buloh yang teruk service dia tu (Inilah pengalaman pahit saya yang pertama dengan hospital kerajaan yang tak dapat saya lupakan seumur hidup). Salah satu buktinya suntikan BCG ketika bayi baru lahir di tangan kanan anak saya. Bukan ditangan kiri seperti org lain.


Tu la pasai saya berhijrah... bukan tak sayang oiii. Kita membangun bersama eTiQa.... membina kerjaya bersama.... last2 lagu ni jadinya. Penat betul-betul penat kalau setiap kali follow-up dengan pihak ETB, terpaksa berkali-kali email, call dan kadang-kadang terpaksa masukkan sekali board of director dalam loop. Sampai bila nak jadi mcm ni. Pedih-pedih....... harap-harap etiqa ada improvement la pada masa hadapan.

Pasal Policy General (Kereta), saya tak pasti sebab kurang pengalaman...

Kalau nak cerita panjang-panjang silap-silap admin CG ni band ID saya ni.
 
Last edited:
En. Hadi,

SEPERTI MANA SAYA TERKEJUT MENGETAHUI PRODUK PRUBSN, MCM TULAH SAYA ANDAIKAN ANDA AKAN TERKEJUT SEKIRANYA ANDA BUKA SEDIKIT MINDA (KATAKAN PRODUCT ORANG LAIN BAGUS) DAN BUAT SEDIKIT STUDY. KALAU TAK FAHAM, TANYA LAGI DETAIL. BAGI SAYA, KALAU COMPARE PERBANDINGAN PRODUCT, MEMANG TAK TERBANDING SEHINGGAKAN SAYA KATAKAN "IMPOSIBLE..... MANA BOLEH PRUBSN TAKAFUL OFFER MCM NI... RUGI-RUGI... NAK BUAT UNTUNG LAGU MANA?" TAPI ITULAH HAKIKAT YANG PERLU DITELAN. SELAIN BERTANYA BEKAS AGENT PRUBSN YANG LOMPAT KE ETIQA, TANYA LAH JUGA BEKAS AGENT ETIQA YANG LOMPAT KE PRUBSN. DAN SAYALAH SALAH SEORANG DIANTARANYA...
 
Salam En. Hadi.
Pasal Khairat Kematian (Asas) PruBSN Takaful tawarkan tinggi, memang betul. Pasal banyak Agent Etiqa lompat ke PruBSN pun memang betul. Didalam Agency saya duduki sebelum ini 5 orang dah lompat. Didalam group PruBSN yang saya duduki sekarang ini kebanyakan asalnya dari etiqa takaful dan Takaful Nasional. Pasal Claim dan service lambat pun betul. Saya baru sahaja mengambil Debit Note dari ETB untuk perlanggan GHS di Alor Setar. Tarikh renewal adalah 11/5/2010. Policy on dulu, walaupun debit note untuk payment renewal tak dapat lagi. Follow up tak payah cakap la. Berbuih dengan email dan telifon. Last-last bila dapat Debit Note tarikhnya 5/7/2010 baru create.

Tu tak masuk lagi client saya yang tunggu sikit punya lama untuk masuk Penang adventist Guna Medic Save. Dah masuk bab follow-up satu hal, dua bulan lebih baru dapat claim untuk follow-up dari Medijaring. Penat-penat lagu ni. Bukan nak cakap kosong, ni pengalaman. Dan saya sendiri nak masuk KPJ Penang Specialist bulan January tempoh hari pun sama jugak. Kira balik mandi, makan dan packing baju seluar semua mcm nak pi melancong pastu walk in masuk hospital bila dah dapat GL.

Tu tak cerita lagi sebulan sebelum wife saya deliver. Punya la pulun buat closing tahunan kaw2 supaya dapat seketul komisen untuk masuk kan wife ke hospital pakar untuk lebih selesa, last2 masuk bulan seterusnya tak masuk-masuk komisen untuk closing tahunan tu walaupun policy dah inforce. Time tu tak payah cakap la. Jadi la Mr. Karam sat. "Terbakar kampung nampak ASAP, terbakar hati siapa yang tahu". So apa nak dikata, masuk la hospital sungai buloh yang teruk service dia tu (Inilah pengalaman pahit saya yang pertama dengan hospital kerajaan yang tak dapat saya lupakan seumur hidup). Salah satu buktinya suntikan BCG ketika bayi baru lahir di tangan kanan anak saya. Bukan ditangan kiri seperti org lain.

Tu la pasai saya berhijrah... bukan tak sayang oiii. Kita membangun bersama eTiQa.... membina kerjaya bersama.... last2 lagu ni jadinya. Pedih-pedih....... harap-harap etiqa ada improvement la pada masa hadapan.

Pasal Policy General (Kereta), saya tak pasti sebab kurang pengalaman...

Kalau nak cerita panjang-panjang silap-silap admin CG ni band ID saya ni.


Wa'alaikumussalam,

Saya simpati dengan apa yang menimpa Tuan ketika berkhidmat di ETB. Allah dah Tentukan rezeki Tuan dengan PruBSN bukan di ETB agaknya, jadi Tuan berdepan dengan kesukaran yang jarang dihadapi kebanyakan ejen ETB yang lain termasuklah saya. Tangan Allah yang Menentukan letak rezeki di mana ni kita tak tahu apakah perancanganNya. Eloklah Tuan melompat ke PruBSN sebab tempat Tuan di sana.

Setakat ni saya lihat Tuan seorang yang berbudi bahasa & agak bijak mengatur ayat, itulah sebabnya ada yang tertarik untuk melompat. Saya juga hampir2 ditarik tapi orang yang nak tarik saya tu sekarang rasa kesal kerana melompat ke PruBSN. On top of risiko pelan investment-link, dia menyatakan kerenah birokrasi untuk naik menjadi Agency Manager terlalu besar berbanding ETB, agak berkira dalam menyediakan training tertentu & komisen yang rendah. Berkenaan kecekapan syarikat mengendalikan claim dsb, katanya lebih kurang sama sahaja dgn ETB.

Saya belum pernah menghadapi masalah komisen termasuklah sejak kami menerima komisen dua kali sebulan. Alhamdulillah, itu sahaja yg dapat saya sebut. Begitu juga urusan dgn pengurusan, ok sahaja.

Kesimpulannya, kenapa ada orang yg ok, ada pulak yg tak ok?? Kena terima jika rezeki ejen tu telah ditentukan kat satu2 tempat, semuanya akan berjalan lancar seperti saya dengan ETB. Otherwise, banyak sangat yang tak kena seperti Tuan dengan ETB.

Wallahu'alam.


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
En. Hadi,

SEPERTI MANA SAYA TERKEJUT MENGETAHUI PRODUK PRUBSN, MCM TULAH SAYA ANDAIKAN ANDA AKAN TERKEJUT SEKIRANYA ANDA BUKA SEDIKIT MINDA (KATAKAN PRODUCT ORANG LAIN BAGUS) DAN BUAT SEDIKIT STUDY. KALAU TAK FAHAM, TANYA LAGI DETAIL. BAGI SAYA, KALAU COMPARE PERBANDINGAN PRODUCT, MEMANG TAK TERBANDING SEHINGGAKAN SAYA KATAKAN "IMPOSIBLE..... MANA BOLEH PRUBSN TAKAFUL OFFER MCM NI... RUGI-RUGI... NAK BUAT UNTUNG LAGU MANA?" TAPI ITULAH HAKIKAT YANG PERLU DITELAN. SELAIN BERTANYA BEKAS AGENT PRUBSN YANG LOMPAT KE ETIQA, TANYA LAH JUGA BEKAS AGENT ETIQA YANG LOMPAT KE PRUBSN. DAN SAYALAH SALAH SEORANG DIANTARANYA...


Saya juga pada mulanya terkejut dengan produk PruBSN sehingga hampir-hampir melompat ke sana.

Maklumlah waktu mula2 tu saya terpikat dengan kulitnya sahaja tapi di sebaliknya mendedahkan saya kepada risiko yg lain pula, ibarat terlepas mulut harimau masuk ke mulut buaya. Itu kalau mengikut profile saya la - saya ni risk-adverse.


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
tuan hadi
umur 30 sebulan rm200

DEATH/TPD RM500K
CI RM10K
PA RM10K
HOSPITAL RM100
WAIVER COBTRIBUTION DREAD DEASE

rasanya PRUBSN pun boleh beri,berminat?


ETB: umur 30 sebulan rm200

Death/TPD RM530k
CI RM20k
PA RM20k
Hospital RM100
Contribution waived for CI & TPD
Savings between RM35k-RM65k @ retirement age 55 yrs


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Salam. Inilah masalahnya dengan orang muda. Kita beri nasihat supaya dia berjaya tapi dikata kita ego pula. Saya beritahu pengalaman saya lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan sebab saya nak justify dengan knowledge yang saya ada. Saya tak nafikan ada benda yang kamu tahu tapi saya tak tahu, lagipun bidang perniagaan kita berbeza.

Kamu beruntung ada platform untuk mulakan perniagaan di usia muda. Saya tahu setiap company takaful mesti ada beri training dan insentif untuk agents mulakan perniagaan takaful masing-masing.

Saya mula buat perniagaan scrap metal pada tahun 1995. Masa tu office saya bina guna papan je kecuali foundry yang terpaksa saya dirikan guna lapisan besi dari kontena-kontena yang rosak. Upfront capital waktu tu RM40,000 hasil kumpul dari makan gaji selama 5 tahun. Tahun 1997 dan 1998 waktu ekonomi merudum adalah waktu yang sangat mencabar buat company saya sebab tiap-tiap bulan kena bayar loan RM6000 dengan bank. Demi selamatkan company, saya cuma ambil RM500 sebulan sahaja dari company sebagai income. Gaji kerani akauntan saya RM1300, lagi tinggi dari income saya sebagai pemilik syarikat tersebut! Pukul 9pm-2am saya ambil upah tebar roti canai di kedai mamak. Boleh bayangkan pemilik syarikat scrap metal tebar roti canai diwaktu malam? Setiap 3 bulan sehingga tahun 2000 bank hantar surat "ugut" sita harta.

Alhamdulillah pengorbanan saya berhasil. Allah suruh kita berusaha dan rezeki akan diberikan oleh-Nya. Hari ini syarikat scrap metal saya bernilai RM40 juta. Advertising business saya pun semakin meningkat sejak 8 tahun lalu.

Saya cerita bukan untuk berlagak tetapi sebagai nasihat. Syed Mokhtar Bukhary punya pengalaman lagi bagus.

Kamu masih muda dan mentah abdhadi1984. Dengarlah cakap saya. Masa saya muda dulu pun saya berdarah panas dan keras kepala juga. Bila saya fikir balik sesetengah benda yang saya pernah cakap dan kata, saya selalu berharap saya tak pernah cakap atau kata perkara2 tersebut. Di sini ada ramai agent berpengalaman yang boleh bantu kamu berjaya seperti azizriadi dan esohor walaupun mereka berlainan company takaful.

Terima kasih.
 
ETB: umur 30 sebulan rm200

Death/TPD RM530k
CI RM20k
PA RM20k
Hospital RM100
Contribution waived for CI & TPD
Savings between RM35k-RM65k @ retirement age 55 yrs


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975 begin_of_the_skype_highlighting**************+6019-7209975******end_of_the_skype_highlighting

Kenapa quotation ni tiba-tiba berlainan dengan yang saya terima?

Protection sampai umur berapa ni?

Untuk policy maatakaful, prudential bsn dan tokio marine takaful saya, nilai pampasan kematian asas itu semuanya fixed sehingga umur 80. Tiada tempoh umur tertentu seperti mula-mula ambil RM600,000 tapi selepas 30 tahun jadi RM300,000 pula.
 
Last edited:
Kenapa quotation ni tiba-tiba berlainan dengan yang saya terima?

Protection sampai umur berapa ni?


Tuan menyatakan yang Tuan telah memiliki tiga polisi & hanya mahukan khairat kematian. Jadi, yang saya propose pada Tuan itu khairat kematian ASAS sahaja tak termasuk rider kematian akibat kemalangan sebab Tuan dah ada banyak polisi yang ada bermacam-macam rider di dalamnya.:)

Kalau mahu tak jauh beza dengan yang ini, saya boleh beri tapi savings nya sikit, banyak tu sahajalah..:)


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Kenapa quotation ni tiba-tiba berlainan dengan yang saya terima?

Protection sampai umur berapa ni?

Untuk policy maatakaful, prudential bsn dan tokio marine takaful saya, nilai pampasan kematian asas itu semuanya fixed sehingga umur 80. Tiada tempoh umur tertentu seperti mula-mula ambil RM600,000 tapi selepas 30 tahun jadi RM300,000 pula.


Benarkah? Dah teliti betul2 dalam polisi, apakah limitasi-limitasi untuk melayakkan pampasan RM500k itu? :)
 
Kan saya dah kata saya nak kematian asas saja dengan caruman RM200 per month. Saya tak kisah dengan nilai savings. Yang you propose tadi tu macam mana?

Untuk 3 policy saya maatakaful, prudential bsn dan tokio marine takaful tu, memang RM200 per month dapat RM500,000 untuk kematian asas. Semua policy tersebut di depan mata saya sekarang sebab petang tadi saya call customer service ketiga-tiga company untuk verify maklumat di dalam policy.
 
Back
Top
Log in Register