BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Lelaki Didakwa Bunuh Usahawan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Empat Lelaki Didakwa Bunuh Usahawan​

d8a3c1a1d602216248c51f930d2893ae6a827bf1e29e0

Empat lelaki, S. Yogesvaran, Lin Yong Ming, N. Achutan dan How Han Wei, dihadapkan di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan membunuh seorang usahawan pada awal bulan ini.

Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang usahawan pada awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada S. Yogesvaran, 40, Lin Yong Ming, 26, N. Achutan, 32, dan How Han Wei, 33, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tidak boleh dijamin.

Mereka didakwa membunuh Low Kai Xian, 39, antara 29 Julai pada 2.35 petang di Jalan Emas Putih 2, Taman Sri Skudai, Johor Bahru hingga 3 Ogos kira-kira 12.30 tengah hari di Sungai Tanjung Sembrong, Batu Pahat.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika hukuman mati tidak dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim.

Achutan diwakili peguam S. Sean Dodley, manakala tiga yang lain diwakili peguam Datin Freda Sabapathi.

Mustaqim kemudian menetapkan 14 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat, asid deoksiribonukleik (DNA), forensik kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan lima suspek susulan penemuan mayat lelaki berusia 39 tahun yang ditemukan terapung dan dililit jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, dekat sini, awal bulan ini.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan jerutan di leher menggunakan tali sebelum dibawa menaiki kenderaan, diikat kedua-dua tangannya menggunakan pita pelekat dan jasadnya dibalut dengan jaring.

 
Back
Top
Log in Register