BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tambahan Peruntukan MITRA Bukti Kaum India Tidak Terpinggir

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
d6ac5495f5d866ec7db4f5ea10c2f5e56a00702faccb1

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tujuh, kiri) bergambar bersama mahasiswa yang menerima Manfaat Bantuan IPT pada Majlis Ramah Mesra Bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya. Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (enam, kiri) dan Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Raveendran Nair (enam, kanan).

Keputusan kerajaan meningkatkan peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada RM150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini, menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak di seluruh negara yang menyifatkan langkah itu sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan terhadap pembangunan komuniti India yang inklusif.

Penambahan peruntukan itu dilihat membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat India dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial selain membantu memperkukuh pelaksanaan program komuniti secara lebih menyeluruh pada peringkat negeri.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar berkata pertambahan peruntukan itu diharap dapat membantu meningkatkan sosioekonomi dan pendidikan dalam masyarakat India.

Beliau berkata menerusi peruntukan berkenaan, pelbagai program seperti kursus perniagaan dan kemahiran termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat dilaksanakan kepada golongan muda agar mereka dapat menjana pendapatan sendiri, terutama daripada kumpulan B40.

"Kita tidak mahu beri tunai kerana langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka panjang, yang kita mahu mereka ini jalani hidup dengan lebih baik dan maju melalui kursus kemahiran yang akan disediakan melalui peruntukan MITRA nanti," katanya.

Pekerja swasta, M. Malini, 35, berkata peruntukan yang diberi itu diharapkan dapat disalurkan kepada golongan memerlukan dengan lebih meluas dalam pelbagai sektor pembangunan masyarakat India termasuk mereka yang tinggal di kawasan estet.

Sementara itu, di SELANGOR, seorang warga emas A. Murugaiya, 63, pula berharap tambahan peruntukan itu dapat digunakan untuk membantu anak muda India mendapatkan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Ramai keluarga susah masih perlukan bantuan pendidikan dan latihan supaya generasi muda dapat keluar daripada kitaran kemiskinan. Saya harap dana tambahan ini benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di Pandamaran, Klang.

Sementara itu, Orang Kurang Upaya (OKU) R. Chandra Segaran, 66, yang lumpuh di bahagian kaki berharap kerajaan memberikan perhatian kepada kebajikan golongan kurang upaya termasuk bantuan peralatan perubatan, kemudahan akses dan bantuan sara hidup.

 
Back
Top
Log in Register