BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

rencana 8 ashabul kahfi

sumber:http://buletinjumatalhakim.blogspot.my/2014/09/relativitas-waktu-dalam-al-quran.html

“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran “. ( Q.S. Al ‘Ashr 1-3 )

Begitu tegas Al Quran berbicara masalah waktu, sehingga menyatakan yang tidak bisa memanfaatkan berada dalam kerugian, kecuali yang beriman, beramal sholih dan suka menasehati dalam kebenaran dan kesabaran.


Demikian hebat Al Quran mengingatkan masalah waktu, walau waktu bersifat ghoib, karena tidak nampak keberadaannya, namun kenyataan keberadaannya tidak bisa di pungkiri.
Dia terus berjalan, dan yang bisa dan pandai memanfaatkannya sangat beruntung.


RELATIVITAS


Ternyata waktu bersifat relatif, dan terbukti secara ilmiah. Hal ini telah diungkapkan melalui teori relativitas waktu oleh Einstein di tahun tahun awal abad ke 20. Sebelumnya manusia belum mengetahui bahwa “ waktu adalah sebuah konsep yang relatif, dan waktu dapat berubah tergantung keadaannya “.
Ternyata Albert Einstein seorang Ilmuwan terkemuka telah membuktikan fakta ini dengan teori relativitasnya. Dia menjelaskan bahwa “ waktu ditentukan oleh massa dan kecepatan “.
Dalam sejarah manusia tak seorang pun mampu mengungkapkan fakta ini secara jelas sebelumnya.


AL QURAN MENDAHULUI


Ternyata Al Qur'an sebagai kitab suci yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan informasi lebih dulu tentang waktu yang bersifat relatif ini secara jelas !
TERASA SEBENTAR
Dalam sejumlah ayat disebutkan bahwa manusia merasakan waktu secara berbeda, secara tidak pasti !. Perjalanan waktu yang cukup panjang ketika hidup di dunia, akan dirasa pendek ketika kelak dibangkitkan, Allaahu Akbar.


" Allah bertanya : “ Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ? “. Mereka menjawab : “ Kami tinggal ( di bumi ) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang orang yang menghitung ! “. Allah berfirman : “ Kamu tidak tinggal ( di bumi ) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui ".( Q.S.Al Mukminun 112-114 )


Fakta bahwa relativitas waktu benar benar ada, telah disebutkan secara jelas oleh Al Qur'an, yang diturunkan pada tahun 610 M, ini merupakan bukti bahwa Al Qur'an adalah benar benar Kitab Suci yang hak !.


309 TAHUN DIKIRA SEHARI


Dalam kisah Ashabul Kahfi ( pemuda gua ) yang ditidurkan Allah selama 309 tahun dalam gua, ketika bangun mereka mengira bahwa hanya tidur selama ½ atau 1 hari saja, Subhaanallah betapa lemahnya manusia.


“ Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka : “ Sudah berapa lamakah kamu berada ( disini ) ? ", mereka menjawab : " Kita berada ( disini ) sehari atau setengah hari ". Berkata ( yang lain lagi ) : " Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada ( di sini )......”. ( Q.S. Al Kahfi 19 ) “ Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun ( lagi ) “. ( Q.S. Al Kahfi 25 ) PERBEDAAN

WAKTU ROTASI PLANET BERDASAR JAM / WAKTU BUMI
Mercurius : 59 hari di bumi.
Venus : 243 hari bumi
Saturn : 10 jam, 40 menit, 24 detik
Bumi : 23 jam, 56 menit, 4 detik
Uranus : 17 jam.
Mars : 24 jam, 37 menit, 23 detik
Neptune : 16 jam, 7 menit
Jupiter : 9 jam, 55 menit

Ternyata ada plant planet yang berotasi lebih cepat ada yang lebih lambat. Dengan demikian semakin terbukti adanya waktu yang bersifat relativ.


Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang dan masing masing beredar pada garis edarnya “. ( Q.S. Yasin 40 )
Waktu dan garis edar matahari dan bulan telah ditetapkan Allah secara tetap dan pasti, masing masing mempunyai ketetapannya sendiri sendiri, demikian pula dengan planet planet lainnya.

Semua ditentukan oleh Yang Maha Kuasa
1 HARI 1000 TAHUN
Begitu rumit dan sibuknya Allah mengatur segenap makhluk Nya yang tersebar di seantero jagat raya, karena begitu banyak urusan Nya dan begitu luas jagat raya ciptaan Nya, sehingga jarak tempuh baik mengurus maupun laporan yang naik kepada Nya memakan tempo selama 1 hari yang kadarnya 1000 tahun menurut hitungan manusia !. Allaahu Akbar.
" Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu ". ( Q.S. As Sajda 5 )


1 HARI 50.000. TAHUN
Begitu banyak misteri waktu di alam ini, hanya Allah yang Maha tahu dan kuasa mengungkapkan, sehingga ada yang lebih mengejutkan lagi, bayangkan para Malaikat dan Jibril naik menghadap Tuhan Nya begitu lama dan panjang waktunya........yakni selama 1 hari yang kadarnya sama dengan 50.000. tahun, begitu tekun, rumit dan sabarnya Engkau ya Allah.
" Malaikat Malaikat dan Jibril naik ( menghadap ) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun ". ( Q.S. Ma’arij 4 )
Betapa luas ilmu Mu, betapa besar Kekuasaan Mu Ya Allah, betapa sabarnya Engkau Ya Allah dengan waktu, rahasia waktu berada digenggaman Mu. Terasa begitu dhoif keberadaan hamba Mu ini Ya Allah..
Itulah misteri waktu yang terus aktif bergerak, tanpa perduli kepada siapapun. Hanya tinggal manusianya saja, apakah bisa memanfaatkan atau menyia nyiakannya ?.

Semoga Allah menjadikan hamba yang pandai memanfaatkan waktu dan dijauhkan dari menyia nyiakannya, Amiin.
 
Muslim AS cabar Trump

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kumpulan Muslim berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) mencabar calon presiden parti Republikan, Donald Trump untuk menyertai sesi debat bersama mereka.

"Sejak anda membuat pengumuman untuk bertanding jawatan presiden, anda telah menjadikan komuniti Islam di AS dan penduduk minoriti lain sebagai kambing hitam kononnya kami adalah pembawa masalah utama di negara ini," kata Majlis Hal Ehwal Awam Muslim (MPAC) menerusi surat dihantar kepada kempen Trump, kelmarin.

MPAC turut menggelar calon kontroversi itu dan penyokongnya sebagai 'pengecut terhadap sesuatu yang berbeza daripada mereka'.

Susulan itu, kumpulan tersebut bertindak mencabar Trump, 69, supaya berdebat dengan wakil daripada komuniti Muslim Amerika berhubung isu Islamophobia yang pernah beliau bangkitkan ketika berkempen sebelum ini.

"Anda membakar api kebencian kerana mahu memecahbelahkan negara ini. Kami enggan lagi dibuli atau menjadi punching bag anda!" menurut kandungan surat itu lagi.

Ketika ini, Trump masih mengungguli carta pemilihan pendahuluan Republikan berbanding calon lain walaupun dikecam banyak pihak kerana sering menggunakan retorik anti-Islam dalam setiap kempennya. - Press TV


image1_zpsz8peofnd.jpg
 
Tunisia lanjut tempoh darurat 30 hari

TUNIS - TUNISIA. Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi telah melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara kepada 30 hari.

"Selepas berunding dengan perdana menteri dan Speaker Parlimen berhubung isu keselamatan dan situasi di sempadan, presiden memutuskan untuk mengisytiharkan semula darurat selama sebulan bermula, semalam," menurut kenyataan rasmi kerajaan.

Difahamkan, undang-undang darurat tersebut memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk melarang mogok dan perhimpunan yang mungkin mencetuskan kekacauan di negara itu.

Selain itu, pihak berkuasa juga diberikan kuasa untuk menutup tempat hiburan dan menapis akhbar.

Pada asalnya, perintah darurat itu dikuatkuasakan pada 24 November lalu selepas kejadian serangan bom ke atas bas membawa pengawal presiden di ibu negara yang turut meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa. - Press TV


image2_zpsywdryln0.jpg
 
Angka kematian meningkat dalam letupan di pasar Damsyik

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh manakala lebih 170 orang cedera akibat letupan kereta di pinggir bandar Syiah di Damsyik.

Menurut televisyen tempatan, pengeboman pada Ahad mensasarkan sebuah pasar pada sebelah petang ketika waktu puncak.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab atas letupan sebanyak tiga kali di bandar terbabit.

Difahamkan, dua pejuang militan itu meletupkan bom berkenaan di dalam kereta.

Penduduk berkata serangan itu berlaku berdekatan sebuah tempat ibadah puak Syiah namun letupan itu tidak menjejaskannya.
Bulan lepas, satu letupan tercetus di bandar Sayyida Zeinab dan mengorbankan lebih 45 orang awam.

41456100516_DamascusBlast_zpsmebn7elr.jpg
 
AS, Russia tamat permusuhan di Syria

BEIRUT: Amerika Syarikat (AS) dan Russia mengumumkan pelan bersejarah 'menamatkan permusuhan' di Syria berkuat kuasa Sabtu ini. Pengumuman itu mengundang persetujuan bersyarat daripada kumpulan pembangkang utama dan dibuat sehari selepas serangan paling dahsyat perang hampir lima tahun itu, dengan 134, terutama penduduk awam, maut dalam siri letupan berhampiran Damsyik.

Dalam kenyataan bersama, Washington dan Moscow berkata, perjanjian separa gencatan senjata itu akan bermula tengah malam waktu Damsyik. Perjanjian itu bagaimanapun tidak membabitkan IS atau cabang al-Qaeda, Al-Nusra Front. Pihak yang berharap dimasukkan dalam perjanjian mempunyai masa hingga tengah hari Jumaat waktu Damsyik untuk memaklumkan kepada Moscow atau Washington mengenai hasrat mereka.

"Jika dilaksanakan dan dipatuhi, penamatan ini bukan hanya membawa kepada penurunan keganasan, tetapi juga meluaskan usaha penghantaran bekalan kemanusiaan diperlukan ke kawasan dikepung dan membantu peralihan politik kepada kerajaan yang prihatin kepada kehendak rakyat Syria," kata Setiausaha Negara Amerika, John Kerry.

Presiden Barack Obama dan Presiden Vladimir Putin membincangkan perjanjian itu menerusi telefon, kata Rumah Putih. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-miin, menyifatkan gencatan senjata itu sebagai 'petunjuk harapan yang dinantikan sekian lama' dan menggesa semua pihak mematuhinya. - AFP

24end.transformed_zps1s3iorlx.jpg
 
NATO mahu Afghanistan tumpu perangi Taliban

KABUL: Penasihat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mahu tentera Afghanistan tidak terlalu bertumpu kepada mengawasi pos pemeriksaan, sebaliknya melebihkan masa memerangi Taliban. Dengan misi perang NATO sudah berakhir secara rasmi dan cuma beberapa ribu tentera asing yang masih ada di negara itu, tanggungjawab jatuh ke atas tentera dan polis Afghanistan untuk melaksanakan kestabilan.

"Terlalu ramai askar di pusat pemeriksaan. Ada pepatah lama tentera yang berkata jika mempertahankan semua tempat, anda sebenarnya tidak mempertahankan apa pun dan ia benar bagi tentera Afghanistan," kata jurucakap misi latihan diketuai NATO, Brigadier Jeneral Wilson Shoffner. Ada juga petunjuk idea NATO dipatuhi tentera Afghanistan.

Sejak minggu lalu, unit tentera yang berperang di Helmand meninggalkan pangkalan luar mereka di beberapa kawasan paling penting, langkah yang disifatkan pegawai membolehkan mereka mengukuhkan pasukan bagi memperbaharui serangan ke atas kubu kuat pemberontak. "Kami memutuskan untuk mengundurkan tentera daripada sekadar bertahan dan menyediakan mereka untuk peranan lebih agresif pada tahun akan datang," kata Komander Tentera Darat Afghanistan, Jeneral Murad Ali Murad. - REUTERS

24afganistan.transformed_zpsszcakyb9.jpg
 
4 warga Indonesia ditahan, kaitan dengan militan

JAKARTA: Singapura menghantar pulang empat lelaki Indonesia yang didakwa pengikut pertubuhan militan ketika cuba mengunjungi Syria, kata polis. Keempat-empat lelaki berkenaan, termasuk remaja berusia 15 tahun, ditahan di republik itu apabila pegawai imigresen ragu-ragu selepas memeriksa dokumen mereka dan mendapati seorang daripadanya pernah berada di Syria.

Pihak berkuasa menghantar mereka ke Batas, kepulauan Indonesia tidak jauh dari Singapura, pada hari sama dan kemudian dihantar ke Jakarta. Jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto, berkata selepas soal siasat, mereka mengesyaki kumpulan terbabit menuju ke Syria. Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti, berkata kumpulan berkenaan adalah pengikut penceramah radikal, Aman Abdurrahman, yang kini dalam penjara berikutan peranannya dalam membentuk kem latihan militan dan melafazkan taat setia kepada IS. - AFP

islamastat.transformed_zpsfo4meyhf.jpg
 
Letup 27 kapal

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia semalam menenggelamkan 27 kapal nelayan asing yang dirampas selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

Menteri Perikanan, Susi Pudjiastuti berkata, kapal nelayan dari Filipina, Vietnam, Malaysia dan Myanmar itu diletupkan di lima lokasi berasingan di negara itu.

Semua kapal berkenaan dirampas selepas didapati menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 pulau.

Empat kapal nelayan dari Indonesia juga ditenggelamkan selepas didapati menangkap ikan tanpa dokumen yang sah.

Semua kapal berkenaan didapati menangkap ikan menggunakan pukat harimau yang dilarang pihak berkuasa Indonesia kerana merosakkan ekosistem laut.

“Kerajaan mengambil langkah tegas untuk menguatkuasakan peraturan bagi memastikan perairan negara selamat.

“Kami akan terus memantau dan melakukan kawalan bagi mengelak kapal pencuri ini masuk ke perairan Indonesia,” kata Susi kepada wartawan.

Susi adalah tokoh penting dalam kempen menentang penangkapan ikan secara haram yang berleluasa di negara itu.

Indonesia sebelum ini beberapa kali menenggelamkan kapal nelayan asing sejak melancarkan kempen berkenaan beberapa tahun lalu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo memberitahu, aktiviti penangkapan ikan secara haram berkenaan menyebabkan negara itu mengalami kerugian berbilion dolar pada setiap tahun.

Bagaimanapun, tindakan tegas Indonesia itu menyebabkan ketegangan dengan beberapa negara jirannya.

China pada tahun lalu mengkritik Jakarta selepas sebuah bot nelayan negara itu diletupkan pihak berkuasa Indonesia.


23hmletup.transformed_zpseqb8ul8l.jpg
 
Genap 92 tahun Empayar Uthmaniyyah runtuh

Tanggal 3 Mac ini, genap 92 tahun runtuhnya empayar terakhir Islam yang pernah menguasai sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika Utara.

Sebahagian besar wilayah takluk Empayar Islam Uthmaniyyah yang bertapak di Turki itu terletak di Asia Barat termasuklah Palestin, Israel, Kuwait, Iraq, Lebanon, Jordan, Syria dan Iran.

Empayar Islam Uthmaniyyah juga pernah menjajah beberapa negara Eropah dan Afrika Utara termasuklah Greece, Hungary, Albania, Armenia, Bosnia-Herzegovina, Bulgaria, Serbia, Kosovo, Arzebaijan, Croatia, Tunisia, Libya, Mesir, Algeria serta beberapa negara lain.

Bertahan selama lebih 600 tahun, empayar itu bagaimanapun akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor termasuk isu dalaman sehingga menyebabkan anasir luar mudah menerobos dan menghancurkan kegemilangan kerajaan Islam tersebut secara perlahan-lahan.

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan khalifah selepas kerajaan Umayyah (661 hingga 750 Masihi) dan kerajaan Abasiyyah (752-1258).

Diasaskan oleh Uthman Ertugrul atau dikenali sebagai Osman Ghazi dan Uthman I sekitar tahun 1299, empayar itu melalui beberapa era iaitu penubuhan, perluasan, kekuasaan dan kejatuhan iaitu antara 1683 hingga 1908 sehinggalah zaman pemerintahan khalifah terakhir Abdul Majid II yang berakhir pada 1924.

Selain kejayaan menawan beberapa wilayah menerusi Perang Kosovo dan Perang Salib, kemuncak kejayaan Uthmaniyyah ialah kejayaan menawan Constantinople atau Istanbul di bawah pimpinan Sultan Muhammad ke-II atau Sultan Al-Fateh.

Bagaimanapun, ‘langit tidak selalu cerah’ dan itulah yang berlaku selepas Perang Vienna 1683 yang menyaksikan kekuatan Empayar Uthmaniyyah semakin mengecil dan satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa barat termasuk Britain, Perancis dan Rusia.

Pada masa yang sama, banyak wilayah lain turut bangkit atas semangat nasionalisme menuntut pembebasan daripada kekuasaan Uthmaniyyah termasuk beberapa negara Arab yang ketika itu dimomokkan dengan sentimen menentang ketuanan khalifah yang berbangsa Turki.

Faktor-faktor dalaman seperti perebutan kuasa, pergolakan politik, rasuah, hutang dan kemewahan melampau turut menyumbang kepada kejatuhan empayar itu sehingga muncul satu persatu kuasa yang cuba menjatuhkan mereka.

Faktor lain termasuklah keterlibatan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Rusia-Turki sehingga menyebabkan pemimpin empayar Islam itu ketika itu digelar ‘The Sick People of Europe’.

Kemudian, muncul pula gerakan baharu yang menyebarkan idea-idea pemodenan dalam masyarakat Turki yang diterajui oleh beberapa tokoh terkenal termasuk seorang pegawai tentera Uthmaniyyah yang juga pengasas Republik Turki moden sekarang iaitu Mustafa Kamal Atarturk.

Mustafa Kamal yang mengepalai sebuah gerakan dikenali The Young Turks dikatakan cuba mengurangkan kuasa Sultan dengan menubuhkan Parlimen dalam usaha menjadikan Turki sebuah negara sekular serta membuat beberapa perubahan radikal terhadap polisi negara itu mengikut acuan Barat.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Turki masih lagi menganggap mereka sebagai negara yang berkuasa walaupun hakikatnya tidak - apabila hasrat mereka untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) masih belum diterima sehingga kini.

Dalam situasi hari ini pula, boleh dikatakan sebahagian besar daripada negara yang pernah berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah di Asia Barat kini masih bergolak.

Konflik antara Israel dan Palestin telah lama berlarutan hingga menyebabkan beratus ribu nyawa melayang, manakala negara-negara lain seperti Iraq, Libya dan Mesir pula berdepan penentangan rakyatnya sendiri hingga mendorong campur tangan kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang mengintai peluang ‘untuk menangguk di air keruh’.

Negara seperti Greece pula berdepan kemelesetan ekonomi yang teruk ekoran krisis hutang yang sangat tinggi, manakala beberapa siri keganasan masih mewarnai Turki dan perang saudara meletus di Syria sehingga menyebabkan ratusan ribu orang awam terkorban.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah membuka laluan kepada kemunculan kuasa baru di rantau Asia Barat seperti Iraq di bawah Saddam Hussein dan Libya di bawah Muammar Gaddafi serta Mesir di bawah Hosni Mubarak dan Syria, namun, kekuasaan semua negara Arab itu berakhir selepas AS menyerang Iraq membawa kepada kejatuhan Saddam Hussein dan kematian Muammar Gaddafi selepas campur tangan barat di Libya dan perang saudara di Syria.

Kini wujud vacuum di Asia Barat dan Turki mula menunjukkan pengaruhnya untuk bangkit semula sebagai satu kuasa di Asia Barat dan begitu juga dengan Arab Saudi dan Iran.

image3_zpsdaozsyb6.jpg
 
Militan Kurdish ancam serang

ISTANBUL – Kumpulan militan Kurdish kelmarin mengancam akan melancarkan serangan baharu di lokasi pelancongan Turki selepas melakukan serangan bom kereta terhadap konvoi tentera di Ankara sehingga menyebabkan 28 orang terbunuh pada Rabu lalu.

Kumpulan Kurdistan Freedom Falcons (TAK) yang mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) berkata, serangan itu sebagai membalas dendam ke atas operasi tentera Turki di tenggara negara itu dan memberi amaran kepada pelancong asing agar tidak mengunjungi Turki.

“Pada petang 17 Februari lalu, satu serangan berani mati telah dilakukan oleh pejuang yang berani berkorban terhadap konvoi tentera orang Fasis Republik Turki di Ankara,” kata TAK dalam satu kenyataan di laman webnya.

Serangan itu berlaku di tengah Ankara berdekatan beberapa institusi termasuk ibu pejabat tentera dan parlimen. Kejadian berkenaan merupakan salah satu serangan paling dahsyat terhadap tentera Turki sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ankara menuduh Unit Perlindungan Penduduk Kurdish (YPG) Syria dan Parti Kesatuan Demokratik (PYD) bertanggungjawab di sebalik serangan terbabit.

Kumpulan YPG dan PYD bagaimanapun menafikan tuduhan Ankara dan menolak daripada mempunyai sebarang kaitan dengan serangan itu.

TAK menamakan pengebom berani mati itu sebagai Zinar Raperin yang dilahirkan pada 1989 di Van, timur wilayah yang dikuasai Kurdish di Turki. Dia terlibat dengan perjuangan pembebasan Kurdish dan menyertai TAK sejak 2011.

“Kami memberi amaran kepada pelancong asing supaya tidak ke kawasan pelancongan di Turki. Kami tidak bertanggungjawab siapa yang terbunuh di lokasi sasaran,” kata kenyataan itu lagi.

TAK turut mendakwa, identiti pengebom adalah bertentangan dengan dakwaan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu yang berkata pengebom itu adalah pekerja YPG, seorang warganegara Syria. – AFP

du_01.1_zps2rjfjpt6.jpg
 
Back
Top
Log in Register