BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Saudi perlu beri penjelasan

MOSCOW - RUSIA. Rusia menggesa Kerajaan Arab Saudi memberikan penjelasan terperinci berhubung rancangannya untuk mengambil bahagian dalam campur tangan di Syria.

Menurut Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, pihaknya tidak mempunyai masa khusus tentang bila untuk melakukan pencerobohan ke atas tanah negara bergolak itu.

Tindakan ketenteraan di Syria perlu diselaraskan dengan kerajaan tempatan atau Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami percaya bahawa sama seperti Iraq, Syria adalah sebuah negara berdaulat. Ia mempunyai kuasa pusat berwibawa dan tindakan ketenteraan perlu diselaraskan dengan pihak tersebut.

"Jika mereka masuk ke Syria, kuasa terbabit akan bertindak dalam rangka gabungan antarabangsa untuk melawan kumpulan militan IS, dan tiada operasi unilateral," katanya seperti dilaporkan agensi berita TASS.

Difahamkan, Riyadh kini merupakan ahli gabungan pimpinan Washington yang melancarkan serangan udara terhadap sasaran IS di Syria sejak dua tahun lalu. - Press

imageddddd_zpsacnjcf8n.jpg
 
10 suspek pengganas ditahan di Maghribi

SALE: Pihak berkuasa Maghribi menahan 10 suspek militan Negara Islam (IS) termasuk seorang warga Perancis dan merampas senjata serta bahan membuat bom dalam serbuan ke atas tempat persembunyian mereka dekat sini, pada Jumaat. Maghribi mendakwa serbuan di tempat persembunyian itu adalah yang terbaru ke atas kumpulan radikal terbabit. Serbuan dilakukan di lokasi kumpulan terbabit berhimpun, iaitu di bandar Esaouira dan tengah bandar Meknes serta Sidi Kacem. Bertempat di pejabat Biro Pusat Penyiasatan Kehakiman (BCIJ), senjata, peluru, senjata renjat, pedang dan bahan-bahan membuat bom yang dirampas dari tempat persembunyian mereka, dipamerkan kepada wartawan.

BCIJ adalah sayap kehakiman perisikan dalaman Maghribi. "Sel baharu itu terlalu berbahaya, ..saya tidak memanggil ia satu sel tetapi satu pasukan bersenjata," kata Ketua Biro Abdelhak al-Khayyam kepada pemberita. Al-Khayyam berkata, kumpulan itu mengikrarkan taat setia kepada kepada IS dan membina sebuah tempat persembunyian berhampiran bandar padang pasir di Tan-Tan di kawasan gersang penuh dengan gua. Suspek termasuk seorang mualaf warga Perancis dan tinggal di Maghribi sekurang-kurangnya setahun serta seorang warga Maghribi berusia 16 tahun.

Katanya, kumpulan itu merancang untuk menggunakan remaja berusia 16 tahun itu sebagai pengebom bunuh diri dan menyasarkan beberapa institusi dan bangunan terkemuka di Maghribi semalam. - Reuters


moroccan20.transformed_zps3vucbojn.jpg
 
Pemimpin EU minta Russia henti bom Syria

BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memberitahu Russia supaya menghentikan serangan terhadap pejuang yang disokong Barat. EU juga menuduh Moscow serta Iran mengancam usaha perdamaian serta membantu Negara Islam (IS) dan mendorong kemasukan pelarian ke rantau itu. Pemimpin berkenaan membuat gesaan itu seminggu selepas kuasa besar bersetuju menghentikan sementara pergolakan di Syria, yang mana Russia memberi tumpuan kepada serangan ke atas pemberontak yang menentang sekutunya, Presiden Bashar al-Assad dan meminta "permulaan gencatan senjata" dihormati.

EU turut meminta rejim Syria dan sekutunya supaya menghentikan serta merta serangan ke atas kumpulan penentang bukan pengganas, yang mengancam prospek mencapai keamanan, faedah kepada militan Da'esh dan menyebabkan krisis pelarian," kata pemimpin EU menerusi kenyataan bersama susulan sidang kemuncak merujuk kepada IS. Russia dan tentera Iran yang terbabit dalam perang saudara enam tahun di Syria sedang memulihkan semangat kerajaan Syria untuk melawan, mengembalikan penguasaan Assad dalam beberapa minggu dan mengepung habis-habisan kubu kuat Aleppo, simbol utama kebangkitan.

"Gencatan senjata mesti segera dilaksanakan. Mereka berkata, menghentikan sementara peperangan perlu merujuk kepada "mana-mana pihak yang terbabit dalam ketenteraan atau aktiviti separa tentera" yang tidak dianggap kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Reuters

Jean-Claude20.transformed_zpsho2hljcl.jpg
 
Lagi rakyat Palestin ditembak

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Seorang pendatang haram Israel bersenjata bertindak menembak dua rakyat Palestin selepas mendakwa mangsa menikam dua rakyat rejim Zionis di Tebing Barat.

Kejadian berlaku kelmarin di sebuah pasar raya milik rantaian Rami Levy di kawasan perindustrian Sha’ar Binyamin, berhampiran bandar Ramallah.

Menurut jurucakap hospital Shaare Zedek, seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

"Salah seorang rakyat Israel yang didakwa ditikam turut disahkan meninggal dunia," katanya. - Press TV


sdd_zpsopw8cezu.jpg
 
Pemberontak Kashmir serang konvoi, pusat latihan India

SRINAGAR: Lelaki bersenjata menyerang konvoi tentera di Kashmir India hari ini, membunuh dua anggota keselamatan sebelum memasuki sebuah institut latihan kendalian kerajaan dan pertempuran dilaporkan masih berlaku. Militan terbabit, dipercayai pemberontak yang menentang pemerintahan India di Kashmir, menyerang konvoi Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) sebelum tentera membalas tembakan dalam kompleks latihan di pinggir bandar ini.

Ketua polis wilayah itu, Javaid Gillani, berkata dua anggota CRPF maut dalam serangan awal ke atas konvoi dan 10 lagi cedera sebelum penyerang memasuki kompleks latihan itu. "Semua orang awam di dalam bangunan sudah diarahkan keluar," katanya. Saksi berkata, tiga militan memasuki kompleks yang menempatkan Institut Pembangunan Keusahawanan kendalian kerajaan di pinggir bandar ini. Mereka berkata, penyerang meminta semua yang berada dalam bangunan "menyelamatkan diri" dan bergerak ke asrama berhampiran kampus. - AFP

kasnir.transformed_zpsffrtni9f.jpg
 
'Cuma sasar Daish di Syria'

Riyadh: Tentera Arab Saudi yang menyertai sebarang operasi darat di Syria memfokuskan untuk memerangi Daish, bukan rejim Damsyik, kata menteri luarnya.

Adel al-Jubeir berkata, sebarang pasukan tentera darat dihantar Arab Saudi menjadikan perang terhadap Daish sebagai keutamaannya, walaupun Riyadh tidak menentang Presiden Bashar al-Assad.

“Arab Saudi menyatakan kesediaannya menghantar pasukan khas ke Syria dalam gabungan tentera itu dengan sasaran menghapuskan Daish. Itulah misi dan tanggungjawab kami.

“Jika memasuki Syria, tentera kami itu akan berjuang dalam rangka ditetapkan untuk pakatan antarabangsa yang menentang Daish. Tiada operasi lain dilaksanakan,” katanya.

Disoal sama ada misi itu diperluas untuk merangkumi operasi terhadap tentera Bashar, Adel berkata: “Itu sesuatu yang perlu diputuskan oleh pakatan tentera (antarabangsa) ini.”

Arab Saudi menyokong pasukan penentang yang memerangi Bashar dalam perang saudara hampir lima tahun di negara itu, selain menganggap pemimpin berkenaan perlu disingkirkan sebelum konflik dapat diselesaikan.

Pada masa sama, Bashar - yang tenteranya dibantu serangan udara Russia yang turut mencapai beberapa kemenangan terhadap puak penentang - membayangkan mahu menguasai semula keseluruhan Syria.

Kata-katanya itu bagaimanapun digambarkan Adel sebagai ‘tidak realistik.’

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula menghantarkan bantuan ke bandar-bandar di Syria yang dikepung mengikut persetujuan antarabangsa dipersetujui minggu lalu yang turut mengharapkan gencatan senjata dicapai dalam tempoh tujuh hari.

“Keadaan amat tegang dan kami memantaunya dari sehari ke sehari. Kami akan melihat sama ada Bashar dan sekutunya serius dengan proses politik atau tidak,” kata Adel. - AFP

20hmcry.transformed_zpsaqxjubc6.jpg
 
Tempah 12 Su-35

Singapura: Kerajaan Indonesia menempah hampir 12 jet tempur Sukhoi Su-35 buatan Russia dan mungkin menandatangani kontrak pembelian dalam tempoh sebulan, kata sumber pertahanan semalam.

Pesawat canggih itu bakal menggantikan jet Northrop F-5 buatan Amerika Syarikat (AS) dan menguatkan tentera udara Indonesia yang mempunyai 16 pesawat Sukhoi Su-27 dan Su-30.

Kata sumber, syarikat tempatan bakal mendapat kontrak untuk mengeluarkan beberapa komponen Su-35 dan Russia juga akan membina sebuah pusat selenggara untuk jet berkenaan di Indonesia.

Bagaimanapun, pegawai di syarikat United Aircraft yang mengeluarkan Su-35 enggan memberi sebarang komen mengenai pembelian itu ketika ditemui wartawan di Pertunjukan Udara Antarabangsa Singapura.

Jurucakap tentera udara Indonesia juga enggan mendedahkan perjanjian berkenaan dan memberitahu hanya Kementerian Pertahanan boleh mengulas perkara itu.

Sebelum ini, syarikat dari Barat termasuk Eurofighter, Lockheed Martin, Saab dan Dassault juga mengadakan perbincangan dengan Jakarta mengenai penjualan jet mereka.

Pegawai Indonesia sebelum ini memberitahu kerajaan lebih memilih jet pejuang yang dikeluarkan oleh syarikat Russia.

Penjualan itu adalah eksport kedua jet terbaru buatan Russia berkenaan selepas China menandatangani pembelian 24 jet Su-35 bernilai lebih AS$2 bilion (RM8.44 bilion) pada November 2015.

Indonesia mempunyai 12 model awal jet F-16 buatan Lockheed Martin dan bakal menerima 24 lagi jet F-16 yang dibaik pulih dari AS melalui perjanjian antara kerajaan pada 2011.

Jakarta sebelum ini bersetuju menyalurkan dana dalam program jet pejuang KF-X dengan Korea Selatan dengan harapan dapat membangunkan jet tempur pelbagai guna.

Melalui program berkenaan, Jakarta dijangka menerima sebanyak 80 jet baru itu

20hmsukhoi.jpg.transformed_zpsgdyytadk.jpg
 
Imam mati dipukul

Rochdale, Britain: Imam sebuah masjid di sini ditemui mati dipercayai dipukul ketika berjalan pulang ke rumahnya pada malam Khamis lalu.

Jalal Uddin Saab berusia 50-an ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam di sebuah taman permainan bersebelahan Masjid Jamek Jalali.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai solat di masjid sebelum diserang.

Jurucakap polis, Rebekah Sutcliffe berkata, orang awam menghubungi polis selepas menemui mayat seorang lelaki di taman permainan pada jam 9 malam (waktu tempatan).

“Ketika ditemui mangsa yang cedera parah di kepala sudah meninggal dunia.

“Kami mengesyaki mangsa cedera akibat dipukul dan kami menyiasat kejadian ini sebagai kes pembunuhan.

“Buat masa ini kami menahan seorang suspek berusia 31 tahun, tetapi siasatan kami masih di peringkat awal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Ramadan, Mohammed Shafiq berkata, berita kematian Jalal sangat mengejutkan dan tragik.

“Kami menggesa komuniti di Rochdale supaya terus bersatu dan bertenang.

“Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan seluruh penduduk yang mengenali Jalal,” katanya.

Mohammed juga menasihati semua penduduk beragama Islam di bandar itu mengambil langkah berjaga-jaga susulan serangan berkenaan.


21hmjalali.jpg_00001.transformed_zpsofv8yrqk.jpg
 
Militan Kurdis mengaku dalangi serangan di Ankara

ISTANBUL 20 Feb. – Sebuah kumpulan militan Kurdis mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom kereta terhadap konvoi tentera di Ankara baru-baru ini yang menyaksikan 28 orang terbunuh dan mengancam untuk me*lancarkan serangan baharu dengan menjadikan sektor pelancongan sebagai sasaran.

Kumpulan Helang Pembebasan Kurdis (TAK) yang mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dalam kenyataannya berkata, serangan itu sebagai membalas dendam terhadap operasi ketenteraan Turki di tenggara negara ini.

Selain itu, kumpulan militan TAK turut memberi amaran kepada pelancong asing agar tidak mengunjungi Turki.

“Pada 17 Februari, pejuang berani mati TAK melancarkan serangan terhadap konvoi tentera di Ankara.

“Kami mahu menghancurkan industri pelancongan Turki dan pelancong asing dinasihati tidak datang ke negara ini atau kami tidak bertanggungjawab terhadap kematian anda,” jelas kumpulan itu menerusi laman webnya.

Militan TAK merupakan kumpulan kecil yang tidak begitu dikenali sehinggalah sejak beberapa bulan lalu apabila terlibat dalam serangan mortar di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul pada 23 Disember lalu.

TAK menamakan pengebom berani mati sebagai Zinar Raperin yang lahir pada 1989 di wilayah Van dan terlibat dalam militan Kurdis sejak 2011.

Kerajaan Turki mendakwa, militan TAK merupakan barisan depan PKK yang menjadikan orang awam sebagai sasaran, tetapi kumpulan pengganas itu menafikan dakwaan terbabit dengan menyifatkan militan TAK bergerak secara bersendirian. – AFP


imagel_zpsp6urijez.jpg
 
Back
Top
Log in Register