BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

e-Nikah tunjuk tanda positif

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
KOTA BHARU: Selepas dilancarkan sejak dua tahun lalu, sistem e-Nikah yang dibangunkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), mula mendapat maklum balas positif daripada beberapa negeri lain yang turut berminat menggunakan sistem sama bagi membanteras kegiatan sindiket sijil nikah palsu.

Pengarah Jaheik, Ab Aziz Ab Rahman, berkata pihaknya menerima sambutan baik daripada beberapa negeri seperti Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu untuk melaksanakan sistem pengurusan rekod perkahwinan secara elektronik itu.

"Setakat ini, hanya Perak saja yang melaksanakan sistem sama dengan negeri ini dan kita berharap ia dapat diperluaskan ke seluruh negara berikutan ia mudah dan teratur.

"Selain itu, kita juga sudah memperluaskan ke semua 10 jajahan di seluruh Kelantan dan tujuan asal sistem ini ialah membanteras kegiatan pemalsuan dokumen nikah," katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jaheik dan Telekom Malaysia (TM), di sini, hari ini. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register