BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Lelaki Warga Indonesia Didakwa Seludup 104 Warga Asing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Empat Lelaki Warga Indonesia Didakwa Seludup 104 Warga Asing​

c012b48bd22c6ba140548247fdd1f0f36aa77979066b9

Empat lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan berasingan menyeludup 102 migran warga negara Indonesia dan dua warga Vietnam bulan lepas.

Empat lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan berasingan menyeludup 102 migran warga Indonesia dan dua warga Vietnam bulan lepas.

Adi Warman, 36, yang bertindak sebagai tekong serta Gading, 31, dan Rafiernanda, 19, masing-masing pembantu tekong mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mereka didakwa secara bersama menyeludup 64 migran warga Indonesia membabitkan 39 lelaki dan 25 wanita di Perairan Pulau Talang, di kedudukan kira-kira 0.3 batu nautika dari Pulau Talang, Manjung, kira-kira 4.30 pagi, 18 Ogos lepas.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pembantu tekong Yunus Saputra, 30, mengangguk faham selepas dia didakwa melakukan perbuatan sama dengan menyeludup 40 migran melibatkan 38 warga Indonesia dan dua Vietnam.

Dia didakwa menyeludup 28 lelaki dan 12 wanita itu di tepi Pantai Hutan Kuari Sungai Batu, Manjung, kira-kira 8 pagi pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ke atas semua tertuduh kerana kesalahan itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol tidak menawarkan jaminan terhadap kesemua tertuduh kerana kes berkenaan tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 27 Okt depan bagi sebutan semula kes.

Kurang pendidikan dan desakan ekonomi barangkali.....sanggup kena pilih kena penjara daripada hidup bebas
 
Back
Top
Log in Register