Indonesia keluar jet pejuang 2024
Jakarta: Indonesia akan mula mengeluarkan jet pejuang pada 2024.
Pengarah syarikat pesawat negara, PT Dirgantara Indonesia (PTDI), Budi Santoso berkata, jet itu yang dinamakan Indonesia Fighter Xperiment (IFX) 4.5 Generation itu akan mula dipasang pada 2020.
“Ia akan berterusan selama 20 tahun,” kata Budi di pejabatnya di Bandung, kelmarin.
Menurutnya, kontrak sudah ditandatangani antara Kementerian Pertahanan dan Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA) Korea Selatan Januari lalu untuk membangunkan pesawat prototaip yang dijangka siap pada 2019.
PTDI menyasarkan IFX boleh beroperasi antara 2024 atau 2025.
“Jet itu akan beroperasi pada 2024 atau 2025. Tahun ini, kami membuat prototaip dan melakukan ujian penerbangan,” katanya.
Aktiviti menghasilkan pesawat prototaip itu dilakukan di Korea Selatan.
IFX akan digunakan oleh tentera Indonesia atau dijual kepada negara lain.
Kira-kira 300 saintis dan juruteknik Indonesia kini berada di Seoul untuk menjalankan kajian dan penyelidikan teradap projek itu. - Agensi