BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Apa lagi penganut PAs..jom buat kutipan tin milo buat beli kapal Equanimity tu..Ayuh kita buat gerakan derma kilat.kita beli dengan harga yg lagi tinggi dari tokey Genting..kah kah kah
 
Jual salah , tak jual salah
semua salah salah salah
mentang mentang lah aku ni pekak badak !!!
 
paklong,sy rs juai kapai ni pun dgn kebenaran dan perintah mahkamah,bkn lagu mcm preloved juai di carousell,mudah.my..nk maintain kapai ni pun bkn semudah mcm polis dok rampaih reta wira piang buat angkut daun ketum atau tarik minyak bwk pi sempadan..kapai ni lg simpan,lg susut nilai+bad history..kalu wira piang tu,mereput pun xpa,buat timbang kati..itu la pandangan sy

Bang lepas ni suruh kastam bayar kos maintenance kete rampasan BMW tu elok2 ye jgn berlumut kete tu mcm belacan.Kalau blh nampak baru mcm keluar kedai. or kalau kereta piang pung kene la tukar minyak hitam, seminggu sekali cuci luar dalam, kalau tak jadi tukun nak lelong tak dak sapa beli.:))

Burges dah dilantik, agent berkenaan diantik secara exclucisve central agent, Lepas tu kene sailang sbb Genting beli secara direct nego hahaha:eek:. AG tak baca ke kalau lantikan exclusive apa hak agent. USD 4.4 juta tu agent boleh claim balik walaupun bukan dia yg tolong jualkan.

kes 1MDB dah selesai la ni sbb tu bukti blh jual. Kena 1MDB laju je kes anak mat sabu urine test 3 bulan tak tahu apa cerita. Kes Terowong jadi NFA. ada yg siap gugur kes kat mahkamah.
 
Last edited:
Masih boleh jadi bukti walaupun sudah jual, kata Hanipa

hanipa-maidin.jpg


KUALA LUMPUR 3 April - Walaupun Equanimity telah dijual kepada Genting Malaysia Berhad, namun kapal mewah itu masih boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, sepina boleh dikeluarkan untuk kapal mewah digunakan sebagai bahan bukti.

Kata beliau, pendakwa raya mempunyai mekanisme tertentu untuk melakukan tindakan tersebut.

“Jika Equanimity sudah dijual, mahkamah boleh sepina pembeli untuk hadir membawa dokumen berkaitan kapal mewah itu sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

“Tidak bermakna kalau ia sudah dijual, maka tidak boleh lagi dijadikan bahan bukti. Masih boleh dipanggil, tak ada masalah.

“Mereka (mahkamah) juga boleh gunakan bukti berdokumen, bergantung pada persetujuan antara pendakwa raya dan peguam bela,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang diminta mengulas sama ada pendakwa raya boleh menjadikan kapal layar itu sebagai bahan bukti dalam perbicaraan di mahkamah memandangkan ia sudah dijual.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/equanimity-masih-boleh-jadi-bukti-di-mahkamah-1.875904
 
peguam
Azam Aziz
15 hrs

Soalan paling banyak di tanya kpd saya harini, boleh ke Kerajaan jual barang bukti yg masih dlm perbicaraan di Mahkamah?

Jawapan:

1. Kapal equinimity ini TIDAK PERNAH menjadi barang bukti kepada mana2 kes Mahkamah di Malaysia (setakat hari ini)

2. Semua pertuduhan ke atas DS Najib di Mahkamah skrg TIADA KENA MENGENA dgn Kapal equinimity.

3. Kapal ini di rampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Febuari 2018 ATAS PERMINTAAN dari pihak DOJ Amerika Syarikat krn DOJ berpendapat Kapal ini milik Malaysia krn di beli hasil penyelewengan syarikat 1MDB.

4. TIADA SESIAPA MENUNTUT ATAU MENGAKU MEMILIKI KAPAL INI (BACA JHO LHO) SELEPAS IANYA DI SITA.

5. Jadi di sebabkan tak siapa menuntut maka Kapal ini di jual tanpa Bantahan dari mana2 pihak.

6. Sykt 1MDB sendiri pun tidak menuntut apa2 berkaitan Kapal ini.

7. Tiada mana2 pihak mempunyai bukti siapa sebenarnya pemilik Kapal ini.

8. Jadi tak betul kalau Kita anggap krjn telah jual barang kes krn barang itu tak pernah menjadi barang kes utk apa2 pertuduhan pun kpd sesiapa.

9. Jadi krjn dah ada tambahan duit RM514 juta skrg dlm Tabung Negara.

10. Jadi jika di bahagi samarata dgn 32 juta rakyat Malaysia, esok Kita patut dapat RM16 setiap seorang.

Terima kasih Kerajaan.
 
peguam
Azam Aziz
15 hrs

Soalan paling banyak di tanya kpd saya harini, boleh ke Kerajaan jual barang bukti yg masih dlm perbicaraan di Mahkamah?

Jawapan:

1. Kapal equinimity ini TIDAK PERNAH menjadi barang bukti kepada mana2 kes Mahkamah di Malaysia (setakat hari ini)

2. Semua pertuduhan ke atas DS Najib di Mahkamah skrg TIADA KENA MENGENA dgn Kapal equinimity.

3. Kapal ini di rampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Febuari 2018 ATAS PERMINTAAN dari pihak DOJ Amerika Syarikat krn DOJ berpendapat Kapal ini milik Malaysia krn di beli hasil penyelewengan syarikat 1MDB.

4. TIADA SESIAPA MENUNTUT ATAU MENGAKU MEMILIKI KAPAL INI (BACA JHO LHO) SELEPAS IANYA DI SITA.

5. Jadi di sebabkan tak siapa menuntut maka Kapal ini di jual tanpa Bantahan dari mana2 pihak.

6. Sykt 1MDB sendiri pun tidak menuntut apa2 berkaitan Kapal ini.

7. Tiada mana2 pihak mempunyai bukti siapa sebenarnya pemilik Kapal ini.

8. Jadi tak betul kalau Kita anggap krjn telah jual barang kes krn barang itu tak pernah menjadi barang kes utk apa2 pertuduhan pun kpd sesiapa.

9. Jadi krjn dah ada tambahan duit RM514 juta skrg dlm Tabung Negara.

10. Jadi jika di bahagi samarata dgn 32 juta rakyat Malaysia, esok Kita patut dapat RM16 setiap seorang.

Terima kasih Kerajaan.

cuci duit kot:p
 
ok aku tarik balik lemparan "spin" tadi. Tapi selagi takde news portal rasmi pick up the news pasal "tuduhan" back door punya dealing & takde konkrit transaction yg link kpd purchase kapal yo lho aku letak dalam bakul "spekulasi" je. Kalau takde further evidence, dia pegi bakul "sampah" je

Berapa confident ko punya tudahan ni?

Hmm..nak cakap susah tak cakap susah.
Di MOF ada beberapa orang yang tahu.

Of course portal rasmi tak picks up. Tiada siapa yang bercerita dan sebarkan lagi, betul?

Tak apa, simpan je dalam hati ya. Ada beberapa lagi cerita dalam kelambu kerja jahat penghuni baru di MOD akan dikeluarkan.
 
Beli Equanimity, Genting 'berlegar' dalam saga 1MDB

cecdada5f815f28b149d230fa0103a46.jpg


Putrajaya kini boleh menarik nafas lega setelah menerima tawaran lelongan AS $126 juta (RM514 juta) untuk kapal persiaran mewah, Equanimity, yang hanya kurang AS$ 4 juta daripada harga minimum yang ditetapkan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lepas memulakan usaha mendapatkan dan melupuskan aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB yang dicuri itu.

Kapal mewah yang dibeli ahli perniagaan Low Taek Jho itu dikatakan menggunakan wang yang dialihkan daripada syarikat pelaburan Malaysia.

Setelah menerima bantuan Indonesia bagi merampas kapal tersebut, kerajaan menghadapi masalah iaitu untuk membiayai kos RM2 juta sebulan bagi menyelenggarakan kapal berkenaan yang kini berlabuh di pantai Langkawi untuk dipamerkan kepada pembeli.

Selepas tiba di Malaysia pada Ogos lalu, kapal itu menarik minat hartawan di seluruh dunia, yang menjangka kerajaan akan menjual dengan nilai lebih murah akibat keperluan untuk menjual segera kapal berkenaan.

Tawaran Genting Group bernilai AS $ 126 juta melenyapkan kebimbangan tersebut.

Nilai semasa kapal itu tidak jelas berdasarkan susut nilai dan kos pembaikan, tetapi Low dipercayai telah membelanjakan kira-kira AS$ 250 juta ketika dia memperoleh Equanimity pada tahun 2014.

Kemunculan Genting di penghujung skandal 1MDB ini bukanlah kali pertama berlaku.

Syarikat konglomerat juga terlibat dengan 1MDB pada awalnya, apabila dakwaan penyelewengan dalam syarikat milik negara itu belum terdedah.

1MDB beli aset kuasa Genting

Pada bulan Mac 2012, 1MDB diberitakan membeli aset kuasa Genting di Kuala Langat, Selangor dengan harga RM2.34 bilion, walaupun konsesinya hampir tamat.

48d09fb52325da05c5e5d840267af02f.jpg

Seorang penganalisis dipetik oleh harian perniagaan, The Malaysian Reserve sebagai berkata pembelian 1MDB adalah "overpriced by a mile", menunjukkan bahawa jumlah itu cukup untuk membina loji janakuasa baru.

Genting, dalam laporan tahunan 2012 mengakui keuntungan sebanyak RM1.89 bilion daripada jualan itu, yang bermakna sebelum ini ia hanya menilai aset kuasa itu pada RM400 juta.

Pembangkang pada masa itu menimbulkan persoalan mengenainya tetapi tidak diendahkan.

Selepas perjanjian itu, Genting dan anak-anak syarikatnya membuat sumbangan "tanggungjawab sosial korporat" yang belum pernah berlaku sebelum ini sebanyak RM190 juta pada tahun 2013, yang memberi impak ke atas keuntungan kumpulan itu.

Sumbangan untuk pilihan raya

Tidak jelas kepada siapa Genting sumbangkan dananya, tetapi sekurang-kurangnya RM35 juta diberikan kepada sebuah syarikat bernama Yayasan Gemilang 1Malaysia, menurut Institut Penyelidikan RHB dalam satu nota pada 30 Mei 2013.

Hanya sedikit yang diketahui mengenai entiti itu pada masa tersebut, yang ditubuhkan pada Januari 2013, empat bulan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Yayasan Gemilang 1Malaysia digambarkan sebagai entiti yang "menerima sumbangan dan memberi bantuan dalam bidang pendidikan, sukan, kebudayaan dan lain-lain".

Salah seorang pengarahnya ialah Perdana Menteri Najib Razak.

Terdapat spekulasi bahawa sumbangan itu berkaitan pilihan raya umum, tetapi hubungkaitnya tidak pernah dibuktikan pada masa itu kerana Yayasan Gemilang 1Malaysia menukar namanya kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia selepas menerima sumbangan itu.

Jadi sementara Yayasan Rakyat 1Malaysia disebut secara terbuka semasa pilihan raya umum ke-13, termasuk pengumuman Najib bahawa ia akan mendermakan RM2 juta kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang, nama Yayasan Gemilang 1Malaysia tidak pernah muncul di ruang awam.

Yayasan Rakyat 1Malaysia dipercayai menerima wang daripada Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik taikun Ananda Krishnan selepas menjual asetnya dengan cara yang sama kepada 1MDB berharga RM8.5 bilion pada Mac 2012.

Tidak jelas jika Yayasan Rakyat 1Malaysia juga menerima "sumbangan" daripada sumber lain.

Bagaimanapun, syarikat itu yang digambarkan sebagai badan amal 1MDB, kini menjadi subjek siasatan dalam perbicaraan pengubahan wang haram Najib yang melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pihak oendakwaan, pada hari pertama perbicaraan Najib semalam, meminta lebih banyak maklumat mengenai syarikat itu daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pembelian loji jana kuasa Genting yang dikatakan terlalu mahal, diikuti dengan sumbangan politik, mungkin membangkitkan amaran tertentu. Bagaimanapun, cerita itu tidak berakhir di situ.

Dana dialih

Di sebalik tabir, Genting dengan tidak sengaja diheret dalam keadaan yang mengerikan.

1MDB telah menggunakan perjanjian Genting dan Tanjong sebagai premis untuk menerbitkan dua bon berjumlah AS $ 3.5 bilion.

Bon itu disusun oleh Goldman Sachs. Secara kebetulan, Goldman adalah syarikat sama yang dikatakan 1MDB menghasilkan "penilaian bebas" untuk aset kuasa Genting.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, yang dinyahsulitkan berikutan tumbangnya kerajaan Najib pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu, mempersoalkan kaedah penilaian Goldman.

Jabatan Audit Negara menyatakan penilaian Goldman untuk aset kuasa Genting sebanyak RM2.56 bilion kepada RM2.64 bilion termasuk nilai terminal RM1.16 bilion.

"Nilai terminal bagi loji kuasa itu tidak sepatutnya dipertimbangkan dalam pengiraan nilai perusahaan, kerana aset itu tidak lagi bernilai pada akhir tempoh konsesi," katanya.

Selepas 1MDB menerbitkan dua bon berjumlah AS$ 3.5 bilion, hanya sebahagian daripadanya dibayar kepada Genting dan Tanjong untuk aset kuasa yang dikatakan terlalu mahal.

Jumlah baki AS$ 1.367 bilion pada dasarnya dialihkan dan disalahgunakan. Ia dikenali sebagai fasa Aabar-BVI, satu daripada empat fasa di mana sekurang-kurangnya AS $ 4.5 bilion didakwa dicuri dari 1MDB, menurut Jabatan Kehakiman AS.

'Berlegar semula'

Pada tahun 2012, pembelian aset kuasa Genting oleh 1MDB telah dibayar melalui 1MDB Energy (Langat) Limited, yang mana syarikat induknya adalah 1MDB Energy Holdings Limited.

Ironinya, dengan pembelian Equanimity tujuh tahun kemudian, Genting berurusan dengan 1MDB Energy sekali lagi. Bagaimanapun, kali ini konglomerat itu yang membayarnya.
1MDB Energy, bersama dengan syarikat 1MDB Global Investment Limited dan 1MDB induk adalah entiti yang memohon kepada mahkamah untuk menjual kapal mewah yang dirampas.

Kapal layar itu tidak asing dengan Genting kerana Resorts World Bimini di Bahamas menjadi hos kepada kapal persiaran dan kompleks marina terbesar di negara itu.

Genting, dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam, mengesahkan ia membuat tawaran untuk membeli The Equanimity pada 28 Mac.

Jualan itu dijangka dimuktamadkan pada akhir April.

Ia berkata kapal layar mewah itu akan membolehkan Genting "membezakan dirinya daripada pesaingnya dan menyediakan Genting dengan kelebihan yang unik dan berdaya saing untuk pelanggan dan perniagaan bertaraf premium".

https://www.malaysiakini.com/news/470926
 
Hmm..nak cakap susah tak cakap susah.
Di MOF ada beberapa orang yang tahu.

Of course portal rasmi tak picks up. Tiada siapa yang bercerita dan sebarkan lagi, betul?

Tak apa, simpan je dalam hati ya. Ada beberapa lagi cerita dalam kelambu kerja jahat penghuni baru di MOD akan dikeluarkan.

Equanimity yang genting beli sapa owner dia tuan?
 
masa 2012, 1mdb masih dibawah pentadbiran najib, beli aset genting yg dah nak tamat tempoh konsesi..

genting untung banyak masa tu..
 
Back
Top
Log in Register