BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkembangan Projek Air Perak-pulau Pinang Akan Diumum Dalam Masa Terdekat - Chow

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perkembangan Projek Air Perak-pulau Pinang Akan Diumum Dalam Masa Terdekat - Chow​

de8b4f0d2f39a918d3bbaf6f488d2eca67dbc504a1c92

Chow Kon Yeow,

Ketua Menteri Chow Kon Yeow meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi berhubung perkembangan perjanjian Projek Air Perak-Pulau Pinang yang dijangka dibuat dalam masa terdekat termasuk pemeteraian perjanjian tersebut.

Chow yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata buat masa ini, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut memandangkan perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Bursa Malaysia mengikut keperluan syarikat tersenarai.

“PBA Holdings Bhd (PBAHB) ialah sebuah syarikat tersenarai, jadi kami perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai perkara yang berlaku. Ia prosedur biasa bagi syarikat tersenarai jika berlaku perubahan besar dalam perniagaan, kita perlu memaklumkannya kepada Bursa,” katanya pada sidang media di Komtar, di sini hari ini.

Chow mengulas kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa pemeteraian perjanjian pembekalan air mentah antara kedua-dua negeri ditangguhkan sementara selepas pihak Pulau Pinang meminta lebih masa untuk meneliti beberapa perkara berkaitan.

Projek Air Perak-Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik berskala mega yang melibatkan pemindahan air mentah dan air terawat bagi menampung permintaan air di utara Semenanjung selain bermatlamat untuk menyokong keperluan domestik serta perindustrian di Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Chow berkata projek pembangunan di Taman Manggis, Jalan Burma di sini yang tertangguh sejak 2020 akan disambung semula tanpa sebarang perubahan terhadap pelan asal, dengan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula secepat mungkin.

Beliau berkata kerajaan negeri dimaklumkan mengenai perkembangan itu dalam satu pertemuan bersama pihak pemaju Kuala Lumpur International Dental Care Sdn Bhd (KLIDC) pada 8 Julai lepas.

"KLIDC telah memperoleh kelulusan Pelan Bangunan dan Kebenaran Memulakan Kerja (COW) daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kelulusan yang diperoleh berdasarkan kebenaran merancang yang diluluskan pada 19 Mac 2019.

"Kerja-kerja di tapak telah dimulakan pada 2020, namun tergendala untuk suatu tempoh panjang ekoran pelbagai kekangan termasuk gangguan terhadap rantaian bekalan bahan binaan, kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos pembinaan serta cabaran dari aspek pembiayaan dan aliran tunai projek," katanya.

 
Back
Top
Log in Register