BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekspo Jom Makan Ipoh Promosi Makanan Sebagai Simbol Perpaduan - Nga

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Ekspo Jom Makan Ipoh Promosi Makanan Sebagai Simbol Perpaduan - Nga​

ec6f43070bb05d921333ecbffd86258a6a781c0d5cdc1

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menunjukkan produk Ipoh White Coffee ketika melawat reruai pameran makanan sempena majlis perasmian Karnival Jom Makan Ipoh 2026 di Palo 101 hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penganjuran Ekspo Jom Makan Ipoh 2026 bakal menjadi platform mempromosikan kepelbagaian serta kekayaan warisan makanan kepada rakyat tempatan dan pelancong, sekali gus menjadi instrumen menyatukan pelbagai kaum di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang Nga Kor Ming berkata ekspo anjuran Pusat Khidmat DUN Kepayang bersama-sama beberapa rakan strategik itu, menggabungkan elemen pemeliharaan warisan kulinari, pendidikan budaya makanan, penjenamaan bandar dan promosi pelancongan.

“Oleh itu, sempena Bulan Kemerdekaan ini kita membuat keputusan menganjurkan Ekspo Jom Makan Ipoh 2026 kerana kita menyedari makanan bukan setakat produk pelancongan tetapi juga menjadi pemangkin perpaduan nasional.

“​Makanan sebenarnya memainkan peranan penting menyatupadukan rakyat, khususnya masyarakat berbilang kaum, selaras dengan slogan kita, Malaysia Truly Asia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran program berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata program bermula 28 hingga 30 Ogos dari 5 petang hingga 11 malam, bertempat di Palo 101 itu, menawarkan lebih daripada 50 gerai makanan dan produk pertanian dengan 12 sajian istimewa Ipoh, pilihan makanan jalanan, serta pelbagai produk makanan dan hasil pertanian terpilih.

Nga berkata pengunjung berpeluang menikmati sendiri gabungan hidangan tradisional dan inovatif yang mencerminkan identiti gastronomi bandar raya Ipoh, antaranya Laksa Buyong, Ipoh White Coffee, nasi ayam taugeh dan puding taufu.

“Bagi memperkenalkan sejarah serta evolusi budaya makanan tempatan, festival ini turut menampilkan enam Galeri Budaya Makanan Ipoh seperti Kopi Putih Ipoh, budaya makanan era perlombongan bijih timah, Kacang Putih, Sambal dan Ulam serta pelbagai warisan kulinari lain yang sinonim dengan bandar ini,” katanya.

Pelbagai program pentas turut disusun sepanjang program tiga hari itu termasuk persembahan kebudayaan pelbagai kaum, sesi perkongsian Food Talks Ipoh, pelancaran Peta Makanan Digital QR Ipoh, di samping cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api pada majlis penutupan.

Nga berkata lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada program tersebut.

 
Back
Top
Log in Register