BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Penjualan Equanimity memang ambil masa – Burges
8 Februari 2019

c342f8579059a72690955a544a2d627e_w500_h300_cp.jpg


KUALA LUMPUR – Progres penjualan kapal mewah Equanimity berjalan dengan baik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Burges, Jonathan Beckett.

Burges yang dilantik sebagai agen untuk menjual kapal tersebut.

Jonathan dalam wawancara di laman sesawang syarikat berkenaan berkata, banyak pihak telah melawat kapal itu dan mempertimbangkan tawaran harganya.

Beliau mengakui jualan kapal Equanimitu memang mengambil masa.

“Penjualan kapal dalam sektor ini tidak pernah menjadi proses yang pantas.

“Terdapat satu atau dua kapal pada nilai ini dijual di peringkat global setiap tahun dan secara tipikalnya ia mengambil masa antara 12 hingga 24 bulana untuk menjual kapal seunggul ini,” kata Jonathan.

Jadi, tidak ada yang luar biasa mengenai kerangka waktu memandangkan kapal layar itu hanya berada dalam pasaran sejak tiga bulan iaitu sejak akhir Oktober 2018.

Mengulas mengenai harga tawaran Equanimity sebanyak AS$130 juta, katanya, ia adalah munasabah.

Harga panduan untuk penjualan kapal itu telah ditetapkan daripada penilaian formal oleh Winterbothams, berdasarkan kepada tinjauan penuh keadaannya.

“Kami fikir ia adalah harga panduan yang sangat munasabah memandangkan kualiti kapal layar itu dan kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan semua tawaran ‘sembilan angka’.

“Ini menjadikan Equanimity sebuah kapal layar yang mesti dipertimbangkan sebagai pilihan utama bagi sesiapa yang melihat sektor pasaran ini,” ujar Jonathan yang menyifatkan Equanimity sebagai kapal layar yang berada pada kedudukan teratas untuk jualan di dunia pada masa ini.
 
RM14.22 juta dibelanja untuk selenggara Equanimity setakat ini

KUALA LUMPUR: Putrajaya belanja RM14.22 juta untuk menyelenggara kapal mewah Equanimity sejak Ogos lalu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada Dewan Rakyat hari ini.


Dalam jawapan bertulisnya, beliau menjelaskan RM11 juta dibelanjakan dari Ogos hingga Disember lalu, sementara RM3.22 juta lagi dari Januari hingga bulan ini untuk kapal tersebut, yang kini berlabuh di Langkawi.

Menurut Lim, perbelanjaan termasuk penyelenggaraan, pembaikan, minyak, yuran guaman, insurans dan kos berkaitan proses penjualan kapal tersebut.

Kapal itu kini bawah jagaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat pengurusan Wilson Yacht Management Ltd dilantik Ogos lalu untuk menyelenggara kapal tersebut.

Menjawab pertanyaan Noh Omar (BN-Tanjung Karang), syarikat itu dilantik kerana ia berpengalaman dalam menyelenggara kapal-kapal mewah.

Noh mahu tahu kos penyelenggaraan Equanimity dan kenapa ia masih disimpan.

Lim berkata, proses jualan kini dalam fasa kedua memandangkan harga dalam fasa pertama tidak dipersetujui.

Menteri berkata prosesnya sekarang ini secara perjanjian peribadi (private treaty) atau jualan terus dan dijangka selesai pada 31 Mac. - FMT

Kapal-Equanimity-2-fmt.jpg
 
bot nih 30 tahun lagi..
boleh jdi bot rare..
sebab ada sejarah..

sabit skandal terbesar didunia..

anak cucu jho low boleh beli balik..

;)

Resale value jatuh teruk.jho low patut beli yacht honda
 
RM14.22 juta dibelanja untuk selenggara Equanimity setakat ini

KUALA LUMPUR: Putrajaya belanja RM14.22 juta untuk menyelenggara kapal mewah Equanimity sejak Ogos lalu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada Dewan Rakyat hari ini.


Dalam jawapan bertulisnya, beliau menjelaskan RM11 juta dibelanjakan dari Ogos hingga Disember lalu, sementara RM3.22 juta lagi dari Januari hingga bulan ini untuk kapal tersebut, yang kini berlabuh di Langkawi.

Menurut Lim, perbelanjaan termasuk penyelenggaraan, pembaikan, minyak, yuran guaman, insurans dan kos berkaitan proses penjualan kapal tersebut.

Kapal itu kini bawah jagaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat pengurusan Wilson Yacht Management Ltd dilantik Ogos lalu untuk menyelenggara kapal tersebut.

Menjawab pertanyaan Noh Omar (BN-Tanjung Karang), syarikat itu dilantik kerana ia berpengalaman dalam menyelenggara kapal-kapal mewah.

Noh mahu tahu kos penyelenggaraan Equanimity dan kenapa ia masih disimpan.

Lim berkata, proses jualan kini dalam fasa kedua memandangkan harga dalam fasa pertama tidak dipersetujui.

Menteri berkata prosesnya sekarang ini secara perjanjian peribadi (private treaty) atau jualan terus dan dijangka selesai pada 31 Mac. - FMT

Kapal-Equanimity-2-fmt.jpg

najib dah komen ke blom pasai kos ni kat fb???
 
Genting beli Equanimity RM514 juta

logox2.png


KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju menjual kapal mewah yang dikaitkan dengan skandal berbilion dolar membabitkan dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pengendali kasino Genting Malaysia Bhd membabitkan pertimbangan tunai AS$126 juta (RM514.14 juta), kata peguam negara hari ini.


Kapal mewah Equanimity adalah antara aset yang didakwa dibeli ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, dan sekutunya dengan wang yang diambil daripada dana itu, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Low didakwa membayar AS$250 juta untuk kapal mewah itu, yang mempunyai kemasan dalaman diperbuat daripada marmar dan daun emas, spa dan sauna, kolam renang 20 meter, teater filem dan helipad. - Reuters


https://www.bharian.com.my/bisnes/l...nting-beli-equanimity-pada-harga-rm51414-juta
 
menarik bid dr seluruh dunia katanye

last yg beli kroni
 
Harap2 Yayasan Tuk Jibby xde share lagi dalam genting...

TS+Noah+Omar.jpg


Kalau tak, umpama jibby yg tolong beli kapal tu plak :)):)):))

Dalam bahawa omputih, IRONI sungguh

yayasannoah.png
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register