kapal equanimity ni siapa punya sebenarnya?...~X(~X(~X(~X(
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bertegas bahawa tindakan kerajaan menyita kapal layar Equanimity berhubung skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai tidak sah.
Kenyataan Jho Low itu dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan hari ini menerusi peguamnya yang menuduh bahawa tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai 'merampas' prosiding undang-undang negara lain selain menyelar kenyataan kerajaan yang mahu menjualnya secepat mungkin bagi mengelak penyusutan nilai.
Laporan itu menyebut bahawa kenyataan peguam Jho Low itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Dr Mahathir, semalam yang menegaskan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia sependapat dengan Malaysia bahawa Equanimity milik Jho Low dibeli menggunakan 'duit rakyat Malaysia'.
Jhow Low menerusi peguamnya menuduh tindakan itu sebagai 'perbicaraan oleh media' di bawah pentadbiran Dr Mahathir dan dilihat memutar belit kenyataan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang tidak terbabit dalam rampasan berkenaan.
"Perbicaraan Dr Mahathir oleh media menjadikan isu ini tidak mengikut proses perundangan yang adil dan saksama, sama seperti ketika mereka memanipulasi sistem Malaysia ketika krisis kehakiman pada 1988.
“Tindakannya merampas Equanimity membuktikan kerajaan merampas prosiding undang-undang negara lain," katanya sebagaimana dilaporkan portal berita itu.
Sebelum ini, kapal layar Equanimity menjadi pertikaian antara AS dan Indonesia selepas Indonesia memfailkan saman sivil penyitaan terhadap Equanimity yang bernilai RM1 bilion.
Bagaimanapun, Selasa lalu, kapal berkenaan selamat tiba di jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, pada jam 1 tengah hari selepas belayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.
Ketika tiba, kapal berkenaan diiringi tiga kapal Pasukan Polis Marin (PPM) selepas kerajaan Indonesia bersetuju menyerahkan kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Dr Mahathir ketika kunjungan ke negara republik berkenaan Jun lalu.