BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Turki, EU bersetuju sekat pelarian

BRUSSELS 19 Mac - Turki dan Kesatuan Eropah (EU), semalam mencapai perjanjian ‘bersejarah’ bersetuju membendung kemasukan pelarian ke Eropah, krisis pelarian terbesar sejak tamat Perang Dunia Kedua.

Di bawah perjanjian itu, ke*semua pelarian dan pendatang yang tiba di Greece dari Turki, mulai esok akan dihantar semula ke Turki.

Pemerhati hak asasi manusia berkata, mereka akan memantau dengan rapi perkembangan itu bagi memastikan pencari suaka politik akan dilindungi.

“Kami sedar bahawa Turki dan EU ditadkirkan menghadapi cabaran dan masa depan yang sama,” kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu selepas mendatangani perjanjian itu di sini.

Presiden EU, Donald Tusk, pula berkata, di bawah perjanjian itu, kesemua pelarian akan dihantar semula ke Turki bermula esok.

Bagi setiap pelarian Syria yang diusir, EU akan menghantar mereka semula ke Turki.

Tusk berkata, perjanjian itu hanya akan berfungsi sebagai sebahagian daripada satu rancangan yang lebih luas termasuk sokongan kepada Greece yang menjadi pusat kemasukan utama pelarian ke Eropah dan menyekat kebanjiran pelarian menerusi negara Balkan ke Jerman.

“Sesetengah pihak mungkin beranggapan perjanjian itu adalah peluru perak, namun realitinya agak sukar,” kata Tusk yang memainkan peranan utama dalam krisis, yang menyaksikan 1.2 juta pelarian tiba ke Eropah sejak Januari 2015.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Turki, semalam menahan sebanyak 1,700 pelarian yang cuba pergi ke Pulau Lesbos di Greece dalam satu operasi besar-besaran melibatkan kapal pengawal pantai dan helikopter.

Tentera Turki dalam satu kenya*taan berkata, sebanyak 1,734 pelarian dan 16 penyeludup ditahan dalam operasi yang dilancarkan di beberapa lokasi berhampiran bandar Dikili di Laut Aegean yang melibatkan pengawal pantai, tentera laut, tentera dan disokong unit udara. – REUTERS


imageaa_zpslslyhiiq.jpg
 
Model bunuh diri anggap sudah tua

Almaty (Kazakhstan): Seorang model membakar dirinya kerana tertekan akibat sudah tua hingga menyukarkan dia mendapatkan kerja.

Mayat Irina Livshun, 31, ditemui hampir rentung di apartmennya di bandar ini baru-baru ini bersama satu tong gas.

Jurucakap polis, Saltanat Azirbek berkata, keluarga Irina memberitahu polis, wanita itu mengalami kemurungan kerana tidak diambil bekerja selama beberapa bulan.

“Irina dilaporkan pernah cuba membunuh diri beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Menurut rakan-rakannya, Irina seorang model popular ketika muda dan diambil bekerja beberapa syarikat fesyen terkenal.

“Irina seorang model yang popular dan menyertai banyak pertunjukan fesyen.

“Bagaimanapun, kini syarikat fesyen enggan mengambil Irina bekerja lagi menyebabkan dia sedih dan tertekan,” katanya. - Agensi
 
Serangan Paris: Salah Abdeslam 'ubah rancangan bom'

BRUSSELS: Suspek serangan Paris, Salah Abdeslam mengaku dia mahu meletupkan diri tetapi kemudian berubah fikiran, menurut seorang pendakwa raya Perancis. Abdeslam didakwa atas beberapa kesalahan keganasan di Belgium sehari selepas dia diberkas dalam satu serbuan dramatik. Peguamnya berkata, Abdeslam akan mencabar extradisi ke Perancis tetapi setakat ini dia memberikan kerjasama dengan polis. Serangan Paris pada November lalu menyaksikan 130 maut dan berpuluh-puluh mangsa lain cedera.

Militan Negara Islam (IS) berkata, ia bertanggungjawab terhadap pengeboman dan tembakan itu. Abdeslam didakwa menyertai pembunuhan pengganas dan beberapa aktiviti kumpulan pengganas, menurut pejabat pendakwa raya persekutuan Belgium. Dalam satu sidang media, Pendakwa raya Paris, Francois Molins memaklumkan, "Ketika soal siasat hari ini, Salah Abdeslam mengesahkan dia mahu meletupkan diri di Stade de France tetapi kemudian membatalkannya." Warganegara Perancis berusia 26 itu dilahirkan di Belgium. Dia kini ditahan selepas diberkas di Brussels, kelmarin selepas empat bulan menyembunyikan diri. - AGENSI

abdes.transformed_zpsonqtfbvs.jpg
 
Helikopter tentera Indonesia dipanah petir, terhempas

SULAWESI - INDONESIA. Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera dilaporkan terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah lewat petang Jumaat, lalu.

Memetik laporan media tempatan Indonesia,kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.

"Kesemua 13 anggota termasuk juruterbang disahkan terkorban," petik kenyataan jurucakap Bahagian penerangan Tentera, Made Sutia.

Ujarnya lagi, pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada jam 5.20 petang.

Katanya, ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.

Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu.

Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu. - Bernama

imageff_zpsyrqcxh2o.jpg
 
Situasi pelarian makin terdesak

PERJANJIAN pelarian antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU) mula berkuatkuasa, namun bot membawa pelarian dilaporkan terus mendarat di timur Mediterranean sehingga awal semalam.

Kira-kira 1,500 migran menyeberangi Laut Aegean ke Pulau Lesbos di Greece dan seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan mati lemas selepas bot dinaikinya terbalik di luar pantai Turki beberapa jam sebelum perjanjian itu dikuatkuasakan.

Bagaimanakah nasib ribuan golongan itu yang terkandas di kem Idomeni di sempadan Greece-Macedonia sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan daripada mereka masih berharap penutupan sempadan negara Balkan akan ditarik balik dalam masa terdekat bagi membolehkan kumpulan pelarian itu meneruskan perjalanan mereka ke negara Eropah Utara.

Adakah kandungan perjanjian yang menetapkan mana-mana pelarian tanpa dokumen sah supaya dihantar pulang ke Ankara akan mencetuskan krisis baharu?

Ada laporan mendakwa terdapat risalah misteri yang memaparkan peta dan panduan untuk melepasi sekatan sempadan itu melalui barat Idomeni diedarkan dalam kalangan pelarian.

Kira-kira 2,000 migran mencuba nasib untuk melepasi sempadan Macedonia, namun adakah usaha mereka untuk melepasi kawalan pihak berkuasa dan pagar sekatan berhasil?

Ratusan anggota pakar undang-undang dan keselamatan dijangka tiba di Athens untuk membantu melaksanakan perjanjian itu.

Paris dan Berlin juga menawarkan bantuan untuk menghantar 600 pakar pemohon suaka dan polis ke Greece.

Perjanjian kontroversi yang bertujuan untuk mengekang kebanjiran pelarian itu turut mencetuskan bantahan di beberapa bandar termasuk London, Amsterdam dan Vienna.

Kebanyakan kumpulan protes itu menzahirkan sokongan mereka terhadap golongan pelarian terbabit selain melaungkan slogan 'buka sempadan'. - al-Jazeera

imagedd_zps23ig2iis.jpg
 
Pengebom Istanbul terkait Daish

Istanbul: Menteri dalam negeri Turki semalam mengenal pasti pengebom berani mati yang membunuh diri bersama empat pelancong asing di Istanbul sebagai militan yang mempunyai kaitan dengan Daish.

Efkan Ala berkata, pengebom itu warga tempatan, Mehmet Ozturk yang dilahirkan pada 1992 di Gaziantep yang bersempadan Syria.

Katanya, Mehmet tiada rekod jenayah dan lima orang lagi turut ditahan bagi membantu siasatan.

Serangan Sabtu lalu itu membunuh lima orang termasuk Memet dan mencederakan puluhan lain.

Mangsa maut dua rakyat Amerika-Israel, serta masing-masing seorang warga Israel dan Iran. Kejadian berlaku di Istiklal, kawasan yang popular dalam kalangan pelancong dengan kedai serta kafe selain mempunyai pejabat kerajaan. - AP

21hmturk.transformed_zpsuynptttn.jpg
 
9,840 pusat undi dibuka

Astana: Rakyat Kazakhstan semalam mengundi dalam pilihan raya untuk memilih 98 anggota Parlimen atau Majlis.

Seramai 234 calon mewakili enam parti politik bertanding dalam pilihan raya itu, yang keenam sejak kemerdekaan Kazakhstan.

Menurut pihak berkuasa pilihan raya, 9,840 pusat mengundi dibuka di seluruh Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, dengan lebih 9 juta pengundi mengundi.

Selain itu, tambahan 65 pusat mengundi juga didirikan di kedutaan Kazakhstan di seluruh dunia, termasuk Kuala Lumpur.

Pilihan raya berkenaan juga dipantau 964 pemerhati antarabangsa dari 103 negara dan lapan pertubuhan antarabangsa.

Presiden Nursultan Nazarbayev mengambil keputusan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya lebih awal selepas didesak sebahagian besar rakyat negara itu.

Parti Nur Otan pimpinan Nursultan menguasai 83 daripada 98 kerusi Parlimen sebelum Dewan dibubarkan sebelum ini.

Nursultan, 75, memerintah di Kazakhstan sejak sebelum kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet pada 1991 dan sehingga kini belum menamakan penggantinya.

Keputusan pilihan raya akan diumumkan hari ini. - Agensi

21hmnurs.transformed_zps8b73h7hs.jpg
 
Jordan mahu pasang kamera sekitar al-Aqsa

AMMAN - JORDAN. Kerajaan Jordan, kelmarin memaklumkan ia akan memasang kamera keselamatan di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dalam masa beberapa hari lagi untuk memantau 'perlanggaran' rejim Zionis selepas ketegangan meningkat di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Hal Ehwal Islam, Hayel Daoud berkata, sebuah pusat kawalan akan turut ditubuhkan untuk melakukan pemantauan rakaman video selama 24 jam.

"Ia akan disiarkan secara dalam talian untuk mendokumentasikan segala perlanggaran dan pencerobohan dilakukan Israel di sekitar kawasan masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam," katanya.

Sebelum ini, pentadbir kawasan Haram al-Sharif, Waqf di Amman yang turut menempatkan Masjid Kubah Batu pernah mendakwa pihak berkuasa rejim Zionis bertindak menghalang usaha mereka untuk memasang kamera di sekitar al-Aqsa.

Oktober lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry meluluskan rancangan pemasangan kamera di kawasan sekitar al-Aqsa yang menjadi pertikaian di wilayah itu selepas berunding dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - AFP


imageddd_zpstatvgyui.jpg
 
15 cedera dalam satu letupan di stesen metro Brussels

Sekurang-kurangnya 15 cedera dalam satu letupan berlaku pada Selasa di sebuah stesen kereta api metro di Brussels, yang berdekatan dengan bangunan Kesatuan Eropah (EU), lapor AFP.

Letupan berkenaan berlaku sekitar 0800 GMT pada waktu puncak, di stesen Maalbeek.

Pegawai operasi stesen berkenaan melaporkan perkhidmatan di stesen berkenaan kini telah ditutup.

Letupan ini berlaku sejurus selepas dua letupan yang berlaku di Lapangan Terbang Brussels, yang membunuh sekurang-kurangnya 11 nyawa, dan mencederakan 30 yang lain.
Berikutan kejadian letupan ini, kerajaan Belgium telah meningkatkan amaran keganasan ke peringkat paling tinggi.

71458638751_MaelbeekMetroStation_zps5g5hmheh.jpg
 
Lelaki Bersenjata Serbu Hotel Didiami Tentera

BAMAKO: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk sebuah hotel yang menjadi lokasi tentera Kesatuan Eropah (EU) menjalani latihan sebelum salah seorang daripada mereka ditembak mati.

Empat lelaki bersenjata itu menyerbu masuk hotel yang dimiliki oleh ahli perniagaan Mali pada pukul 6.30 petang untuk melakukan serangan.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan berjaya disekat oleh pengawal keselamatan hotel yang melepaskan tembakan.

"Seorang daripada mereka berjaya ditembak mati dan kami sedang mencari tiga lagi," jelas sumber EUTM di hotel tersebut.


Polis mendedahkan gambar seorang suspek yang ditembak mati memakai seluar berwarna biru dengan berlumuran darah.

Pihak berkuasa turut memburu seorang lelaki yang dipercayai pengebom berani mati kerana mahu meletupkan ibu pejabat EUTM.

maliserang_zpsj851halv.jpg
 
Back
Top
Log in Register