BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekspo Jom Makan Ipoh Akan Dicadang Dalam Kalendar Pelancongan Perak - Nga

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Ekspo Jom Makan Ipoh Akan Dicadang Dalam Kalendar Pelancongan Perak - Nga​

1c4bc22f998d5f0a9a106105726518e66a9378deb49ba

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kor Ming (tiga, kiri) dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (dua, kiri) bergambar ketika perasmian pembukaan Karnival Jom Makan Ipoh 2026 di Palo 101 hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ekspo Jom Makan Ipoh akan dicadang untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Ipoh, susulan sambutan menggalakkan pada kali pertama pengajurannya tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang Nga Kor Ming berkata ekspo anjuran Pusat Khidmat DUN Kepayang serta beberapa rakan strategik itu, akan dijadikan satu daripada jenama istimewa pelancongan Ipoh yang menarik pengunjung tempatan dan luar negara.

“… kita memang telah lihat kejayaan tiga hari ini, cukup ramai yang datang, kita sasarkan kali ini sekurang-kurangnya 20,000 orang bersempena dengan cuti hujung minggu ini, kita juga jadikan ekspo ini sebagai satu simbol perpaduan kaum melalui makanan, selain sukan,” katanya.

Nga berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Jom Makan Ipoh di sini, malam tadi.

Pada majlis sama Nga turut melancarkan Enam Peta Makanan Ipoh berasaskan kod QR, bagi membolehkan pelancong mendapatkan maklumat mengenai lokasi makanan dan restoran di sekitar bandar raya itu.

Ekspo Jom Makan Ipoh yang berlangsung 28 Ogos (Jumaat) hingga 30 Ogos (hari ini, Ahad) dari 5 petang hingga 11 malam, bertempat di Palo 101 menawarkan lebih daripada 50 gerai makanan dan produk pertanian dengan 12 sajian istimewa Ipoh, pilihan makanan jalanan, serta pelbagai produk makanan dan hasil pertanian terpilih.

Pengunjung berpeluang menikmati sendiri gabungan hidangan tradisional dan inovatif yang mencerminkan identiti gastronomi bandar raya Ipoh, antaranya Laksa Buyong, Ipoh White Coffee, nasi ayam taugeh dan puding taufu, kacang putih dan sebagainya.

 
Back
Top
Log in Register