Equanimity dibida separuh harga

Recommended Brokers


SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
1,939
Reaction score
297
Points
46
cerita pasal Equanimity tapi ada pulak yang cerita pasal 1MDB beli IPP genting.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,638
Reaction score
20,703
Points
1,661
Equanimity kini di Singapura



KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima bulan ‘direhatkan’ di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) di Bukit Malut, Langkawi, kapal layar mewah, Equanimity akhirnya kembali membelah lautan dan kini berada di perairan Singapura.


Berdasarkan laman web pemantauan vesel dalam talian, kapal sepanjang 92 meter yang didaftarkan di Pulau Cayman itu memulakan pelayaran meninggalkan Langkawi, selepas ditempatkan sementara di pelabuhan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 1.09 tengah hari Ahad lalu.

Menerusi purata kelajuan sembilan knot, kapal layar dengan kemasan dalaman daripada marmar, selain kemudahan mewah seperti spa, sauna, kolam renang 20 meter, teater dan helipad itu tiba di pelabuhan mengisi bahan api Singapura, pada jam 7.08 pagi tadi.

Kapal itu kemudian meninggalkan pelabuhan terbabit dua jam berikutnya, untuk meneruskan pelayaran ke Changi dan dilaporkan tiba pada jam 10.12 pagi tadi.

Genting Malaysia Bhd pada 3 April lalu, mengesahkan pembelian kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada atas kapal itu dengan pertimbangan harga AS$126 juta (RM514.6 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, pada 26 Mac 2019, ia membuat tawaran ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membeli kapal mewah berkenaan di bawah proses Jualan Kehakiman, melalui jualan terus persendirian, menurut perintah dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengikut bidang kuasa Admiralti.

Genting Malaysia memaklumkan, pengambilalihan itu akan membezakannya daripada pesaing lain, selain memberikannya kelebihan unik serta berdaya saing untuk pelanggan premium perniagaan.

Bersandarkan rekod, Genting Malaysia yang terbabit dalam operasi perjudian, hotel dan resort, memaklumkan pengambilalihan itu dijangka tidak mempunyai kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan perancangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/558709/equanimity-bebas-kini-di-singapura
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,638
Reaction score
20,703
Points
1,661
Equanimity tukar nama Tranquility

KUALA LUMPUR- Nampak gayanya kapal mewah Equanimity telah mendapat nama baharu selepas dijual kepada syarikat Genting Malaysia Berhad.


Mengikut laman web penjejakan kapal, Marine Traffic, data yang tertera pada sistem pengenalan automatik (AIS), kapal milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low itu dikenali sebagai Tranquility dan bukan lagi Equanimity.

Kapal mewah yang pernah menjadi bualan hangat tidak lama dahulu merupakan salah satu barangan yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan kemudiannya kerajaan Malaysia susulan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kapal yang dibina pada harga AS$250 juta (RM1.42 bilion) itu dilelong kepada Genting pada harga AS$126 juta (RM514.14).

Menurut Peguam Negara, Tommy Thomas, pembayaran perlu dibuat oleh Genting kepada mahkamah sebelum akhir bulan ini.- MalaysiaGazette

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,933
Reaction score
570
Points
171
saham genting naik meroket la lepas ni
 

Panji hitam putih

Active Member
Joined
Nov 6, 2016
Messages
1,970
Reaction score
560
Points
81
KAPAL EQUANIMITY SAH DI BELI OLEH GENTING MALAYSIA BERHAD

Tamat sudah kisah kapal ni. Tamat sudah kes barang bukti utama dalam kes najib atau 1MDB.

Tiada pendakwaan, tiada pemilik sebelum ini, tiada geran, tiada keputusan dari mahkamah, tiada lagi nangis-nangis sedih dari Guan Eng berkenaan kapal ini. Tiada lagi kata-kata keji madey untuk kapal ini.

Akhirnya kapal ni sah jadi hak milik Genting Malaysia Berhad.

Mahacai dan pengundi PH dah rasa kena BODOH BANGANG ke belom??

Wahai RAYKAT..Kalian ada otak? Fikirkan tentang permainan kotor puak sampah ini !!
 

piko1

Active+ Member
Joined
Dec 18, 2010
Messages
2,988
Reaction score
191
Points
38
Jual jee laa...dpt juga daripada jadi besi buruk...own9 pun takut nak claimed
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,461
Reaction score
2,014
Points
176
Jualan Kehakiman Equanimity Selesai

06.05.2019 - Kuala Lumpur, Jualan kehakiman kapal layar mewah Equanimity telah selesai dengan penerimaan penuh harga belian berjumlah AS$126 juta daripada Genting Malaysia Bhd (Genting) pada 23 April lepas.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata selepas bayaran diterima kapal itu telah diserahkan kepada anak syarikat Genting pada 25 April lepas.

“Penyempurnaan jualan dilakukan oleh pemegang taruhan yang dilantik oleh mahkamah, dan bil jualan ditandatangani dengan sewajarnya oleh Syerif Mahkamah Admiralti pada 24 April, 2019.

”Penyempurnaan dan penyelesaian proses jualan kehakiman ini menuruti sepenuhnya syarat jualan syerif yang adalah sebahagian daripada Perintah Mahkamah Admiralti yang dibuat pada 3 April, 2019,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Genting dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada 3 April mengesahkan membeli kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga AS$126 juta (RM$514.6 juta).

Thomas berkata, setakat 30 April, kira-kira RM15.5 juta telah dibelanjakan bagi menampung kos penahanan kapal itu sejak 6 Ogos lepas dan bagi penyelenggaraan kapal selama sembilan bulan sehingga diserahkan kepada pembeli.

“Bagi kesemua bayaran yang dibuat dalam penyelenggaraan dan pemeliharaan Equanimity semasa dalam tahanan, terdapat proses saringan dan kelulusan yang berlapis. Pasukan guaman dan pasukan PWC (pasukan membantu kerajaan dalam pengurusan hal pengoperasian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bertindak selaku lapisan saringan yang pertama.

“Selepas perbelanjaan diluluskan, invois akan dikemukakan ke jabatan (AGC) ini untuk saringan kedua, dan selepas itu oleh Syerif Mahkamah Admiralti.

"Hanya selepas dilluluskan di ketiga-tiga peringkat barulah invois ini dikemukakan kepada Lembaga Pengarah 1MDB untuk kelulusan pembayaran.

Thomas berkata penjualan kapal ini membuktikan kemampuan sistem perundangan Malaysia untuk memberikan perkhidmatan perundangan bertaraf dunia khususnya dalam undang-undang Admiralti dan dalam pemberian khidmat sokongan.

Beliau juga berkata harga jualan akan dipegang oleh pemegang taruhan sehingga tempoh 90 hari tamat dan dalam tempoh itu pasukan peguam akan menggerakkan mahkamah untuk izin mewartakan penerimaan bayaran harga belian, pentaksiran kos, dan untuk penentuan keutamaan bagi pembayaran keluar hasil jualan.

“Hanya selepas perintah mahkamah ini dibuat, wang itu akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB yang diasingkan, yang dibuka semata-mata untuk mendapatkan semula aset-aset 1MDB untuk membayar hutang 1MDB,” katanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/475079
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,638
Reaction score
20,703
Points
1,661
Hasil jualan Equanimity dideposit kepada kerajaan pada Ogos

KUALA LUMPUR - Hasil jualan kapal Equanimity kira-kira RM527.4 juta dijangka didepositkan ke dalam Akaun Pemulihan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) atau Kementerian Kewangan pada Ogos ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Beliau berkata, bagaimanapun jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk menguruskan kapal layar itu akan ditolak terlebih dahulu daripada hasil jualan tersebut.

"Hasil jualan telah diterima sepenuhnya pada 23 April, 2019 dan kini disimpan di dalam Sheriff's Stakeholder Account (sebuah firma guaman tempatan) untuk tempoh tiga bulan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui Perintah Mahkamah," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu mengenai nilai bersih hasil penjualan kapal Equanimity dan ke mana wang tersebut akan disalurkan.

Guan Eng berkata, hasil jualan kapal Equanimity akan digunakan untuk melunaskan komitmen hutang 1MDB.

Menurut beliau, nilai hutang keseluruhan semasa 1MDB berjumlah RM51.01 bilion, dengan RM40.6 bilion adalah prinsipal dan RM10.44 bilion adalah faedah.

Kapal Equanimity telah dijual kepada pembida tertinggi iaitu Genting Malaysia Bhd.


http://www.kosmo.com.my/terkini/parlimen-hasil-jualan-kapal-equanimity-dideposit-kepada-kerajaan-1.934595
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,561
Reaction score
1,267
Points
206
Kylie Jenner sambut hari lahir atas kapal Equanimity


JUTAWAN, model dan bintang realiti televisyen dari Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 di atas kapal Equanimity akhir bulan ini.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, TMZ, Kylie yang juga pengasas Kylie Cosmetics menyewa kapal tersebut yang kini dijenamakan semula sebagai Tranquility.

Kylie menyambut hari lahirnya 10 Ogos ini.

Portal itu melaporkan, kepal tersebut boleh menampung kira-kira 22 tetamu dan 29 kru namun tidak dimaklumkan siapa yang akan berlayar bersama Kylie pada majlis tersebut.

Difahamkan caj dikenalkan untuk pelayaran di atas kapal tersebut ialah sekitar AS$1.2 juta atau bersamaan RM5.1 juta seminggu.

Kapal Equanimity sebelum ini adalah milik individu kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low sebelum dirampas oleh kerajaan Malaysia kerana kapal tersebut merupakan salah satu barang mewah yang disita sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengubahan wang haram dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal mewah sepanjang 91.5 meter itu turut dilengkapi kolam renang dan pad pendaratan helikopter.

Pada Februari 2018, kapal tersebut ditahan di Bali oleh pihak berkuasa Indonesia atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas skandal 1MDB.

Kerajaan Indonesia kemudian menyerahkan kapal itu ke Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu.

Pada April lalu, Genting Malaysia Berhad membeli kapal mewah itu dengan harga AS$126 juta (RM514.14 juta).

Kapal itu, yang dinamakan semula Tranquility membuat pelayaran pertama pada 5 Jun dari pangkalan luar pesisir Loyang di Singapura dan tiba di Colombo pada 8 Jun.

https://www.sinarharian.com.my/article/41646/HIBURAN/Kylie-Jenner-sambut-hari-lahir-atas-kapal-Equanimity
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,468
Reaction score
863
Points
171
Ape mengarut lah propaganda kapal nie...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register