BTC USD 83,305.4 Gold USD 4,190.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

rencana 21 yakjuj makjuj

sumber:http://storykini.mywapblog.com/yakjuj-makjuj-keturunan-bangsa-turki.xhtml

Yakjuj dan Makjuj itu berketurunan Nabi Nuh as. Mereka adalah anak cucu Yafits bin Nuh, nenek moyang bangsa Turki. Mereka dahulunya hidup di muka bumi seperti layaknya manusia biasa namun selalu membuat kejahatan. Kemudian mereka dikurung oleh Zulkarnain di balik dinding penghalang yang dibuatnya, sehingga Allah swt mengizinkan mereka keluar dari sana kelak untuk menyerbu bangsa bangsa sekitarnya.

Diantara cerita cerita mereka ada disebutkan di dalam hadis.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Said Al Khudri ra, dia berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

"(Kelak apabila dinding) Yakjuj dan Makjuj dibuka, maka mereka pun keluarlah, sebagaimana difirmankan Allah swt:

" mereka berjalan cepat dari segala tempat yang tinggi"

Maka manusia lari ketakutan, menghindari mereka ke kota kota dan benteng benteng sambil menggiring ternakan.

Sementara itu Yakjuj dan Makjuj menjelajah dan meminum air di mana mana, sehingga ketika seseorang dari mereka melalui sebatang sungai yang tadi diminum, dia berkata, " Disini tadi ada airnya".

Akhirnya ketika semua orang sudah beralih ke kota kota dan benteng benteng, maka berkatalah seorang dari mereka: "Penduduk bumi ini sudah habis kita binasakan. Sekarang tinggal penduduk langit."

Rasulullah saw melanjutkan ceritanya: " Sesudah itu seorang daripada mereka menggoyang goyangkan tombaknya kemudian dia lemparkan ke angkasa, maka tombak itu kembali lagi kepada mereka berlumuran darah, sebagai penipuan (terhadap mereka).

Ketika mereka dalam keadaan demikian, Allah swt mengirim sejenis penyakit kepada mereka bagaikan ulat belalang yang menyerang kedalam leher mereka. Pagi harinya mereka sudah mati. Oleh kerana tidak terdengar lagi gerakan mereka, maka kaum muslimin beekata: " Tidakkah seseorang berani mengorbankan dirinya untuk melihat apa yang dilakukan musuh ini?"

Rasulullah saw bersabda : " Seseorang tampil merelakan dirinya. Dia yakin dirinya akan terbunuh, tetapi dia turun juga. Ternyata dia dapati mereka sudah mati, tindih menindih satu sama lain." Orang itupun berseru : "Wahai kaum muslimin, ketahuilah khabar gembira. Sesungguhnya Allah swt telah membela kamu sekalian terhadap musuhmu! " Mereka pun keluar dari kota kota dan benteng benteng mereka. Mereka melepaskan kembali ternakan merekahendak digembalakan, tetapi tidak ada tempat untuk mwngembala. Semuanya penuh dengan bangkai Yakjuj dan Makjuj. Sedangkan binatang binatang itu sendiri bersyukur sekali memakan daging mereka, sama sekali tidak mahu memakan tumbuhan yang mereka perolehi."

Perlu saya katakan disini: Yakjuj dan Makjuj adalah dua golongan dari bangsa Turki, keturunan Nabi Adam as
 
rencana 22 yakjuj makjuj

sumber:https://jalanakhirat.wordpress.com/2012/08/30/kisah-zulkarnain-menurut-tafsiran-al-quran/

Kisah Zulkarnain menurut tafsiran al Quran


Muqaddimah

Kisah Zulqarnain dalam ayat-ayat 83-98 Surah Al-Kahfi memberikan suatu model Islami tentang suatu Kuasa Besar Dunia Qurani. Kisah yang ringkas dan umum itu seharusnya kita sarikan pengajaran dan teladan untuk panduan dan pedoman kita.

Asbabun Nuzul

Ibnu ‘Abbas menjelaskan bahawa beberapa ayat ini diturunkan berkenaan orang-orang Quraisy yang suatu waktu bertanyakan Rasulullah SAW mengenai seorang pemuda yang mengadakan perjalanan hingga ke masyriq dan maghrib dan peristiwa yang terjadi atas pemuda itu. [HR. Ibnu Jabir]

Golongan Ahli Kitab ingin membuktikan bahawa Al-Qur’an berasal dari Allah yang diturunkan kepada Muhammad SAW. Maka, sebahagian orang yang mendalami kitab mereka bertanya kepada Mumammad SAW tentang kisah umat terdahulu, di antaranya kisah Zulqarnain sebagai mana yang tertera dalam ktab mereka, Taurat dan Injil. Kemudian Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW untuk menjelaskan kisah itu. Zulqarnain adalah utusan Allah yang diutus kepada kaumnya agar mengajak kepada tauhid. Lalu Zulqarnain mendapat tentangan daripada Ya’jj dan Ma’juj, iaitu dua kaum yang membuat kerosakan.

RINGKASAN KISAH

Intro (ayat 83-84)

Zulqarnain diberikan Allah:

1.kekuasaan untuk memerintah bumi (kuasa besar);

2.ilmu, sarana dan prasarana untuk menjayakan misinya; dan

3.ilham jalan untuk menyempurnakan misinya.

Misi 1 (ayat 84-88)

Zulqarnain mengembara ke maghrib (paling barat). Beliau menemui suatu kaum yang kufur ingkar. Dalam melaksanakan perintah Allah (yang diberikan Allah kepadanya secara “opsyen”) beliau menghukum mereka yang zalim dan melayani dengan baik mereka yang beriman dan beramal soleh, sambil mengingatkan mereka tentang balasan Allah berupa azab di akhirat kepada yang zalim dan balasan sebaik-baiknya daripada Allah di akhirat kelak untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.

Misi 2 (ayat 89-91)

Zulqarnain mengembara ke masyriq (paling timur).. Beliau menemui suatu kaum yang primitif yang mendiami kawasan geografi yang tidak berbangunan dan tidak berpokok.

Misi 3 (ayat 92-98)

Zulqarnain berpatah balik dan menuju utara. Beliau menemui suatu kaum yang tidak memahami bahasa beliau. Kaum berkenaan menceritakan kepadanya tentang Ya’juj dan Ma’juj yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka memohon khidmat profesional daripada Zulqarnain untuk membina tembok penghalang antara dua gunung daripada bahaya serangan Ya’juj dan Ma’juj. Zulqarnain memberikan khidmat kepakaran yang dimilikinya, dengan memindahkan teknologi kepada kaum berkenaan serta mendapatkan tenaga sumber insan daripada mereka. Segalanya secara percuma sebagai suatu tanggungjawab sosial Zulqarnain sebagai “sebuah kuasa besar”. Tembok penghalang itu telah berjaya didirikan dengan sharing teknologi yang tinggi yang terbina daripada hasil collaborating sumber dan daya. Zulqarnain berjaya memberikan penyelesaian kepada kaum berkenaan yang selama ini buntu menghadapi masalah yang tanpa penyelesaian.

TERJEMAHAN & TAFSIRAN

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا (٨٣)

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Orang-orang musyrik itu akan bertanya kepadamu – wahai Muhammad – tentang cerita Zulqarnain; seorang raja yang soleh. Katakanlah kepada mereka, “Aku akan mengisahkan ceritanya kepadamu sebagai suatu peringatan supaya kamu ingat dan mengambil pelajaran dengannya.”

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الأرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا (٨٤)

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kekuasaan kepadanya di muka bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya sebab dan jalan untuk mencapai segala sesuatu yang membawanya kepada apa yang dia kehendaki, iaitu menaklukkan berbagai daerah, mengalahkan musuh, dsb.

فَأَتْبَعَ سَبَبًا (٨٥)

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Maka, dia menempuh jalan dengan sungguh-sungguh dan kerja keras.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا (٨٦)

Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyiksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenamnya matahari, dia melihat seolah-olah matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam dan di sana dia mendapati segolongan umat. Kami berkata, “Wahai Zulqarnain, kamu boleh menyiksa mereka dengan membunuh atau selainnya jika mereka tidak mengakui keesaan Allah dan kamu boleh berbuat kebaikan terhadap mereka agar mereka mendapat petunjuk.”

قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا (٨٧)

Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Zulqarnain berkta, “Adapun orang yang menganiya dirinya sendiri dan kafir kepada Tuhannya maka kami kelak akan mengazabnya di dunia, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabkan dengan azab yang pedih di Neraka Jahanam.”

وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا (٨٨)

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Adapun orang orang-orang yang beriman dengan Tuhannya dan mengesakan dengan mengamalkan dan menaati-Nya maka baginya syurga sebagai pahala dari Allah. Kami akan berbuat baik kepadanya serta kami akan bersikap lemah lembut dalam ucapan serta kami akan memudahkan hubungan baginya.”

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٨٩)

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Kemudian, Zulqarnain kembali ke tempat matahari terbenam untuk menempuh jalan (yang lain) yang telah Allah berikan kepadanya.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا (٩٠)

Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang tidak mempunyai suatu bangunan yang menutupi mereka dan tidak pula pohon yang melindungi mereka dari cahaya matahari itu.

كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا (٩١)

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala yang ada padanya, iaitu kebaikan dan jalan yang dia tempuh.

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٩٢)

kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Kemudian, Zulqarnain menempuh suatu jalan (yang lain lagi) yang telah kami berikan kepadanya.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلا (٩٣)

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Hingga apabila dia telah sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan orang lain.

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الأرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا (٩٤)

Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Mereka berkata, “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu (iaitu dua golongan besar dari anak cucu Adam) adalah orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi dengan membinasakan tanaman dan keturunan maka dapatlah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu dan mengumpulkan harta bagimu, supaya kamu membuat dinding pemisah antara kami dan mereka?”

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (٩٥)

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Zulqarnain berkata, “Kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepadaku adalah lebih baik bagiku daripada hartamu maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat) darimu agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,

آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا (٩٦)

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Berilah aku potongan-potongan besi.” Hingga apabila mereka datang dan meletakkan, lalu membawanya di samping ke dua gunung itu, Zulqarnain berkata, “Nyalakan api itu.” Hingga apabila semua besi itu telah menjadi api semuanya, dia pun berkata, “Berilah aku tembaga yang mendidih agar kutuangkan ke atas besi panas itu.”

. فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا (٩٧)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Maka Ya’juj dan Ma’juj tidak sanggup naik ke atas dinding tinggi itu, serta mereka tidak sanggup pula melubangi bahagian bawahnya kerana tebal dan kuatnya.

قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا (٩٨)

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”

Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Zulqarnain berkata, “Inilah yang aku bangun sebagai dinding untuk mencegah kerosakan Ya’juj dan Ma’juj, rahmat dari Tuhanku untuk manusia, apabila janji Tuhanku datang pada hari Kiamat, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan rata dengan tanah; dan janji Tuhanku itu adalah benar.”

BEBERAPA PERSOALAN

1.Siapakah Zulqarnain?

Identiti sebenar Zulqarnain tidak disebutkan dalam Al-Quran. Al-Quran dinamakan sedemikian kerana beliau memiliki kekuasaan yang luas, meliputi timur dan barat. (Tafsir Al-Kahfi).

Zulqarnain BUKAN Alexander the Great:

Alexander berfahaman animisme sedangkan Zulqarnain seorang yang beriman (Tafsir Fi Zilalil Quran); Alexndaer bukan Zulqarnain kerana Alexander dikenali sebagai orang yang tidak taat beragama, tidak mengesakan Allah, menyembah berhala. (Tafsir Al-Mishbah); Memetik pendapat Fakhrurrazi: “Zulqarnain adalah seorang nabi sedangkan Alexander adalah seorang kafir. Guru Alexander adalah Aristotles dan dia mendengar perintahnya, sedangkan Aristotles adalah kafir. Mengenai status Zulqarnain, yakni sama ada dia seorang nabi atau tidak, saya akan menjelaskannya dalam perbahasan akan datang. (Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqalani); Alexander adalah kafir penyembah berhala, dan dengan itu bukan Zulqarnain. (Fakk’asrar Zi Al-Qarnain wa Ya’juj wa Ma’juj, Syaikh Hamdi).

Zulqarnain ADALAH Alexander the Great:

Imam Jalaluddin Al-Mahali dan Imam Jalaluddin As-Sayuti menyebut Zulqarnain dengan nama Iskandar. (Tafsir Jalalain); Ibnu Hisham mengatakan dengan tegas, “Nama betul adalah Iskandar. Dialah yang membina kota Iskandariah. Kota Iskandariah kemudiannya dinamakan bersempena namanya. (Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisham); Imam Al-Alusi menyatakan Dzulkarnain adalah Alexander iaitu anak Raja Philip yang berjaya mengalahkan Raja Parsi, Darius. (Tafsir Ruh Al-Ma’ani); Memetik beberapa pendapat yang mengatakan Zulqarnain mempunyai nama Iskandar bin Filifus Al-Yunani. (Marohul Labid, Imam Nawawi Al-Jawi); Hidup di era Nabi Musa. (Fathul Baari, Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al-Asqalani); Zulqarnain adalah Iskandar Agung, Raja di Al-Maqduni (Macedonia) di negeri Yunani. (At-Tafsir Al-Qur’ani Li Al-Qur’an, Ustaz Abdul Karim Al-Khatib); Imam As-Tsa’labi berkata: “Zulqarnain dalah Iskandar Bin Philips Bin Hermes Bin Hardos Bin Monton Bin Rumi Bin Latin Bin Yunan Bin Yafits. Nasabnya dikatakan berakhir pada Al-‘Aidh Bin Ibrahim Khalil Ar_rahman.” (Qashsah Al-Anbiya’, As-Tsa’labi).

2.Bilakah latar masa kisah itu?

Era Nabi Ibrahim (Fathul Baari, Ibnu Hajar); Era Nabi Isa; tidak dapat dipastikan.

3.Daripada manakah Zulqarnain memulakan pengembarannnya?

Tidak dapat ditentukan dengan pasti.

4.Daripada manakah Zulqarnain berasal dan di manakah beliau akhirnya berada?

Tidak dapat ditentukan dengan pasti.

5.Di manakah daerah matahari terbenam?

Mencapai hujung peradaban di bahagian barat (Al-Qurthubi); Bahagian barat bumi namun mencapai tempat terbenamnya matahari di langit adalah mustahil (Tafsir Ibnu Kathir); Menempuh jalan ke arah barat (Tafsir Jalalain); Negara yang tidak ada lagi negara selepasnya – tempat terbenamnya matahari kerana tiada bangunan, berjalan ke Tunisia dan kemudian Maghribi, selepas itu tiba di laut di mana diperhatikannya keadaan matahari yang seakan terbenam (Tafsir Maraghi); Di pantai Lautan Atlantik yang diberi nama Laut Gelap; atau muara sungai, di mana terdapat banyak padang rumput dan tanah berlumpur hitam (Tafsir Fi Zilalil Quran); Kawasan barat (Tafsir Al-Azhar); Berada di laut (Tafsir Al-Kahfi, Syaikh Uthaimin); Tempat jauh yang sebelumnya tidak terjangkau di bahagian barat bumi (Tafsir Al-Mishbah).

6.Di manakah lokasi tepat daerah di mana kelihatan matahari terbenam dalam mata air yang hitam berlumpur?

Laut panas yang berlumpur hitam (‘ainan hamiyah), ataupun laut yang berlumpur hitam (‘ainin hami’ah) (Tafsir Tabari); Kathirah Al-Ham’ah = lumpur hitam, mungkin juga Hamiyah = laut yang panas dan berlumpur hitam (Al-Qurthubi); Laut – air dan tanah hitam (lumpur) (Tafsir Ibnu Kathir); Laut yang berlumpur hitam (Tafsir Jalalain); Lautan yang gelap, laut yang berwarna biru seakan lumpur dan air (Tafsir Maraghi); Laut Gelap ataupun sungai yang berlumpur hitam yang banyak. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Mata air atau laut yang hitam, iaitu Lautan Atlantik yang juga biasa dikenali sebagai Bahrizh –Zulumat Lautan Gelap (Tafsir Al-Azhar); Mata air iaitu lautan yang berlumpur hitam (Tafsir Al-Mishbah).

7.Siapakah kaum yang ditemui Zulqarnain?

Kaum Nasik (Tafsir At-Tabari); Umat yang besar daripada bani Adam (Tafsir Ibnu Kathir); Kaum Kafir (Tafsir Jalalain; Tafsir Maraghi); Kaum yang berjumlah 12 000 keluarga (Tafsir Al-Azhar); Kaum yang derhaka kepada Allah atau kaum yang tidak mengenal Agama (Tafsir Al-Mishbah).

8.Di manakah daerah matahari terbit (mathli’ as-syams)?

Ke timur, iaitu tempat yang tidak mempunyai gunung-ganang dan pohon, dan banguna tidak dapat dibina di situ, sehingga penduduk di situ tidak mempunyai rumah. (Tafsir At-Tabari); Zulqarnain sampai di tempat suatu kaum yang tiada orang lain antara mereka dan tempat terbitnya matahari, sementara matahari itu terbit di belakang dengan jarak yang sangat jauh. (Tafsir Qurthubi); Ke tempat matahari terbit. Lokasi tidak dijelaskan. (Tafsir Ibnu Kathir); Menuju ke arah timur, tempat matahari terbit. (Tafsir Jalalain); Beliau sampai di daerah bumi terakhir di timur. (Tafsir Maraghi); Pengembaraannya ke arah timur. Sebelah timur. Tempat yang terbuka di mana cahaya matahari tidak terhalang oleh dataran tinggi atau pohon. Padang pasir dan savana yang luas. Terletak di Timur Jauh, dai mana seseorang dapat melihat matahari terbit di dataran yang mendatar dan terbuka, dan lokasinya di sekitar Timur Afrika.(Tafsir Fi Zilalil Quran); Negara di timur itu berlatar belakangkan padang pasir yang luas dan kering, yang sukar ditempuhi manusia. (Tafsir Al-Azhar); Ke arah terbitnya matahari (timur) – lokasinya tidak dinyatakan. (Tafsir Al-Kahfi). Di sebelah timur. (Tafsir Al-Mishbah).

9.Kaum apakah yang ditemui Zulqarnain dan latar geografi yang diduduki (qaumil lam naj’al lahum min duunihaa sitraa)?

Ada yang mengatakan mereka sebagai kaum Negro, sebagaimana yang dinyatakan oleh Qatadah. (Tafsir Tabari); Suatu tempat yang tidak ada kota di kawasan itu. Ada kemungkinan antara mereka ada ayng masuk ke dalam sungai dan ada juga yang masuk ke alam tanah. Qatadah menggelar kaum itu az-Zanj. Al-Kalbi memanggil mereka Taris, Hawil dan Mansak. Ada juga yang menyatakan kaum itu adalah penduduk Jabalq, daripada keturunan kaum ‘Ad yang beriman kepada Nabi Hud. Dalam bahasa Parsi, mereka dipanggil Marqisa.(Tafsir Qurthubi); Kaum yang tidak mempunyai bangunan yang dapat dijadikan tempat tinggal. Selain ditu, tiada pepohon yang dapat menanungi dan melindungi mereka daripada sinaran matahari. Sa’id bin Jubair mengatakan kaum itu berkulit merah dan pendek. Tempat tinggal mereka adalah gua-gua, manakala makanan mereka adalah ikan. Ibnu Jarir mengatakan, “Mereka tidak membina satu bangunan pun. Jika matahari terbit, mereka masuk ke tempat tinggal mereka sehingga matahari lenyap, ataupun masuk ke dalam laut. Ini kerana, tiada gunung di kawasan mereka.”. (Tafsir Ibnu Kathir); Zunuk ataupun orang India yang tidak mempunyai pakaian atau atap. Ini kerana, tanah di kawasan mereka tidak dapat menyokong bangunan. Tempat perlindungan mereka hanya berupa lubang-lubang. Apabila matahari terbit, mereka masuk ke dalam lubang-lubang dan keluar semua apabila matahari sudah meninggi. (Tafsir Jalalain); Kaum yang tidak berpakaian dan tidak mempunyai bangunan. Mereka bertelanjang di tanah terbuka ataup[un di dalam lubang-lubang di bawah tanah. (Tafsir Maraghi); Kaum yang tinggal di tempat yang terbuka, yang mana cahaya matahari tidak terhalang oleh sesuatu apapun, ataupun kaum yang telanjang sehingga cahaya matahari tidak terhalang daripada menyinaari tubuh mereka. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Tiada satu perlindunganpun daripada matahari. Jadi, jelaslah hawa udara negera itu amat panas dan negara itu berlatarbelakangklan padang pasir. Ini kerana apabila matahari naik, tiada suatu perkara pun yang melindungi mereka dariapda chaya matahari, seperti gunung. Mungkin tempat ini terletak di Afrika Timur. Mungkin juga penduduk di situ belum mengenal pakaian sehingga badan mereka tidak terlindung daripada cahaya matahari. (Tafsir Al-Azhar); Kaum ini tidak mempunyai rumah ataupun tidaka da pohon yang menanungi mereka. Bahkan ada sebahagian ulama’ yang mengatakan mereka juga tidak berpakaian hingga matahari menyengat tubuh mereka.(Tafsir Al-Kahfi); Kaum yang hidup dengan fitrah asli mereka, iaitu tidak ada penutup yang melindungi mereka daripada kehangatan matahari. Mereka tidak berpakaian dan tidak ada bangunan di kawasan mereka. (Tafsir Al-Mishbah).

10.Apakah yang dimaksudkan dengan kaum yang tidak memahami perbicaraan?

Kaum yang hampir tidak memahami pembicaraan kecuali bahasanya sendiri. Disebabkan sesuatu perkara, mereka tidak mampu memahamkan orang lain pada pembicaraan mereka, baik secara lisan mahupun akal. (Tafsir Tabari); Kaum yang tidak mehahami pembicaraan orang lain dan orang lain pun tidak memahami pembicaraan kaum itu. Seholongan umat yang soleh. (Tafsir Qurthubi); Bahasa asing yang mereka gunakan dan tempat tinggal mereka terlalu jauh dari paradaban lain. (Tafsir Ibnu Kathir); Mereka tidak dapat memahami pembicaraan, melainkan secara perlahan-lahan. (Tafsir Jalalain); Mereka adalah bangsa manusia yang hampir tidak dapat memahami pembicaraan orang lain, dan IQ yang rendah. Jika mereka memiliki IQ yang mencukupi tentulah mereka dapat memahami berdasarkan isyarat dan keadaan. (Tafsir Maraghi); Kaum yang mundur, “Mereka hampir tidak mengerti perbicaraan.” (Tafsir Fi Zilalil Quran); Mereka mengalami kesukaran memahami bahasa yang digunakan Zulqarnain. Kemungkinan pada waktu itu, jarang sekali penduduk di situ keluar sehingga sukar memahami bahasa asing yang digunakan Zulqarnain dan para penterjemahnya. Sebagai penyelesaian kedua-dua pihak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat (Tafsir Al-Azhar); Kaum yang tinggal di hadapan kedua-dua gunung itu (bukan di belakang atau antara kedua-duanya), ialah kaum Atrak. Mereka adalah bangsa yang dulunya tinggal di Eropah Timur seperti Albania, Bosnia dan beberapa negara Asia Tengah seperti Kazakstan, Uzbekistan, Chechnya dan kawasan sekitarnya (Tafsir Al-Kahfi); Suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan kecuali dengan susah payah. Ini kerana bahasanya terlalu asing atau kerana IQ mereka rendah, kedua-dua pihak akhirnya menggunakan penterjemah dan bahasa isyarat (Tafsir Al-Mishbah).

11.Di manakah lokasi antara dua gunung (baina as-saddaina) berkenaan?

Dua gunung yang menghalang sesuatu antara kedua-duanya. Memetik pandangan al-Qasim iaitu bukit Armenia dan Azerbaijan. (Tafsir Tabari); Dua buah gunung dari arah Armenia dan Azerbaijan. (Tafsir Qurthubi); Di hadapan kedua-dua bukit iaitu, dua buah gunung, yang antara keduanya terdapat satu lubang. Yakjuj dan Makjuj keluar dari lubang itu dan menuju ke Turki. (Tafsir Ibnu Kathir); Antara dua buah ampangan (dibaca saddaini atau suddaini), dan selepas kedua-dua empangan itu terdapat dua buah gunung, di wilayah Turki. (Tafsir Jalalain); Anta kedua-dua gunung di utara di kawasan Samarkhand dan India. (Tafsir Maraghi); Wilayah antara dua buah gunung semula jadi atau buatan yang dipisahkan oleh lorong atau lembah. (Tafsir Fi Zilalil Quran); ‘Atha’ al-Khurasani melaporkan dpd Ibnu Abbas, tempat itu terletak antara Armenia dan Adzerbaijan. (Tafsir Al-Azhar); Dua gunung besar yang membatasi arah timur (dari Asia Timur) dan arah barat. (Tafsir Al-Kahfi); Perjalanan ketiga ini antara dua gunung yang sangat tinggi dan menyukarkan orang yang berada di belakangnya melaluinya. (Tafsir Al-Mishbah).

12.Siapakah Yakjuj & Makjuj dan di manakah lokasi mereka?

Tidak dijelaskan siapa dan di mana lokasi mereka. (Tafsir Tabari); Bangsa Turk daripada golongan Yafits. (Tafsir Qurthubi); Keturunan Yafits Abu Turk. (Tafsir Ibnu Kathir); Nama asing bagi dua kabilah, suka merompak dan membuat kerosakan. (Tafsir Jalalain); Identiti dan lokasi tidak dinyatakan, hanya memetik kembali ungkapan dalam Al-Quran. (Tafsir Maraghi); Tidak dijelaskan. Serangan Mongol ke atas Dinasti Abbasiah dianggap sebagai salah satu petanda keluarnyanya Ya’juj & Ma’juj. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Kata Ya’juj & Ma’juj mungkin boleh ditafsirkan sebagai fikiran jahat, niat buruk dan ideologi sesat. (Tafsir Al-Azhar); Dua bangsa berketurunan Adam, suka melakukan kerosakan, membunuh, merompak dan menyimpang dpd agama serta syirik. (Tafsir Al-Kahfi); Sangat sukar menentukan siapakah mereka dan di mana lokasi mereka, dan bagaimanakah kesudahan dan kedatangan mereka. (Tafsir Al-Mishbah).

13.Di manakah tembok (ar-radm – tembok besi; qithr – cairan tembaga) yang didirikan Zulqarnain & Co?

Besi dan tembaga, lokasi tidak dinyatakan. (Tafsir Tabari); Ar-radm adalah menempatkan sesuatu di atas sesuatu yang lain, yang berupa batuan, tanah dsb. Sehingga menjadi penghalang. (Tafsir Qurthubi); qithr – cairan tembaga, lokasi tidak dinyatakan. (Tafsir Ibnu-Kathir); Potongan besi sebsar bata kecil yang dijadikan bahan bina tembok, memakai kayu dan bata yang dimasukkan di tengah-tengah tembok besi itu. qithr = tembaga. Lokasi tidak dijelaskan.(Tafsir Jalalain); Cairan tembaga (qithr) dituangkan ke atas besi yang membara sehingga sebahagiannya melekat pada bahagian lain, lalu menutupi lubang-lubang ntara besi sehingga campuran itu menjadi struktur yang keras dan licin. Tembok besi itu terletak di jalan yang menghubungkan Samarkhand dengan India dan dinyatakan sebagai Babu ‘l-Hadid. Bukan tempat dekat kota Babu ‘l-Abwab ataupun Durband (Derbend) di Pergunungan Qauqaf (Kaukasus). (Tafsir Maraghi); Potongan yang dicampurkan dengan cairan tembaga (qithr). Lokasi tidak dijelaskan.. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Dinding besar dengan besi yang diperkukuhkan dengan batuan dan juga dengan menuangkan tembaga ke dalamnya. (Tafsir Al-Azhar); Zulqarnain ingin membina tembok yang lebih kukuh daripada apa yang diminta, iaitu tembok yang diperbuat daripada besi dan tembaga. (Tafsir Al-Kahfi); Perkataan zubur adalah bentuk jamak bagi perkataan zubrah, iaitu potongan-potongan besi yang besar. Tentu sahaja struktur itu bukan hanay dibina daripada besi dan tembaga, tetapi juga batuan dan bahan lain. Dalam konteks ini, besi disebut secara khusus kerana ia adalah bahan terpenting. Lagipun, ia tidak mudah ditemui berbanding batu. Ia juga disebut secara khusus bagi menggambarkan kekuatannya. Perkataan qithran diambil daripada perkataan qathara iaitu menitis. Menitis merujuk kepada tembaga yang mencair. (Tafsir Al-Mishbah).

5 PROFIL YANG MELATARI KISAH

1.Zulqarnain sebagai kuasa besar yang beriman, soleh dan istiqamah.

2.Kaum yang kufur ingkar

3.Kaum yang tidak bertamadun

4.Kaum yang ditindas

5.Golongan yang menindas (zalim dan melakukan kerosakan)

BEBERAPA PENGAJARAN

1.Islam bersifat menakluk; menguasai dan mempengaruhi (tetapi bukan menjajah).

2.Kuasa besar harus berada di tangan umat Islam.

3.Untuk menjadi kuasa besar yang Islami, umat Islam harus mempunyai keupayaan secara politik, mempunyai ilmu yang melampaui tanda aras yang tinggi, dan sarana dan prasarana yang terbaik.

4.Kuasa besar yang Islami sentiasa melaksanakan hukum-hukum Allah dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan Illahi.

5.Kuasa besar Islami adalah kuasa besar yang prihatin, membela yang tertindas dan menghukum yang zalim serta menjadi penyelamat kepada yang fakir.

6.perkongsian teknologi.

7.Collaborate sumber dan daya.
 
rencana 23 yakjuj makjuj

sumber:http://www.jamtawaf.com.my/2016/01/17/hakikat-yakjuj-dan-makjuj/

Terdapat dua kepercayaan utama umat Islam tentang Yakjuj & Makjuj ketika ini. Yang pertama, Yakjuj & Makjuj dipercayai sebagai sejenis makhluk ganas yang telah dikurung di bawah tanah oleh Zulkarnain. Kepercayaan kedua pula ialah Yakjuj & Makjuj dipercayai sebagai Zionis Israel yang akan bersekutu dengan beberapa kuasa besar dunia dan melancarkan perperangan terhadap negara-negara Arab.

Selama mengkaji Al-Quran sejak beberapa tahun lepas, saya akan ketawa bersendirian apabila memikirkan tentang kepercayaan kedua. Saya ketawa kerana melihat sikap sebahagian orang Islam yang mengabaikan fakta-fakta Yakjuj & Makjuj dari Al-Quran. Dalam Al-Kitab, Yakjuj & Makjuj sangat berbeza dari apa yang dipercayai oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk ahli-ahli kitab yang lain iaitu Yahudi dan Kristian.

Kepercayaan Yakjuj & Makjuj sebagai Zionis Israel merupakan salah satu kejahilan paling nyata dalam usaha sesetengah pihak mengkaji Al-Quran. Bagi saya, Yakjuj & Makjuj dalam kepercayaan pertama lebih logik kerana mengikut Al-Quran ianya akan muncul sebaik sahaja struktur logam yang mengurungnya dimusnahkan. Berbeza pula dengan kepercayaaan kedua iaitu Zionis Israel, Yakjuj & Makjuj akan muncul membuat kerosakan beribu-ribu tahun selepas kemusnahan struktur logam tersebut.

yak

Kepercayaan Zionis Israel adalah Yakjuj & Makjuj mula disebarkan secara meluas oleh seorang agamawan berbangsa Arab bernama Sheikh Hussein Al-Imran. Ramai di kalangan orang Islam tidak sedar fahaman Yakjuj & Makjuj sebagai Zionis Israel adalah bertentangan dengan fakta-fakta dari Al-Quran. Adalah lebih logik mengatakan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk ganas yang masih dikurung di bawah tanah kerana struktur logam yang mengurungnya bukan sahaja tidak pernah ditemui malah belum dihancurkan.

Al-Quran sendiri menyatakan dalam surah Al-Kahfi dan Al-Anbiya’ bahawa :

1. Sebaik sahaja struktur logam yang mengurungnya dimusnahkan, Yakjuj & Makjuj akan muncul dan merosakkan Bumi. (Al-Quran, 18 : 98)

2. Orang-orang kafir iaitu mereka yang mengendahkan amaran Al-Quran akan terkejut dan panik sebaik sahaja Yakjuj & Makjuj turun dengan arus deras dari tempat-tempat tinggi. (Al-Quran, 21 : 96-97)

Daripada dua fakta Al-Quran di atas, peristiwa kehancuran struktur logam tersebut dan kemunculan Yakjuj & Makjuj dari tempat-tempat tinggi akan berlaku serentak. Maksudnya, sebaik sahaja struktur logam itu musnah, Yakjuj & Makjuj pun akan muncul dalam masa yang sama. Seperti sebuah empangan yang pecah, air yang diempang akan turut terhambur keluar.

Dan satu lagi, jika Yakjuj & Makjuj ialah Zionis Israel yang akan berperang dengan negara-negara Arab tidak mungkin mereka yang dimaksudkan dalam (21 : 97) akan terkejut dan panik. Kalau ikut doktrin perperangan moden, tiada kuasa besar dalam dunia hari ini mampu melancarkan perperangan ke atas negara musuh pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat. Rakyat Iraq pun tidak panik dan takut seperti gambaran (21 : 97) semasa penaklukan Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Tetapi mengikut kepercayaan yang dipelolopori oleh Sheikh Hussein Al-Imran, struktur logam yang mengurung Yakjuj & Makjuj telah musnah sejak ribuan tahun lalu tetapi ianya akan muncul membuat kerosakan pada masa akan datang !!! Teori beliau sangat tidak logik jika dibandingkan dengan fakta-fakta Al-Quran. Mungkin ada yang akan menuduh siapalah saya jika nak dibandingkan dengan tahap ‘keilmuan’ Sheikh Hussein Al-Imran tetapi beliau bukan seorang saintis.

Kalau anda belajar 1000 kitab agama sekali pun, ianya langsung tidak berguna kerana Yakjuj & Makjuj ialah sejenis elemen gunung berapi yang perlu dikaji dari satu disiplin sains yang dinamakan vulkanologi – satu cabang kajian dalam bidang geologi. Ilmu vulkanologi moden masih baru dalam peradaban manusia seiring dengan kemajuan teknologi untuk mengkaji fenomena gunung berapi.

Pengetahuan pengkaji Al-Quran zaman dahulu tentang kejadian gunung berapi sangat terbatas dan pemahaman mereka tentang Yakjuj & Makjuj banyak dipengaruhi oleh mitos kebudayaan bangsa mereka sendiri. Al-Quran ialah sebuah kitab yang diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Bijaksana. Manusia perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk memahami mesej-mesej Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Oleh itu, manusia terutamanya umat Islam hari ini perlu mempunyai satu usaha baru untuk meneliti semula ayat-ayat Al-Quran agar kita tidak terpengaruh dengan ketidak-fahaman generasi terdahulu tentang amaran Tuhan untuk bersiap-sedia menghadapi bencana Yakjuj & Makjuj
 
28 maut, 61 cedera letupan di Ankara

NKARA - TURKI. Sekurang-kurangnya 28 terbunuh manakala 61 yang lain cedera dalam letupan kereta yang menyasarkan tentera Turki di tengah bandar Ankara dalam satu siri serangan terbaru yang menggegarkan ibu negara itu.

Bom kereta diletupkan ketika sebuah konvoi bas tentera membawa berpuluh-puluh tentera berhenti di lampu isyarat di pusat bandar Ankara.

Timbalan Perdana Menteri, Numan Kurtulmus berkata, letupan disasarkan kepada kenderaan tentera dan masih belum jelas pihak yang mendalangi serangan.

"Serangan ini dengan jelas telah disasarkan kepada negara kita yang dihormati secara keseluruhan dan telah dijalankan dengan cara yang keji, hina, khianat dan berbahaya," kata Kurtulmus dipetik AFP.

Kepulan asap boleh dilihat dari tempat kejadian yang berlaku berhampiran dengan ibu pejabat tentera Turki dan parlimen.

Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar membalas dendam terhadap mereka yang melakukan serangan itu.

Tanpa menyatakan apa tindakan balas yang akan diambil, Erdogan memberi amaran bahawa Turki tidak akan teragak-agak daripada menggunakan haknya untuk mempertahankan diri pada bila-bila masa, di mana-mana tempat atau majlis

imagesss_zpsmsbjgh6x.jpg
 
Turki janji balas dendam

ANKARA - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar untuk membalas dendam terhadap mereka bertanggungjawab dalam serangan letupan maut yang meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa.

"Kami akan meneruskan perjuangan memburu dalang bertanggungjawab setiap hari. Kami juga tidak akan menjauhkan diri daripada menggunakan hak untuk mempertahankan diri ketika berada dalam bahaya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar tempatan Yeni Safak melaporkan seorang rakyat Syria bernama Salih Necar telah dikenal pasti sebagai penyerang berdasarkan cap jari yang diambil ketika suspek memasuki negara itu.

Dalam serangan kelmarin, sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 61 yang lain cedera selepas sebuah kereta dipenuhi bahan letupan yang menyasarkan tentera kerajaan meletup di tengah ibu negara Ankara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus, bom kereta meletup sekitar jam 4.31 petang (waktu tempatan) apabila sebuah konvoi bas tentera membawa puluhan anggota keselamatan berhenti di lampu isyarat.

"Serangan ini jelas menyasarkan pasukan keselamatan negara dan ia telah dilakukan dengan cara yang keji, hina dan berbahaya," katanya. - Agensi

imagefffsss_zps6vcjiyyw.jpg
 
AS serang kumpulan militan IS di Libya

SABRATHA - LIBYA. "Satu serangan udara terhadap kumpulan militan IS di Sabratha, Libya mengorbankan sekurang-kurangnya 40 nyawa," kata datuk bandar dipetik Reuters.

Akhbar The New York Times memetik kenyataan seorang pegawai yang namanya tidak didedahkan berkata, pesawat Amerika Syarikat melakukan serangan udara tersebut.

Menurutnya, serangan udara tersebut disasarkan kepada kumpulan jihad IS di Tunisia yang mempunyai kaitan dengan dua serangan di muzium serta hotel tahun lalu di mana kumpulan tersebut mengaku melakukannya.

Sementara itu, Hussein al-Thwadi memberitahu Reuters, pesawat itu melakukan serangan udara pada jam 3.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan sebuah bangunan di Qasr Talil dimana pekerja asing tinggal.

Hussein berkata, 41 terbunuh manakala enam cedera.

Angka kematian bagaimana tidak dapat disahkan oleh pegawai yang lain.

Sabratha terletak berhampiran sempadan Tunisia dan salah satu kawasan yang didakwa didiami kumpulan militan IS sebagai salah satu usaha mengembangkan kumpulan itu di Afrika Utara.


imagehh_zpsvi9veboy.jpg
 
Jason Statham Gaza tarik bas dengan gigi

BANDARAYA GAZA: Idea menarik bas seberat 12 tan kedengaran tidak masuk akal tetapi Mohammed Baraka, menjadikan ia satu kenyataan dengan cara lebih mengagumkan - cuma menggunakan gigi. Baru menginjak usia 20 tahun, Baraka bukan bertaraf profesional malah beliau ialah penuntut tahun dua bidang pelancongan dan perhotelan di Kolej Teknikal Palestin di Deir Al Balah, kampungnya di Semenanjung Gaza.

Namun kini sudah bergelar wira, dengan kejayaannya disiarkan di Facebook dan dikongsi secara meluas dalam kalangan penduduk Palestin di Gaza dan tempat lain. Baraka kini mengimpikan untuk meninggalkan wilayah terkepung itu dan menjadi bintang antarabangsa. Kegagahannya membuatkan Baraka digelar 'Samson Gaza' tetapi beliau lebih suka digelar 'Jason Gaza', sempena nama pelakon Britain kegemarannya, Jason Statham. Baraka menggunakan giginya yang diikat pada abah-abah untuk menarik bas dengan 20 tempat duduk sehingga bergerak. Beliau kini merancang menarik bas yang mempunyai 50 tempat duduk. Pemandu bas, Mahmud, kelihatan terkejut. "Saya sangkakan beliau berjenaka.

Ini memang gila. Jika tidak melihat dengan mata sendiri, saya tidak akan percaya," katanya. Baraka, sebaliknya tidak berbangga dengan pencapaiannya. "Saya gembira kerana berjaya menarik bas besar dan melihat kanak-kanak riang," katanya. - Agensi

20tarikbas.transformed_zpsfbrafzl7.jpg
 
Haiwan zoo Yemen kebuluran Perang di Yemen menyebabkan penjagaan mereka diabaikan -

SANAA 18 Feb. - Perang saudara yang meletus di Yemen bukan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat negara itu melarat malah menyebabkan haiwan-haiwan kebuluran di zoo Taiz, selatan Yemen.

Menurut Mail Online, beberapa keping gambar yang mengejutkan telah tersebar menunjukkan haiwan-haiwan berkenaan dengan luka-luka pada badan bertindak makan rakan sendiri bagi meneruskan kehidupan.

Sebanyak 280 ekor haiwan ditempatkan di zoo berkenaan namun semua haiwan terbabit telah dilupakan sejak bermulanya konflik tersebut pada Mac tahun lalu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), peperangan di Yemen menyebabkan 21.2 juta rakyatnya iaitu 82 peratus daripada jumlah penduduknya memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan.

Pada masa ini, beberapa kumpulan sukarelawan antarabangsa yang mengetahui keadaan itu melalui laman sosial Facebook menghulurkan bantuan kepada 20 ekor singa dan 26 ekor harimau bintang Arab yang merupakan spesies terancam.

“Harimau bintang Arab itu kebuluran sehinggakan harimau jantan memakan pasangannya manakala 11 ekor singa dan enam harimau bintang mati,’’ kata Chantal Jonkergouw daripada SOS Penyelamat Beruang dan Zoo.

Beliau berkata, dubuk, ular, buaya, burung hantu, babun, emu, burung falcon, burung he*ring juga perlu diselamatkan.

Menurut beliau, walaupun operasi menyelamat telah bermula namun tugas itu tidak mudah selain memerlukan dana untuk memastikan haiwan-haiwan itu terus hidup.

Katanya, bagi mengelak kebuluran yang lebih teruk, tindakan segera perlu dilakukan untuk membekalkan makanan kepada haiwan-haiwan itu.

“Seekor harimau bintang memerlukan dua sehingga empat kilogram (kg) daging sehari manakala singa memerlukan empat sehingga lima kg daging sehari,’’ katanya.

Beliau berkata, haiwan herbivor memerlukan 100 kg sayur-sayuran dan 5,000 liter air.
-

sss_zpsqebjrexf.jpg
 
Ratusan juta dana IS musnah

WASHINGTON – Beberapa siri serangan udara Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa bulan lalu telah memusnahkan ‘beratus-ratus juta’ wang tunai kumpulan Islamic State (IS) dalam satu kempen lebih meluas untuk mengurangkan kekuatan kewangan kumpulan itu, kata jurucakap tentera AS kelmarin.

Kolonel Steve Warren yang bercakap bagi pihak perikatan tentera yang menentang IS di Iraq dan Syria memaklumkan, usaha tersebut termasuk serangan udara terhadap pusat pemprosesan dan agihan minyak terutamanya di Syria sehingga memaksa IS mengurangkan gaji anggo*tanya.

Agensi berita AP Selasa lalu melaporkan, IS kini berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan perbelanjaannya sehingga terpaksa memotong gaji anggo*tanya di seluruh rantau tersebut.

Laporan itu turut menyatakan penduduk di Raqqa, Syria yang menjadi ‘ibu negara’ IS kini dipaksa membayar bil menggunakan duit pasaran gelap dalam bentuk dolar AS, malah kumpulan tersebut sanggup melepaskan tahanan mereka jika dibayar pada harga AS$500 (RM2,100) seorang.

Warren mendedahkan dalam kes ter*tentu, IS telah mengurangkan sehingga 50 peratus gaji anggotanya.

“Bagi kami, tindakan ini menjadi petanda bahawa serangan terhadap kemam*puan mereka menjana pendapatan telah mula memberi tekanan sikit demi sedikit,” katanya.

Warren sebelum ini menjangkakan serangan terhadap tempat penyimpanan wang tunai IS telah memusnahkan berjuta-juta dolar.

Kelmarin, dia memaklumkan perangkaan terbaharu menunjukkan beratus-ratus juta dolar telah musnah tetapi tidak memberikan satu angka khusus.

Sebanyak 10 serangan udara telah dilancarkan ke atas tempat simpanan tunai IS sejak Oktober lalu, tujuh di Iraq dan tiga di Syria.

Kempen tersebut dipertingkatkan hujung minggu lalu dengan lima serangan udara berhampiran Mosul di utara Iraq, mengenai sasaran yang digambarkan Warren sebagai dua pusat simpanan dan dua lagi pusat agihan tunai IS. – AP


thfff_zps8tza6jsc.jpg
 
Last edited:
Dipancung IS hanya kerana dengar lagu

MOSUL- IRAQ. Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.

Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.

Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum.

Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu.

Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.

IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya.

imagecc_zps4rjabtbv.jpg
 
Back
Top
Log in Register