BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Turki mula sekat aliran pelarian

DIKILI - TURKI. Pengawal pantai Turki telah menghalang hampir 200 pelarian yang cuba untuk memasuki Greece, kelmarin, sebagai persediaan untuk mematuhi perjanjian kontroversi dimeterai bersama Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan berkuatkuasa hari ini.

Agensi berita Dogan melaporkan, dua bot getah membawa kumpulan migran terdiri daripada 118 warga Eritrea, Syria, Iran dan Lubnan itu ditahan ketika dalam perjalanan dari Cesme di Ankara menuju ke Pulau Chios di Athens.

Sebuah lagi kumpulan membawa 64 migran turut dihalang ketika sedang menuju ke Pulau Lesbos dari bandar pesisir pantai Dikili.

Rakaman TV Reuters menunjukkan kesemua mereka termasuk kanak-kanak ditempatkan di bawah khemah putih selepas cubaan untuk merentasi Mediterranean itu digagalkan.

Bulan lalu, Ankara bersetuju membawa pulang pelarian yang memasuki Greece secara haram sebagai pertukaran dengan bantuan kewangan, perjalanan bebas visa untuk rakyatnya dan mempercepatkan rundingan bagi membolehkan ia menganggotai EU. - Reuters

image_zpsydfiyxgt.jpg
 
Arab Saudi sudah hukum mati 82 pesalah

ABHA - ARAB SAUDI . Hukuman mati keatas seorang banduan yang disabitkan kesalahan membunuh pada Khamis lepas menjadikan jumlah terkini pesalah hukuman mati sebanyak 82 orang di Saudi Arabia, tahun ini.

Menurut Dailymail UK, banduan tersebut, Mohammed al-Khaweir al-Qahtani didapati bersalah menembak mati Hussein al-Shayeb al-Qahtani ketika sebuah pergaduhan.

Di Arab Saudi, banduan yang menjalani hukuman mati akan dipancung dengan pedang dan selalunya disaksikan oleh sekumpulan kecil orang awam.

Pada 2 Januari lepas, seramai 47 banduan yang disabitkan kesalahan terlibat aktiviti pengganas dipancung dalam tempoh kurang 24 jam.

Seramai 153 banduan dipancung pada tahun 2015 dan kebanyakan mereka merupakan banduan yang terlibat dengan kesalahan dadah dan bunuh.

Di Britain, kerajaan menggesa kumpulan hak asasi manusia supaya memberikan tekanan kepada Saudi Arabia untuk menghentikan hukuman mati.

Organisasi hak asasi manusia, Amnesty International pula mendakwa jumlah banduan dihukum mati pada 2015 di Arab Saudi adalah yang paling tinggi.


image1_zpsh172owrk.jpg
 
Wanita Islam dihina sebagai 'Batman' di UK

LONDON: Seorang wanita Islam Britain berusia 25 tahun dihina dengan panggilan 'Batman' oleh seorang lelaki ketika membeli belah di sebuah kedai runcit kerana memakai jubah dan melindungi wajahnya dengan tudung. Ahlam Saed dipersendakan lelaki berkenaan di depan dua anaknya. "Saya cuma mahu membeli sebungkus gula-gula Starburst. Saya memasuki kedai itu dan beliau memanggil saya 'Batman' dan mula menyanyikan lagu tema filem itu. "Saya tidak boleh membiarkan beliau begitu saja, sebab itu saya merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit.

Saya perlu tegas, saya tidak mahu beliau rasa boleh terus menghina saya," Saed dipetik sebagai berkata oleh akhbar Evening Standard. Video itu menunjukkan lelaki berkenaan berulang kali bertanya Saed: "Mengapa berpakaian begitu? Anak saya tidak dapat melihat wajah kamu, siapa kamu? "Ini negara Kristian. Kristian, dunia barat." Saed ketakutan apabila lelaki itu semakin marah selepas beliau memarahinya dan menggelarnya 'jahil' sebagai reaksi kepada panggilan 'Batman.' Saed yang berpindah ke London ketika berusia dua tahun, mula melindungi mukanya empa tahun lalu dan satu-satunya dalam keluarga yang berbuat demikian. - AGENSI

antimuslim.transformed_zps7l1vtkic.jpg
 
Taliban serbu konvoi, 6 polis maut

KABUL: Sekurang-kurangnya enam pegawai polis maut apabila Taliban menyerbu konvoi mereka di wilayah utara Balkh, kata seorang pegawai keselamatan hari ini. Komander operasi polis di rantau itu, Abdul Manon Raoufi, berkata pemberontak menyerang konvoi itu malam semalam di daerah Dawlat Abad. Katanya, polis dalam perjalanan ke wilayah Jawzjan selepas menjalankan operasi anti-pemberontak di Balkh apabila serbuan dilakukan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab. Raoufi berkata, seorang pemimpin pemberontak Taliban turut terbunuh dalam pertempuran itu. Dalam kejadian berasingan di wilayah timur Nangarhar, dua maut manakala enam lain cedera dalam letupan bom hari ini, kata jurucakap ketua polis wilayah, Hazrat Hussain Mashreqewal. Letupan menyasarkan polis di daerah Khewa, namun hanya orang awam maut dan cedera. - AP

kabul.transformed_zpsigjkwrqy.jpg
 
Pelajar Muslim dikecualikan berjabat tangan

GENEVA: Segelintir pelajar Muslim lelaki di Switzerland tidak perlu lagi berjabat tangan dengan guru wanita, susulan satu keputusan yang mencetuskan kemarahan dan keresahan di negara itu. Pihak berkuasa pendidikan di perbandaran utara Switzerland di Therwil, dalam jajahan Basel, mencapai keputusan kontroversi itu selepas dua pelajar lelaki mengadu bahawa budaya berjabat tangan dengan guru bertentangan dengan kepercayaan agama mereka jika guru terbabit adalah wanita. Mereka mempertikaikan Islam tidak membenarkan hubungan fizikal dengan individu berlainan jantina, dengan pengecualian anggota keluarga terdekat. Keputusan itu mencetuskan kemarahan di seluruh Switzerland dengan Felix Mueri, yang mengetuai Suruhanjaya Parlimen Dalam Sains, pendidikan dan budaya, menegaskan bahawa "berjabat tangan adalah sebahagian budaya kita."

"Ini adalah satu tanda hormat dan adab yang baik," katanya kepada laman web berita 20Minuten. Sementara itu, Christoph Eymann yang mengetuai Persidangan Menteri Pendidikan Wilayah Switzerland, berkata "pengecualian terhadap peraturan bukan satu penyelesaian." "Kami tidak boleh bertolak ansur bahawa wanita dalam perkhidmatan awam dilayan berbeza daripada lelaki," katanya kepada televisyen tempatan. Christine Akeret, yang bertanggungjawab menguruskan sistem persekolahan Therwil, memberitahu media, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan itu, namun tidak melihat pilihan lain. - AFP

geneva.transformed_zpsxmptqdka.jpg
 
Ulama Albania terbunuh di Syria

TIRANA: Seorang ulama Albania yang dibicarakan tanpa kehadirannya atas tuduhan keganasan kerana didakwa menyertai militan IS di Syria, terbunuh, menurut saudara lelakinya. Stesen televisyen persendirian negara itu News 24 hari ini memetik Genci Daci sebagai berkata, saudara lelakinya, Almir Daci terbunuh di Syria.

Katanya, berita itu disampaikan oleh isteri Almir yang menghubunginya menerusi telefon. Tidak jelas bagaimana ulama itu terbunuh. Almir Daci, 32, seorang bekas imam di perkampungan Leshnice, terletak 120 kilometer di timur ibu kota ini, meninggalkan Albania pada 2013. Dia turut membawa isteri dan dua anaknya. - AP

daci.transformed_zpsa1oxircn.jpg
 
Satu lagi bandar ditawan

Beirut: Tentera Syria dan sekutunya yang disokong serangan udara Russia, semalam menguasai semula bandar al-Qaryatain selepas mengusir militan Daish.

Televisyen Syria melaporkan, tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad itu mengembalikan semula keselamatan dan kestabilan di bandar terbabit setelah membunuh saki- baki Daish.

Al-Qaryatain terletak kira-kira 100 kilometer ke barat Palmyra, bandar purba yang ditawan semula daripada Daish minggu lalu.

Daish menguasai bandar berkenaan sejak Ogos lalu.

Media Syria sebelum itu melaporkan, tentera kerajaan memasuki bandar itu dari beberapa arah.

Usaha membersihkan bandar itu daripada jerangkap samar kini giat dijalankan.

Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi Syria melaporkan, pertempuran masih berterusan antara Daish dan tentera Syria di al-Qaryatain yang dikelilingi gunung.

“Secara umum, bandar itu boleh dikatakan dikuasai tentera Syria memandangkan mereka menguasai kawasan tinggi di sekelilingnya,” kata pengarah kumpulan itu, Rami Abdurrahman.

Kumpulan yang berpangkalan di Britain itu yang mengawasi konflik di Syria menerusi rangkaian sumber berkata, tentera Russia melancarkan lebih 40 serangan udara di sekitar al-Qaryatain sepanjang semalam.

Sementara itu, beberapa anggota Hizbullah Lubnan terbunuh dalam pertempuran di utara Syria kelmarin. Anggota kumpulan Syiah itu terbabit membantu tentera Bashar dalam perang saudara di Syria.

Menurut pemerhati, 12 anggota Hizbullah mati dan puluhan lagi cedera apabila mereka diserang oleh pejuang Barisan al-Nusra di Kampung Al-Ais, utara Syria

04hmnusra.transformed_zpsgdemnyax.jpg
 
OIC gesa Armenia segera berundur

JEDDAH 4 April - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta Armenia berundur ‘tanpa syarat’ dari wilayah Nagorny Karabakh, selepas pertempuran meletus de*ngan tentera Azerbaijan yang ma*suk hari ketiga dan menyaksikan tiga orang lagi maut, hari ini.

OIC semalam mengutuk serangan tentera Armenia terhadap sempadan jajahan Azerbaijan dengan menyatakan Yerevan ‘tidak menghormati gencatan senjata sebelah pihak’ yang diumumkan oleh Baku.

Setiausaha Agung OIC, Iyad Madani menggesa pengunduran segera, sepenuhnya dan tanpa syarat askar Armenia dari wilayah dan kawasan jajahan Azerbaijan.

Beliau menggesa usaha antarabangsa dipertingkatkan terutama dari pihak Kumpulan Minsk bagi membantu segera penyelesaian politik dan ‘mengekalkan’ kawasan jajahan Azerbaijan.

Kumpulan Minsk yang dipengerusikan bersama oleh Pe*rancis, Rusia dan Amerika Syarikat (AS) mengetuai usaha Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) untuk mencari penyelesaian kepada konflik terbabit.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Azerbaijan berkata, tiga askarnya maut apabila pasukan Armenia menyerang kedudukan mereka menggunakan mortar dan pelancar bom tangan, hari ini.

Kelmarin, pertempuran sengit meletus antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah, menyaksikan 18 rakyat Armenia dan 12 askar Azerbaijan terbunuh dan masing-masing menuduh antara satu sama lain memulakan serangan di sempadan.

Kumpulan pemisah etnik Armenia yang disokong Yerevan me*rampas kawalan di kawasan pergunungan Nagorny Karabakh dalam perang pada awal 1990-an yang mengakibatkan 30,000 orang terkorban.

Kedua-dua belah pihak tidak pernah berdamai, walaupun menandatangani perjanjian gencatan senjata pada 1994.

Wilayah Nagorny Karabakh masih diiktiraf sebagai sebahagian Azerbaijan oleh masyarakat antarabangsa dan dua pihak bertelagah itu sering berbalas tembakan, tetapi pertempuran terbaharu tersebut menandakan peningkatan keganasan dan mendesak masyarakat antarabangsa campur tangan bagi memulihkan keamanan.

image1_zps5q8cdwhd.jpg
 
Militan IS ancam serang London

LONDON - BRITAIN. Kumpulan militan IS melalui sebuah rakaman video mengancam akan melakukan serangan keganasan di London, Berlin dan Rome, lapor The Independent.

Video yang dinamakan "Fight Them, Allah will punish them by your hand," menyeru ekstremis membunuh orang kafir di mana sahaja kamu menjumpai mereka.

Selepas menunjukkan rakaman serangan di Paris dan Brussels, serta tragedi 19 September, mereka memberi mesej amaran kepada negara-negara yang menentang IS.

"Jika semalam serangan di Paris, hari ini di Brussels, tuhan mengetahui di mana serangan esok.

"Mungkin ia akan berada di London atau Berlin atau Rom," petik video itu.

Filem propaganda tersebut telah dikeluarkan pada Isnin oleh kumpulan yang dikenali sebagai Al Wa'ad Media, aktivis di Raqqa mengatakan sokongan IS.

Mendakwa bertanggungjawab bagi pengeboman yang membunuh lebih daripada 30 orang di Brussels bulan lalu, militan itu mengancam untuk membawa lebih "hari gelap" ke Eropah.

image_zpsezzbppef.jpg
 
Back
Top
Log in Register