BTC USD 61,059.6 Gold USD 4,272.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

dengan orang kaya jual mur-mur.
dengan rakyat sendiri jangan harap nak dapat murah satu sen pun.

inilah kerajaan PH dan BN sebelumnya.

Yg utg peguam kawan AG

Kalau proses legal fees bayar selepas kapal terjual

Yes kroni jugak...apatak Nye lawyer pernah kerja dekat firm lama AG kalau 300 juta x 1% tak Kaya 25.

Mcm mana la AG blh Kata pejabat AG tak ad lawyer yg pakar maritime dah tu fight pulau ligitan dgn Batu puteh tak Kan hired lawyer luar.

Tapi tu la Sian harga org offer semua bawah reserved price
 
Last edited:
kapal xtau sapa punya...jual separuh rega.....aku ingat galian bumi je yg klau jumpa gomen ambik...kapal pun sama ye ..
 
Aku suka org brdebat dgn hujah dgn fakta, bkn main taram maki tkda point kuat. Rakyat lbh bijak skrg, depa truskn dgn cara cmtu bg org lain meluat. Toksah dok hrp la dpt perintah blk klau cara pemikiran mangkaq mcm tu lg.
 
kapal xtau sapa punya...jual separuh rega.....aku ingat galian bumi je yg klau jumpa gomen ambik...kapal pun sama ye ..

Owner dh sedekahkan kot..??stakat kapal cam gitu..celah gigi je bg owner..hahaha
 
reserved price too demanding..xde orang nak beli harga mahal ..
 
beli mahal, nak jual orang ambik murah. kurang separuh dari harga asal. biasa lah tu. emas pun kalau nak jual balik cash tokey tolak almost 40%. kereta lagi lah, tambah2 pula yg jenama entah apa2.

kapal ni maintenance 2 juta sebulan. kalau orang beli pun, bukannya hari2 dia nak bawak berjalan. dah nama pun lelong. kerajaan pun tak sanggup tanggung lama2. sure orang tekan harga betul2.
 
reserved price too demanding..xde orang nak beli harga mahal ..
 
Equanimity hanya ‘bukti palsu’?

BANGI, 30 Jamadilawal 1440H, Selasa – Naratif rampasan kapal layar mewah Equanimity yang dipercayai ada kaitan dengan Jho Low dan 1MDB, harus diteliti oleh rakyat Malaysia, kerana ada unsur mencurigakan, seolah-olah kapal itu adalah ‘bukti palsu’ yang dicipta untuk memburukkan kerajaan terdahulu.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, cara kapal itu disimpan selepas dirampas adalah pelik dan tidak mustahil ia sebenarnya dimiliki pihak tertentu yang ada kaitan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Kita kena peka dengan plot-plot penting supaya kita boleh faham, konspirasi nak jatuhkan kerajaan terdahulu ni sangat kompleks. Saya ambil contoh, kes kapal Equanimity, saya sebut sebab semalam saya turun ke lapangan tengok kapal tu di Markas Wilayah 3, Tentera Laut di Langkawi.

“Kes kapal itu dirampas, cara ia disimpan, kita sepatutnya curiga. Sebenarnya kapal ini dirampas ke, atau pemiliknya memang Ahli Parlimen Langkawi atau kroni beliau?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Lokman berkata, pihaknya menerima maklumat, Perdana Menteri telah meminta pihak tertentu membayar supaya kapal itu dibawa ke Malaysia, dan ia harus dijual secepat mungkin atas alasan kos selenggara yang tinggi.

“Adalah tidak masuk akal, kos selenggara kapal tinggi sebagaimana dikatakan Di Mahathir. Kenapa saya cakap pelik? Kapal ni adalah barang rampasan.

“Mana ada dalam sejarah, pihak berkuasa yang merampas kenderaan atau kapal, beria-ia sampai nak selenggara barang rampasan?,” katanya.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, kenyataan Perdana Menteri, bahawa kapal layar itu perlu dibawa bersiar juga adalah sesuatu yang patut dicurigai.

“Tak cukup dengan itu, kapal ini pula tiba-tiba dibawa ke Langkawi, tempat di mana Dr Mahathir jadi Ahli Parlimen? Dan bila ditanya, kenapa kapal ni perlu dibawa ke Langkawi, dia (Dr Mahathir) jawab, kapal ini perlu dibawa bersiar-siar tiga hari sekali, agar teritip tidak melekat di badan kapal.

“Apa semua ni? Barang rampasan dijaga macam persiaran peribadi Perdana Menteri?,” katanya.

14 November tahun lalu, kapal layar itu berlabuh di Markas Wilayah Laut 3 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Lembung, Langkawi selepas berlayar dari Pelabuhan Klang.

Sebelum itu, pada 7 Ogos, kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman itu tiba di Pelabuhan Klang, selepas pihak berkuasa Indonesia bersetuju menyerahkannya kepada Kerajaan Malaysia ekoran waran sita yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Admiralti.

Kapal itu pertama kali disita di perairan Bali oleh pihak berkuasa Indonesia pada Februari tahun lalu, atas permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan siasatan rasuah membabitkan 1MDB berjumlah berbilion-bilion dolar.


https://www.ismaweb.net/2019/02/05/equanimity-hanya-bukti-palsu/
 
adoii pendek akal la Datuk Lokman Noor Adam ni..

even kenderaan sita pun kena buat maintenance.. mana ada biar sampai rosak jahanam...satu hal lagi bila nak pulangkan kepada owner..

ini lagi la kapal yang berharga billion mcm ni..sape nak beli kapal x terurus..
 
adoii pendek akal la Datuk Lokman Noor Adam ni..

even kenderaan sita pun kena buat maintenance.. mana ada biar sampai rosak jahanam...satu hal lagi bila nak pulangkan kepada owner..

ini lagi la kapal yang berharga billion mcm ni..sape nak beli kapal x terurus..

mana ada barang sita org buat maintenance... ~X(~X(~X(~X(

simpan sikit bo.doh tu. nanti habis anak cucu cicit tak merasa pulak.
 
Back
Top
Log in Register