BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Elak prejudis antara kaum

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Sikap prejudis antara kaum perlu dielakkan sebaliknya semua anggota masyarakat perlu menerima perbezaan cara hidup dan kepelbagaian budaya yang diamalkan di negara ini sebagai sesuatu yang perlu dihormati.

Penerimaan terhadap budaya bangsa lain sebenarnya mampu merapatkan hubungan dan membina nilai kesepakatan serta perpaduan rakyat negara ini yang pelbagai kaum.

Atas kesedaran itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang merencanakan agenda perpaduan melalui penganjuran program sukan untuk menyatupadukan masyarakat bermula di peringkat sekolah.

Pengerusinya, Datuk Seri Johny Ch'ng Ewe Gee berkata, beliau melihat pembinaan dan pengukuhan nilai perpaduan antara kaum amat penting untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu kebelakangan ini.

Menurutnya, acara sukan di peringkat sekolah dilihat mampu menjadi platform terbaik penyatuan pelajar antara kaum.

"Walaupun MCPF Pahang lebih menumpukan aspek pencegahan jenayah namun usaha menyatupadukan masyarakat juga perlu diberi perhatian kerana tanpa perpaduan, ia akan membawa kepada masalah perkauman seperti rusuhan di Plaza Low Yat baru-baru ini," katanya ketika ditemui sempena penganjuran Pertandingan Bola Keranjang 3 Lawan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Putih yang berlangsung di sebuah pusat membeli belah di sini, baru-baru ini.

Pertandingan bola keranjang '3 On 3' anjuran bersama MCPF dan SMK Tanah Putih itu menarik penyertaan 93 pasukan dari sekolah di seluruh Pahang, termasuk 11 pasukan sekolah dari Kemaman, Terengganu.

"MCPF Pahang berhasrat untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register