BTC USD 84,066.8 Gold USD 4,135.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Jho Low selar ‘mahkamah media’ Dr M​
August 12, 2018

Ahli perniagaan yang dikaitkan dengan kapal layar mewah Equanimity itu menegaskan penahanan tersebut bertentangan dengan undang-undang.

jho-low-bloomberg-1.jpg

Low, melalui kenyataan jurucakap beliau berkata, penyerahan kapal itu kepada pihak berkuasa Malaysia mendedahkan akibat undang-undang yang akan berlaku ke atas bakal pembelinya. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Low Taek Jho sekali lagi menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penahahan kapal Equanimity, sehari selepas perdana menteri itu melawat kapal tersebut dan berkata kerajaan mahu menjualnya secepat mungkin kerana harganya mungkin merosot.

Low, melalui kenyataan jurucakap beliau kepada FMT berkata, penyerahan kapal itu kepada pihak berkuasa Malaysia mendedahkan akibat undang-undang yang akan berlaku ke atas bakal pembelinya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa penahanan tersebut tidak sah, dan berkata langkah Malaysia mendahului pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) apabila mendakwa ketibaan kapal tersebut di perairan negara ini dibuat selepas mengadakan perundingan dengan AS.

“Salah kenyataan yang diulang-ulangkan oleh Malaysia memalukan AS, yang menegaskan ia tidak terlibat dengan penahanan tidak sah kapal tersebut dan akan memaklumkan perkembangannya kepada mahkamah di negara itu pada 17 Ogos ini,” kata Low.
“Jelas rejim Mahathir tidak berminat dengan proses undang-undang yang adil dan sah. Tindakan beliau mendahului prosiding undang-undang yang mantap dan menjadi amalan sejak sekian lama di negara lain melibatkan kerajaan negara berkenaan (seperti di AS) dalam kes Equanimity tanpa diragukan lagi mengesahkan perkara ini.”

Kapal bernilai AS$250 juta itu kini ditahan di pusat kapal pesiaran di Pelabuhan Klang sejak tiba di perairan negara Selasa lepas.

Equanimity menjadi tumpuan penyiasatan AS ke atas syarikat pelaburan negara, 1MDB, dan dikaitkan dengan Low, yang didakwa membeli kapal itu menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Baru-baru ini polis Indonesia menahan kapal mewah tersebut atas permintaan pihak berkuasa AS dan menyerahkannya kepada Malaysia berikutan lawatan Dr Mahathir ke Jakarta.

Low mengutuk apa yang dinamakannya “perbicaraan oleh media” oleh pentadbiran Dr Mahathir.

“Perbicaraan oleh media yang dilakukan oleh Mahathir menyebabkan mustahil perkara ini dihakimi dengan adil, terutamanya di bawah rejim beliau, yang memanipulasi sistem perundangan Malaysia seperti yang berlaku dalam krisis kehakiman 1988,” menurut kenyataan itu lagi, merujuk kepada tindakan Dr Mahathir memecat beberapa orang hakim kanan sewaktu pertama kali menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Dakwaan yang dibuat beliau tersebar ke seluruh dunia lebih setahun lepas dan telah diulang-ulangkan ribuan kali. Justeru Low telah didapati bersalah oleh rejim Mahathir hatta sebelum satu cebis bukti pun dikemukakan kepada mahkamah AS,” tambah kenyataan itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/12/jho-low-selar-mahkamah-media-dr-m/


Banyak bunyi pula Jho Low ni... Suruh datang Malaysia jawab persoalan masih tak timbul2.. Ingat dulu Najib kata tak kenal orang ni.. Aduhai geng penipu pencuri semua ni ..
 
Equanimity dikawal ketat 24 jam

image.jpg

KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memeriksa barisan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Malaysia kali ke-14 Tahun 2018 hari ini. - UTUSAN ONLINE/FotoBERNAMA

TANJUNG MALIM 12 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, satu mesyuarat khas bagi mengkoordinasi kawalan keselamatan kapal mewah Equanimity telah dibuat melibatkan pelbagai agensi.

Beliau berkata, ia melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Hutan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Beliau berkata, kawalan ketat dibuat dan diselaraskan selama 24 jam dengan 18 krew bertugas di dalam kapal tersebut.

“Semalam saya pun ada berada di situ, Tun Mahathir sudah buat keputusan bahawa tidak dibenarkan mana-mana pihak untuk melawat kapal tersebut kerana ia adalah ekshibit yang telah dirampas.

“Jadi, kalau ada cacat cela dan sebagainya dan kalau ada orang awam nanti, ia akan menjejaskan, susut nilai kepada kapal berkenaan selain isu-isu keselamatan juga perlu diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil perlantikan pegawai Kor Suksis universiti awam kali ke-14 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Tajuddin Md Isa; Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/equanimity-dikawal-ketat-24-jam-1.727450#ixzz5NwdK0U5c
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
29 DzulQaedah 1439H
Sabtu 10.30p.m.

DOKUMEN DAN BUKTI EQUANIMITI DIBELI GUNA DUIT 1MDB GAGAL KESAN SIAPA PEMILIKNYA

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed siang tadi melakukan lawatan ke atas EQuanimity diiringi Menteri Pertahanan, Haji Mohamed Sabu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun.

Perdana Menteri mahu supaya kapal layar super mewah tersebut dijual secepat mungkin, di mana sebanyak RM27 juta diperlukan untuk menyelenggaranya.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa SEMUA TRANSAKSI, BAHAN BUKTI DOKUMEN BERKENAAN SUMBER BELIAN KAPAL MEWAH DATANGNYA DARI DANA 1MDB, sebuah entiti pelaburan strategik negara.

Malangnya, Perdana Menteri TIDAK TAHU siapakah pemilik sebenar kapal layar super mewah itu.

Rakyat Malaysia perlu akur dan percaya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam perkara ini.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar mengelakkan diri dari spekulasi bahawa kapal tersebut milik perdana menteri keempat, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed atau kroni kapitalis beliau Tan Sri Robert Kuok.

BAK KATA ORANG YANG MEMBACA STATUS INI;
"Air mani yang terpancut ke dubur Saiful pun aku tahu siapa pemiliknya, takkanlah dengan pelbagai bukti dan transaksi dokumen 1MDB aku tak tahu siapa pemilik kapal mewah berharga RM1 billion itu?"
 
29 DzulQaedah 1439H
Sabtu 10.30p.m.

DOKUMEN DAN BUKTI EQUANIMITI DIBELI GUNA DUIT 1MDB GAGAL KESAN SIAPA PEMILIKNYA

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed siang tadi melakukan lawatan ke atas EQuanimity diiringi Menteri Pertahanan, Haji Mohamed Sabu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun.

Perdana Menteri mahu supaya kapal layar super mewah tersebut dijual secepat mungkin, di mana sebanyak RM27 juta diperlukan untuk menyelenggaranya.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa SEMUA TRANSAKSI, BAHAN BUKTI DOKUMEN BERKENAAN SUMBER BELIAN KAPAL MEWAH DATANGNYA DARI DANA 1MDB, sebuah entiti pelaburan strategik negara.

Malangnya, Perdana Menteri TIDAK TAHU siapakah pemilik sebenar kapal layar super mewah itu.

Rakyat Malaysia perlu akur dan percaya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam perkara ini.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar mengelakkan diri dari spekulasi bahawa kapal tersebut milik perdana menteri keempat, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed atau kroni kapitalis beliau Tan Sri Robert Kuok.

BAK KATA ORANG YANG MEMBACA STATUS INI;
"Air mani yang terpancut ke dubur Saiful pun aku tahu siapa pemiliknya, takkanlah dengan pelbagai bukti dan transaksi dokumen 1MDB aku tak tahu siapa pemilik kapal mewah berharga RM1 billion itu?"

banyak betul kos selenggara sampai 27 juta..
kalau dok parking je kapal tu, kena selenggara jugak ke??:-?
kalau banyak sangat duk tanggung kos selenggara, elok jual je...
 
Kapal tu adalah bahan bukti...apehal suka2 pergi jual..

Pelik sungguhhh ...
 
Biar org yg menang pru buat kerja.
Yang kalah teruk, duduk diam2.

Kau nak ckp malaysia nie tak perlukan pembangkang?

Patot lah rela dikencing pakatan sampah

Nie ke ajaran pelajar uec..patut pun
 
Back
Top
Log in Register