BTC USD 83,910.8 Gold USD 4,155.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

rencana 1 yakjuj makjuj

sumber:http://teamdakwahislam.blogspot.my/p/setakat-yang-saya-ketahui-sarjana.html


BENARKAH TEMBOK YAKJUJ MAKJUJ SUDAH DITEMUI?

Setakat yang saya ketahui, sarjana-sarjana Islam telahpun melakukan kajian yang bukan sedikit mengenai siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur’an, siapakah kaum Yakjuj dan Makjuj dan di manakah pula letaknya Tembok Zulkarnain. Dalam artikel ini saya akan mencatat beberapa perkara yang mungkin menarik minat anda.

SIAPA SEBENARNYA ZULKARNAIN?

Sebenarnya pendapat popular bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) telah dinafikan oleh ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji latarbelakang Iskandar Zulkarnain, ternyata bahawa beliau bukanlah seorang yang berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-Qur’an. Atas sebab itu sarjana yang kemudian telah mengkaji lagi dan mencari siapakah sebenarnya Zulkarnain itu.
Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha’ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba’ bin Yusyiab bin Yi’rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha’ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha’ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain.

Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha’ab Zulkarnain mangkat.
Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia.


Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur’an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini. Memadailah untuk saya catat di sini pendapat Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur’an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur’an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur’an. InsyaAllah.


YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.


Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara’is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu “terpisah atau tinggal” pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.


Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra’iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.

Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.


Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima’ secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima’ sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.


Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya’ Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:

“Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: “Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik”. Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.
Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj?

Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: “Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh.” Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.
Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol.

Syed Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta membuat kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah nama bagi bangsa yang berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson berpendapat bahawa Tartar merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau satu puak daripada mereka, dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa orang-orang Turki telah keluar dari Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh orang-orang Mongol. Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki ketika keluar dari Mongolia dan berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah barat.

Ibnu Al-Athir menggelarkan “At-Taiman” terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah Tartar. Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan. Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan Tartar.


Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan telahpun dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12.

Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian. Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini adalah antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.


Doktor Al-Butiy berkata “Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol..” Ada pendapat yang menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini.

Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai “Lorong (Bani) Israel”. Diceritakan bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius… Kemudian melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang Caucasus.


Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain.

Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah “dipadamkan” dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang “halal” disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.


Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: “Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi.” Imam Al-Masudi berkata: “Mereka tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan.” Tantawi Jauhari berkata: “Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing.”


DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN?

Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan terperinci. Malah ada ekspedisi-ekspedisi silam yang telah dilakukan untuk mencari di mana letaknya tembok tersebut. Untuk mengelakkan dari menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di sini bahawa setakat ini seolah-olah terdapat satu persetujuan bahawa lokasi Tembok Zulkarnain sudah ditemui. Saya telah melakukan carian demi carian untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain tetapi masih gagal. Namun begitu, dalam artikel ini saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain untuk kita sama-sama renungkan.
Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850′an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.


Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer.

Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang.

Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya.
Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana “geological fault-line”), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).


Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai “Pillars, Stronghold” atau “Iron Gate of Alexander The Great” oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).
Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800′) dan Elbrus (5642m/18,800′).

Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.
Saya telah membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara bukti-bukti bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi. Di kawasan Caucasia ini banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths) yang dipercayai merupakan kepuk kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi (high-precision) dan di batu tengahnya telah ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan ukiran pada batu adalah amat tinggi, dianggap sehalus kemahiran pengukir permata (jeweller).


KESIMPULAN

Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain.

Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.
Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui agaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.


Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam Al-Qur’an. Kerana itu jugalah ulama Islam bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis, malah telah menghujahkan pendapat mereka dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan teliti sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan seterusnya zaman berzaman. Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur’an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur’an itu sendiri.

Ianya satu berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian, secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang Maha Bijaksana.
Semoga Allah menambahkan ilmuNya kepada kita semua.

InsyaAllah.
Wallahua’lam.
 
rencana 2 yakjuj makjuj

sumber:https://www.facebook.com/permalink.php?id=220361914651596&story_fbid=576076855746765

Sejarah Asal Usul Yakjuj dan Makjuj

Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah

Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis..1- Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.

2- Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.

3- Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.

4- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan Auj pula mempunyai anak bernama Unuk.

Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini). Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam).

Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Untuk pengatahuan semua,
Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam).
Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini.

Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.

Beginilah keadaan dashyat banjir besar Nabi Nuh suatu ketika dahulu. Ramai manusia melarikan diri ke puncak gunung namun mereka tetap ditelan banjir besar itu.Inilah puncak Gunung Ararat, Turki yang dikatakan tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh.Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom dan bertemu dengan raja di situ. Untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang) maka Unuk telah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja,
“Tuan, cubalah carikan saya seorang gadis... tetapi awas! Jika tuan tidak dapat memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negara tuan dengan air laut ini (tsunami)”.


Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja terus mejadi kusut, di mana mungkin beliau boleh mencari si gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu! Tetapi raja tidak kehabisan akal di situ, beliau telah meminta tempoh selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.


Mulai saat itu, sang raja memulakan usaha kerasnya demi mengumpulkan ahli pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis rasaksa! Ahli pengukir batu itu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang berbaring. Setelah diukir siap selama 12 tahun maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya. Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut. Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.

Sesetengah pengkaji Islam percaya bahawa banjaran besar di Asia Utara inilah yang dikatakan telah diukir menjadi sebuah patung gadis rasaksa.Setelah benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi tubuhnya. Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia).


Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk. Maka dengan kuasa Allah swt (kunfayakun, jika Allah swt mengkehendakinya lalu jadilah ia) daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh seorang bayi lalu menjadi kepompong, dari kepompong tersebut maka menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa! Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira! Wajah mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah orang Asia Tengah (wallahualam).

Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin berjima' dengan patung gadis tersebut. Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi.

Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka.
Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam)
 
rencana 3 yakjuj makjuj

sumber:http://art-mohamad.blogspot.my/2014/01/siapakah-atau-apakah-yakjuj-dan-makjuj.html

"SIAPAKAH" ATAU "APAKAH" YAKJUJ DAN MAKJUJ? JOM KITA BONGKAR!
Selama hampir 1,400 tahun, umat Islam telah bertanyakan soalan yang salah tentang Yakjuj & Makjuj. Soalan mereka biasanya; "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" Ini soalan yang salah. Sepatutnya mereka bertanya : "APAKAH Yakjuj & Makjuj?"

Dalam artikel ini, penulis akan buktikan kepada anda bahawa Yakjuj & Makjuj bukanlah dua jenis kaum yang melakukan kerosakan. Artikel ini akan mencabar pandangan tradisional para pengkaji yang selama ini mentafsirkan Yakjuj & Makjuj sebagai dua kaum perosak. Di dalam artikel ini juga akan disertakan sekali dengan bukti ayat-ayat Al-Quran dan beberapa fakta lain yang akan membuatkan anda tidak senang duduk selama beberapa hari. Yakjuj & Makjuj jauh lebih menggerunkan daripada apa yang anda pernah bayangkan. Tiada suatu pun kekuatan senjata manusia di atas dunia ini mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj.

Yakjuj & Makjuj mempunyai kekuatan yang sangat besar dan menakutkan. Iskandar Zulkarnain sendiri pun tidak mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang sangat kuat. Yang mampu dilakukan oleh beliau hanyalah dengan mengurung Yakjuj & Makjuj di sebalik sebuah tembok besi. Ini sahajalah cara paling berkesan untuk menyekat kemaraan Yakjuj & Makjuj. Walaupun telah berjaya mengurung Yakjuj & Makjuj, Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang mengurungnya. Umat Islam di seluruh dunia sedang menunggu peristiwa menakutkan ini. Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj & Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini. Apabila Yakjuj & Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, anda hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat daripada serangannya. Tahukah anda mengapa Yakjuj & Makjuj tidak boleh ditewaskan dengan kekuatan senjata manusia? Jawapannya bergantung kepada soalan pertama anda sama ada : "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" atau "APAKAH Yakjuj & Makjuj?"

Jika anda bertanya menggunakan soalan pertama, lebih baik anda jangan baca artikel ini kerana pendedahan ini akan membuatkan anda tidak tidur nyenyak selama beberapa malam. Tetapi jika anda berfikiran terbuka untuk bertanya menggunakan soalan kedua, tahniah diucapkan! Anda akan menajdi antara orang yang terawal didedahkan dengan pembongkaran Yakjuj & Makjuj. Yakjuj & Makjuj telah menjadi antara salah satu misteri terbesar dalam sejarah manusia. Sehingga ke hari ini tiada seorang pun pengkaji berjaya membuktikan 'siapakah' Yakjuj & Makjuj? Kegagalan membongkarkan misteri Yakjuj & Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi dahulu yang mencetuskan persoalan SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj? Al-Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak. Jika dibaca dengan teliti, dua perkataan Yakjuj & Makjuj lebih membawa pengertian kepada sejenis bencana yang merosakkan bumi. Anda mahu tahu apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini? Bersedialah untuk mengalami satu perubahan paradigma yang akan mengubah kepercayaan anda buat selama-lamanya. Penulis akan bongkarkan kepada anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj. Sebelum itu mari kita rujuk beberapa ayat Al-Quran. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj hanya disebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 94 dan Al-Anbiya' ayat 96.

"Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj itu membuat kerosakkan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" - [18:94]

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21:96]

Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu bahawa Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

"Berkata: Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka." – [18:95]

Tembok ini dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi. Kekuatan besi ini tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa 'mereka' berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu? Jadi, untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada 'SIAPAKAH' kepada 'APAKAH' Yakjuj & Makjuj? Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.

#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.
Yakjuj & Makjuj muncul ketika Iskandar Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung.
"Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung........" - [18:93]

#2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.
Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan bumi.
“Mereka berkata, Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj membuat kerosakan di bumi....." - [18:94]


#3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.
Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. ".......... aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka." - [18:95]

#4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.
perkataan 'Yakjuj' mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'.

#5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.
Perkataan 'Makjuj' mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian gelombang.

#6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.
Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng-lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang.

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

#7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.
Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah.

"....... tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." - [18:98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.

#2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.

#3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.

#4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.

#5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.

#6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.

#7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.


Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Yakjuj & Makjuj bukan SIAPAKAH, tetapi APAKAH? Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Iskandar Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut. Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh para pengkaji dahulu. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj? Anda tidak sabar mahu mengetahuinya? Baiklah, artikel ini akan bongkarkan kepada anda secara ekslusif. Sebelum ini perlu diingat bahawa pendedahan ini akan menggemparkan manusia di seluruh dunia.

Sebenarnya, Yakjuj & Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan bumi. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui oleh Iskandar Zulkarnain. Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Iskandar Zulkarnain.

"Sehingga apabila dia sampau di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan." - [18:93]

Tetapi Iskandar Zulkarnaim masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka. Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan bumi. Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan. Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaha kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang. Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan bumi. Tetapi artikel ini masih belum memberitahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.
Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini. Yakjuj; mempunyai sifat menyala. Perkataan Yakjuj mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'. Makjuj; bergerak seperti gelombang. Perkataan Makjuj mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian 'gelombang'. Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu; GELOMBANG YANG MENYALA! Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada 'GELOMBANG YANG MENYALA ke dalam surah Al-Kahfi dan Al-Anbiya'.

"Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami." - [18:94]

"Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

Penulis pasti anda masih samar-samar apakah entiti yang bernama Yakjuj & Makjuj ini. Cuba anda imbas kembali apa yang difokuskan dalam artikel ini. Persoalan Yakjuj & Makjuj ialah APAKAH, bukannya SIAPAKAH? Yakjuj & Makjuj - seperti yang diterangkan bermaksud "gelombang yang menyala". Apakah bencana alam yang mengeluarkan "gelombang yang menyala' dan memusnahkan permukaan bumi? Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Apakah bencana alam yang melibatkan 'gelombang yang menyala'? Sudah pasti anda akan menjawab; "LETUSAN GUNUNG BERAPI".
Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai 'lava'. Bagaimanakah sifat lava? Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.
Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi. Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Iskandar Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem 'Volcano'.
Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan. Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Iskandar Zulkarnain. Kaum yang ditemui Iskandar Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di barat menggelarnya sebagai 'tornado' tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai 'puting beliung'. Dua perkataan ‘puting’ dan ‘beliung’ digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu ‘tornado’. Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan. Begitu juga dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj. Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava. Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi. Mungkin sekarang fikiran anda sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini. Penulis juga begitu. Penulis percaya Yakjuj & Makjuj adalah dua kaum perosak yang ganas dan gemar melakukan peperangan. Tetapi selepas penulis menonton babak letusan supervolcano di Yellowstone dalam filem 2012, penulis mula membuat kajian apakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj seperti yang disebut dalam Al-Quran.
Letusan gunung berapi raksasa ini mengingatkan penulis pada ayat Al-Quran berikut di mana Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang mengurung Yakjuj & Makjuj akan hancur sperti yang dijanjikan Tuhan. Anda fikir ini mengarut?? Biar penulis tunjuk kepada anda sesuatu yang lebih mengejutkan. Iskandar Zulkarnain adalah seorang manusia yang pintar. Tidak kira anda hidup pada zaman bila pun, penyelesaian sesuatu masalah itu masih memerlukan kaedah yang sama. Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara aneh dalam sejarah manusia. Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.






Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya untuk menyelamatkan diri. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif.

Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Iskandar Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat. Penempatan Yakjuj & Makjuj ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif.

“Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hamper tidak memahami ucapan.” – [18:93]

Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.
Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

“Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih.” – [44:10]

“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kamu angin rebut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?” – [67:17]

“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” – [67:16]

Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan cirri-ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.

Penulis akan tunjukkan anda di mana terletaknya dua buah gunung berapi itu.


Pasti anda tidak percaya bagaimana penulis menemui lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak diantara dua buah gunung berapi. Penulis telah menemui dimanakah terletaknya dua gunung berapi itu.

Di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empaya Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.

Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu-kubu pertahanan dan sebagainya. Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini.



Dengan membongkarkan indentiti Iskandar Zulkarnain, penulis berjaya menjejak lokasi dua buah gunung berapi ini dengan mudah berpandukan peta empayar Iskandar Zulkarnain. Anda mahu tahu siapakah Iskandar Zulkarnain yang sebenar? Anda mahu tahu di mana lokasi dua buah gunung berapi tersebut? Sila layari www:yakjujdanmakjuj.com
 
rencana 4 yakjuj makjuj

sumber:http://akhzaman.blogspot.my/2012/04/utusan-dari-neraka-gelombang-pertama.html

Gambaran berikut cukup jelas menceritakan mengenai segolongan manusia yang mewakili Makhluk Ganas seperti yang disebut dalam alQuran. Ganas, zalim dan merosakkan. Sesuai dengan sifat Yakjuj dan Makjuj.

“Mereka menunggang unta dan kuda dengan tangkas, tubuh mereka bagaikan besi, wajah membara, tatapan muka garang, leher pendek, telinga lebar berbulu dan memakai anting-anting, kulit kasar penuh kutu dan baunya amat busuk.” Amir Khusraw memberi gambaran tentang orang-orang Monggol itu.

Penulis lain mengatakan "bahwa mereka seperti keturunan anjing saja, wajah rajanya seperti binatang buas dan berkata bahawa tuhan mencipta mereka dari api neraka.”

“Jengis Khan naik ke atas mimbar masjid dan mengaku sebagai cemeti Tuhan yang diutus untuk menghukum orang-orang yang penuh dosa.”
- Juwayni sejarawan abad ke-13 menulis dalam bukunya Tarikh-I-Jehan Gusan.


Imbas kembali pesanan dari Rasulullah SAW mengenai serangan besar kaum bermata sepet ke atas kerajaan Islam. Perkara ini benar-benar berlaku dalam tahun 1258 M. Kekhalifahan Abbasiah mengalami kekalahan total dan bumi Baghdad hancur luluh.

Adakah mereka ini yang digelar Yakjuj dan Makjuj?

Asal usul Monngol adalah pecahan kaum
Turk yang behijrah ke arah timur


Dari Abu Bakrah bahwasanya Rasulullah telah bersabda:

“Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijlah (Dajlah), dan di atas sungai itu ada sebuah jembatan. Penduduk daerah itu akan bertambah banyak, dan ia akan menjadi salah satu negeri dari negeri-negeri orang-orang yang berhijrah." [Perawi Muhammad ibnu Yahya berkata: Abu Ma’mar meriwayatkan dengan mengatakan: negeri-negeri kaum muslimin].


"Kelak di akhir zaman Bani Qanthura’ yang berwajah lebar dan bermata sepet akan datang menyerbu, sehingga mereka mencapai tepian sungai Dajlah. Pada saat itulah penduduk daerah itu akan terpecah menjadi tiga kelompok. Satu kelompok mengikuti ekor sapi (menuntun binatang mereka) dan menyelamatkan diri ke pedalaman, mereka akan binasa. Satu kelompok lainnya memilih menyelamatkan dirinya dengan jalan memilih kekafiran. Adapun kelompok terakhir menempatkan keluarganya di belakang mereka dan bertempur melawan musuh. Mereka itulah orang-orang yang akan mati syahid.” HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al Albani.

“Adapun satu kelompok yang terakhir menempatkan keluarganya di belakang punggung mereka dan mereka maju berperang menyongsong musuh. Orang-orang yang terbunuh di antara mereka adalah orang-orang yang mati syahid, dan Allah akan melimpahkan kemenangan kepada mereka melalui orang-orang yang tersisa.” HR. Ahmad-shahih.


Sewajarnya kita mengambil iktibar dari sejarah. Sejarah tidak pernah menipu tetapi manusia sendiri yang menipu sejarah. Ramai yang masih belum sedar sehingga kini, masih ragu dan tidak percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj telah lama turun menghancurkab muka bumi ini.

Disebalik bilangan manusia yang berwatak Yakjuj dan Makjuj ini, para pengikut mereka juga akan menjadi sebahagian dari mereka. Ia menyebabkan keluarga Yakjuj dan Makjuj ini semakin hari semakin membesar sehingga sebahagian besar muka bumi ini dipenuhi oleh mereka. Mereka melakukan 'fasad' iaitu memusnahkan apa sahaja yang ada. Tamak dan tidak pernah bersyukur.

Sejarah telah menunjukkan sebahagian dari manusia Yakjuj dan Makjuj ini boleh berubah menjadi Mukmin begitu juga sebaliknya. Kaum Mukminin yang lalai dan ingkar bertukar watak menjadi Yakjuj dan Makjuj. Misteri ini hanya dapat dirungkai dengan memberi perhatian kepada beberapa petunjuk yang berkias dalam alQuran dan Hadis.

Ada banyak rahsia disebalik setiap kejadian. Kehancuran peradaban hebat di Asia Barat oleh tangan makhluk ganas dari Utara Dunia amat menyentuh perasaan. Bagaimana manusia primitif berjaya mengubah sejarah dan menghancur luluhkan sebuah peradaban. Mereka hanya suka berperang dan membunuh.

Di sebalik penderitaan dan kehancuran pemerintah Islam, ada peristiwa luar jangkaan muncul. Kerajaan Islam telah hancur berkecai meninggalkan kesan yang sungguh menyayat hati kaum Muslimin. Walaupun begitu, rahmat Allah tetap mengatasi segalanya. Kemusnahan ini mempunyai hikmah yang tidak terjangkau oleh akal manusia.

Setiap peristiwa yang terjadi semestinya ada penyebabnya. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, kejatuhan empayar Abbasiah pada 1258M pastinya akan memperlihatkan kejatuhan Islam secara total. Segalanya musnah jadi debu, bukan sahaja khalifahnya, malah seluruh cendekiawan, ulama dan hasil penulisan mereka ikut musnah. Segala peradaban yang gilang gemilang, bangunan-bangunan hebat yang dikagumi seluruh bangsa dunia hilang lenyap. Dibakar dan diruntuhkan. Jika dinilai dari situasi ini, Islam tentu sahaja akan ranap dan hilang dari permukaan bumi.


Sebaliknya, manusia ganas dan buas ini secara tiba-tiba telah bertukar wajah menjadi penakluk baru bagi kaum Muslimin pula. Mereka membawa Islam menyeberangi sempadan hingga ke India, China dan juga pendalaman negara mereka Monggolia. Kejadian ini memang aneh.

Walau apa pun keadaannya, Allah telah menghukum kaum bangsawan dan pemerintah Banghdad yang semakin lalai terhadap perintah agama dan lebih mencintai dunia. Berlumba mencari pengaruh dan saling besengketa. Meninggalkan sunnah dan memilih untuk bermusuhan sesama sendiri. Berpecah belah sehingga ada yang sanggup melakukan khianat.

Manusia ganas ini (Monggol) seolah-olah dihantar dari neraka untuk menghancur lumat peradaban yang amat dibanggakan ketika itu. Menghukum manusia lalai, tamak dan meninggalkan sunnah.


hiburan dan kemewahan melampau

Kegilaan kepada pangkat, kuasa, harta dan pengaruh menjadikan segala urusan hanya berkiblat kepada dunia. Ada maklumat menyatakan ulama dari berlainan mazhab juga saling berlumba dan memusuhi sesama sendiri. Ada di antaranya melibatkan pertumpahan darah sesama umat Islam akibat petelagahan antara pengikut. Pada waktu itu bilangan mazhab yang wujud tersangat kecil berbanding dengan apa yang wujud pada hari ini.

Kelalaian terhadap agama dan tertarik kepada dunia menjadikan bangsa Arab telah terjajah oleh nafsu. Keseronokan melebihi batas serta mabuk syahwat. Memilih untuk hidup mewah berbanding kesederhanaan yang dianjurkan oleh agama. Tak semena-mena datang satu kaum ganas dan gasar ini dan sekelip mata semuanya hilang bagai dipuput bayu. Bumi Baghdad sama seperti bandar-bandar besar yang lain telah diratakan oleh serangan Monggol, bertukar rupa menjadi padang jarak. Yang tinggal hanyalah epik Arabian Night - kisah 1001 malam yang terkenal itu.


kisah seribu satu malam

Mampukah manusia hari ini mengambil iktibar dari peristiwa ini? Rasanya tidak. Apabila hati sudah terpaut pada cara hidup mewah dan memanjakan nafsu, segalanya akan dicampak ke tepi. Ini adalah realiti kehidupan makhluk yang dicipta dari air yang jijik ini. Senonim dengan sifat 'bergopoh gapah' dan melebihi batas, ramai diantara kita kurang berminat untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Hanya sedikit yang menyedari hakikat bahawa ini semua adalah ujian sementara hidup di muka bumi. Hanya sedikit yang bersedia mengorbankan hawa nafsu. Hanya sedikit yang meletakkan agama melebihi kuasa, harta dan pangkat.

Manusia inilah yang akan selamat. Selain daripada golongan ini, semuanya akan ditawan oleh dunia. Manusia yang sedikit inilah yang berjaya melepaskan diri dari menjadi pecacai Yakjuj dan Makjuj. Selain dari itu, semuanya secara tidak langsung bertukar watak menjadi sebahagian dari Yakjuj dan Majuj ini. Seperti kata pengkaji fenomena akhir zaman, Sheikh Imran Hosein dalam salah satu ceramahnya. Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita makan apa yang mereka makan, kita pakai apa yang mereka pakai.

Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan. Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian sepertimana mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan untuk diikuti.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Seperti yang beliau (Syeikh Imran) sebutkan, jika dibayangkan 99.9 peratus manusia adalah Yakjuj dan Makjuj, berapa ramaikah lagi yang tinggal untuk menjadi pengikut Imam Mahadi? Jelasnya, memang hanya sedikit sahaja. Bilangan pengikut Imam Mahadi tersangatlah sedikit iaitu manusia beriman (0.1 peratus). Ratio (kadar) yang boleh diperkirakan ialah, hanya seorang yang beriman di kalangan 1000 orang manusia.

"Sesungguhnya Allah berfirman pada han kiamat: Hai Adam, bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu untuk ditempatkan ke dalam neraka, dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerirna firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis terisak-isak, demikian pula para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani).

Adakah anda juga ikut menangis mendengar berita tersebut? Begitulah malangnya manusia akhir zaman ini. Jelas terbukti hanya sedikit sahaja yang akan selamat dari neraka Allah. Mahukah kita terus menerus mengikut cara hidup Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya menjadi sebahagian dari mereka? Kita terdiri dari makhluk di akhir zaman ini, selain dari terpaksa menghadapi Dajjal, kita juga akan dimusnahkan oleh Yakjuj dan Majkjuj. Ini hanyalah sebuah peringatan untuk kita semua insafi, bukan bermaksud untuk memaksa anda.

Contoh, jika seluruh penduduk dunia berjumlah 10 billion orang, 10 juta orang sahaja yang menjadi pengikut Imam Mahadi nanti. Mampukah 10 juta orang beriman ini menentang 10 billion orang Yakjuj dan Makjuj selain dari Dajjal itu sendiri? Selain dari itu, kita sendiri belum pasti adakah kita termasuk di kalangan mereka "yang sedikit" itu. Tetapi harus di ingat bahawa golongan ini akan menghadapi sesuatu musibah yang sungguh dahsyat.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

Bersedialah menyertai kumpulan ini dan teruslah berdoa agar, kita termasuk di kalangan "golongan yang sedikit" tersebut kerana Yakjuj dan Makjud bakal menghuni neraka, Nauzubillah.

Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah".

(Ada yang membuat tafsiran "jemaah" itu bermaksud Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, namun ia tentu sekali bermaksud mereka yang berkasih sayang antara sesama Muslim - kefahaman kami).

Bagi pengkaji peristiwa akhir zaman, bukanlah mudah untuk menilai dan mengagak peristiwa yang bakal terjadi, namun atas keinsafan dan ketakwaan yang kuat pastinya mendapat petunjuk. Lihatlah dengan hati yang suci bersih dan insaflah dengan sebenar-benarnya. Perkara utama yang wajib ada di antara kita ialah sifat "kasih sayang" dan menjauhi tindakan "memutuskan tali persaudaraan" sesama Islam walau dalam keadaan apa sekali pun.

Meninjau kembali sejarah Tanah Di Hujung Dunia iaitu Tanah Melayu tercinta ini, entah kenapa, bumi Melayu tidak dimusnahkan oleh pelbagai bencana alam sebagaimana negara lain, malah tidak juga menjadi mangsa serangan kaum Monggol yang ganas tersebut di era penaklukan mereka. Allah sengaja menghalang kemusnahan sebagaimana Tanah Arab. Mungkin sengaja ditangguhkan seketika untuk kemudian hari? Ataupun sememangnya bukan ditakdirkan menjadi mangsa sehina bangsa Arab pada zaman itu.

Masihkah kamu enggan bersyukur atas nikmat Allah ini? Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat. Siksa Allah amatlah pedih.

Berbalik kepada situasi semasa, tidak mustahil kita juga akan terdedah kepada fenomena luar jangka. Menjadi mangsa kepada serangan penjajah dalam bentuk baru (??). Tidak mustahil pula kita bakal menjadi makanan kaum "Monggol" selepas ini - yang telah bertukar bentuk (??). Sila fikirkan.

Sebelum ini kami pernah membangkitkan sebuah pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah makhluk berktrampilan dan bergaya dari benua Eropah dalam sebuah artikal di blog ini. Namun setelah mengkaji semula berdasarkan beberapa nas berkaitan makhluk ini, kami merasakan ada sesuatu yang ganjil atau kelompangan. Seperti ada kecacatan sedikit kerana apa yang digambarkan oleh nas-nas tersebut, makhluk ini sangat ganas melebihi binatang. Rasulullah saw sendiri menggambarkan ketakutan yang amat sangat selelah mendapat petunjuk mengenainya. Siapa sebenarnya mereka?

“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Kami terus membuat kajian dan menemui beberapa penulisan yang menarik untuk dianalisa secara mendalam. Antaranya ialah sebuah tulisan ilmiah "Hancurnya Sebuah Peradaban" karya Thoriq Ahmad (disiarka di bawah). Selain dari itu, banyak lagi artikel seumpamanya sempat kami baca. Ini membuatkan kami lebih berani membuat kesimpulan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk jahat yang berduyun-duyun turun menghancurkan peradaban dunia. Kejahatan mereka dalam bentuk pelbagai.

Kejahatan mereka tertakluk kepada keadaan. Kebanyakannya memang diluar tahap pemikiran manusia. Lebih sesuai disebut di luar jangkaan. Kali ini (kemungkinan yang terakhir) bukan sahaja peradaban dunia yang akan mereka rosakkan tetapi juga peradaban kemanusiaan. Tauhid akan cuba dimusnahkan dari jiwa manusia. Mereka juga akan membawa keraguan kewujudan "TUHAN" malah mengangkat nafsu manusia itu sendiri sebagai tuhan. Sudah nampak apa yang ada di sekeliling kita? Tandanya, ia telah pun bermula.

Dunia belum kiamat, tentunya Yakjuj dan Makjuj akan datang lagi buat kesekian kalinya. Mereka tidak turun hanya sekali seperti mana yang selalu kita dengar. Air tasik diminum oleh mereka (golongan sebelumnya) dan setelah kering nanti, datang pula kumpulan berikutnya dan mengatakan "dulu tasik ini dipenuhi air". Tasik Galilee atau Tasik Tiberias menjadi indikator penting masa kedatangan Dajjal, Makjuj dan Makjuj (kumpulan terakhir) dan juga Nabi Isa as. Sekarang Yahudi Palsu (Kazaria) sedang mengeringkan tasik tersebut dengan rakusnya. Mereka juga adalah berasal kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Saka baka Monggol juga. Mereka berpecah kepada dua puak, satu ke Barat dan satu lagi ke Timur.

Yahudi Kazar (Yakjuj Makjuj gelombang kedua) ini bakal diserang pula oleh Yakjuj Makjuj kumpulan terakhir di bumi Palestin? Siapa pula Yakjuj dan Makjuj akhir zaman ini? Teruskan berfikir.

Sementara itu cuba kita lihat ada sesuatu keganjilan yang disebut di dalam nas, dua nama yang bercantum. Pertama Yakjuj dan kedua ialah Makjuj. Adakah ia tidak membawa apa-apa makna terselindung? Semua itu tetap menjadi misteri, bagaimana keadaan sebenarnya akan terus mengasak pemikiran kita semua.

Berduyun itu maksudnya jumlah yang amat banyak. Meluru turun bermaksud pantas menuruni dari kawasan atas ke kawasan bawah secara berlumba-lumba. Apa pula indikasi yang boleh kita kaitkan Monggol dan Barat dengan Yakjuj dan Makjuj? Jika puak Khazar Zionis melalui gerakan penjajahan Barat, kita mungkin dapat menerimanya dengan mudah kerana kini mereka sudah pun bermukim di Bumi Palestin.

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan “Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

dipetik dari artikel Imran Hosein.


Adakah Yakjuj dan Makjuj kumpulan terakhir ini juga ada kaitan dengan Yahudi Khazar? Mereka asalnya dari satu induk walau berlainan nama. Terkini, mereka sedang melalui proses terakhir untuk kembali kepada sifat asal mereka (makhluk perosak). Mereka bakal menjadi manusia penakluk yang baru. Keadaan menjadi semakin kompleks bila seluruh manusia mengikut cara, etika dan falsafah mereka serta bernaung di bawah kekuasaan mereka. Pembongkaran mengenai siapa mereka mungkin terpaksa dilakukan pada masa yang lain.

Apa yang boleh kita faham, Yakjuj dan Makjuj adalah dua perkataan begandingan. Ia bermakna dua puak. Puak pertama Yakjuj dan puak kedua ialah Makjuj. Sebab itu di sebut "Yakjuj wa Makjuj". Perkataan "wa" dalan Bahasa Arab itu bermaksud "dan". Dalam perkhabaran Hadis dan alQuran ia diucapkan sekaligus iaitu gabungan keduanya. Terpecah tetapi satu. Adakah mereka bergabung antara keduanya atau dua jenis manusia berlainan kumpulan tetapi mempunyai kebuasan yang sama? Jawapannya tentu sekali 'tidak'.

Bangsa Tartar atau Monggol ini adalah orang gasar. Tindakan mereka juga kasar dan ganas. Serangan brutal membumi hanguskan semua negara yang diserangnya. Sementara pihak Barat membawa pendekatan berbentuk muslihat dan tipu daya. Melakukan provokasi, konspirasi berstrategi dan dusta. Merekalah yang mencipta perang dunia melalui muslihat jahat. Mereka kedua yakni Yajkuj dan sepupu mereka Makjuj tidak pernah berganding bahu merosakkan muka bumi. Jadi bagaimana kita hendak ulas mengenai bangsa Yakjud dan satu lagi bangsa Makjuj? Atau Gog and Magog.

Ada satu fakta yang menarik. Sila baca di sini dan di sini. Kita akan lihat ada sesuatu maklumat di sana yang membolehkan kita mula berfikir untuk mengenali dua puak sejiwa ini.

Yang paling menarik ialah:

"Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”.

Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar" (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).


Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu "9 kali" lebih ramai berbanding bilangan "manusia" di atas muka bumi. Manusia di sini bermaksud orang yang beriman.

Kita dapat lihat ada maklumat yang boleh mambantu kita faham kenapa Monggol itu satu dari kaum Yakjuj Makjuj. Mereka berasal dari kaum Turk yang menghuni utara Asia. Buat waktu ini tak dapat lagi dipastikan sama ada Monggol itu Yakjuj dan Barat itu Makjuj. Tetapi sebilangan pengkaji Barat menyatakan bangsa mereka (Eropah) berasal dari kaum "GOG". Lupakan dahulu mengenainya. Apa yang kami cuba bangkitkan ialah mengenai ungkapan " “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”. Apakah maksudnya?

Maksud tersembunyi ayat ini ialah perkataan "Insya Allah". Adakah mereka sudah mengenali Allah sehingga mampu menyebut perkataan tersebut? Bukankah mereka kaum yang kasar, ganas dan primitif sehingga tidak dapat difahami perkataan mereka? Malah mereka terdiri dari kaum pagan. Hanya orang yang percaya kepada kekuasaan Allah atau beriman dengan kekuasaanNya sahaja yang akan mengucapkan perkataan "Insya Allah" ini. Ayat tersebut membayangkan ada sesuatu tanda di sebaliknya. Ia tidak akan disebut secara sia-sia.

Jika perkataan "Insya Allah" itu tidak disebut, tembok Zulqarnain tentu masih kekal di sana sehingga hari ini. Yakjuj atau Makjuj juga tidak akan keluar sehingga sekarang. Begitulah cantiknya bahasa alQuranul Karim dan juga perkhabaran dari Baginda Rasulullah saw.

Kita lihat dalam artikel Runtuhnya Sebuah Peradaban – Serangan Monggol ada disebutkan seorang dari cucu Jengis Khan:

"Pemimpin Monggol pertama yang memeluk Islam ialah Barkha Khan (1256-1266), cucu Jengis Khan dari puteranya Juchi Khan, penguasa Eropah Timur"

Barkha Khan telah memeluk Islam secara rasmi atas dakwah seorang ahli sufi. Ketika itu Bangsa Arab masih selamat dan belum lagi jatuh ke tangan tentera Monggol walaupun beberapa kawasan Islam bukan Arab (ajam) telah pun ditawan sebelum itu. Ini berarti dia sudah mengenali Islam dengan mendalam sebelum menerima Islam secara rasmi sebagai cara hidup beliau.

Adalah munasabah jika kita katakan ada di antara tentera mereka (sebelum ketuanya) sudah pun mengenali Islam dan menganut agama Allah ini. Lebih awal sebelum kemusnahan halangan tersebut. "Tembok itu musnah" boleh ditakrifkan sebagai tamatnya halangan untuk Yakjuj dan Makjuj keluar. Bermulalah serangan Monggol dari dataran Asia Tengah ke atas bangsa Arab di Baghdad. Salah satu pasukan Hulagu menyerang dari arah utara. Perjalanan 1000 km melaluii celahan dua gunung tersebut.

Dalam satu hadis Baginda Rasulullah saw, Baginda menyebut "Celakalah bangsa Arab..." bermaksud kerajaan Arab ketika itu iaitu kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Artikel saudara Thoriq amat menarik perhatian kami, disiarkan di sini para pembaca boleh mengetahui bagaimana dahsyatnya hentaman kaum Monggol ini sesuai dengan sifat manusia ganas bernama Yakjuj dan Makjuj seperti mana yang digambarkan dalam beberapa hadis.

Berkaitan analisa tentang siapa Yakjuj dan Makjuj akhir zaman (belum keluar) akan kami cuba postkan kemudian, insyaAllah. Sebelum itu pembaca bolehlah memikirkan sendiri siapa mereka, apa kaitan dengan Yahudi Zionis, apa persamaan dengan misionari Barat dan THH dan apa pula persamaan sifat "kebuasan" yang ada pada mereka. Bagaimana keadaan yang dikatakan "Mereka begitu ramai bilangannya berbanding kaum Mukminin?"

Yang paling penting untuk kita fikirkan ialah apakah nasib kita nanti jika menghadapi serangan mereka? Atau, adakah... sememangnya kita hari ini sedang menghadapi mereka di luar kesedaran kita?


Kuasa Allah

Maha Suci Allah, segala sesuatu adalah atas kehendakNya. Akal manusia tidak mampu mentafsir kecuali sedikit. Islam kembali semula dalam wajah baru selepas sahaja Monggol tewas kepada tentera Islam di Ain Jalut. Pemimpin Monggol yang bengis dan ganas dengan rela hati beransur-ansur menerima dan menganut agama musuhnya, Islam. Akhirnya mereka menjadi pemimpin Islam meluaskan takluk ke India. Di sana wujudlah kerajaan Islam Monggol yang dikenali sebagai Moghul. Mereka terus bertahan di sana sehinggalah ditamatkan oleh penjajah British (Yakjuj Makjuj gelombang kedua).

British mengetuai bangsa Eropah menjajah dunia. British secara rahsia telah dikuasai oleh kaum Khazar (Yahudi Khazar - Ashkenazi Jews) yang menguasai ekonomi mereka. Eropah menyerang semua negara yang dikuasai Monggol termasuk India dan Timur Tengah. Melemahkan China dengan menyeludup masuk candu dan menduduki beberapa wilayahnya. Kerajaan Monggol akhirnya tumbang. Mengatur Perang Dunia Petama dan Kedua. Gerakan Eropah ini akhirnya memberi peluang tertubuhnya sebuah negara Yahudi Khazar di Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari sana. Tinggallah manusia Arab Palestin di kem-kem pelarian sehingga kini.

Mereka terus melakukan kerosakan tanpa henti dalam usaha memperluaskan kekuasaan mereka. Meliputi seluruh kawasan Arab yang mereka dakwa sebagai bekas kerajaan besar David (Nabi Daud as) dari Nil hingga Dajlah. Mereka terus menerus mendustai dunia.

Kadatangan penjajah Eropah merupakan gelombang kedua Yakjuj dan Makjuj. Kita masih menanti keluarnya Yakjuj dan Makjuj untuk kali terkhir. Iaitu gelombang ketiga. Siapa Mereka? Yang pasti mereka akan datang berduyun-duyun dari utara dunia. Adakah Monggol akan datang kembali selepas giliran Eropah?

Yakjuj dan Makjuj akan melakukan kerosakan besar. Itu adalah faktanya
 
rencana 5 yakjuj makjuj

sumber:http://raja-jawa.blogspot.my/2015/03/keluarnya-yakjuj-makjuj.html

KELUARNYA YAKJUJ MAKJUJ
Sesungguhnya kesemua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap sempurna. Salah satu dari tanda-tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Ya'juj dan Ma'juj. Ya'juj dan Ma'juj sehingga kini masih menjadi misteri bagi sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah Islam dan sebahagian ulama sendiri mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini. Merujuk kepada hadis riwayat Imam Muslim ini;

10 TANDA BESAR KIAMAT

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda SAW bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.

Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.

Kemudian Nabi SAW menyebutkannya:

1. Dukhan (Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)

2. Al Masih Ad Dajjal
(Fitnah terbesar di akhir zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung dan pedoman untuk kita, umat Islam perlulah menghidupkan mata hati bagi menilai segala sesuatu bukannya mata zahir)

3. Dabbatul Ardhi
(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
(dari Barat ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dengan Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh umat manusia)

5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.
(pergolakkan di Syria, Damascus terletaknya Masjid Umayyad, Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah Imam al Mahdi menunaikan solat subuh)

6. Ya'juj dan Ma'juj
(Dua jenis tamandun manusia)

7. Gempa bumi, sekali di Timur;

8. Sekali di Barat dan;

9. Ketiga di Semenanjung Arab

10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (bunga-bunga pergolakkan di Yamen)

(Hadis Riwayat Muslim)

Ya'juj dan Ma'juj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah SWT kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.

Dari Imran bin Hushain r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :

"Ya'juj dan Ma'juj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."
(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."

Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah Yahudi: Kronikal 1-5

Ya'juj datang dari keturunan Ruben, manakala Ma'juj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Ya'juj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Ma'juj. Manakala Ma'juj dalam bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.

Gog di dalam Injil ialah sama dengan Ya'juj yang dinyatakan di dalam al Quran dan selain itu Ya'juj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.

ADAKAH YA'JUJ MA'JUJ MANUSIA @ RAKSASA @ JIN ?

Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Ya'juj dan Ma'juj adalah mengikut kepada al Quran (Surah al Kahf: 83-98 dan Surah al Anbiya: 95-96) dan juga koleksi hadis Rasulullah SAW. Mereka ini adalah golongan manusia yang sangat kuat, sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan terhadap alam ini. Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan mereka yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.

Dipercayai YA’JUJ dan MA’JUJ adalah termasuk keturunan ADAM alahissalam dari keturunan YAFITS bin NUH alaihissalam. Mereka juga adalah makhluk Allah, akan tetapi berparas dan berkelakuan sangat buruk.

Dikukuhkan lagi bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia jadi tembok yang dibina adalah untuk manusia. Menurut Islam, Ya'juj dan Ma'juj begitu berkuasa dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh memusnahkan mereka. Ya'juj dan Ma'juj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa menggorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hanya terdapat tiga makhluk terpenting atas muka bumi ciptaan Allah SWT iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).

Persoalannya adalah sebahagian besar golongan Yahudi telah kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) apabila tentera British diketuai Jenderal Edmund Allenby menawan kota ini pada 11 Disember 1917 dan mengistiharkan Perang Salib telah tamat

Filem Animasi Kyojin dipercayai berkisarkan Kisah Yajuj dan Majuj

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.
(Surah Al Anbiyaa' : 95-96)

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari qiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya'juj dan Ma'juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia. Allah SWT memberikan petunjuk mengenali Ya'juj dan Ma'juj ini yang dijelaskan di dalam al Quran, Surah al Kahf:

Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..", bukti menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia dan Azerbaijan.

Lokasi Iskandar Zulkarnain Melawan Ya'Juj Ma'Juj yang cerita dlm surah al kahfi



Berdasarkan keterangan Surah al Kahf: 92-98, fakta relevan mengenali Ya'juj dan Ma'juj ialah:

a. Negeri Ya'juj dan Majuj
i- Khazaria (Magog = Pakatan Anglo Amerika dan Israel )
ii- Russia (Gog = Pakatan Russia)

b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Ya'juj dan Ma'juj adalah puak Khazar, iaitu 98% golongan bangsa Yahudi yang kita ketahui hari ini. Golongan Yahudi Khazar adalah golongan yang bukan asli dari kalangan Bani Israel iaitu mereka telah melakukan pemalsuan identiti. Raja Bulan Khazar Pagan orang yang pertama untuk mengamalkan agama Judaisme setelah mendapati agama ini sesuai dengan hidupnya berbanding agama Islam dan Nasrani. Pengamalan ini terjadi setelah kehidupan masyarakatnya rosak dan tidak berakhlak. Akhirnya, tamadun Khazar suku Shamanistik ini kini dikenali sebagai seorang Yahudi yang sebenar Yahudi palsu. Jadi mereka bukan dari keturunan (Bani Israel) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isaq a.s dan Nabi Harun a.s.



Rabbi Farisi Yahudi kononnya dari Baghdad (Babylon), iaitu orang Samaria bukan orang Bani Israel sebenar yang dikatakan dibawa dari Baitulmuqaddis ke Baghdad ke Khazar sebagai hamba selepas kemusnahan akhir perang Baitulmuqaddis oleh tentera Babylon. Kuasa Bani Israel dimusnahkan oleh Allah SWT sebanyak 2 kali (Babylon dan Byzantine) setelah mereka melanggar perintah Allah SWT dan membuat larangan Allah SWT dalam kehidupan mereka.

Khazar Pagan ini tidak menyertai Gereja Ortodoks dan sentiasa berperang, negeri yang muncul adalah Ortodoks Rusia dengan menamatkan Khazaria Lama dan Khazar Pagan berhijrah ke Jerusalem. Menurut sejarah dan Al Quran hanya terdapat 12 kaum Bani Israel di dalam Yahudi dan mereka sebenarnya berkulit gelap.

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Ianya amat jauh berbeza dari rupa golongan Yahudi yang kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah 'negro', mereka berkulit gelap dan mereka lah pembina piramid-piramid Firaun bersama hamba-hamba di Mesir. Mereka hidup bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah Jerman atau Russia atau Eropah dan boleh mengaku mereka adalah dari golongan Yahudi?

Seperti mana yang dunia ketahui, mereka katakan bahawa "We are the thirteenth tribe of Jews? Inilah penipuan kaum Ya'juj dan Ma'juj untuk memanipulasikan identiti golongan Yahudi. Ini adalah sebahagian dari bukti di dalam al Quran bahawa golongan bani Israel terdiri dari 12 puak. Sebelum kita melihat bukti-bukti yang dinyatakan di dalam al Quran, jom kita kaji sedikit tentang pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang yang bernama Arthur Koestler, beragama Yahudi, berketurunan British-Hungary yang akhirnya dia mati dibunuh setelah mendedahkan akan hal yang sebenar di dalam bukunya iaitu The Thirteenth tribe : The Khazar Empire and its Haritage.

Dan ini adalah bukti yang terdapat di dalam al Quran yang menyatakan Bani Israel terdiri daripada 12 puak;

Dan mereka Kami bagi menjadi 12 suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri
(Surah Al Ar'raf: 160)



Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia, dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Ya'juj Ma'juj.

KAITAN YA'JUJ MA'JUJ DENGAN LAUT GALILEE KERING SEBELUM KIAMAT

Di dalam sebuah hadith Qudsi, Allah SWT (akan) berfirman kepada Nabi Isa a.s.:

"Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (ya'juj dan ma'juj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah SWT akan menghantar Ya'juj dan Ma'juj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tabariyyah (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup). Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: "Dahulu pernah ada air disini". Nabi Isa a.s dan para sahabatnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seoekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar. Nabi Isa a.s. dan para sahabat kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah SWt menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya. Nabi Isa a.s. dan para sahabat akan turunke bumi dan mendapati bumi dipehuni oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabat berdoa kepada Allah SWT dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengankat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah SWT.."
(Hadis Riwayat Muslim)

Tempat 12 Mata Air Kaum Nabi Musa

Ya’Juj Ma’Juj adalah dari bangsa Yahudi Khazar. Nabi memberi tahu bahawa mereka adalah bangsa yang ganas yang tidak dapat dikalahkan oleh bangsa lain. Hadis nabi menggambarkan keganasan mereka bahawa mereka akan turun dari segenap cerun dan menjajah seluruh dunia menunjukkan mereka (Yahudi @ Ya’Juj Ma’Juj) inilah yang mencipta sistem dunia hari ini dan semua dunia mengguna pakai sistem mereka. Pada masa sekerang semua dunia menggunakan teknologi canggih (komputer), sistem ekonomi, kewangan, dan sistem pemerintahan demokrasi yang dicipta oleh Yahudi dari Ya’Juj dan Ma’ Juj. Negara yang menetang akan diserang seperti Afghanistan dan Iraq dan dihancurkan sehinggalah menuruti kehendak mereka.

Nabi menggambarkan mereka ini yang ganas ini melewati laut Tabariyyah (Laut Galilee) dan meminum air tasik ini sehingga menjadi kering. Tafsiran mengatakan bahawa bangsa Yahudi (Ya’Juj Ma’Juj) telah kembali ke Jurusalem dan mereka telah membina penempatan di sekitar Laut Galilee. Mereka menjalankan aktiviti hidup dengan kepadatan yang tinggi disekitar Laut Galilee menggunakan air dari tasik ini untuk aktiviti hidup seperti pertanian dan air untuk perumahan yang dibina sehingga satu masa tasik ini menjadi kering. Pada masa sekarang pun paras ini sudah surut ditambah dengan pemansan global.

Mereka ini tidak dapat dikalahkan oleh bangsa lain sehinggalah sampai masa Allah menurunkan Isa Ibn Mariam untuk memusnahkan mereka.

Laut Galilee Akan Kering Tanda Besar Kiamat
Kisah Laut Galilee ini sebenarkan ada kaitan dengan satu hadis berkaitan seorang pemuda Tamim ad-Dari seorang Nasrani yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada Baginda SAW yang menjumpai Dajjal disebuah pulau. Hadis ini sangat panjang.

Pada suatu hari, selepas menunai solat fardhu, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu.

"Aku akan memberitahu kalian tentang apa yang pernah aku katakan dahulu, telah diberi kepastian oleh seorang pemuda".

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 40 orang sahabat dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan dan dilambung ribut badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil.
Paras Air Laut Galilee Sekarang

Mengikut seorang pengkaji Dajjal (Sheikh Imran Hosein) berpendapat bahawa pulau tersebut adalah Britain dan laut yang dilayari oleh mereka adalah Laut Mediterranean bukannya Laut Merah kerana berdasarkan tempoh yang panjang untuk menjumpai daratan.

Setibanya mereka sampai di pulau tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.

“Apakah kamu ini?”
tanya mereka kepada binatang itu.

“Akulah pengintip rahsia (iaitu Jassasah)”,
jawab binatang berbulu lebat itu. (Jassasah ialah apa yang kita anggap selama ini sebagai Bigfoot)

“Pengintip apa?”
mereka bertanya lagi.

“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara (monastri) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”,
jawab binatang itu lagi.

Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.

“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.

“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.

“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini”,
jawab mereka.

Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya,
“Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan. Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.

“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.

“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah (Sea of Galilee)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.

“Airnya masih banyak.” jawab mereka.

Lalu dia berkata, “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”.

Kemudian dia bertanya lagi,
“Bagaimana pula dengan mata air Zughar? Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?”

“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”,
jawab mereka.

Kemudian dia bertanya lagi,
“Bagaimanakah dengan nabi ummiyin (Nabi Muhammad SAW)? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya? Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah)"

Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.

“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.

“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.

“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.

“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.

Lalu makhluk itu berkata,
“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al Masih Ad Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AL MASIH AD DAJJAL itu.

Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata,
“Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”

“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.

Hadis Riwayat Muslim


BUKTI YA'JUJ MA'JUJ ADALAH MANUSIA

1. TEMBOK BUATAN MANUSIA HANYA UNTUK MANUSIA

“…tembok di antara kami dengan mereka…”; Surah al Kahf : 97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya'juj dan Ma'juj '). Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. PERBUATAN MELAKUKAN KEROSAKAN ATAU “FASAD” KE ATAS MANUSIA
“…sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; Surah al Kahf : 94“

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; Surah al Maidah : 33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan Surah al Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. YA'JUJ DAN MA'JUJ DARIPADA KETURUNAN MANUSIA

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

“Allah SWT berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah SWT menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah SAW menjawab. “999 Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya'juj dan Ma'juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasabah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. YA'JUJ DAN MA'JUJ DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; Surah As Sajdah : 13

Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Hanya terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin dan manusia. Ya'juj dan Ma'juj berketurunan Nabi Adam a.s. dan oleh itu mereka bukan jin mahupun raksasa. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Selain itu, setiap tahun pada Sabtu kedua pada bulan November, 'mereka' berarak perayaan melalui beberapa jalan penting di London dan Vatican City dengan slogan "Ya'juj dan Ma'juj adalah Pelindung ".

Bangsa yang dikenalpasti Ya'juj Ma'Juj di Vatican City dan London
Perarakan setiap tahun Sabtu kedua bulan Novemver
slogan semasa perarakan 'Ya'juj dan Ma'juj adalah Pelindung'


TERBUKANYA DINDING ATAU TEMBOK YA'JUJ DAN MA'JUJ

Tembok menyekat kaum Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel dan kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96)

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baitulmaqdis,“Ya'juj dan Ma'juj” adalah Yahudi (Khazar dan Eropah Barat), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya'juj dan Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog dan Magog). Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

General British Sir Allenby memasuki Jerusalem pada 11 Disember1917


Jurusalem ditawan Inggeris dan membawa pulang Yahudi pada 1917 bermaksud Allah membuka tembok Ya'juj Ma'Juj dan mereka menjajah dunia hingga hari ini

Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis? Sedangkan Allah SWT melarang mereka pulang dan menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman? Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah SWT melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (Imam al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)

Ini jelas menunjukkan golongan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj dan Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan. Golongan Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar dan puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Nasrani Zionist yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al Kahf sebagai kaum Ya'juj dan Ma'juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah SWT di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; Surah al Kahf : 97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Saat ini (tembok) penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka seperti ini." Baginda SAW mengilustrasikannya sambil melingkarkan (jari) tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh kemudian menyatukannya.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Allah membuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW mengilustrasikannya dengan tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra, Baginda SAW bersabda:

"Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah al Kahf yang menyatakan Ya'juj dan Ma'juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah. Meraka yang masih berpegang Ya'juj dan Ma'juj akan dilepaskan selepas Ad Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan qiamat, dan Ya'juj dan Ma'juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al Quran dan hadith dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (Surah al Anbiya : 95-96)?

2. Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk Surah al-Kahf : 97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Ya'juj dan Ma'juj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam.

Wallahua'lam.
 
rencana 6 yakjuj makjuj

sumber: http://menglipurlarasesepibahasa.blogspot.my/2014/02/misteri-yakjuj-dan-makjuj.html

Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.

Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.


Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran.
Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman: Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.


Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat.
Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman: (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas):

"Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka ("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.


Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"?

Makna terhadap ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).


Bencana Di Sebalik Gunung Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).


Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? . Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).


Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah.
Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt.)
 
rencana 7 yakjuj makjuj

sumber:http://sariminsorno-sarimin.blogspot.my/2012/07/siapakah-yakjuj-dan-makjuj-itu.html

Nabi Muhammad SAW datang kepada para sahabat ketika mereka berbicara tentang sesuatu dan baginda bertanya, “ Apa yang kamu semua bincangkan?” para sahabat menjawab, “kami sedang berbual tentang tanda-tanda hari Kiamat.”
Kemudian Baginda membalas dengan berkata, “Hari kiamat tidak akan berlaku sebelum…”Baginda menyebutkan 10 tanda, dan ini semua disebut sebagai tanda-tanda besar. Tanda-tanda besar tersebut adalah,

al-Masih Dajal Nabi Penyelamat Palsu.
Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Magog.
Turunnya Nabi Isa bin Maryam.
Terbit asap di muka bumi.
Dabbatul Ardh (satu makhluk dari tanah atau bumi)
Matahari terbit dari Barat
Tiga pergerakan bumi
Tiga tanah runtuh
Bumi terbelah dan menelan apa sahaja di laluan belahannya. Ini sebagai amaran kepada Timur, Barat dan Semenanjung Arab.
Api muncul dari Yaman dan akan menghalau umat manusia ke tempat perhimpunan nya. (kemungkinan di Arafah)

Semua tanda-tanda besar di atas sangat berkait rapat dengan kewujudan Yahudi Bani Israel di muka bumi ini.Konspirasi terancang dan kejahatan mereka bukan sekadar meminda hukum hakam mengikut cita rasa mereka, bahkan sanggup membunuh para nabi dan Rasul.


Allah telah berfirman mengenai Bani Israel yang berbangga-bangga dan mendakwa bahawa mereka telah membunuh dan menyalib Putera Maryam dan bercakap besar tentangnya. Mereka telah dihalau dari Tanah Suci Palestine, namun Allah masih menyimpan rasa belas kasihan kepada mereka ketika itu.
Maksud Firman Allah dalam surah al-Israa ayat 8Mudah-mudahan Tuhan-mu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepada-Mu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kederhakaan) nescaya kami kembali (mengazabmu) dan kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman.


Namun syarat mendapat belas kasihannya disebut oleh Allah di penghujung surah al-A’araf. Allah berfirman,
(iaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung.


Allah mensyaratkan mereka menerima Nabi yang ummi (buta huruf). Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis dan bukan dari bangsa Yahudi. Jika mereka menerima, mempercayai, mengikuti dan membantunya maka ketika itulah kaum Yahudi layak menerima belas dan keampunan Allah SWT.


Tatkala nabi Muhammad tiba di Madinah di penghujung Hijrah, ketika itu pintu untuk pengampunan terbuka luas bagi mereka. Pusat para pendeta Yahudi adalah di Madinah. Semua Rabbi berada di sana. Pintu pengampunan itu terbuka selama 17 bulan sehinggalah Allah menutupnya. Kerana setelah 17 bulan ia telah jelas dan nyata bahawa mereka bukan sekadar menolak Nabi Muhammad sebagai nabi. Mereka mengatakan Muhammad boleh jadi Nabi bagi orang Arab tersebut tetapi bukan bagi mereka. Mereka juga telah menolak al-Quran dan merancang untuk membunuh baginda dan memusnahkan Islam.
Bagaimanakah Allah menutup pintu pengampunan kepada mereka.

Allah telah menukar arah kiblat dari al-Aqsa ke Kaabah. Dengan mengubah arah kiblat ini Allah mengisytiharkan bahawa umat tersebut, iaitu Bani Israel sebagai umat yang tinggal dalam sejarah.

Mereka adalah umat yang tinggal dalam lipatan sejarah.

Dan Allah meneruskan firman-Nya
Dan (ingatlah), ketika Tuhan mu memberitahukan, bahawa Sesungguhnya dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya.Sesungguhnya Tuhan mu amat cepat seksa-Nya, dan Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Al-A’raaf :127

Allah mengumumkan bahawa Dia akan membangkitkan ke atas mereka (Bani Israel) sehingga hari kiamat, golongan yang akan menimpakan ke atas mereka hukuman paling dahsyat.

Ketika hayat Rasulullah SAW, terdapat bukti bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dilepaskan. Banyak buku-buku dan kajian telah membicarakan perkara ini. Ini bermakna, pada masa ini kita telah hidup pada zaman Yakjuj dan Makjuj. Kita juga telah hidup dalam zaman Dajal. Mereka akan terus bersama kita sehingga turunnya Isa alaihissalam. Baginda akan membunuh Dajal, Nabi Penyelamat Palsu tersebut. Kemudian Allah akan membunuh Yakjuj dan Makjuj sehingga akhirnya Islam akan menguasai dunia. Inilah perbincangan yang sangat penting dan surah al-Kahfi adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang secara umumnya dikenal pasti oleh Rasulullah SAW mempunyai perkaitan dengan Dajal. Selain dari surah al-Anbia, surah al-Kahfi juga menyingkap kisah Yakjuj dan Makjuj.

Untuk memahami sejarah dan pengakhirannya, kita harus memahami dunia ini. Ini adalah kerana kita sedang bergerak menjauhi zaman Nabi Muhammad SAW dan Bani Israel telah dikembalikan ke Tanah Suci (Palestine). Negara Haram Israel pun telah dibangunkan di sana. Untuk memahami semua ini serta pergolakan yang berlaku di Baitul Maqdis hari ini, hanya Surah al-Kahfi sahaja yang akan membawa kefahaman dan mengungkap rahsia tersebut.

Pada mulanya orang-orang Arab sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti sama ada Muhammad itu benar-benar Utusan Allah atau tidak. Lantaran itu, mereka bersetuju menghantar rombongan untuk bertemu Rabbi (Ulama Yahudi) di Madinah. Orang-orang Yahudi lebih mengetahui sifat dan ciri-ciri seorang nabi. Ini kerana sebahagian besar para nabi adalah dari golongan Yahudi. Apabila masalah diajukan, Rabbi itu mengisyaratkan supaya rombongan tersebut bertanya kepada Muhammad tiga soalan sahaja. Jika dia mampu menjawabnya, maka benarlah dia seorang nabi. Hanya orang yang berstatus nabi sahaja mampu menjawab ketiga-tiga soalan tersebut.

Soalan yang diajukan adalah tentang

Pemuda-pemuda pada zaman dahulu yang mempunyai kisah yang sangat mengagumkan.
Seorang pengembara yang mengembara ke dua penghujung dunia.
Tentang Roh.

Apabila rombongan tersebut kembali ke Madinah dan mengajukan soalan tersebut kepada Muhammad, baginda berjanji akan menjawabnya pada hari berikutnya. Setelah beberapa ketika, wahyu Allah turun bagi menjawab persoalan tersebut. Dua dari jawapannya ada di dalam surah al-Kahfi dan jawapan bagi soalan ketiga terdapat dalam surah al-Isra (Bani Israel). Kenapakah jawapan bagi persoalan tersebut berada dalam surah-surah yang berlainan. Jawabnya adalah kerana kedua-dua surah ini mempunyai pertalian dan kaitan yang rapat. Jika kita ingin memahami surah al-Kahfi, kita juga harus beri perhatian pada surah al-Isra.
Esei ini hanya akan menyingkap satu bahagian sahaja dari surah al-Kahfi. Bagi menyingkap persoalan pertama, Allah berfirman

Persoalan yang diajukan adalah berkenaan Zulqarnain. Zulqarnain bermaksud dua tanduk, atau dua zaman. Masa dahulu dan masa hadapan. Zulqarnain adalah gelaran bagi seseorang yang tidak dapat dikenal pasti. Walau bagaimanapun, banyak tulisan dan buku-buku kajian ilmiah di pasaran yang membicarakan personaliti Zulqarnain ini.

Zulqarnain adalah seorang tokoh yang telah dikurniakan oleh Allah dengan kekuasaan yang sangat besar. Kuasa untuk mencapai apa sahaja matlamat yang diingini. Kekuasaannya setaraf dengan penguasa negara-negara kuasa besar pada hari ini. Bezanya, kekuasaan Zulqarnain adalah berasaskan keimanan kepada Allah SWT. Bukan seperti kekuasaan Alexander The Great yang sering disalah anggap sebagai Iskandar Zulqarnain. Alexander the Great diketahui sebagai tokoh yang bergelumang dengan arak dan persundalan.

Jadi, bagaimanakah Zulqarnain menggunakan kekuasaannya itu? Al-Quran menerangkan pengembaraan pertamanya ke arah matahari terbenam (barat). Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam. Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi. Di situ beliau terjumpa satu kelompok manusia, dan apakah beliau akan menggunakan kekuasaan beliau sewenang-wenangnya. Seperti penjarah dan penjajah barat lakukan terhadap tamadun umat Islam di Asia dan di Afrika beberapa abad yang lalu.

Zulqarnain berkata bahawa mereka yang melakukan kezaliman dan penindasan akan dihukum. Orang-orang yang zalim, apabila kembali kepada Tuhannya, akan diazab dengan azab yang pedih. Manakala orang yang berbuat baik, akan diperlakukan dengan sebaik-baiknya. Bahkan mereka akan diberi ganjaran.

Kemudian, Zulqarnain meneruskan pengembaraannya ke arah yang bertentangan. Iaitu ke arah matahari terbit (timur). Di sana juga beliau bertemu dengan satu kelompok manusia di mana “kami jadikan mereka tanpa sebarang pelindung” iaitu tanpa sebarang perlindungan dari sebarang ancaman musuh. Mereka adalah kaum yang hidup secara primitif. Jadi, dengan kekuasaan militer yang dimiliki, apakah perlakuan Zulqarnain terhadap mereka kali ini? Adakah seperti perlakuan penjajah Columbus terhadap kaum peribumi, Red Indian di Amerika. Atau seperti perlakuan Sepanyol terhadap tamadun Maya di Amerika Selatan pada kurun ke-16.

Zulqarnain melakukan muamalah yang sangat baik dengan mereka. Menghulurkan bantuan seperti yang diminta dan membiarkan mereka meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

Demikianlah, apabila kekuasaan berdiri di atas keimanan kepada Allah. Keharmonian dan kesejahteraan akan mewarnai kehidupan. Namun itu semua sudah berlalu. Era Zulqarnain telah lama berlalu. Muhammad telah wafat. Namun baginda telah memberi amaran tentang keadaan dunia akhir zaman ini. Baginda meninggalkan surah al-Kahfi sebagai petunjuk dan pedoman untuk umatnya di akhir zaman. Umat akhir zaman yang pernah disebutnya sebagai umat yang akan diberi ganjaran pahala yang lebih besar. Ganjaran atas amal ibadah dan sunah yang dipelihara meskipun tidak pernah bertemu, apatah melihat wajah baginda.
Kemudian, Zulqarnain telah mengembara ke arah ketiga, iaitu utara. Arah berlainan dari arah terdahulu. Di sana dia telah sampai ke satu laluan di antara dua banjaran gunung. Di laluan tersebut Zulqarnain telah bertemu dengan satu kelompok manusia. Al-Quran telah menggambarkan kelompok manusia ini sebagai

“…suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan”
atau tidak difahami pertuturan mereka. Tiada sesiapa memahami bahasa mereka. Mengapakah tiada seorang pun memahami bahasa mereka? Jawapannya.. kerana mereka belum pernah berinteraksi dengan dunia luar. Mereka tidak pernah melakukan sebarang aktiviti perniagaan atau mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia luar.
Masyarakat yang melakukan aktiviti tersebut pasti menguasai atau sekurang-kurangnya mengetahui bahasa asing. Atau setidak-tidaknya bahasa mereka akan dapat dimengerti oleh sebahagian orang di dunia luar. Ini bermakna mereka tidak pernah berada di pentas sejarah sebagaimana tamadun Cina, Mesir, Babylon dan Mexico. Mereka adalah puak-puak yang tidak bertamadun. Kerana itu mereka tidak dikenali dalam sejarah. Tiada siapa tahu bahasa mereka.
Zulqarnain perlu mendapatkan khidmat seorang juru bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan mereka. Ada yang mengetahui tentang sifat kaum tersebut telah memaklumkan kepada Zulqarnain. Allah memberitahu


Ini satu permintaan yang pelik kerana mereka sanggup membuat pembayaran asalkan Zulqarnain membina tembok yang menghalang mereka dari kaum tersebut. Mengapa mereka tidak meminta Zulqarnain pergi dan belasah sahaja kaum tersebut. Bukankah beliau adalah seorang penguasa dunia ketika itu. Ini menunjukkan walaupun Zulqarnain itu seorang yang berkuasa, dia juga tidak mampu menghapuskan mereka. Yakjuj dan Makjuj itu sangat kuat. Apa yang Zulqarnain mampu hanyalah membuat satu tembok.
Apakah jawapan Zulqarnain terhadap permintaan mereka ini? Dia mengesahkan kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Yakjuj dan Makjuj ini dengan berkata,

Jadi, tembok ini sudah tentulah tembok yang paling kuat yang tidak menggunakan material kitar semula, batu, kayu, lumpur atau sebagainya. Ia dibina dari logam besi.
Zulqarnain membina tembok dan menghalang laluan di antara dua gunung tersebut. Kemudian Zulqarnain berkata, “ Tiupkan api dengan peralatan kamu supaya api menjadi lebih marak. Kemudian dia mencairkan tembaga dan cairan tembaga itu dituang ke atas tembok besi tersebut. Apabila tembok itu disiapkan, Zulqarnain berkata, "Tembok ini adalah satu rahmat dan kasih sayang dari Tuhanku, Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, dia akan menjadikannya pecah dan bolos; dan janji Tuhanku itu adalah benar".


“Janji Tuhanku” adalah merupakan salah satu dari 10 tanda-tanda besar kiamat.



Dan apabila tembok itu pecah dan bolos, Allah memaklumkan bahawa apabila mereka dilepaskan, mereka akan tersebar seperti gelombang yang akan melanggar sesama mereka. Dan mereka juga akan melanggar semua tembok yang Allah letakkan untuk mengasingkan antara manusia sesama manusia.
Tembok pengasingan sesama manusia ini adalah sempadan adat resam, budaya, bahasa, makanan, pakaian dan sebagainya yang Allah telah takdirkan semenjak kewujudan manusia. Iaitu apabila anak-anak Adam semakin ramai dan berhijrah ke serata pelosok dunia. Anak-anak Adam yang semakin ramai ini akhirnya hidup di merata dunia dengan persekitaran yang berbeza. Inilah yang menyebabkan warna kulit, bahasa, budaya, dan makanan mereka berbeza. Bahkan ajaran dan agama yang tidak pernah diajar oleh para nabi dan rasul pun, mula muncul.
Hasil dari “tembok yang pecah” serta “tersebar seperti gelombang tadi”, maka pada hari ini, bahasa Inggeris telah menjadi bahasa dunia. Wang kertas menggantikan emas dan perak. Papan tanda KFC, Mc Donald, Hamburger, Pepsi, Coca-cola ada di mana-mana. Hampir setiap rumah memiliki telefon mudah alih dan gadget yang canggih. GPRS atau GPS ada di dalam poket.

Tiada ruang untuk bersembunyi lagi. Setiap panggilan boleh dirintas. Tiada sekuriti lagi dalam SMS dan email. Astro pula memancarkan gelombang nya dan menguasai 46 peratus jumlah kediaman di Malaysia (2010). Apa yang berlaku di kutub Utara boleh ditonton di bilik tidur. Internet pula menjadikan dunia semakin kecil. Pergerakan semakin pantas. Jadi, apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, maka dunia akan menyaksikan bahawa seluruh dunia akan bersatu bersama membentuk sebuah masyarakat global.
Kemunculan globalisasi ini mencetuskan rasa khuatir bagi orang yang mengerti. Bagi umat Muhammad, kekhuatiran ini memang ada asasnya. Baginda Rasulullah pernah memberikan amaran kepada sahabatnya bahawa setiap 1000 orang, 999 orang akan menjadi masyarakat globalisasi. Hanya mereka yang menentang untuk menjadi sebahagian dari globalisasi Yakjuj dan Makjuj ini akan terselamat. Hanya mereka yang mengikuti kebenaran akan mampu selamat dari serangan ribut Yakjuj dan Makjuj.


Di dalam sahih Muslim terdapat satu hadis Qudsi di mana Allah SWT telah berfirman “Aku telah mencipta satu makhluk-Ku yang sangat kuat hingga tiada siapa melainkan Aku yang dapat mengalahkan mereka.” Kerana itu apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan hanya Zulqarnain yang setanding dengannya. Mereka akan menguasai dunia ini dengan kuasa yang tiada tandingnya. Dan apabila mereka mengambil alih kuasa dunia ini, mereka akan menjadi penguasa dunia. Tetapi kekuasaan mereka adalah berasaskan kerosakan. Mereka adalah kaum yang membuat kerosakan di atas muka bumi ini.
Apakah yang akan berlaku kepada dunia setelah tembok itu runtuh? Pertama, kuasa dunia yang ada pada masa ini pada asasnya adalah “Godless”. Kita tahu kuasa sebenarnya digunakan untuk menghapuskan penzaliman. Jadi apabila kuasa “godless” itu digunakan ke atas manusia, ia akan digunakan untuk menindas. Bagi mereka yang lemah, ketidakadilan sedang diperlakukan kepada mereka.


Kedua, akan berlaku ketidakharmonian di antara kuasa manusia dan kuasa Allah SWT. Siapakah yang mahu hidup di dunia seperti ini? Dunia yang tiada keharmonian. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman akan merasa seperti mahu keluar dari dunia ini. Seperti yang di alami oleh pemuda-pemuda Kahfi. Apabila kuasa tadi berasaskan kepada dasar ‘tidak bertuhan”, kuasa tersebut akan digunakan untuk menghukum mereka yang mempunyai iman. Maka timbullah “Perang Menentang keganasan” (War on Terrorism) Jika kita perasan dan menyedari hal ini, perang ini hanya ditujukan kepada orang-orang Islam sahaja. Ya! Orang-orang Islam sahaja. Semalam, hari ini, dan esok sama sahaja. Tetap orang Islam. Lebih kuat pegangan iman seseorang, lebih besar lagi peluang untuk dia menjadi sasaran. Jika dia seorang yang fasik, dia akan terlepas. Inilah keadaan dunia Yakjuj dan Makjuj seperti yang digambarkan dalam surah al-Kahfi.


Bagaimanakah kuasa itu akan digunakan terhadap cara hidup primitif di seluruh dunia? Apabila Zulqarnain berhadapan dengan mereka, dia membiarkan mereka sebegitu. Tetapi tidak apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan. Dunia mengalami satu fenomena yang ganjil. Kuasa yang ada sekarang digunakan dengan tanpa belas kasihan menghancurkan cara hidup yang primitif. Lihatlah apa yang berlaku di Amerika Utara, di mana orang asli Amerika (Red Indian) telah dihapuskan tanpa belas kasihan. Dihapuskan oleh mereka yang berpakaian dan pergi ke gereja pada setiap hari Ahad. Kemudian mendakwa, “Kamilah orang bertamadun. Ikutilah kami!.”


Penghapusan tanpa belas kasihan cara hidup primitif ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Siapakah majoriti penghuni di dalam penjara di Kanada? Mereka adalah orang asli Indian. Mereka menyumbat penuh penjara-penjara dengan orang asli Indian. Siapakah yang ramai menderita di Australia sekarang? Ya! Kaum peribumi. Jadi penduduk asli di dunia ini akan jadi sasaran dan diserang. Cara hidup primitif akan dihapuskan tanpa simpati. Dan Islam adalah dalam kategori primitif bagi mereka. Inilah dunia pada hari ini apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.Mana-mana kaum asli yang terselamat, mereka akan memakai “jeans biru” dan memakan hamburger Mc Donald’s serta meminum wiski hingga menjadi mabuk. Kerana realiti yang terpaksa mereka hadapi adalah sangat memeritkan untuk ditanggung. Al-Quran telah memberi amaran tentang hal ini.


BILAKAH YAKJUJ DAN MAKJUJ DILEPASKAN


Bagaimana untuk kita mengetahui Yakjuj dan Makjuj ini telah dilepaskan? Adakah al-Quran memberitahu kita apa-apa maklumat lagi?
Ya, maklumat ini terdapat dalam surah al-Anbia ayat 95-96. Allah SWT telah berfirman tentang sebuah kota yang telah Dia musnahkan dan penduduknya dihalau.

Bermaksud Allah melarang Bani Israel dari kembali ke negeri tersebut, sehinggalah Yakjuj dan Makjuj dilepaskan. Dan mereka tersebar ke semua arah, dan membuat semua umat manusia menjadi seperti salinan diri mereka sendiri. (melalui perkahwinan campur). Jadi, mereka menjadi pemerintah dunia dan menguasai seluruh dunia ini. Apabila ini berlaku mereka akan kembali ke kota tersebut.


Berdasarkan pada sumber-sumber yang jelas dari al-Quran dan hadis*, kota tersebut adalah BAITUL MAQDIS. Jadi, ini bermakna, al-Quran sedang memberitahu kita, apabila kamu melihat orang-orang Yahudi di bawa ke tanah suci Baitul Maqdis, ia bermakna pemerintahan dunia Yakjuj dan Makjuj sedang berjalan dan mereka telah membawa masuk orang-orang Yahudi ke tanah suci.
Kini orang-orang Yahudi telah menjarah masuk ke tanah suci dan negara Israel telah ditubuhkan. Sementara kita di negara-negara umat Islam masih terpinga-pinga dengan logo halal, masih bertekak dalam masalah khilafiah fiqah, masih dan masih dalam perkara yang remeh temeh.


Kini jelas, setelah kita telah mengetahui bahawa Yakjuj dan Makjuj inilah yang bertanggungjawab membawa masuk Yahudi ini ke tanah suci, dan Yakjuj dan Makjuj ini lah yang mengawal seluruh dunia ini, barulah dapat dikenal pasti siapakah Yakjuj dan Makjuj ini.


SIAPAKAH YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU?


Suatu ketika, ketika nabi sedang tidur di rumah isterinya, Zainab, baginda ternampak sesuatu di dalam tidurnya. Ia sangat mengejutkan dan baginda terjaga. Mukanya merah padam, dan baginda bersabda,
“Celaka lah orang-orang Arab. Kerana kejahatan yang amat dahsyat kini akan datang kepada mereka” Kemudian baginda menunjukkan tanda bulatan dengan mengenakan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk sambil berkata, “Hari ini sebuah lubang sudah dibuat di tembok.
”Tembok yang dimaksudkan adalah tembok yang dibina oleh Zulqarnain. Maknanya ketika itu, pelepasan Yakjuj dan Makjuj sedang berlaku. Kerana pada hari itu Allah Taala telah membuka satu lubang pada tembok tersebut. Tiada siapa yang mampu membuat lubang pada tembok itu kecuali Allah SWT.


Bilakah semua ini berlaku? Ia berlaku ketika Rasulullah di Madinah selepas perubahan kiblat. Pada ketika itu, dalam masa yang sama Allah telah memecahkan tembok tersebut. Ini bermakna Yakjuj dan Makjuj dilepaskan ketika jangka hayat Rasulullah. Adakah kesemua mereka dilepaskan serentak pada masa yang sama? Tidak. Al-Quran telah menegaskan di dalam surah al-Kahfi mereka dilepaskan sedikit demi sedikit seperti gelombang.
Di dalam Hadis Sahih Muslim, Rasulullah menceritakan bahawa gerombolan pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah (Sea of Galilee) di Palestine. Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir melaluinya mereka akan berkata, “ Dulu pernah terdapat air di sini.”


Oleh sebab ia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air dalam tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj akan mengambil satu jangka masa yang amat panjang. Mereka tidak dilepaskan serentak dalam satu waktu. Mereka dilepaskan di dalam jangka hayat Rasulullah.


Kini kita akan mengenal pasti siapakah Yakjuj dan Makjuj ini. Siapakah mereka sebenarnya. Ada mereka makhluk berbadan besar setinggi pokok kelapa seperti yang digambarkan oleh guru-guru kita dulu. Adakah mereka ini seperti raksasa yang digambarkan dalam cerita ultra man. Tidak sama sekali.
Pertama, kita mencari manusia yang apabila mereka telah dilepaskan, pertama yang diserang ialah orang yang bahasa pertuturannya tidak dapat difahami. Mereka akan menjadi manusia

pertama yang akan menjadi salinan kepada Yakjuj dan Makjuj.


Kedua, apabila dilepaskan mereka akan mempamerkan satu ketaasuban terhadap Tanah Suci. Dan mereka lambat laun akan membawa orang Yahudi kembali ke Tanah Suci. Jadi mereka perlu mengambil alihnya.
Ketiga, apabila mereka dilepaskan, mereka ini lambat laun akan menguasai dunia,
Jadi kita sedang mencari satu bangsa yang mana sebelum zaman nabi Muhammad SAW, mereka bukanlah sesiapa di dunia ini. Mereka tidak pernah dikenali sebelum ini di pentas sejarah dunia. Mereka tidak pernah membangunkan tamadun hebat seperti Mesir, Cina, Babylon, Maya dan sebagainya. Dan mereka tidak pernah mempamerkan sebarang minat istimewa terhadap Tanah Suci sebelum ini. Ini bermakna kita sedang mencari satu bangsa yang wujud selepas zaman nabi Muhammad. Mereka amat berlainan sekali. Mereka kini sedang menguasai dunia. Dan pada masa inilah telah ditakdirkan mereka membentuk satu masyarakat global. Dan seluruh umat manusia akan menjadi seperti salinan diri mereka sendiri.
Jawapannya amat jelas sekali. Sebelum zaman nabi Muhammad, adakah Eropah pernah memiliki tamadun yang hebat? Sebelum zaman nabi Muhammad, adakah Eropah pernah memiliki minat yang amat mendalam terhadap Tanah Suci?


Sesudah era Nabi Muhammad, bangsa Eropah sudah berlainan dan berubah. Perang Salib telah tercetus dan Eropah mula memeluk Agama Kristian. Dan perang salib kini dilancar untuk mengambil alih Tanah Suci. Hanya bangsa Eropah sahaja yang memiliki ketaasuban untuk mengambil alih Tanah Suci ini. Tidak kepada Kristian bangsa lain. Jadi perang salib ini bukanlah satu fenomena yang mewakili Kristian. Tetapi lebih kepada fenomena bangsa Eropah yang menyamar sebagai Kristian. Dan yang lebih pelik berlaku di Eropah, ada bangsa Eropah yang bertukar menjadi Yahudi. Mereka yang menjadi Yahudi ini menunjukkan ketaasuban yang pelik terhadap Tanah Suci. Merekalah yang membentuk pergerakan yang dikenali sebagai Zionis.


ZIONIS


Misi pergerakan Zionis ini adalah untuk membebaskan Tanah Suci, mengembalikan orang Yahudi ke Tanah Suci dan membentuk Negara Israel. Merekalah satu-satunya Yahudi yang mahu berbuat demikian sedang Yahudi lain di seluruh dunia tidak membenarkan semua ini. Seluruh Yahudi lain tidak mahu terlibat dalam perang membebaskan Tanah Suci itu. Kerana mereka beranggapan ia hanya akan berlaku setelah al-Masih kembali. Tetapi Yahudi Eropah menyatakan mereka tidak akan menunggu Nabi Penyelamat. Mereka boleh melakukannya sendiri.
Pergerakan Zionis pada asasnya bukanlah mewakili seluruh pergerakan Yahudi. Mereka pada asasnya adalah bangsa Eropah yang menyamar sebagai Bangsa Yahudi. Mereka adalah bangsa Eropah yang telah meninggalkan agama Kristian dan Yahudi. Mereka telah menjadi Eropah Sekular, iaitu Eropah yang meninggalkan agama. Agama hanya setakat di dalam dinding gereja. Agama yang tidak terlibat dalam seluruh aspek kehidupan.


Pada tahun 1917, Britain telah mencadangkan perjanjian Balfour, yang bertujuan jelas untuk membina penempatan Negara Yahudi. Pada tahun 1919 Britain telah mengalahkan tentera Turki. Dan dalam jangka waktu 1919-1948, bangsa Yahudi menjarah Tanah Suci. Bangsa Eropah lah yang membuka pintu bagi membolehkan bangsa Yahudi berpindah ke Palestine. Bangsa Eropah lah yang menguasai Tanah Suci sekarang. Sebelum itu, Khilafah Othmaniah tidak pernah membenarkan orang Yahudi kembali ke sana. Mereka boleh datang sebagai pelancong tetapi tidak boleh menuntutnya. Tetapi sekarang orang Yahudi sudah kembali dan Negara Israel telah dilahirkan pada 1948.
Jelaslah kini, Yakjuj dan Makjuj telah dilepaskan dari EROPAH. Ya, tapi Eropah bahagian mana? Eropah Barat atau Eropah Timur?.
Sudah dijelaskan apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, maka dunia akan menghadapi kuasa yang tidak dapat dikalahkan.
Apabila Islam muncul, tentera Islam mampu mengalahkan dua kuasa besar di dunia iaitu Empayar Byzantine dan Empayar Parsi. Pada ketika itu Islam adalah penguasa dunia, dan tentera Islam menyerang Eropah dari dua arah. Serangan kecil berlaku di Sepanyol, melalui Gibraltar dan Selatan Perancis.

Tetapi serangan besar-besaran adalah melalui pergunungan Caucasus. Laluan antara dua banjaran gunung. Dengan itu tentera Islam melancarkan serangan terhadap Eropah. Tentera itu akhirnya dihentikan dan dikalahkan oleh satu kuasa yang amat kuat. Tidak mampu dikalahkan.
Siapakah mereka? Mereka adalah puak yang muncul dari kawasan Zulqarnain membina temboknya dahulu. Iaitu laluan di antara dua banjaran gunung. Puak yang dahulunya dikenali dalam sejarah sebagai puak Khazar. Mereka inilah yang menunjukkan kekuatan yang tidak mampu dikalahkan. Jadi apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, mereka bukan dilepaskan dari Eropah Barat. Mereka dilepaskan dari Eropah Timur dan mereka ini lah juga yang bertukar menjadi Yahudi. Yahudi Eropah adalah berasal dari puak Khazar ini. Jadi asal usul pertama Yakjuj dan Makjuj adalah dari Eropah Timur. Bukan dari seluruh Eropah, tetapi dari Eropah yang menjadi Yahudi.
Apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, yang pertama dari mereka akan melalui tasik Tabariyah (Sea of Galilee) dan meminum airnya. Dan apabila yang terakhir dari mereka melaluinya , mereka akan berkata, “Dahulu d sini terdapat air.”
Siapakah yang meminum air di situ? Sebanyak manakah air yang tinggal kini?

Imej satelit Tasik Tabariyah atau Galilee
Imej satelit Tasik Tabariyah yang semakin kering
[Tasik Tabariyah atau Galilee adalah tasik air tawar yang terbesar di Palestine. Sepanjang 21 kilometer dan selebar 13 kilometer. Mempunyai kedalaman maksimum 150 kaki dan berada pada 708 kaki di bawah aras laut. 708 kaki adalah catatan terkini dan terendah, menghampiri tahap merah (bahaya). Paras tersebut terus menurun sehingga pihak berkuasa Israel merayu kepada Barat membantu menyelesaikan masalah mereka. Tasik Tabariyah adalah sumber utama minuman dan pertanian di negara haram Israel itu.]


Hotel-hotel Yahudi di pesisir tasik Tabariyah
Jadi yang meminum air di situ adalah Israel. Hanya Israel satu-satunya yang menggunakan semua air di tasik itu. Maka Yakjuj dan Makjuj dikenal pasti berada di Israel sekarang. Persoalan berikut, siapakah yang bertanggungjawab di Israel dalam meminum air ini? Siapakah yang bertanggungjawab dalam penggunaan air yang sangat besar ini dan ke manakah ia digunakan? Jawapannya bukanlah dalam bidang pertanian sahaja. Tetapi dalam perekonomian industri lah yang menggunakan air yang begitu banyak. Selain itu ia digunakan untuk menghijaukan padang pasir yang sudah semestinya memerlukan air yang banyak.
Kerajaan Israel lah yang bertanggungjawab terhadap semua ini. Dan siapakah dalam Kerajaan Israel? Jawabnya Bangsa Yahudi Eropah. Bukan Yahudi Bani Israel. Bani Israel adalah Yahudi yang berasal dari Mesir, Yaman, Iraq, Morocco yang mempunyai pertalian kaum dengan orang Arab. Bani Israel tidak akan menjadi Yahudi Eropah.


Jadi jelas seperti yang digambarkan dalam hadis “mereka melewati tasik Tabariyah dan meminum airnya” bermaksud Yakjuj dan Makjuj yang berasal dari Eropah Timur, dari puak Khazar. Ada sebuah buku yang boleh dibaca di internet mengenai puak ini iaitu puak ke-13. Buku tersebut berjudul “The 13th Tribe”. Yahudi diketahui mempunyai 12 kabilah atau puak. Maka siapa pula puak yang ke-13 itu?


Eropah Timur yang menempatkan bangsa Yakjuj Makjuj
Setelah mengenal pasti siapa Yakjuj dan Makjuj, dapatlah difahami Eropah bukan sahaja bertanggungjawab dalam mengembalikan Yahudi ke Tanah Suci. Tetapi Eropah juga sebenarnya adalah satu tamadun Yakjuj dan Makjuj. Tamadun ini tidak mampu dikalahkan kerana ia adalah satu tamadun yang sentiasa berkembang. Sentiasa menjadi ikutan tamadun lain di seluruh dunia.


Di mana-mana pun di dunia ini, di mana kuasa wujud, ia akan berada di tangan Yakjuj dan Makjuj. Setiap kali kuasa jatuh ke tangan orang yang benar dan beriman, mereka akan dimusnahkan. Mereka tidak akan dibenarkan untuk berkuasa. Orang-orang Islam tidak akan mampu membangunkan sebuah negara Islam pun, selagi Yahudi berada di Tanah Suci. Negara tersebut pasti akan dimusnahkan. Orang-orang mungkin boleh membangunkan sebuah negara Islam di pedalaman, tetapi tidak di peringkat pusat.
Apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan dan orang-orang Yahudi telah kembali ke tanah Suci, maka pementasan drama terhebat sudah berada di depan mata. Drama itu adalah seluruh dunia akan menunjukkan tanda seolah-olah inilah dia pengakhiran sejarah. Di mana tiada siapa lagi yang mampu menggantikan mereka yang menguasai dunia sekarang. Arnold Toynbee, ketika menulis bukunya, “Civilization on Trail” pada tahun 1940-an telah beranggapan bahawa Tamadun Barat telah tiba dan tamadun-tamadun sebelumnya hanya tinggal sejarah. Termasuklah tamadun Islam.
Francis Fukuyama


Kemudian dalam tahun 1992, Francis Fukuyama dalam bukunya ‘The end of History” juga memberikan kesimpulan yang sama. Sebabnya adalah kerana mereka adalah Yakjuj dan Makjuj dan tiada siapa akan mampu mengalahkan mereka. Tetapi apakah mereka akan kekal selamanya? Adakah mereka yang menguasai bumi hari ini akan terus menguasai buat selamanya?
 
rencana 8 yakjuj makjuj

sumber:http://muntahpelangi.blogspot.my/2012/09/yakjuj-dan-makjuj-adakah-mereka-sudah.html

Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya dengan muka merah padam. Seperti diceritakan oleh Zainab binti Jahsy, ketika terbangun itu, Nabi tiba-tiba berkata, "Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah. Sungguh kerosakan akan menimpa bangsa Arab akibat datangnya kejahatan yang telah dekat. Hari ini, sebuah lubang sebesar ini telah terbuka di dinding Ya'juj dan Ma'juj. "Ketika itu, Nabi membuat tanda lubang dengan ibu jari dan jari telunjuknya.

Legenda mengenai Ya'juj dan Ma'juj tidak hanya dikenali di dalam ajaran Islam. Dalam ajaran Kristian dan Yahudi pun kisah mengenai se kelompok manusia yang bakal membuat kerosakan besar di muka bumi itu juga diceritakan, lebih dikenali dengan nama Gog dan Magog. Adalah Zulkarnain, seorang raja besar pada masa lalu yang telah mengurung kaum Ya'juj dan Ma'juj di sebuah lembah di antara dua gunung tinggi (assaddain) dengan cara membina tembok penghalang terbuat dari besi dan tembaga, seperti diceritakan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 93-97.

Lalu, dalam ayat selanjutnya, disebutkan bahawa suatu saat tembok itu akan runtuh dan kaum Ya'juj dan Ma'juj akan keluar. "Dan, pada hari itu (ketika tembok terbuka), kami biarkan mereka bercampur baur satu sama lain seperti gelombang ...." Dalam Al-Quran versi Jabatan Agama, kalimat "pada hari itu" (yawma idhin) dari ayat ke-99 surah al-Kahfi ini diertikan sebagai hari kiamat. Namun, Dr Imran Nazar Hosein, cendekiawan Muslim kelahiran Trinidad dan Tobago 70 tahun silam punya pendapat lain atas ayat itu.

Kerana ayat ke-98 menceritakan mengenai akan runtuhnya tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj maka lebih tepat bila kalimat pada hari itu ditafsirkan sebagai hari ketika tembok itu benar-benar runtuh. Hari ketika kaum perosak itu akhirnya boleh keluar dari lembah yang mengurung mereka dan kemudian bertebaran di seluruh Bumi seperti gelombang lautan dan kemudian bercampur baur dengan bangsa-bangsa manusia lain.

Ini dijelaskan juga dalam surah al-Anbiyaa ayat 96, dari terjemahan versi Jabatan Agama. "Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi."

Soalan utamanya, bilakah tembok Zulkarnain itu runtuh? Atau, lebih tepat lagi, apakah kaum Ya'juj dan Ma'juj itu sudah keluar dan bertebaran untuk membuat kerosakan di muka bumi? Kisah dari Zainab binti Jahzy, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di atas dianggap Imran Hosein sebagai pengesahan bahawa pada zaman Nabi Muhammad masih hidup tembok itu sudah mulai terbu ka. Ertinya, dalam beberapa abad selepas itu, kemungkinan besar kaum Ya'juj dan Ma'juj sudah mencari jalan keluar.

Dalam kisah sama yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari, ada versi yang lebih panjang ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi Muhammad. "Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan walaupun masih ada orang beriman di antara kita?" Nabi menjawab, "Ya, ketika kemaksiatan berleluasa."

Pendapat Imran Hosein yang menulis beberapa buku mengenai hari akhir, terutama kajian takwil surah al-Kahfi, ini juga adalah berdasarkan belum penemuan bukti-bukti arkeologis apa pun mengenai tembok yang dibina Zulkarnain. Saat ini, tak ada satu pun sudut Bumi yang belum pernah dijelajahi manusia atau luput dari intaian kamera satelit. Bila Ya'juj dan Ma'juj masih terkurung dalam lem bah maka seharusnya tembok buatan Zulkarnain itu masih kukuh menjulang dan mudah ditemui. Bila sudah tak ada tanda-tanda kewujudan tembok besar di sebuah lembah curam maka ber erti tembok itu sudah runtuh dan menjadi tugas arkeologi untuk mencari sisa-sisanya.

Ada pendapat sebahagian mufasir yang mengatakan bahawa tembok itu dibina di kawasan Kaukasia, di antara dua lautan (Laut Hitam dan Laut Kaspia). Ini merupakan hasil tafsiran surah al-Kahfi ayat 86-90 berkenaan dengan perjalanan Zulkarnain yang bertemu dua perairan berwarna pekat di bahagian barat dan timur dengan pen duduk yang bahasanya tak boleh difahami. Wilayah dengan topografi penuh pergunungan tinggi dan lembah curam itu sesuai dengan kawasan sempadan antara Georgia dan Rusia, berada di barisan pergunungan Kakukasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia, tepatnya di Gunung Kazbek dan lembah Sungai Terek, yang dikenali dengan nama Ngarai Darial.

Orang Parsi menyebutnya Gerbang Alan. Ngarai Darial dikenali juga sebagai Gerbang Kaukasia atau Gerbang Kaspia. Orang Georgia me nyebutnya Ralani, Darialani. Ada yang menyebutnya Porte Cu mana dan Fortes Sarmatica. Lalu, bangsa Tartar menyebutnya Darioly. Sejak zaman dulu, Ngarai Darial dan juga Derbent Laluan telah menjadi laluan perlintasan penting di Kaukasia bagi pelbagai ekspedisi ketenteraan dari Parsi, suku-suku Turki kuno, kekhalifahan Islam, hingga akhirnya dikuasai Rusia. Jalur ini menjadi penghubung laluan dari utara ke selatan Kaukasia.

Jerusalem

Namun, Imran Hosein yang dikenali menyokong tafsir semantik atas Al-Quran itu juga menjelaskan bahawa tanda-tanda lepasnya Ya'juj dan Ma'juj juga telah dinubuatkan. Salah satu petunjuknya ada pada surah al-Anbiyaa ayat 95, "Sesungguhnya tidak mungkin atas penduduk suatu negeri yang telah kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali." Lihat bahawa ayat ke-96 kemudian menyebut mengenai runtuhnya tem bok penghalang Ya'juj dan Ma ' juj. Ertinya, ada suatu kaum yang dulu menghuni sebuah negeri atau tempat dan tak boleh kembali lagi ke tempat asal mereka hingga akhirnya mereka boleh kembali lagi setelah tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj runtuh dan kaum perosak itu tersebar ke seluruh dunia.

Di sini, Al-Quran dan Injil bersepakat bahawa ada satu kaum yang dahulu menghuni sebuah negeri dan kemudian dihancurkan dan mereka dilarang kembali lagi ke negeri itu. Negeri itu, dalam hal ini adalah sebuah bandar bernama Jerusalem yang merupakan kampung halaman bangsa Yahudi. Dalam sejarahnya, Nebukadnezar penguasa Babylon (Mesopotamia) pernah menghancurkan Kerajaan Yehuda dan mengusir kaum Yahudi keluar dari Yerusalem pada abad ke-6 SM sehingga mereka berdiaspora.

Maharaja Rom Hadrian kemudian membangun kembali sebuah kota di dekat runtuhan Jerusalem pada 70 M yang diberi nama Aelia Capitolina. Langkah Hadrian menempatkan patung-patung dewa dan kuil Rom di bekas Yerusalem menimbulkan perlawanan kaum Yahudi yang masih tinggal di tem pat itu yang dikenali dengan na ma pemberontakan Bar Kokhba. Hadrian murka dengan pemberontakan itu. Bertekad membasmi agama Yahudi di Jerusalem, Rom kembali mengusir kaum Yahudi.
 
rencana 9 yakjuj makjuj

sumber :http://sinarislamnusantara.blogspot.my/2012/03/yakjuj-dan-makjuj.html

Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum
ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka
bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu
secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah
banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah
satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun
merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok
yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.
Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji
selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik
berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di
atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu
lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan
Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas
muka bumi?


Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis,
ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka
adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung
atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah
bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan
semata-mata bersaiz gua).

Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam
Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum
ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya
punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2)
Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3)
Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan
untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga
riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi
ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh
Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka
yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka
adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber
hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai
berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah
telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah
Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah
manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat
manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah
sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi
mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa
sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di
bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas)
mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh
ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj
Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah
pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu
berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3
inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke
dalam laut pada satu hari nanti.

Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain
zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam
jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini
berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan
mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula
ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali
atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat
bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka
pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah
telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan
mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari
demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila
Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu
mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada
esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka
telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah
mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah
masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh
bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka
ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini
mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh
dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi
menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan,
hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar,
maka mereka akan mengucapkannya.

Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu
Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet
(peace and blessings be upon him) said: “Every day, Gog and Magog try
to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight
through it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can
carry on digging tomorrow,’ and when they come back, the barrier
becomes stronger than it was before. This will continue until their
time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until
they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will
say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this
case, he will make an exception by saying Insha’Allah, thus relating
the matter to the Will of Allah. They will return on the following day,
and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging
and come out against the people. They will drink all the water, and
find the hole exactly as they left it, and the people will entrench
themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows
into the sky, and they will fall back to earth with something like
blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of
earth, and overcome the people of Heaven.’ Then Allah will send a kind
of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…
‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth
will become fat.’â€￾ (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)

Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum
Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan
atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan
Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak
lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa
sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar
dari lokasi mereka.


“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyak
hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza
pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain
menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan
Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan
Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia
manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.

“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk
tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali
meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila
hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj
bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10
tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian
Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan
Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa
yang mampu menewaskan mereka.

“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian
baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan
Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka
hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan
mayat-mayat itu daripada muka bumi.

“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal
dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah
Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit
matahari” iaitu timur dunia.

“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju
ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga
kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka
ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka
panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum
Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,
dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda
kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah
berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan
jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa
Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings
be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these
words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah.
Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come
close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of
Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him
indicated the size of the hole with his finger and thumb)”
(Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been
mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come
from every lofty place.” (Muslim)

Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan
Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau
menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan
fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi
ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang
telah saya catat sebelum ini.

Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam
Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan
Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari
anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog
adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula
berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama
ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat
serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan
secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini
adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok
pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan
muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.

Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat
yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu
di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu
amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan
utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67
degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama
Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali
sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam
bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini
tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke
17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok
itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat
dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah
tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan
Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan
pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi)
bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah
menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok
Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di
atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi
yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua
pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat
bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).


Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh
Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa
“Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan
yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding
telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman
silam. Ada empat yang paling terkenal:

1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.

Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk
tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka
amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya
tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok
Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian
timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada
di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi
berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di
Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri
dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain
berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa
kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan
besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang
yang dipisahkan oleh laut yang luas.

Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama
di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih
ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun
panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum
mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan
seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka
akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun
mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi
canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan
segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.

Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi
kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka
itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.
Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10
bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir
besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki
bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat
ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus
tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu
mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog)
iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat
terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia,
ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan
China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam
sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak
kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai
ini.


Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj
ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka
mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan
kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan
mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi
pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka
tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu
kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akan
mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke
gunung-ganang menjauhi kaum ini.

Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas
tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari
angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum
Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya
sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa
lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu
kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj
belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.
Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak
dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka
sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung
dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakah
sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?

Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan
fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh
Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab
terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat
mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya
(terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut
bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya
punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan
menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi,
mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah
bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.

Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan
keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan
ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.
InsyaAllah.

Wallahua’lam.
 
rencana 10 yakjuj makjuj

sumber:http://al-faedah.blogspot.my/2011/12/yajuj-majuj.html

Perkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan.

Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.

Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak. Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa AS.

Makhluk perosak ini dikatakan akan meminum air danau yang dijumpai dalam laluannya sehingga kering. Sementara itu, untuk menghindari dari kekejaman makhluk ini, orang-orang yang beriman dan taat terpaksa menyelamatkan diri dibukit-bukit yang tinggi.

PROPAGANDA YANG MEMPUNYAI MAKSUD TERSEMBUNYI, SERING MENAMPILKAN YAKJUJ MAKJUJ SEBAGAI MAKHLUK "KHAYALAN" (FICTION)

Apakah yang kita dapat bayangkan jika kita mendengar khabar sebegitu? Tentunya terlintas difikiran kita wajah-wajah hodoh dan menjijikkan, bentuk tubuh badan yang tentunya tidak menarik serta meloyakan (pernah saksikan filen-filem allien?) dan perlakuan mereka pula semestinya amat menakutkan. Nota: Ada sebab tertentu kenapa filem-filem allien direka dan dipopularkan.

Bagaimana pula jika kita diberitahu bahawa makhluk ini cukup mempesonakan, segak dan jelita. Apa reaksi kita? Adakah kita akan percaya bahawa makhluk yang dikatakan "perosak" ini adalah manusia yang berwajah tampan dan bergaya, bijak dan glamour. Pastinya kita menggeleng-geleng kepala kerana tidak masuk akal.

Walaupun pada peringkat awalnya kita mengandaikan makhluk perosak ini adalah makhluk yang amat di geruni oleh seluruh manusia pada akhir zaman, namun hasil kajian para pemikir masa kini menemui fakta sebaliknya. Makhluk ini telah lama menguasai dunia dan sudah sekian lama pula melakukan pelbagai kerosakan yang dahsyat ke atas muka bumi tanpa kita sedari. Atas alasan kemodenan dan tamadun.

Mereka berada ditiap-tiap tempat yang tinggi (?) dan berduyun-duyun turun menguasai bukit dan lurah. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tiap-tiap tempat ? Bermaksud semua, segenap tempat yang tinggi adalah milik mereka. Siapakah mereka yang bermukim di setiap tempat yang tinggi? Memang benar mereka berada di kedudukan yang tinggi ketika ini.

Ketinggian yang dimaksudkan ialah kekuasaan ekonomi, meneraju pusat pendidikan tinggi, bernegara maju dan berpengaruh, ketinggian taraf hidup, menguasai teknologi dan kejuruteran yang hebat dan yang paling penting ialah mendapat pengiktirafan dan sanjungan penduduk dunia. Apa pula maksud "meluru turun"?


Malah mereka juga adalah super power. Amat gagah dan berkuasa, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sebenarnya mereka adalah pemangsa dan kita semua telah pun menjadi mangsa makhluk ini sejak zaman penjajahan. Selama ini kita gagal mengenali mereka atas sifat luaran mereka yang amat segak dan menawan, penuh gaya. Sehingga kita tidak terlintas bahawa hakikatnya merekalah makhluk perosak yang dimaksudkan dalam nas.

Saya percaya ada sesuatu yang disembunyikan dalam perkhabaran yang disampaikan kepada kita mengenai makhluk ini. Mungkin ia menjadi satu keperluan untuk menguji keimanan disamping membolehkan segala yang telah ditetapkan itu berlaku seadanya.

Jika manusia tahu dan kenal akan makhluk ini, ia tidak lagi menjadi ujian kepada mereka kerana masing-masing akan kembali kepada agama selepas tanda akhir zaman itu nyata. Itu merupakan hikmah kenapa hanya sedikit maklumat sahaja yang disampaikan. Sedikit pula hamba Allah yang menyedarinya. Amat sedikit yang terselamat kerana bukan mudah untuk menjaga iman pada masa fitnah menguasai seluruh kehidupan.

Tidak salah jika kita terus berfikir untuk mengetahui rahsia ini kerana ia penting untuk kita melihat kebenaran disamping dapat menghidu kepalsuan. Tanpa kekuhuhan iman, manusia akan terjerumus ke dalam gaung yang amat licin dan curam, tentunya amat sukar untuk kembali lagi melainkan mendapat kurnia rahmat dan pertolongan dari Allah.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

Kebanyakan manusia masih mendakwa mereka adalah orang beriman, sedangkan mereka telah menjadi hamba kepada makhluk perosak ini dengan menerima cara hidup, sistem pendidikan dan sistem pemerintahan yang mereka anjurkan (sekular).
Mendiamkan diri membisu seribu bahasa ketika melihat kerosakan agama yang berlaku di depan mata (kerosakan akhlak, sosial dan budi). Sekiranya kita tidak terasa menderita kepayahan, kepahitan dan kesakitan memelihara agama, adakah kita masih menganggap diri kita "orang beriman"?

Sayangnya para 'ulama solihin membawa diri ke gunung dan gua (menyisih diri) kerana tidak sanggup melihat kerosakan yang berlaku dan yang tinggal hanyalah 'ulama fasikin yang lantang menyokong sistem Yakjuj dan Makjuj ini (sistem Dajjal)?

Dalam kisah Zulkarnain ada dinyatakan makhluk ini telah dihalang oleh seorang raja yang soleh dan diredhai Allah dengan bembuat benteng (tembok) antara dua gunung. Yang jelasnya mereka berada di utara dunia dikawasan Rusia sekarang. Mereka tidak keluar dari lobang yang dikorek pada tembok tersebut tetapi turun dari "tiap-tiap tempat yang tinggi".

Inilah rahsia yang cuba hendak disampaikan oleh Allah SWT. Jika mereka boleh turun dari atas gunung, kenapa mereka perlu mengorek lubang? Adalah jelas, ia hanya bahasa kiasan yang memerlukan daya fikir dan kajian mendalam disamping mengharapkan hidayah dari Allah untuk merungkaikannya.


“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96


“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Baitul Muqaddis, “Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan “Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia. (dipetik dari artikel Imran Hosein).

Saya sependapat dengan Syeikh Imran Hosein dalam huraiannya mengenai "tempat-tempat yang tinggi" itu. Maksudnya ialah "kekuasaan", bukannya permukaan bumi. Mereka mempunyai kekuatan dan peralatan serta kepandaian dalam semua bidang (maksud kepada: tiap-tiap tempat) yang mana jauh lebih baik dari bangsa-bangsa lain. Melaluinya mereka menjelajah dan menjajah, menjarah dunia sesuka hati mereka.

Ia didorong oleh "tekanan" kepada keperluan bahan mentah untuk industri-industri pembuatan dalam negara mereka, mengganas menyerang dan menawan negara-negara yang lebih lemah, segala hasil mahsul diangkut pulang ke negara asal. Merekalah makhluk yang melakukan banyak kerosakan di akhir zaman. Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Land of Magog.

Bertebaranlah mereka diseluruh pelusuk bumi. Menyerang, membunuh dan merampas hasil bumi bangsa lain semahunya. Agak unik dan anih, mereka bangkit serentak melakukan kerosakan ini. Bangsa penjajah ini ialah kaum manusia yang menghuni utara dunia dari arah sebelah barat. Inilah maksud ayat di atas melalui perkataan "meluru turun".

Sebetulnya kesemua bangsa-bangsa di utara dunia ini adalah penakluk dan perampas hakmilik bangsa-bangsa yang lain. Melakukan penindasan dan pelbagai kezaliman. Siapakah sebenarnya mereka? Dari catatan sejarah, bangsa-bangsa ini ialah German, Perancis, Belanda, Italy, Inggeris, Sepanyol dan Russia.

Sebelum mereka ini, bangsa Monggol juga dari sebelah utara dunia telah mengganas, merompak dan memusnahkan kerajaan-kerajaan di selatan. Akhir sekali Russia menjajah benua tengah termasuk Khurasan sebuah penempatan Islam yang luas pada satu ketika dahulu. Dari keseluruhan kaum perosak ini, hanya bangsa Inggeris yang paling handal kerana berjaya menduduki bumi Amerika, Australia dan New Zealand sehingga ke hari ini - melakukan penghapusan etnik peribumi. Secara kebetulan pula, bangsa China dan Jepun juga dari utara dunia, mempunyai karektor yang hampir sama.

Mereka "meluru" secara berasingan, bersaing antara satu sama lain, berperang sesama mereka, tetapi mempunyai matlamat yang satu iaitu menawan dan merosakkan muka bumi ini. Agama bukanlah menjadi keutamaan lagi dan mereka berkiblatkan kepada kekayaan dan kuasa. Walaupun mereka berbeza bangsa dan negara, asalnya mereka dari rumpun yang satu iaitu berakar asal dari induk Yakjuj dan Makjuj, bangsa Khazars.

Kaum inilah yang dihalang oleh Zulkarnain satu masa dulu. Bangsa khazars ini menyusup ke dalam semua bangsa-bangsa purba di Eropah (bercampur gaul sehingga hari kiamat) dan membiak sebagai masyarakat baru yang dipanggil Kesatuan Eropah pada hari ini. Bangsa Khazars inilah yang dibentengi oleh tembok Zulkarnain disebelah utara Georgia sekarang. Hampir semua pemimpin dan pembesar di Eropah ada kaitan darah dengan kaum ini.

Kaum Khazars ini bukanlah Bani Israel sepertimana yang kita faham selama ini. Mereka adalah kelompok yang berasingan dan tiada kaitan dengan bangsa Yahudi (keturunan Nabi Ishaq). Mereka mengambil agama Yahudi sebagai agama anutan bangsa mereka atas sebab politik semata-mata dengan andaian Islam di selatan dan Kristian di Barat tidak akan memusnahkan mereka kerana Yahudi adalah agama Nabi Musa yang diiktiraf oleh kedua-dua agama samawi itu.

Mereka asalnya penganut Pagan yang tegar. Akhirnya mereka kembali kepada penyembahan pagan secara berselindung disebalik agama Yahudi. Mereka meninggalkan ajaran nabi Musa as dengan menjadikan kitab ciptaan mereka sendiri (Thalmud) sebagai "Kitab Suci". Disusuli dengan ajaran "zionis" yang memberi kelebihan dan keutamaan kepada kaum Yahudi sebagai bangsa pilihan tuhan. 90 peratus daripada Yahudi di dunia sekarang adalah Yahudi Khazars ini.

Ramai kalangan kaum bani Israel (keturunan nabi Ishaq dan Yakkob) di bunuh dan yang paling masyhur ialah peristiwa penghapusan Yahudi oleh Hitler (holocaust). Ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai itu dirancang dan diatur oleh Yahudi Khazars atau Zion ini untuk menghapuskan bani Ishaq (Yahudi sebenar). Kini mereka pula mengaku sebagai bani Israel (anak-anak Yaakob). Sikap dan perangai mereka sememangnya serasi dan seiring dengan watak jahat malah lebih jahat dari Bani Israel, bangsa yang di kutuk oleh Nabi-Nabi mereka sendiri kerana kejahatan dan kesombongan mereka.

Dalam soal ini puak Khazars bimbang kekuasaan akan hilang dari mereka dan beralih ke tangan bani Ishaq, lagi pun kebanyakan orang Yahudi bani Ishaq ini tidak begitu bersetuju dengan dasar zionis yang diketengahkan oleh bangsa Khazars. Terutama kumpulan Yahudi orthodox, Holocaust ini juga digunakan sebagai propaganda mereka untuk mendapat simpati dunia. Hitler adalah keturunan dari Yahudi Khazars.
Bangsa yang suka melakukan onar ini amat mementingkan diri dan kaumnya. Merekalah yang akan membantu (sedang berlaku sekarang) Dajjal kerana Dajjal juga adalah dari keturunan Yahudi dan mempunyai kuasa sihir yang hebat. Fitnah-fitnah mereka juga seiring dan senada dengan apa yang akan dibawakan oleh Dajjal.

Adakah mereka ini bekerja untuk Dajjal sebelum Dajjal menzahirkan diri? Memang ada kebenarannya, mereka sedang menanti "raja" mereka yang terlaknat itu. Banyak bukti telah dikumpulkan oleh pengkaji phenomena akhir zaman dan dapat menunjukkan ianya adalah benar. Jika benar andaian ini, ia menunjukkan Dajjal sudah wujud dan hanya menanti saat yang ditetapkan untuk muncul.

Di Israel ketika ini usaha giat sedang dilakukan untuk menyiapkan kediaman Dajjal dan rumah ibadat mereka (sembahan syaitan). Masjidil Aqsa dan Masjid Saidina Omar akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan "temple" mereka. Pembinaan bangunan-bangunan ibadat yang hebat sehebat kepunyaan kerajaan Nabi Sulaiman as. satu ketika dahulu. Mereka impikan sebuah kerajaan besar yang akan mengambil alih peranan USA menguasai dunia. Berpusat di Jurusalem setaraf dengan kerajaan King David dan Solomon satu masa dahulu. Rumah ibadat utama dinamakan Solomon Temple di bukit Moriah dan juga akan menjadi istana Dajjal nanti.

Satu kebetulan pula ayat-ayat alQuran dalan Surah alKahfi kebanyakannya merujuk kepada perkara ghaib iaitu kisah ashabul kahfi, nabi Musa dan Khaidir, Padang Mahsyar, sikap kufur, perangai golongan Yakjuj dan Makjuj ini.

Kecenderungan mereka mencipta barangan menjadikan hati mereka "kusyuk" terhadap kerja mereka serta bersungguh-sungguh meneroka teknologi baru sehingga mereka tidak lagi mengingati Maha Pencipta (kufur).
Bayangan dan kiasan yang disampaikan oleh para rasul kepada manusia sebenarnya jelas, akan tetapi keupayaan akal manusia yang terhad ditambah pula sikap cintakan dunia menyebabkan manusia kebanyakannya gagal mengesan kehadiran makhluk ini. Tidak semudah itu manusia akan terlepas dari ujian dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur kepada diri sendiri sahaja yang bakal mendapat sinaran kebenaran. Selebihnya adalah gulungan yang terpedaya. Anihnya, makhluk itu sendiri pun tidak tahu bahawa merekalah sebenarnya makhluk perosak itu.

Rasulullah berpesan kepada setiap umatnya supaya sentiasa mengamalkan ayat-ayat surah alKahfi sebagai pelindung dari fitnah Dajjal. Walaupun tahu mengenai pesanan ini, ramai dikalangan Muslimin tidak berbuat demikian (seolah mengingkari arahan baginda) hanya kerana Dajjal belum muncul. Tiada siapa yang tahu bila Dajjal akan menzahirkan dirinya, tetapi kita harus ingat bahawa Rasulullah tidak pernah menyatakan fitnah Dajjal itu hanya akan tersebar selepas kemunculannnya.

Seperkara lagi yang tidak pernah terlintas difikiran ialah kenapa surah ini (alKahfi) dijadikan "doa" pelindung dari fitnah Dajjal padahal isi kandungan surah ini tidak menceritakan perihal Dajjal sebaliknya berkisar mengenai perbuatan zalim dan ingkar sebahagian makhluk Allah dan berita mengenai Yakjuj dan Makjuj (senonim dengan perangai dan perlakuan masyarakat barat). Ini adalah bukti kukuh bahawa makhluk yang bergelar Yakjud dan Makjud ini adalah bangsa Eropah yang diterajui kaum Khazars dan perkaitan rapat dengan kemunculan Dajjal.

hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Dari sini kita dapat meneroka lebih jauh teori ini. Semakin lama semakin jelas petunjuk dalam membuka rahsia berita ghaib ini. Sememangnya apa yang disebut dalam surah alKahfi adalah hal yang berkaitan dengan perbuatan makhluk perosak ini supaya dihindari oleh orang-orang yang beriman. Fitnah yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj itu juga adalah fitnah Dajjal. Wujud keadaan yang menasabah dan meyakinkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu telah menyebarkan fitnah yang disebut Fitnah Dajjal itu. Perkhabaran mengenai Ashabul Kahfi juga merupakan petunjuk kearah itu.

Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang berada di dalam negeri syirik, mereka keluar dari negeri itu guna menyelamatkan aqidah lalu Allah mudahkan untuk mereka hingga menjumpai sebuah gua, mereka pun masuk ke dalamnya dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang sekira tiga ratus sembilan tahun.

Dimanakah perkaitannya? Cuba kita renungkan kesah tersebut.

Ia sama seperti keadaan kita sekarang apabila kerosakan telah berlaku dan banyaknya fitnah (TV, filem, akhbar, majallah, internet, iklan, hiburan, kospirasi illuminati, riba, kerosakam akhlak, hilangnya nur syahadah, pergaulan melebihi batas, mengingkari sunnah nabi, suka kepada perbuatan dan sumber haram, membenci orang alim, mempersenda agama, lalai leka, malas, suka keseronokan, hilangnya kasih kepada keluarga, rasuah, sex luar tabii, sex bebas, menyembah keduniaan, luput budi pekerti, tidak menghormati orang tua dan beratus-ratus lagi hal yang seumpama dengannya). Cuma keadaannya tidak serupa kerana penceritaan itu (surah alKahfi) berdasar pada satu zaman silam dimana tidak wujud bentuk kehidupan seperti sekarang. Kita juga dikerumuni oleh kuffar terutama makhluk yang sedang kita bincangkan ini.

Tindakan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan iman adalah satu tauladan kepada kita hari ini (untuk siapa yang berfikir). Jika kita ingin selamat jauhilah hati kita (tidur) dari menghampiri, melihat atau memikirkan hal-hal yang berunsur syirik dan haram. Insyaallah, Allah akan "tidurkan" kita dengan melekakan hati kita hanya padaNya. Saudara sudah nampak perkaitannya? Begitulah Allah menyuruh kita memikirkan setiap firmannya supaya kita tidak tersasar. Kerana itu banyak ayat-ayat yang mempunyai maksud: "beruntunglah kepada sesiapa yang berfikir".

Manusia Yakjuj dan Makjuj ini sengaja mencipta dan mencerna fitnah untuk memberi kepuasan lahiriah mereka, malahan sering memberi gambaran buruk terhadap perkara yang baik dan benar, menyanjung tinggi kepalsuan. Pembohongan dan muslihat menjadi amalan bahkan ianya seperti suatu kemestian dalam kehidupan seharian mereka. "Kebahagian" ditafsirkan sebagai kehidupan mewah, bebas melakukan apa sahaja, dapat melepaskan diri hukum atau tidak terikat dengan peraturan. Kebahagiaan itu ia hanya akan dapat dicapai melalui keseronokan dan kepuasan.


Sementara itu, gulungan sahabat kepada makhluk ini telah dengan mudah diperdaya, mereka dengan senang hati mengiktiraf fahaman ini sebagai satu pemodenan dan peradaban dan akhirnya menjadi agama mereka tanpa mereka sedari. Dengan itu mereka akan terus tersesat di dalam hayalan dan pemikiran palsu. Bagi mencapai kepuasan hidup, mereka akan bersungguh-sungguh berusaha mengumpul sebanyak-banyak harta kekayaan agar dapat berhibur disana sini mencari keseronokan.

Sanggup menghalalkan penipuan dan kezaliman kerananya. Hukum agama sering diperbahaskan untuk mempersetujui pandangan mereka.

Walaupun mereka asalnya bukan makhluk perosak yang sebenar, tetapi kini telah bersatu dan bersubahat menjayakan corak pemikiran dan budaya yang di imani oleh makhluk perosak berkenaan. Memuja dan memuji apa sahaja yang telah dilakukan oleh idola mereka. Sering meniru dan menggayakan cara hidup yang disangkakan moden dan mewah itu. Amat malang bagi mereka yang tidak bernasib baik, iaitu mereka yang gagal mencapai kekayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh.

Mereka menyalahkan nasib dan takdir atas kegagalan itu. Mereka juga ikut terpedaya hinggakan terpaksa melakukan tindakan agresif termasuk jenayah. Terjadilah persengketaan, permusuhan, marah serta dendam terhadap sebahagian yang lain iaitu golongan yang berada. Saling salah menyalahkan dan tuduh menuduh. Inilah racun "fitnah" seperti yang dimaksudkan oleh alQuran dan hadis.

Golongan "berada" hidup dalam keadaan serba mewah. Segolongan lagi hidup menderita (lihatlah keadaan rakyat negara Afrika). Mereka yang kaya raya itu sentiasa berfikir untuk menambah kekayaan mereka. Mengutamakan diri dan keluarga mereka semata dan tidak berminat untuk membantu orang yang tidak bernasib baik atau gulungan yang sengsara.

Tergamak membiarkan manusia lain kelaparan dan mengemis hanya kerana terlalu sayang kepada harta benda mereka dan bimbang kekayaan mereka akan terhakis jika membantu. Sekiranya terpaksa juga menyumbang, perlulah diteliti "apa yang mereka akan dapat" sebagai balasan. Keikhlasan hanya bermain dihujung lidah tidak meresap kedalam hati. Zakat tentu sekali akan dihindari seberapa boleh kerana takut kepada kemiskinan yang bakal mengurangkan kepuasan dan keseronokan mereka.

Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

Golongan miskin sering dihina dicaci dengan kata-kata tidak sopan seperti malas dan *****. Mereka tidak pernah rasa bersalah atas sikap tamak dan bakhil mereka itu. Malah merasa sakit hati dan cemburu pula bila melihat ada orang lain yang lebih mewah dari mereka. Hidup bagi mereka hanya dinilai dari segi kedudukan dan kebendaan.

Lihatlah kerosakan yang berlaku amatlah dahsyat. Hanya kerana terbawa-bawa cara hidup makhluk perosak itu. Ramai yang tidak sedar kemusnahan kemanusiaan yang mereka turut lakukan sebagai ikutan terhadap apa yang dibawa oleh idola mereka. Mereka juga adalah manusia dari kalangan Yakjuj dan Makjuj kerana mempunyai sifat yang sama iaitu merosakkan.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Sebab itulah ia mempnyai dua nama tetapi bersamaan bentuk. Mereka ini bukan dua bangsa atau negara, sepertimana yang biasa difahami sebaliknya mereka terdiri dari dua golongan pemusnah. Yakjuj dan Makjuj. Makhluk perosak utama ialah Yakjuj atau Gog dalam kitab Injil dan Taurat. Sementara para pengikut atau yang bersubahat (pengamal ajaran mereka) dipanggil Makjuj atau Land of Magog. Dalam kitab lama ia tidak disebut Gog dan Magog tetapi Gog dan Land of Magog. Maksud Land of Magog ini lebih kepada menunjukkan golongan "rakyat" atau "pengikut" fahaman kumpulan Gog tadi.

Di dalam kitab suci alQuran hanya disebut sebagai makhluk perosak dan tidak dinyatakan samada mereka itu manusia atau bukan sehingga terjadi banyak perselisihan pandangan. Walau bagaimana pun perkataan "kaum" yang disebutkan alQuran itu adalah merujuk kepada sebilangan manusia. Disokong pula oleh satu hadis yang menyatakan bahawa mereka adalah 999 dari 1000 orang manusia penduduk bumi adalah Yakjuj dan Makjuj yang akan menjadi penghuni neraka. Bersesuaian pula dengan hadis yang lain menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga.

Dapat dilihat peranan Yakjuj atau "GOG" ini, mereka membina pelbagai rangkaian persatuan dan pertubuhan secara sulit untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka menyusun strategi tanpa disedari oleh orang lain. Dari perlaksanaan rancangan tersebut lahirlah ramai "land of MAGOG" atau Makjuj. Hamba abdi mereka.

Untuk mengawal atur (MIND CONTROL) penganut agama nabi Isa as, MEREKA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN KEROSAKAN AKIDAH dengan menokok tambah ajaran Rasul Allah itu dengan mengatakan "Allah itu mempunyai anak", sesuai dengan pegangan mereka (PAGAN - sembahan berhala, sihir dan iblis). Allah menyatakan bahawa, "bumi dan gunung ganang bergoncang mendengar dakwaan mereka itu". Betapa dahsyatnya kemungkaran yang mereka lakukan.

Firman Allah, surah alKahfi;

[102] Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.


Golongan makhluk perosak ini juga amat suka kepada ciptaan pelbagai barangan dan peralatan. Sentiasa berkerja keras mempercanggih ciptaan mereka sehinggalah akhirnya tersesat bertuhankan ciptaan mereka sendiri. Hidup mereka ditumpukan kepada usaha ini dan merekabentuk sesuatu yang baru untuk diniagakan. Mereka amat terpesona dengan kejayaan mereka itu dan membanggakannya kepada seluruh penghuni dunia. Fitnah inilah yang paling berjaya menjerat manusia.

Selanjutnya fahaman ini (dunia moden) menjadi ikutan sebahagian besar umat manusia setelah terpengaruh dan terpegun dengan kemajuan Sains dan Teknologi. Terjadilah mereka ini sebagai golongan 'perosak' juga bertepatan dengan hadis Rasulullah saw, "sesiapa yang mengikut mereka adalah tergolong dari kalangan mereka". Maka bertambahlah bilangan makhluk perosak yang akan menghuni neraka kerana mereka telah menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj ini. 99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa da akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah YAKJUJ DAN MAKJUJ", kata Rasulullah saw. Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka. Allah awt telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia Yakjuj dan Makjuj ini.

Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yang mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi. Allah telah dikesampingkan, akhirnya wujudlah pula kaum baru iaitu gulungan atheis (tidak lagi mempercayai kewujudan tuhan) yang dipelopori oleh ahli sains Yahudi yang diagungkan, Charles Darwin.
CHARLES DARWIN

Surah alKahfi menceritakan perihal ini. Mereka terlalu bangga dengan kejayaan sains dan teknologi ciptaan mereka sehingga merasakan tuhan itu tidak wujud. Mereka berjaya kerana usaha dan kekuatan ilmu yang mereka miliki.

“Apakah orang-orang kafir mengira bahwa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahwa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang.” (18: 102-104).

Kumpulan yang ekstrim dikalangan mereka telah menubuhkan kesatuan komunis dan berjaya menyesatkan lebih ramai manusia yang berada dibawah kekuasaan mereka. Beberapa negara masih lagi kekal dengan dasar dari doktrin komunisnya seperti Russia, China dan Cuba. Karl Marx (pengasas fahaman sosialis komunis) dan Lenin juga orang Yahudi Khazars.

Karl Marx

Terdapat sedikit keganjilan, kenapa perihal Dajjal hanya ada dalam hadis-hadis Rasulullah saw sahaja, tidak disebut di dalam alQuran. Mengenai Yakjuj dan Makjuj pula hanya disentuh 2 kali sahaja. Tentu sahaja ada perkaitan yang rapat antara keduanya, Dajjal dan makhluk perosak ini kerana kedua-duanya muncul pada akhir zaman dan kedua-duanya menjalankan muslihat dan tipudaya yang merosakkan.

Dajjal menjadi perancang kejahatan sekala maksima bersadur falsafah dan idologi untuk memalingkan keyakinan manusia dan memperakui dia adalah tuhan. Sementara makhluk perosak ini pula memusnahkan apa sahaja yang ada terutama melaksana apa yang dirancang oleh Dajjal (agen pelaksana). Tidak syak lagi, merekalah pembantu Dajjal, menjadi pekerja setia dan wakil Dajjal menyesatkan seramai mungkin umat manusia.

Manusia akan tertipu dengan FITNAH akhir zaman. Bilamana Dajjal menjanjikan kesenangan hidup, pastinya manusia yang telah terpedaya ini akan menurut sahaja apa yang diperintahkan, termasuk mengaku bahawa Dajjal itu adalah Tuhan.

Sesuai dengan beberapa keterangan dari hadis Rasulullah bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan dihapuskan oleh Allah sendiri atas perkenan doa nabi Isa as. Mereka terlalu ramai, 99.9% penduduk bumi akan dihapuskan setelah kematian Dajjal. Selepas itu, 0.1% sahaja manusia yang tinggal, mereka ini adalah orang yang taat dan patuh kepada Allah swt. Manusia beriman. Dunia akan dipenuhi keberkatan, dilimpahi rezeki, dipenuhi keadilan dan semua manusia ketika itu hidup dalam aman dan sentosa.

Pada waktu itu, penduduk dunia hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini,(tahun 2010) jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak 6 hingga 7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). Jika kita ambil kiraan dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi selepas era Imam Mahadi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1% dari jumlah 7 billion). Ini hanya anggaran berdasarkan hadis di atas. Perlu diingat tentera yang berjuang bersama Imam Mahadi yang terselamat hanyalah satu pertiga sahaja. Satu pertiga menjadi kafir dan satu pertiga lagi syahid termasuk PEMUDA BANI TAMIM, pemimpin tentera Imam Mahadi yang gagah perkasa berhati sekental besi dan tidak pernah dikalahkan.

KEROSAKAN TERDEKAT BAKAL BERLAKU

Kerosakan menyeluruh akan berlaku sedikit masa lagi, bukan sahaja gunung akan runtuh, bahkan segalanya musnah. Peperangan sesama mereka pastinya menghancurkan sebahagian besar permukaan bumi. Penduduk bumi juga akan berkurangan kerana kesan peperangan yang dahsyat. Ada pendapat penganalisa Barat bahawa peperangan dunia III pasti meletus pada tahun 2012 nanti (antara Yakjuj Makjuj - USA dan sekutuinya NATO dengan saingannya yang diketuai oleh Russia).


"When the order comes, the sub shoots a 65-ton Trident II ballistic missile into the sky. Within 2 minutes, the missile is traveling at more than 20,000 ft. per second. Up and over the oceans and out of the atmosphere it soars for thousands of miles. At the top of its parabola, hanging in space, the Trident’s four warheads separate and begin their screaming descent down toward the planet. Traveling as fast as 13,000 mph, the warheads are filled with scored tungsten rods with twice the strength of steel. Just above the target, the warheads detonate, showering the area with thousands of rods-each one up to 12 times as destructive as a .50-caliber bullet. Anything within 3000 sq. ft. of this whirling, metallic storm is obliterated."

Sabda Rasulullah SAW: "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad).
Pada waktu itu, penduduk dunia hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini,(tahun 2010) jumlah penduduk dunia.

Sekiranya Yakjuj dan Makjuj keluar selepas era Imam Mahadi seperti yang ramai orang faham, ia tidak seiring atau bertentangan dengan maksud hadis di atas. Huru hara dan kerosakan berlaku sebelum kebangkitan Imam Mahadi bukan selepasnya. Dibawah pemerintahan kerajaannya akan berlaku keadilan menyeluruh dan kesaksamaan sepenuhnya dan diikuti oleh zaman pemerintahan Nabi Isa AS.

Dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, bahawa Nabi saw bersabda:

“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Hadis ini pula memberi gambaran bahawa kaum Yakjuj Makjuj sudah berjaya menembusi tembok tersebut semasa hayat baginda lagi. Kini sudah lebih 1400 tahun berlalu dan dapatlah dibayangkan dalam tempoh itu sejauh mana lobang itu telah berjaya dipecahkan.

Jika masih belum dipecahkan lagi seperti mana andaian klasik, tidak mustahil tembok itu masih wujud dan mustahil pula ia tidak dapat dikesan . Tentulah tembok Zulkatnain itu telah ditemui memandangkan kecanggihan teknologi hari ini. Google map pun sudah boleh digunakan untuk mengesannya dari setelit.

MEREKA MENGUASAI DUNIA

Kini terbuka rahsia bagaimana mereka menguasai segalanya di dunia ini. Ia bermula selepas tembok Zulkarnain musnah atas izin Allah. Ternyata manusia zaman ini telah dirosakkan oleh tangan hitam Yakjuj dan Makjuj. Bukankah mereka itu "makhluk perosak"?

Amat jelas bangsa yang berasal disebalik gunung ini membuat keonaran yang tidak terkira banyaknya. Mereka merosakkan segalanya. Umat Islam dikira beruntung kerana telah dimaklumkan mengenainya oleh Allah dan rasulNya, walaupun hanya sedikit perkhabaran, ia amat berguna bagi kita membuat kajian dan analisa. Sayangnya ramai diantara orang Islam masih belum menyedarinya dan terleka pula dengan agenda yang diaturkan oleh "perosak" ini. Kerana itu ia dinamakan "FITNAH", penyelewengan kebenaran (fakta) dan berita palsu.

Dikalangan bangsa mereka sendiri ada sebilangan manusia yang menyedari permainan dan perbuatan pelaksana agenda tersembunyi, namun apa yang dapat dilakukan? Mereka telah terkeliru dan terjebak, malahan agama mereka sendiri yang dipesongkan tidak mereka sedari. Kerosakan sudah menyeluruh disegenap tempat (bukit dan lurah) menunggu sentuhan terakhir oleh Dajjal Laknatullah. Contohnya saya bawa petikan tulisan GWW Bach mengenai kerja-kerja golongan atasan kaum perosak ini (kini dikenali sebagai Illuminati).

Perhatikan fenomena terkini yang telah dinukilkan oleh para pengkaji "protolol Zionis" dan Illuminati. Sebahagian besar para pengkaji ini bukan beragama Islam. Fenomena ini semakin hari semakin jelas dan bertepatan dengan gejala yang kita hadapi sekarang.
 
Back
Top
Log in Register