BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Inisiatif KPKT Di Bawah Belanjawan 2026 Lepasi Sasaran 100 Peratus - Nga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Enam Inisiatif KPKT Di Bawah Belanjawan 2026 Lepasi Sasaran 100 Peratus - Nga​

b31f56416c3e711985b891e421c645c26a8d54a56b0b8

Kredit: FB - Nga Kor Ming

Enam inisiatif signifikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Belanjawan 2026 melepasi sasaran ditetapkan setakat 31 Julai, dengan penyelenggaraan tandas awam di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) mencatat pencapaian tertinggi iaitu sebanyak 734 peratus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan KPKT melaksanakan agenda Kerajaan MADANI secara pantas dan responsif, khususnya dalam menyediakan kemudahan awam yang lebih baik, selesa serta inklusif.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa setiap ringgit yang diperuntukkan kerajaan sedang diterjemahkan kepada hasil, yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Kita tidak mahu peruntukan hanya tinggal sebagai angka di atas kertas, sebaliknya mesti menghasilkan projek yang boleh dilihat, dirasai dan dinikmati serta memberi faedah kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata sejak Kerajaan MADANI mentadbir negara pada 2023, KPKT telah berjaya melaksanakan hampir 16,000 projek kemudahan awam dan telah memenangi anugerah berprestij seperti Anugerah Pembangunan Negara dan Anugerah Inovasi Perdana Menteri.

Beliau berkata inisiatif penyelenggaraan tandas awam di kawasan PBT yang menerima peruntukan sebanyak RM30 juta, mencatat pencapaian tertinggi iaitu 734 peratus apabila 367 projek berjaya dilaksanakan berbanding sasaran asal 50 projek.

Beliau berkata pembinaan Gerai MADANI dan naik taraf pasar awam uzur pula mencapai 170 peratus, apabila 102 projek dilaksanakan berbanding sasaran 60 projek, melibatkan peruntukan RM60 juta.

Selain itu, Nga berkata sebanyak 304 projek penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam dilaksanakan berbanding sasaran awal 200 projek, sekali gus mencatat pencapaian 152 peratus menerusi peruntukan RM50 juta.

Beliau berkata inisiatif menaik taraf sistem perparitan dan longkang turut melepasi sasaran dengan pencapaian 102.67 peratus, apabila 154 projek dilaksanakan berbanding sasaran 150 projek, menggunakan peruntukan RM55 juta.

 
Back
Top
Log in Register