BTC USD 82,824.0 Gold USD 4,126.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

kroni apa boss?lim goh tong dgn TS noah tu sapa ms mula2 genting diasaskan

TT lupa la tu kot...Tok Jibby tu yg tolong gigih usaha dapatkan tanah utk genting....tun rahman plak bagi lesen kasino...yahoooooo...
 
TT lupa la tu kot...Tok Jibby tu yg tolong gigih usaha dapatkan tanah utk genting....tun rahman plak bagi lesen kasino...yahoooooo...

bro..rsnya genting ni lahir ms TS mohd noah jd mb pahang&tun razak jd pm..mentua pgg negeri,menantu pgg federal..mmg lancar lah kelahiran genting
 
menarik bid dr seluruh dunia katanye

last yg beli kroni

Org putih, black, red Indian, cikanos, Latino,Russia bid rendah gila2.

Elok iklan je kat berita harian dgn NST je.

MOT je buat sendiri biding. Ni sampai nak guna lowter pakar maritime luar, bekas partner firm AG juga.

Kata AG, kat Pejabat AG tak ad yg pakar pasal maritime.
 
Last edited:
Alhamdulillah...dekat 0.5 Bilion dapat recover balik
 
AG pertahan pelantikan peguam bekas firmanya ke dalam pasukan 1MDB​
August 9, 2018

Tommy Thomas berkata tidak berlaku konflik kepentingan dalam pelantikan Sitpah Selvaratnam kerana beliau individu terbaik untuk tugas itu.

fmt_Sitpah-Selvaratnam_bernama.jpg

Peguam Sitpah Selvaratnam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tommy Thomas mempertahankan pelantikan seorang konsultan dari bekas firma diketuai beliau untuk mengetuai pasukan peguam mewakili 1MDB dan Putrajaya dalam tuntutannya ke atas kapal pesiaran mewah Equanimity yang menjadi fokus penyiasatan Amerika Syarikat ke atas syarikat pelaburan negara.

Dalam kenyataan semalam, Tommy berkata asas paling berkesan untuk melaksanakan bidang kuasa mahkamah ke atas kapal tersebut yang memasuki perairan negara Selasa lepas ialah undang-undang admiraliti atau undang-undang perkapalan.

Beliau berkata, sebagai penyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa Perkapalan dan Admiraliti Majlis Peguam dan presiden pengasas Persatuan Undang-undang Maritim Antarabangsa Malaysia, Sitpah Selvaratnam merupakan pilihan terbaik untuk menasihati Pejabat Peguam Negara dalam perkara tersebut.

“Sitpah diiktiraf sebagai pakar admiraliti Majlis Peguam dalam isu berkaitan litigasi dan terlibat dalam banyak kes penahanan kapal dan vesel di mahkamah kita, selain kes pembantahan penahanan dalam kerjaya guaman khusus beliau selama lebih 25 tahun,” katanya, dan menambah bahawa pengalaman sedemikian adalah perlu dalam penyampaian waran penahanan kepada syerif kapal tersebut.

Pelantikan Sitpah ke dalam pasukan itu mnimbulkan tanda tanya selepas didedahkan beliau merupakan konsultan di firma Tommy Thomas Advocates & Solicitors.

Pengerusi sekretariat peguam muda Pemuda Umno Nik Saiful Adli Burhan menyuarakan kebimbangan bahawa pelantikan itu boleh menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.

Bagaimanapun Tommy berkata perlu diingat bahawa prosiding guaman itu diambil untuk kepentingan Malaysia.

“Justeru, kita berhak memanfaatkan peguam perkapalan Malaysia yang terbaik.

“Tidak timbul isu konflik kepentingan kerana kita berada di pihak yang sama. Tidaklah munasabah sekiranya Malaysia dinafikan khidmat Sitpah semata-mata kerana saya pernah bertugas di firma di mana beliau merupakan konsultannya selama 8 tahun terakhir ini.”

Beliau berkata, keputusan melantik Sitpah dibuat olehnya sendiri dan beliau mempercayai dan meyakini akan kebolehan dan integriti Sitpah.

“Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai unit pakar perkapalan,” katanya.

“Atas sebab itu, saya memutuskan untuk melihat kepada Majlis Peguam dan memilih 3 orang peguam perkapalan terbaik Malaysia, iaitu Sitpah, Jeremy Joseph dan Ong Chee Kwan untuk mewakili pihak penuntut, selain peguam kanan persekutuan, Alice Loke.

Beliau berkata, oleh sebab litigasi itu kompleks dan melibatkan taruhan setinggi RM1 bilion, Joseph dan Ong dari firma guaman Joseph & Partners akan dibayar fi berkadar komersil biasa.

“Sitpah sebaliknya tidak akan dibayar apa-apa fi. khidmatnya kepada kita tidak melibatkan wang pembayar cukai.”

Tommy berkata, baru-baru ini kedua-dua Sitpah dan Joseph menolak tawaran pihak asing supaya mereka mewakilinya dalam perkara itu.

Beliau berkata, ujian kepakaran Sitpah akan dapat dilihat jika dan apabila ahli perniagaan Low Taek Jho, yang dikaitkan dengan kapal mewah itu atau mana-mana pihak lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan waran penahanan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Hujah daripada kedua-dua pihak akan didengar oleh mahkamah berdasarkan merit masing-masing dan oleh itu Malaysia memerlukan khidmat peguam terbaik.

“Litigasi adalah dinamik; perkara di luar jangkaan boleh berlaku di mahkamah dan kes Malaysia mesti dikendalikan oleh individu terbaik juga.”

Kapal mewah berharga AS$250 juta itu, Equanimity kini ditahan di terminal Pusat Kapal Persiaran Bousted di Pulau Indah Selasa lepas.

Dipercayai kerajaan Indonesia yang menyita kapal itu sebelum ini atas permintaan pihak berkuasa AS awal tahun ini memutuskan untuk menyerahkannya kepada Malaysia berikutan lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jakarta Jun lepas.

Kapal itu dipercayai merupakan sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB.

Individu dikatakan pemiliknya, Low atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, kini diburu pihak berkuasa bagi membantu siasatan ke atas 1MDB.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...-peguam-bekas-firmanya-ke-dalam-pasukan-1mdb/

ejen 1-10% maksimum sbb kalau bangunan dan kilang 10% + reimbursable

legal fees dapat pada loyer SPA 1% + reimbursable

untung la lowter ni AG lantik urus lelong Equanimiti masyuk..
 
Last edited:
TUN_DR_MAHATHIR_MOHAMAD_1554266169.jpg

Genting beli Equanimity RM514 juta


KAPAL layar mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga RM514 juta (126 juta AS Dolar).

Peguam Negara Tommy Thomas berkata, Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberikan kelulusan menerima tawaran membeli Equanimity daripada syarikat berkenaan atas terma dan syarat pegawai mahkamah.

“Harga jualan 126 juta AS Dolar akan dibayar oleh Genting dan diterima mahkamah pada penghujung bulan ini.

“Ini bakal menjadikan jumlah pemulihan daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tertinggi setakat ini untuk kerajaan Malaysia dalam jangka masa cuma lapan bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.

“Jumlah 126 juta AS Dolar ini adalah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan sejak Oktober tahu lalu apabila Equanimity diumumkan untuk jualan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu banyak tawaran diterima, namun hanya sebilangan kecil sahaja yang melebihi 100 juta AS Dolar.

“Genting menawarkan harga tertinggi, yang mana pada hari ini diluluskan mahkamah untuk menerima tawaran itu.

“Memandangkan tawaran daripada Genting telah dirunding secara terus dengan kerajaan Malaysia, tiada komisyen ejen perlu dibayar sekaligus membawa kepada penjimatan sebanyak 4.4 juta AS Dolar.

“Kesannya, meskipun nilaian harga pasaran Equanimity oleh Winterbotham sebanyak 130 juta AS Dolar tidak dicapai, namun pulangan bersih kepada kerajaan Malaysia adalah yang sebaiknya,” katanya.

Menurutnya, jualan kehakiman pada nilai berkenaan merekodkan sejarah tersendiri.

“Jumlah ini merekodkan tanda aras yang tinggi bagi sistem kehakiman kita dalam hal memastikan nilai pasaran diperoleh daripada kapal yang dijual melalui proses mahkamah, tanpa sebarang diskaun.

“Perkara ini harus dipuji, memandangkan hasil ini dicapai daripada jualan kapal layar besar yang mewah dan canggih yang mana kumpulan pembelinya adalah terlalu kecil,” katanya.

Katanya, harga jualan yang sangat memuaskan itu berjaya dicapai sebahagian besarnya melalui kepakaran dan kemahiran kumpulan perundangan yang mewakili kerajaan Malaysia.

“Kumpulan perundangan ini bertindak melangkaui tuntutan tugas mereka, bergerak untuk bertemu dengan pembeli berpotensi di Hong Kong dan London selain menanggung sendiri kos-kos perjalanan bagi memastikan jangkauan seluas mungkin serta untuk memahami dengan lebih baik keadaan-keadaan jualan berkenaan.

“Ini juga hasil kerjasama pegawai mahkamah yang tangkas dan mantap serta profesional dan kesediaan Hakim Admiralti untuk bertindak dalam keadaan amat luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan ketelusan, suatu kenyataan lanjut akan dikeluarkan sebaik sahaja harga jualan diterima dan perincian perbelanjaan ditanggung serta jumlah bersih yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB yang baru dibuka.

“Kerajaan Malaysia juga berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan keselamatan dan kesejahteraan kapal berkenaan sepanjang tempoh tahanan sekaligus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

“TLDM bermurah hati memberikan ruang untuk Equanimity berlabuh selama lebih lima bulan tanpa sebarang caj dikenakan.

“Malah dengan berhati-hati mengiringi kapal semasa membuat ‘sea trials’ bersama pembeli berpotensi,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/440427/genting-beli-equanimity-rm514-juta
 


huyo direct nego pulak

kerajaan PH mana suka direct nego :(scam https://www.malaysiakini.com/news/426144

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang baru dilantik berkata kerajaan baru tidak akan lagi menggunakan sistem rundingan terus dan tender terhad bagi projek-projek akan datang.


Katanya, janji dalam manifeso Pakatan Harapan telah dibincangkan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

“Dan bincang proses perolehan itu mesti buat secara terbuka, tiada lagi runding terus atau tender terhad,” katanya dalam sidang media pertama selepas masuk ke pejabatnya hari ini.

Sementara itu, mengulas hutang negara yang kini lebih RM1 trillion, Azmin berkata ia berpunca daripada kurangnya ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran.

Kerajaan baru juga akan meneruskan agenda-agenda utama kerajaan terdahulu, termasuk Rancangan Malaysia ke-11, tambahnya.

sian ejen yg dilantik untuk urus Equanimiti kene sailang buta2 sbb ada direct nego.

https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-picks-burgess-central-agent-equanimity-sale

KUALA LUMPUR (Oct 7): Burgess has been appointed as exclusive central agent for the sale of the US$250 million (RM1 billion) Equanimity, owned by fugitive businessman Low Taek Jho.A check on Burgess website showed that the High Court of Malaya has appointed Burgess to assist with the sale of the 91.5m or 300ft super yacht.

memandangkan burgess ni exclusive central agent dia boleh bawak pergi court utk claim komisen dari kerajaan malaysia.

sapa suruh lantik exclusive.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register