BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Lebih 100,000 pendatang mendarat di Eropah tahun ini

GENEVA: Lebih 100,000 pendatang dan pelarian sudah merentasi Mediterranean ke Greece dan Itali setakat ini tahun ini dan seramai 413 maut kerana mencuba berbuat demikian, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Setakat pagi Selasa, seramai 102,547 orang tiba di Greece sementara baki 7,507 tiba ke Itali sejak awal tahun ini, menurut IOM. Pada tahun lalu, angka 100,000 pendatang hanya direkodkan pada bulan Julai. - AFP

beratur.transformed_zpspxgzlree.jpg
 
Israel roboh 49 rumah setiap minggu

TEL AVIV - PALESTIN. Tindakan perobohan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat menyaksikan peningkatan lebih lima kali ganda.

Akhbar Haaretz melaporkan Israel kini merobohkan kira-kira 49 kediaman penduduk Palestin di Kawasan C pada setiap minggu berbanding sembilan rumah pada tahun lalu.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah menyebabkan lebih 480 penduduk termasuk 220 kanak-kanak Palestin kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mendedahkan sebanyak 104 yang dibangunkan menggunakan dana Eropah telah dimusnahkan sejak awal tahun lalu.

Dianggarkan, seramai 298,000 penduduk Palestin tinggal di Kawasan C yang meliputi 360,000 hektar tanah bersamaan 60 peratus kawasan di Tebing Barat. - Press TV


imagedd_zpsmbvx6dkl.jpg
 
Obama umum perancangan tutup penjara Guantanamo

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengumumkan mengenai perancangan menutup penjara tentera yang kontroversi di Teluk Guantanamo, dengan harapan sebagai langkah untuk menunaikan janji kempen politiknya.

Agensi berita AFP melaporkan, dengan kurang daripada setahun berbaki untuk berkhidmat dengan jawatan tertinggi itu, Obama akan mendedahkan tentang pusat tahanan yang berpangkalan di tenggara Cuba tersebut.

Perkara itu didedahkan dalam sebuah kenyataan pada Selasa, jam 10.30 pagi waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia), menurut pegawai rasmi White House.

Kira-kira 90 suspek militan masih berada dalam tahanan di Guantanamo, sebuah komplekas penjara yang pernah suatu masa dahulu mengurung 700 tahanan dan menjadi terkenal di seluruh dunia mengenai kaedah seksaan, penahanan tanpa tempoh tetap dan pakaian berwarna jingga.

Obama pernah menyatakan tentang kesediaan menutup penjara Guantanamo sejak mula berkhidmat pada 2009, namun usahanya itu telah dihalang oleh penggubal undang-undang Republican yang melihat pusat tahanan itu sebagai ‘alat’ penting bagi menentang keganasan.

51439272291_GuantanamoBay_zps2rckbffn.jpg
 
Indonesia hapus daerah pelacuran menjelang 2019 Selanjutnya di : http://www.bharian.

JAKARTA: Indonesia menyasarkan untuk menutup semua daerah lampu merah di negara ini menjelang 2019 dalam usaha membasmi pelacuran di negara majoriti Islam paling ramai di dunia, kata Jakarta Post memetik Menteri Hal Ehwal Sosial, semalam. Kerajaan sudah menutup 68 daerah lampu merah, manakala 100 lagi akan ditutup dalam tempoh tiga tahun, kata Menterinya, Khofifah Indar Parawansa.

Walaupun diharamkan, pelacuran berleluasa di kebanyakan bandar utama Indonesia. Gabenor Jakarta mula menutup hab pelacuran utama di bahagian utara ibu negara dan akan melaksanakan pengusiran pada Ahad. Pada tahun 2014, Datuk Bandar bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya, menutup daerah lampu merah terbesar di Asia Tenggara. - REUTERS

24wati.transformed_zps8dvs8muk.jpg
 
10 Dibunuh Angkara Dendam

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 10 orang dibunuh di utara Mali akibat tindakan membalas dendam berikutan pembunuhan ketua puak militan.

Pertempuran itu dikatakan berlaku di antara puak Tuareg - kumpulan yang menentang kerajaan Mali sejak berdekad lalu.

Seorang kaunselor tempatan memberitahu, kematian seorang pemuda yang mengalami kecederaan akibat pertempuran berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terbunuh adalah seramai 10 orang.

"Sebagai membalas dendam, anggota kumpulan Tuareg bersenjata yang tidak berpuas hati dengan kematian ketua mereka bertindak menyerang ahli kumpulan sama," katanya.

Kumpulan Tuareg menguasai utara Mali sejak 2012 dan pernah menyerang konvoi tentera.

tuareg_zpszuop2ftv.jpg
 
Pilihan raya April

Damsyik: Presiden Syria, Bashar al-Assad mengumumkan pilihan raya Parlimen negara itu pada 13 April, lapor media negeri SANA, selepas Washington dan Moscow mengumumkan persetujuan gencatan senjata, Sabtu ini.

Bashar mengeluarkan perintah termasuk peruntukan kerusi bagi setiap wilayah di Syria, selepas kali terakhir pilihan raya parlimen diadakan pada Mei 2012.

Ia kali pertama pelbagai pihak- bukan saja parti pemerintah, Baath - akan bertanding. Kebanyakan 250 anggota Parlimen yang dipilih untuk penggal empat tahun adalah anggota Baath.

Lebih 260,000 terbunuh sejak konflik Syria meletus pada Mac 2011 dan jutaan meninggalkan rumah mereka.

Pada mesyuarat di Vienna November lalu, kuasa dunia bersetuju dengan rundingan enam bulan antara pihak bertelagah Syria, seterusnya membawa kepada perlembagaan baru dan pilihan raya bebas dalam tempoh 18 bulan.

Lewat kelmarin, Amerika Syarikat (AS) dan Russia bersetuju mengadakan gencatan senjata di Syria yang berkuat kuasa Sabtu ini, walaupun masih wujud pertikaian mengenai pelaksanaannya serta kebimbangan tidak dipatuhi sepenuhnya.

Dua musuh era Perang Dingin itu yang masing-masing menyokong pihak bertelagah Syria berkata, butiran ‘penamatan persengketaan’ sudah dipersetujui antara kerajaan Bashar dan penentang dalam konflik lima tahun itu.

Namun, ia tidak merangkumi kumpulan seperti Daish, Barisan Nusra yang bersekutu dengan al-Qaeda atau lain-lain dianggap organisasi pengganas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Turut perlu dibincangkan, lokasi sebenar pertempuran akan dihentikan di Syria, selain apa yang boleh dilakukan jika ada pihak melanggar gencatan senjata itu.

Pengumuman itu dibuat suslan perbualan telefon antara Presiden Barack Obama dan Vladimir Putin lewat Isnin lalu, seterusnya menamatkan perbincangan sejak berminggu-minggu lalu untuk mengekang keganasan bagi membolehkan kerajaan Bashar dan penentang berhaluan sederhana meneruskan rundingan damai di Geneva yang sebelum ini menemui jalan buntu.

Pakatan penentang disokong Arab Saudi nampak bersetuju dengan gencatan senjata itu, manakala kerajaan Syria juga menyuarakan pandangan sama asalkan proses itu tidak digunakan kumpulan militan untuk mengukuhkan kedudukan.

Kedua-dua pihak mempunyai sehingga Jumaat untuk menerima perancangan gencatan itu secara rasmi.
-

24hmhoms.transformed_zpsucyy8lxw.jpg
 
Singapura usir 4 lelaki 
Indonesia ingin ke Syria

JAKARTA 23 Feb. – Singapura mengusir empat lelaki Indonesia termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai pengikut sebuah kumpulan pelampau ketika mereka cuba menaiki penerbangan ke Syria, kelmarin.

Mereka ditahan pegawai imigre*sen Singapura yang curiga dengan dokumen perjalanan mereka, sebelum mendapati seorang daripada*nya pernah ke Syria.

Pihak berkuasa Singapura kemudian mengusir kumpulan lelaki itu ke Batam, pada hari yang sama dan mereka kemudiannya dihantar ke Jakarta.

Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti berkata, kumpulan tersebut dipercayai pengikut pendakwah radikal, Aman Abdurrahman yang kini dipenjara atas peranannya membentuk kem latihan militan dan mengangkat sumpah kesetiaan kepada kumpulan IS.

Malah, timbul keraguan sekiranya Abdurrahman turut membantu serangan di Jakarta bulan lalu yang mengakibatkan kematian empat penyerang dan empat orang awam, serangan paling besar di Indonesia sejak tujuh tahun lalu yang dipercayai didalangi kumpulan IS.

Ketua polis tempatan, Helmy Santika berkata, pihaknya percaya, keempat-empat individu itu pada awalnya memasuki Singapura dari Batam sebelum berada di Malaysia selama beberapa jam.

Pihak berkuasa Singapura *enggan mengulas lanjut kejadian itu. – AFP


imagedda_zpsu1y2xdaw.jpg
 
Rundingan damai Selatan Thailand akan jadi agenda nasional

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand bersetuju dengan cadangan Majlis Syura Patani (MARA Patani) supaya menjadikan proses damai yang diadakan, sebagai Agenda Nasional.

Setiausaha jawatankuasa pemandu rundingan damai kerajaan Lt Jen Nakrob Bunbuathong berkata perkara itu adalah antara tiga cadangan yang dikemukakan MARA Patani, badan yang memayungi enam kumpulan militan, dalam rundingannya dengan kerajaan Thailand.

"Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha memberi kelulusan supaya istilah 'Agenda Nsional' dimasukkan dalam Dasar Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan yang baharu sebelum dibawa kepada Dewan Perundangan Nasional untuk disahkan.

"Ia akan dicatat secara jelas bahawa menyelesaikan masalah di wilayah selatan dan rundingan damai adalah Agenda Nasional," katanya pada majlis taklimat mengenai kemajuan yang dicapai dalam rundingan damai selatan Thailand di Kelab Pewarta Asing Thailand (FCCT) di sini, malam tadi.

MARA Patani telah dimaklumkan tentang keputusan Bangkok menerima cadangannya agar rundingan damai yang diadakan atas daya usaha Malaysia, diberi status Agenda Nasional.

MARA Patani mewakili enam kumpulan militan iaitu Barisan Revolusi Nasional (BRN), tiga kumpulan dalam Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), Gerakan Mujahideen Islam Patani dan Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP) dalam rundingannya dengan kerajaan Thailand.

Mengenai dua lagi cadangan yang dikemukakan MARA Patani, Nakrob berkata satu daripadanya ialah memberi kekebalan kepada wakil perkumpulan yang akan mengadakan rundingan itu daripada ditangkap kerajaan Thailand.

Satu lagi cadangan ialah bagi membolehkan wakil berkenaan diberi kebebasan untuk keluar masuk dari Thailand.

"Pada kami, kekebalan itu boleh diberi kepada mereka yang menjadi rakan sejawatan kami dalam rundingan berkenaan, tetapi kebebasan untuk bergerak menimbulkan masalah kerana jika kami membenarkannya, ia merupakan tindakan berat sebelah, yang memberi keistimewaan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata kerajaan Thailand telah memaklumkan kepada MARA Patani bahawa ia boleh menggunakan kuasa eksekutif untuk membolehkan mereka memasuki negara ini, tetapi mereka perlu memaklumkannya kepada pegawai berkenaan.

"Mereka (MARA Patani) agak gembira, tetapi masih terdapat masalah kecil; ini belum diselesaikan lagi," kata Nakrob.

Cadangan ketiga, katanya ialah meminta kerajaan Thailand mengiktiraf secara rasmi MARA Patani sebagai rakan sejawatannya dalam rundingan damai, tetapi perkara itui belum dimuktamadkan.

Menurut Nakrob kerajaan Thailand tidak dapat menerima MARA Patani sebagai nama rasmi bagi badan induk itu kerana beberapa sebab termasuk pengaruh besar BRN yang wujud di dalamnya.

"Kami masih memanggil mereka dengan nama Parti B," katanya sambil menjelaskan bahawa sejak rundingan damai antara kedua-dua pihak bemula pada 1 Disember 2014 melalui daya usaha Malaysia, mereka telah mengadakan empat rundingan dan dua mesyuarat teknikal untuk menyelesaikan perbezaan pendapat.

Beliau berkata, rundingan damai itu masih di peringkat membina keyakinan, yang disifatkannya sebagai peringkat "paling rumit" kerana ia melibatkan usaha mewujudkan sikap saling mempercayai.

Bagaimanapun, katanya, memandangkan proses damai selatan Filipina mengambil masa hampir 30 tahun untuk sampai ke peringkatnya sekarang, beliau berharap rundingan damai selatan Thailand dapat dimuktamadkan dalam masa tiga tahun lagi.

"Jika kami berjaya melakukannya dalam masa tiga tahun lagi, kami boleh mencipta rekod dunia Guiness dan orang akan membuat kajian lapangan (mengenai usaha kami ini)," katanya.

Menurutnya beliau lebih yakin mengenai rundingan kali ini kerana mereka mempunyai pelan bersepadu untuk mencapai perdamaian.

Nakrob juga mengumumkan bahawa kedua-dua pihak dalam rundingan itu bersetuju dengan 95 peratus daripada terma rujukan yang ditetapkan dan yakin lima peratus lagi akan dapat dimuktamadkan tidak lama lagi. - Bernama

image1_zpsdlrid2dv.jpg
 
Putin usaha jayakan gencatan senjata Syria

BEIRUT: Presiden Russia, Vladimir Putin, berbincang dengan pihak utama konflik di Syria termasuk Presiden Bashar al-Assad, ketika pembangkang menyuarakan kebimbangan ia cuma menguntungkan kerajaan. Gencatan senjata anjuran Moscow dan Amerika Syarikat itu akan bermula lewat minggu ini. Tentera kerajaan yang dibantu pesawat tempur Russia melancarkan serangan untuk menawan semula jalan raya strategik di tenggara Aleppo daripada militan IS.

Kumpulan pelampau itu merampas bandar Khanaser dan bukit sekitarnya pada Selasa, memotong laluan utama ke Aleppo. Agensi berita kerajaan melaporkan 18 terbunuh dalam serangan IS ke atas kawasan penempatan dikuasai kerajaan di bandar raya itu sejak 24 jam lalu. Elemen utama perjanjian 'penamatan permusuhan' itu ialah membawa masuk bantuan kemanusiaan ke kawasan dikepung dan sukar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan pengguguran udara 21 tan metrik bantuan di Deir el-Zour yang dikepung IS.

Namun Program Makanan Sedunia kemudian menyatakan ia berhadapan 'kesukaran teknikal' dan menyatakan bantuan mungkin tidak menepati sasaran. Perjanjian gencatan senjata itu yang dijangka berkuat kuasa tengah malam Jumaat ini waktu tempatan, tidak meliputi IS, cabang al-Qaeda, Nusra Front dan kumpulan militia lain yang dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Majlis Keselamatan PBB. - AP

26putinh.transformed_zpsyepar44g.jpg
 
Tentera Pakistan mula fasa akhir gempur militan

ISLAMABAD: Panglima tentera Pakistan mengarahkan anggotanya memulakan 'fasa akhir' operasi menyasarkan militan di wilayah barat laut yang bergolak di sempadan dengan Afghanistan. Jeneral Raheel Sharif mengeluarkan arahan itu ketika melawat tentera yang melancarkan serangan di Waziristan Utara, yang mana pihak tentera menyatakan sudah membunuh ribuan pemberontak sejak ia bermula pada Jun 2014.

"Jeneral Raheel Sharif mengarahkan operasi fasa akhir dimulakan segera di Waziristan Utara bertujuan menghapuskan saki baki pengganas dari tempat persembunyian mereka jauh di dalam hutan, mengasingkan mereka dan memutuskan hubungan dengan rakan subahat mereka di seluruh negara," kata kenyataan tentera. Tweet daripada jurucakap tentera berkata, operasi sudah bermula walaupun tidak memberikan butiran lanjut.

Tentera melancarkan Operasi Zarb-e-Azb dengan tekanan Amerika Syarikat pada 2014 dalam usaha menghapuskan pangkalan militan di Waziristan Utara dan menamatkan pemberontakan yang sudah meragut ribuan nyawa. Operasi dipertingkatkan selepas Taliban membunuh lebih 150, kebanyakannya kanak-kanak di sebuah sekolah di Peshawar pada Disember 2014. - AFP

kistang.transformed_zpsayu0ykkh.jpg
 
Back
Top
Log in Register