kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kredit: Great Eastern Takaful
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melancarkan logo korporat baharu pada Selasa, sekali gus menandakan transformasi sempena ulang tahun ke-15 syarikat pengendali takaful keluarga itu.
Ditubuhkan pada 10 Dis 2010, Great Eastern Takaful telah berkembang menjadi penyedia takaful keluarga dipercayai yang terus melindungi keluarga, memperkasakan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia.
“Tahun ini mencatatkan detik bersejarah menerusi pelancaran logo korporat baharu, menandakan fasa transformasi ke arah organisasi yang berpandangan jauh, berasaskan data dan bersedia untuk masa depan.
“Berteraskan nilai penjenamaan induk yang telah menabur bakti di Malaysia selama 117 tahun, logo baharu ini melambangkan identiti jenama yang menyatukan Kumpulan Great Eastern secara keseluruhannya,” menurut GETB dalam kenyataan hari ini.
GETB memaklumkan logo berkenaan turut mengukuhkan kedudukan unik syarikat itu sebagai satu jenama yang berinovasi dan bermatlamat dalam menawarkan penyelesaian berasaskan syariah yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan pelanggan.
Menurut kenyataan itu, pada tahun ini, Great Eastern Takaful mencatat prestasi menerusi segmen perniagaan terasnya, disokong oleh kekuatan warga agensi yang semakin berkembang dengan pertambahan perunding takaful kedua tertinggi, serta kerjasama pihak bancatakaful dan korporat.
Kerjasama strategik antara rakan bank dan korporat yang utuh, menurut GETB, membantu memperluas capaian di samping mengekalkan fokus terhadap kualiti perkhidmatan, kepercayaan dan penyelesaian patuh syariah.
Produk berinovasi, kekal sebagai pemacu pertumbuhan dengan pelancaran produk takaful yang mementingkan pelanggan seperti i-Great Majestik, i-Great Chinta dan i-Medi Evolusi Rider, yang direka untuk memenuhi keperluan sentiasa berubah dalam aspek kesihatan, perlindungan, pendidikan, legasi dan persaraan bagi memastikan ia relevan di setiap peringkat kehidupan.
“Dengan kerjasama dan usaha berterusan, sekali lagi Great Eastern Takaful dinobatkan sebagai Penyedia Takaful Terbaik oleh The BrandLaureate BestBrands Awards 2025.
Great Eastern Takaful Rai Ulang Tahun Ke-15 Dengan Identiti Jenama Baharu
Great Eastern Takaful, logo, korporat, ulang tahun