BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Budak 3 tahun dipenjara seumur hidup

Kaherah: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014 kerana kesilapan pihak pendakwa.

Menurut peguam budak itu, nama kanak-kanak berkenaan, Ahmed Mansour Qurani Ali dimasukkan dalam senarai 115 perusuh oleh penyokong Persaudaraan Islam akibat kesilapan pihak pendakwa yang menyertakan sijil kelahirannya kepada hakim.

Kesilapan itu disahkan tentera dan tuduhan berkenaan sebenarnya untuk seseorang namanya hampir sama dengan Ali iaitu Ahmed Mansour Qurani Sharara. -

3yrs.jpg.transformed_0_zpscd5uj3os.jpg
 
Lubnan mula dipulau

c322f0184d1c47b590c9097373287357_18_zpscxqfexii.jpg


Kuwait , Qatar Saudi Arabia, UAE and Bahrain arahkan rakyatnya tinggalkan lubnan dan larang rakyatnya pergi ke lubnan.
 
Rundingan gencatan senjata bermula

DAMSYIK - SYRIA. Kerajaan Rusia telah memulakan rundingan dengan kumpulan bersenjata beroperasi di Syria berhubung pelaksanaan gencatan senjata di lima wilayah di Syria bermula esok.

Kelmarin, Kementerian Pertahanan mengumumkan ia membuka pusat penyelarasan di ibu negara Syria untuk memudahkan perbincangan dengan wakil kumpulan dari wilayah Hama, Homs, Latakia, Damsyik dan Daraa.

"Langkah untuk melaksanakan gencatan senjata bukan perkara mudah kerana kita juga perlu turun padang dan memastikan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk di kawasan terjejas sepanjang tempoh tersebut.

Menurut sumber Moscow, beberapa perjanjian telah dicapai dan keputusan praktikal juga dipersetujui di utara wilayak Latakia di mana operasi ketenteraan telah mula dihentikan.

Isnin lalu, Amerika Syarikat (AS) bersama Rusia mengumumkan telah sebulat suara untuk melaksanakan gencatan senjata di Syria dan langkah itu turut dipersetujui Damsyik sehari selepas itu.

Dalam perkembangan berkaitan, diplomat Majlis Keselamatan PBB dilaporkan sedang berbincang mengenai draf resolusi yang akan menyokong pelaksanaan gencatan senjata di Syria. - Press TV


imagegg_zps5kgyp26i.jpg
 
42 pemisah maut dalam pertempuran

MANILA: Pasukan keselamatan Filipina membunuh 42 anggota pemberontak yang mendakwa ada kaitan dengan kumpulan Negara Islam (IS) dan menawan kubu kuat mereka dalam pertempuran lima hari di kawasan pergunungan di selatan negara itu, kata jurucakap tentera. Tiga anggota tentera maut dan 11 lagi cedera apabila tentera menyerang kubu sekutu Jemaah Islamiah, rangkaian militan Asia Tenggara, di wilayah Lanao del Sur.

"Tentera kita berjaya merampas kubu kuat pengganas malam tadi. Kami masih memburu mereka menggunakan aset perisai," kata jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan, kepada wartawan menerusi telefon dari Mindanao, menganggarkan kira-kira 42 pemisah terbunuh. Tan berkata, tentera membedil kedudukan pemisah dengan Howitzer 105 milimeter, manakala pesawat tentera udara menggugurkan bom dan helikopter membedil roket berhampiran bandar Butig, pangkalan kumpulan pemisah Islam terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Namun MILF tidak menyertai pertempuran itu, sebaliknya membantu kira-kira 8,000 penduduk yang meninggalkan kediaman mereka apabila pertempuran bermula pada 20 Februari lalu. Filipina menandatangani perjanjian damai dengan MILF pada Mac 2014 bagi menamatkan konflik selama 45 tahun yang sudah meragut lebih 120,000 nyawa dan menyebabkan dua juta lagi kehilangan tempat tinggal selain membantutkan pertumbuhan ekonomi di wilayah selatan yang miskin tetapi kaya sumber itu. - Reuters

manila.transformed_zpssve9egqr.jpg
 
Amaran kepada FB, Twitter

Penyokong Daish mengancam Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan Twitter, Jack Dorsey dalam video terbaru, dengan mengkritik usaha mereka yang mahu menghapuskan akaun pengganas dari media sosial.

Video selama 25 minit yang bertajuk ‘Kemarahan Penyokong’ itu dijumpai Vocativ kelmarin, menampilkan gambar wajah dua usahawan berkenaan dipenuhi kesan tembakan.

Dalam video itu, militan mendakwa mereka mengawal lebih 10,000 akaun dan 150 ‘group’ Facebook serta 5,000 profil Twitter - serta memberi amaran akan membalas dendam terhadap sebarang percubaan untuk mengusir mereka dari laman sosial itu.

Sebaris ayat turut terpampang pada skrin video berbunyi: “Kepada pengasas Facebook, Mark dan Twitter, Jack serta kerajaan Salibi mereka.

“Setiap hari anda mengumumkan menutup banyak akaun kami. Itu saja yang anda mampu buat? Kamu bukan lawan kami.”

Ia diteruskan dengan rakaman militan mereka menggodam akaun Facebook dan Twitter, serta menukar gambar profil dengan propaganda Daish.

“Jika anda menutup satu akaun, kami akan buat 10 lagi. Tidak lama lagi, nama anda akan dihapuskan selepas laman web ini dipadam dengan izin Allah dan mengetahui apa yang kami katakan benar,” kata amaran dalam sari kata itu.

Rakaman itu disiarkan dalam Telegram - laman web media sosial yang popular dengan militan Daish - oleh kumpulan yang mengelar diri mereka ‘anak-anak tentera Khalifah,’ lapor Vocativ. - Agensi


26hmugut_cropped.transformed_zpsagzzghoe.jpg
 
Layan anak seperti haiwan

ANKARA 25 Feb. – Sebuah keluarga pelarian Syria di Turki berkelakuan kejam apabila me*layan anak mereka seperti haiwan dengan mengikat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pada jeriji besi di luar rumah mereka di bandar Siverek, wilayah San*liurfa, baru-baru ini.

Kejadian yang berjaya dirakam itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan yang didakwa mengalami masalah mental menjerit dan meronta mahu melepaskan diri daripada ikatan tali pada se*belah kakinya.

Mujur jiran kanak-kanak itu yang bersimpati dengan nasib anak berkenaan mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian melepaskan ikatan tali pada kanak-kanak yang dikenali sebagai Salih tersebut.

Namun menurut laporan Mail Online, Salih dilaporkan hilang sehingga kini selepas ikatan talinya dibuka.

Keluarga Salih mendakwa, agak sukar untuk menjaganya yang kerap bertindak di luar kawalan sehingga memaksa mereka untuk mengikatnya.

Berdasarkan keterangan keluarganya, Salih pernah cuba *melarikan diri sebelum ini dan faktor itu menjadi sebab utama mereka terpaksa mengikatnya dengan tali.

Dalam pada itu, Kementerian Keluarga dan Dasar Sosial Turki menyatakan, pihaknya sedang mencari Salih selepas kanak-kanak tersebut didera keluar*ganya.

Tambah kementerian itu, pihaknya juga bersedia menempatkan kanak-kanak berkenaan di sebuah pusat perlindungan demi menjaga kebajikan Salih.

Kes seperti Salih bukanlah pertama kali berlaku di Turki kerana pada tahun lalu, seorang kanak-kanak Syria berumur enam tahun, Cuma Ibrahim dijumpai dalam keadaan kelaparan dan mende*rita masalah hipotermia di sebuah tangki batu arang di bandar Erzurum, timur Turki selepas ditinggalkan keluarganya yang berhijrah ke Eropah.

Cuma meninggal dunia tidak lama kemudian.

imageddd_zpsfjmuuedp.jpg
 
Australia keluar amaran ancaman pengganas di Indonesia

SYDNEY – Australia semalam mengeluarkan a*maran bahawa kumpulan-kumpulan pengganas dipercayai berada “di peringkat akhir untuk melancarkan serangan” di Indonesia dan menasihati pelancong supaya berwaspada, beberapa hari selepas amaran serupa dike*luarkan terhadap Malaysia.

“Beberapa petunjuk baru-baru ini mendapati kumpulan pengganas melakukan persiapan terakhir untuk melancarkan sera*ngan di Indonesia.

“Kami menasihati anda agar berwaspada ketika berada di Indonesia termasuk Jakarta, Bali dan Lombok berikutan ancaman serangan pengganas,” kata Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdaga*ngan (DFAT) dalam satu nasihat perjalanan yang dikemas kini.

Amaran itu tidak me*ningkatkan tahap ancaman keseluruhan kekal di peringkat “waspada.” DFAT berterusan menerima maklumat yang menunjukkan pengganas sememangnya berniat untuk menyerang Indonesia. Serangan itu, kata DFAT, boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa di negara itu.

Notis tersebut me*ngingatkan pelancong agar lebih berhati-hati khususnya di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan rendah dan lokasi yang pernah menjadi sasaran pengganas sebelum ini seperti kelab malam, bar, kafe, restoran, hotel antarabangsa, lapangan terbang dan rumah ibadat.

“Kerajaan Indonesia baru-baru ini telah meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara itu. Langkah tersebut membayangkan kemungkinan besar serangan pengganas,” tambah DFAT.

Pada Ahad lalu, DFAT mengeluarkan amaran kemungkinan serangan pengganas di sekitar Kuala Lumpur yang mungkin dilakukan secara rambang atau menyasarkan kepen*tingan Barat atau lokasi sering dilawati oleh warga Barat. – AFP

du_02.1_zpstyl0mnrz.jpg
 
Lelaki bunuh rakan sebilik kerana rokok

DUBAI - UAE. Seorang lelaki Arab membunuh rakan sebiliknya kerana merokok di dalam bilik mereka, lapor Emirates 24/7.

Pengawal keselamatan sebuah jabatan kerajaan yang berusia 42 tahun itu berang selepas teman sebiliknya tetap merokok walaupun dia melarang dan menyuruhnya merokok di luar bilik.

Memetik media tempatan, Emarat Alyoum, lelaki berkenaan menikam mati rakannya itu dengan pisau sebelum bertindak melarikan diri.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis.

Polis berkata, pihaknya turut mencari suspek lain yang turut tinggal di pangsapuri yang sama di kejiranan Barraha.

dd_zps7b0ptzzp.jpg


gambar hiasan
 
Khidir

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا
60

فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا
61

فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَٰذَا نَصَبًا
62

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ ۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا

63

قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ ۚ فَارْتَدَّا عَلَىٰ آثَارِهِمَا قَصَصًا
64

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا
65

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
66

قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
67

وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
68

قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
69

قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا
70

فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
71

قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
72

قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا
73

فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا
74

۞ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
75

قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي ۖ قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا
76

فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ ۖ قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
77

قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا
78

أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
79

وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا
80

فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا
81

وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا
82


[60]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.
[61]
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
[62]
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: “Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini”.
[63]
Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan”.
[64]
Nabi Musa berkata: “Itulah yang kita kehendaki “; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.
[65]
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
[66]
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”
[67]
Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
[68]
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
[69]
Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”.
[70]
Ia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”.
[71]
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.
[72]
Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”
[73]
Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)”.
[74]
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!”
[75]
Ia menjawab: “Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”
[76]
Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku”.
[77]
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!”
[78]
Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
[79]
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
[80]
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
[81]
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
[82]
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.

quran 18:60-82
 
rencana 1 Khidir

sumber:http://sajadahmuslimku.blogspot.my/2014/05/kisah-nabi-khidir-as-dengan-nabi-musa-as.html

Nabi Khidir AS mengajarkan ilmu tentang Makrifat, ada yang menyebutkan Nabi Khidir AS juga mengajarkan ilmu Laduni. Banyak orang yang ingin bertemu dengan Nabi Khidir AS, terutama para penganut Tarekat, ataupun mereka yang ingin berguru kepada Nabi Khidir AS. Kesalahan terbesar mereka adalah karena mereka ingin bertemu, seharusnya jangan punya keinginan untuk bertemu, ikhlaskanlah beliau yang menemui kita

Al-Khiḍr (Khaḍr, Khaḍer, al-Khaḍir) keterangan mengenai beliau terdapat dalam Al-Qur’an Surah Al-Kahfi ayat 65-82. dan beberapa hadist. “Mystical Dimensions of Islam”, oleh penulis Annemarie Schimmel, Khidir dianggap sebagai salah satu Nabi dari empat Nabi dalam kisah Islam dikenal sebagai “Sosok yang masih Hidup” atau “Abadi”. Tiga lainnya adalah Nabi Idris AS, Nabi Ilyas AS, dan Nabi Isa AS. Nabi Khidir AS abadi karena ia dianggap telah meminum air kehidupan. Khidir merupakan sosok yang sangat misterius. Ia pun dikisahkan dalam sebuah perjalanan Musa yang penuh hal ajaib, luar biasa, dan tentunya penuh misteri.

Suatu hari, seorang dari Bani Israil menemui Musa dan kemudian bertanya, “Wahai Nabiyullah, adakah di dunia ini orang yang lebih berilmu darimu ?” ujarnya. Tersentak, Nabi Musa AS pun jelas menjawab, “Tidak”. Tentu saja, siapa yang mampu menandingi ilmu Musa, utusan Allah kala itu. Sumber tuntunan agama dan sumber pengetahuan wahyu Allah ada di genggaman Musa. Ia memiliki Taurat dan beragam mukjizat dari-Nya. Namun, rupanya Allah memiliki hamba lain selain Musa yang lebih berilmu. Allah pun menegur dengan mewahyukan pada Musa bahwa tak seorang pun di muka bumi yang mampu menguasai semua ilmu. Tak hanya Musa, di belahan bumi lain pun terdapat seorang yang memiliki ilmu luar biasa. Ilmu itu tak dimiliki Musa sekalipun. Orang itu juga seorang Nabi. Mengetahui hal tersebut, sontak Musa pun ingin berguru pada orang tersebut. Ia bersemangat ingin menuntut ilmu dan menambah pengetahuannya.

Sesungguhnya teguran Allah Swt itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa AS untuk menemui hamba yang shaleh itu. Di samping itu, Nabi Musa AS juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah tersebut. Nabi Musa AS kemudian menunaikan perintah Allah SWT itu dengan membawa ikan di dalam wadah dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya, Yusya bin Nun. Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirahat sejenak karena telah menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di dalam wadah itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Allah SWT membuatkan aliran air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` tertegun memperhatikan kebesaran Allah SWT menghidupkan semula ikan yang telah mati itu. Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya’ tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Nabi Musa AS. Mereka kemudian meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya. Ibn Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak merasa letih sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.”.

Pejalanan melelahkan keduanya hingga mereka merasa lapar. Ketika Musa menanyakan bekal untuk makan, Yusya baru teringat pada si ikan. “Saat kita istirahat di batu tadi, sungguh aku benar-benar lupa mengabarkan tentang ikan itu. Tidaklah yang melupakanku untuk mengabarkannya padamu kecuali setan. Ikan itu kembali ke laut dengan cara yang aneh sekali,” ujar Yusya. Musa pun langsung mengetahui itu adalah sebuah tanda, “Itulah tempat yang kita cari,” ujar Musa bersemangat. Lupa sudah rasa lapar tadi, keduanya pun kembali ke arah semula tempat mereka beristirahat. Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa dengan Khidir. Ada yang mengatakan bahwa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Persia yaitu tempat bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia. Pendapat yang lain mengatakan bahwa lautan tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan Atlantik. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahwa lautan tersebut terletak di sebuah tempat yang bernama Ras Muhammad yaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di Laut Merah.

Ketika mereka telah Sampai pada tempat yang mereka tuju dan bertemu dengan sosok pria yang wajahnya tertutup sebagian oleh kudung. Sikapnya tegas menunjukkan kesalehannya. Pria itulah ialah Nabi Khidir AS. “Bolehkah aku mengikutimu agar kau bisa mengajarkanku sebagian ilmu di antara ilmu-ilmu yang kau miliki ?” ujar Nabi Musa AS kepada Khidir AS. Nabi Khidir AS menjawab, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku”(Surah Al-Kahfi : 67). “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebagian dari pada ilmu karunia dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.” Nabi Musa berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69). Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70). Nabi Musa AS mengikuti Nabi Khidir AS dan terjadilah peristiwa yang menguji diri Musa yang telah berjanji bahwa Nabi Musa AS tidak akan bertanya mengenai sesuatu tindakan Nabi Khidir AS. Setiap tindakan Nabi Khidir AS itu dianggap aneh dan membuat Nabi Musa AS terperanjat.

Peristiwa ketika Nabi Khidir AS menghancurkan perahu yang mereka tumpangi. Nabi Musa AS bertanya kepada Nabi Khidir AS. Nabi Khidir AS mengingatkan akan janji Nabi Musa AS, dan Nabi Musa AS meminta maaf karena lalai mengingkari janji untuk tidak bertanya mengenai tindakan Nabi Khidir AS. Ketika mereka tiba di suatu daratan, Nabi Khidir AS membunuh bocah yang sedang bermain dengan teman sebayanya. Dan lagi-lagi Nabi Musa AS bertanya kepada Nabi Khidir AS. Nabi Khidir AS kembali mengingatkan janji Nabi Musa AS, dan beliau diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa AS harus rela untuk tidak mengikuti perjalanan lagi bersama Nabi Khidir AS. Mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu Perkampungan. Sikap penduduk Kampung itu tidak bersahabat dan tidak mau menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa AS merasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khidir AS malah menyuruh Nabi Musa AS untuk memperbaiki tembok suatu rumah yang rusak . Nabi Musa AS tidak kuasa untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir AS ini. Akhirnya Nabi Khidir AS menegaskan pada Nabi Musa AS bahwa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa AS untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa AS tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan bersama dengan Nabi Khidir AS.

Nabi Khidir AS menguraikan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa AS bertanya. Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan perahu itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu. Dan adapun bocah itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak/bocah lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya kepada ibu bapaknya. Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu, dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.

Itulah Kisah Nabi Khidir AS yang melakukan perjalanan bersama Nabi Musa AS dan semoga menjadi pembelajaran bagi kita. Amin !!! Wassalamu Alaikum wr wb.
 
Back
Top
Log in Register