BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,175.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

HQ201808089624_1544681010.jpg

Equanimity dijual tak kurang RM543 juta

KAPAL mewah Equanimity akan dijual dengan harga tidak kurang daripada RM543 juta.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam S Sitpah yang mewakili kerajaan selepas pengurusan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (Admiralti) Datuk Khadijah Idris di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, harga itu diberikan oleh syarikat jurunilai bebas bagi pasaran kapal mewah dunia, Winterbothams.

“Kini kita boleh memberi harga panduan kepada bakal pembeli. Nilai pasaran yang diberikan oleh Winterbothams iaitu AS$130 juta dolar.

“Kami menerima perintah daripada mahkamah untuk memasuki fasa kedua jualan kerana harga bidaan yang diterima pada fasa pertama tidak dipersetujui. Ini adalah proses penjualan normal iaitu rundingan tertutup sehingga tarikh 31 Mac 2019,” katanya.

Harga jualan itu berkurangan dengan nilai yang ditetapkan sebelum ini, iaitu RM1.42 bilion.

Sebelum ini, media dimaklumkan bahawa Equanimity akan dijual sebelum 31 Mac 2019 dengan nilai tawaran harga mencecah ratusan juta dolar AS.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah sama membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua subsidiarinya Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low.

Melalui permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan bagi mengelakkan kos penyelenggaraan tinggi, selain ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamatan.

Kapal mewah itu dibawa ke Pelabuhan Klang pada 7 Ogos lalu apabila pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia selepas dirampas di Bali pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada penyiasatan rasuah yang dilancarkan oleh Jabatan Keadilan AS (DoJ) ke atas 1MDB.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/403107/equanimity-dijual-tak-kurang-rm543-juta
 
separuh harga je. untungla buyer
 
Semua bidaan di bawah nilai

image.jpg


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Semua tawaran bidaan yang diterima untuk kapal layar mewah, Equanimity selepas tempoh lelongannya tamat pada 28 November lalu berada di bawah nilai berbanding kadar yang ditetapkan badan penilai profesional.


Perkara tersebut diakui Ketua Pegawai Eksekutif Burgess, Jonathan Beckett ketika ditemu ramah majalah kapal layar mewah, Barche, semalam.

Burgess adalah firma broker antarabangsa yang menguruskan penjualan kapal layar mewah tersebut.

Menurut Beckett, harga panduan bagi bidaan kapal layar yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu ditetapkan oleh sebuah firma pakar runding kapal layar, Winterbothams sebanyak RM533 juta (AS$130 juta).

“Kami fikir ia harga panduan yang berpatutan melihat kepada kualiti kapal dan kerajaan Malaysia juga telah memberitahu mereka akan mempertimbangkan apa-apa tawaran bernilai ‘sembilan digit’,” katanya.

Tambah beliau lagi, mengikut proses penjualan kapal layar mewah standard, mahkamah boleh mengubah format penjualan kepada format triti persendirian (private treaty) setelah fasa bidaan tertutup (sealed bid) mandatori selesai.

Beliau turut menjelaskan, Equanimity kini berada dalam keadaan baik di bawah penyeliaan firma pakar pengurusan kapal layar.

“Ia berlayar dengan baik sejak pelancarannya dan hanya mempunyai sedikit masalah, jadi ia perlukan sedikit masa di pelabuhan dan cat baharu, tetapi selain daripada itu keadaannya baik,” katanya.

Equanimity dirampas pihak berkuasa Malaysia pada 7 Ogos dan mula dilelong sejak 29 Oktober lalu.

Ketika ini, kapal layar itu berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut, Langkawi.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/equanimity-bidaan-di-bawah-nilai-1.834651
 
najib punya angkara menyusahkan org je. penipu. org pas plk sanggup bersengkokol. pelik tapi benar

 
kapal ni bukan eksibit ker? mcmana nama org lain bole di jual ?
 
ye ye ye...

tangkap je najib ngan pas tu..

xpayah mahkamah pon xpe nk menilainya. dah tersergam depan mata. nk konar apa lg. rm500juta tu, duit rakyat terlonggok kt situ. mcm2 bleh buat dgn duit sebyk tu.

patutnya kerajaan skrg let go je la murah2 pon. damage has been done. simpan lama2 pon susut nilai bukan sedikit ni
 
Back
Top
Log in Register