BTC USD 83,855.4 Gold USD 4,165.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Indonesia keluar jet pejuang 2024

Jakarta: Indonesia akan mula mengeluarkan jet pejuang pada 2024.

Pengarah syarikat pesawat negara, PT Dirgantara Indonesia (PTDI), Budi Santoso berkata, jet itu yang dinamakan Indonesia Fighter Xperiment (IFX) 4.5 Generation itu akan mula dipasang pada 2020.

“Ia akan berterusan selama 20 tahun,” kata Budi di pejabatnya di Bandung, kelmarin.

Menurutnya, kontrak sudah ditandatangani antara Kementerian Pertahanan dan Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA) Korea Selatan Januari lalu untuk membangunkan pesawat prototaip yang dijangka siap pada 2019.

PTDI menyasarkan IFX boleh beroperasi antara 2024 atau 2025.

“Jet itu akan beroperasi pada 2024 atau 2025. Tahun ini, kami membuat prototaip dan melakukan ujian penerbangan,” katanya.

Aktiviti menghasilkan pesawat prototaip itu dilakukan di Korea Selatan.

IFX akan digunakan oleh tentera Indonesia atau dijual kepada negara lain.

Kira-kira 300 saintis dan juruteknik Indonesia kini berada di Seoul untuk menjalankan kajian dan penyelidikan teradap projek itu. - Agensi

15hmfighter_cropped.transformed_zpsmwaznyb1.jpg
 
Kanak-kanak kebuluran dituduh ahli sihir

Abuja (Nigeria): Seorang kanak-kanak ditemui bogel dan kebuluran di jalanan selepas dituduh ahli sihir oleh penduduk tempatan sebelum diselamatkan pekerja bantuan kemanusiaan.

Gambar dimuat naik ke Facebook menunjukkan kanak-kanak itu yang kurus kering dan dinamakan Hope diberi minum air oleh pekerja kemanusiaan.

Pengasas Yayasan Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Afrika Anja Ringgeren Lovén yang memuat naik gambar berkenaan berkata: “Banyak yang saya lihat sepanjang tiga tahun di Nigeria. Banyak pengalaman tidak dikongsikan bersama anda kerana terlalu menyayat hati.

“Ribuan kanak-kanak dituduh ahli sihir dan kami melihat ramai budak diseksa, mati atau ketakutan.

“Saya berkongsi gambar ini untuk menunjukkan perjuangan saya, kenapa saya sanggup menjual semua harta dan berpindah ke tempat yang jauh terpencil.”

Katanya, Hope kini beransur pulih

“Si kecil ini amat tabah. Melihatnya bermain dengan anak saya sendiri menjadi antara pengalaman paling mengagumkan bagi saya,” katanya. - Agensi


15hmboy_cropped.transformed_zps5mw58g13.jpg
 
Hidup semula Laluan Sutera

Teheran: Televisyen kebangsaan Iran melaporkan, kereta api komersial China pertama tiba di Teheran semalam dalam usaha menghidupkan semula Laluan Sutera, rangkaian perdagangan kuno yang merentasi Asia.

Timbalan Menteri Pengangkutan Iran, Mohsen Pourseyed Aghaie berkata, kereta api membawa 12 kontena itu tiba di Teheran selepas perjalanan 14 hari dari timur China.

Katanya, pengangkutan rel itu menjimatkan waktu transit berbanding perjalanan melalui laut dari Shanghai ke pelabuhan di Iran.

Sehubungan itu, katanya, Iran merancang memperluas laluan itu ke Eropah.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, negara itu akan meneruskan hubungan baiknya dengan Timur walaupun mengorak perjanjian dengan negara Barat seperti Perancis serta Itali. - AP


16hmtren.transformed_zpsyiywsvj4.jpg
 
JI kembali aktif

Jakarta: Ketika pihak berkuasa Indonesia giat memburu anggota militan Negara Islam (IS) susulan serangan di Jakarta pada bulan lalu, satu kumpulan radikal tempatan dengan sejarah lebih ganas dikesan kembali aktif.

Jemaah Islamiah (JI) dipercayai hampir berkubur selepas operasi pihak berkuasa berjaya membunuh dan menangkap beratus-ratus pengikut dan pemimpinnya.

Kumpulan yang mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia, Filipina dan Thailand itu terkenal dengan beberapa siri serangan bom terhadap kepentingan Barat pada awal 2000.

Pada 2002, beberapa anggota JI melancarkan serangan bom di Bali menyebabkan lebih 200 mangsa yang kebanyakannya pelancong asing terbunuh.

Bagaimanapun, satu temu bual Reuters dengan dua anggota yang masih aktif dan seorang bekas pengikutnya mendapati kumpulan itu kembali bergerak semula dengan merekrut anggota baru, menambahkan dana serta menghantar anggotanya mendapat latihan di Syria.

Seorang bekas anggota JI, Nasir Abas berkata, kumpulan itu kini berada di tahap persediaan.

“Mereka tidak melakukan sebarang operasi, tetapi merekrut anggota baru, meningkatkan pengetahuan, pendidikan, rangkaian dan kewangan.

“Saya tidak memandang rendah keupayaan mereka,” katanya.

Penganalisis keselamatan yang berpangkalan di Jakarta, Sidney Jones percaya, JI kini mempunyai anggota hampir 2,000 orang iaitu hampir sama ketika serangan di Bali dilancarkan.

“Beberapa anggota JI yang ditahan baru-baru ini didapati menyimpan sejumlah senjata api,” katanya.

Pihak berkuasa juga percaya, JI yang mempunyai latihan yang lengkap, tersusun dan sumber kewangan besar, lebih memberi ancaman berbanding IS.

Nasir memberitahu, JI masih mempunyai beberapa ketua yang menerima latihan di Afghanistan pada 1980-an.

“Mereka ini (ketua) kembali dengan pengalaman bertempur dan kemahiran membuat bom,” jelasnya.

16hmaktif.transformed_zpsrroh4taa.jpg
 
Tidak mengaku salah bom Bangkok

Bangkok: Dua lelaki minoriti Islam Uighur dari China mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan serangan bom di Bangkok tahun lalu, dengan peguam salah seorang tertuduh mendakwa anak guamnya diseksa supaya mengaku melakukan jenayah itu.

Bilal Mohammad, 31, dan Mieraili Yusufu, 27, menghadapi lapan tuduhan, termasuk konspirasi meletupkan bom dan melakukan pembunuhan.

Seramai 20 orang dengan 14 pelancong asing termasuk rakyat Malaysia terbunuh manakala 120 lagi cedera dalam letupan bom Ogos tahun lalu.

Tuduhan terhadap mereka dibacakan buat kali pertama di mahkamah tentera pada November lalu.

Bilal yang juga dikenali sebagai Adem Karadag (nama pada pasport palsu Turki yang dibawanya ketika ditahan) menghadapi dia lagi tuduhan imigresen memasuki Thailand secara haram.

Hari ini, kedua-dua lelaki itu memberitahu mahkamah mereka ialah rakyat China dari minoriti Uighur dari bandar Urumqi di wilayah Xinjiang, barat China.

“Saya tidak boleh menyatakan alamat saya yang tepat di China kerana takutkan kerajaan China” kata Bilal memberitahu mahkamah.

Polis sedang memburu 15 lagi suspek tetapi sehingga kini tidak mengumumkan sebarang perkembangan.

Peguam Bilal, Chuchart Kanpai, memberitahu wartawan anak guamnya mendakwa dia diseksa September lalu, tiga minggu selepas ditahan supaya mengaku bahawa dia ialah orang yang dilihat dalam rakaman video di tempat kejadian.

Menurutnya, Bilal mendakwa air dimasukkan ke dalam hidung, diugut dihantar pulang ke China serta anjing dibiarkan menyalak kepadanya ketika soal siasat menyebabkan dia mengaku.

Mieraili tidak mempunyai peguam dan mahkamah melantik seorang peguam tentera untuknya yang mewakilinya hari ini.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 22 April ini untuk pemeriksaan bukti.


bmb2.jpg.transformed_0_zpslp3wgs2p.jpg
 
OPEC, Russia hadkan pengeluaran minyak

Doha: Pengeluar minyak terbesar dunia Arab Saudi dan Russia bersetuju membekukan tahap pengeluaran minyak pada kadar Januari bagi menstabilkan harga.

Menurut Menteri Minyak Qatar, Mohammed Saleh al-Sada, selain Arab Saudi dan Russia, Venezuela dan Qatar juga bersetuju dengan langkah itu

Mohammed Saleh yang bertindak sebagai Pemangku Presiden OPEC, memberi gambaran mesyuarat menteri minyak di Doha itu berjaya.

Aras tunjuk Pasaran minyak mentah Brent di Eropah menunjukkan harga minyak naik AS$.81 menjadi AS$34.20 setong di pasaran London selepas pengumuman itu.

Harga minyak jatuh 70 peratus sejak Jun 2014 akibat lebihan bekalan, kurangnya permintaan dan kebimbangan terhadap ekonomi dunia.

Ia juga menghadapi tekanan daripada Iran yang sudah terlepas daripada sekatan ekonomi yang bermakna Iran boleh mengeksport minyaknya


MYAKK.jpg.transformed_0_zpsz8i1sa63.jpg
 
Dunia dibayangi pembentukan pakatan tentera baharu

SETIAP peperangan pasti melibatkan dua pakatan besar seperti mana yang berlaku pada Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Perang Dunia Pertama menyaksikan Pakatan Berikat yang dianggotai oleh Britain, Rusia, Perancis, Itali, dan Amerika Syarikat (AS) menentang Pakatan Kuasa Te*ngah iaitu Jerman, Austria-Hungary, Empayar Uthmaniyah dan Bulgaria selepas pembunuhan pemimpin Austria-Hungary, Frans Ferninand menjadi punca konflik global itu yang bermula pada 28 Julai 1914 sehingga 11 November 11 1918.

Kemudian dunia bergolak kembali selama enam tahun bermula 1 September 1939 sehingga 2 September 1945 apabila Pakatan Axis yang dianggotai oleh Jerman, Itali, Jepun, Hungary, Romania, dan Bulgaria berdepan Pakatan Berikat iaitu AS, Britain, Perancis, Kesatuan Soviet (kini digelar Rusia), Austra*lia, Belgium, Brazil, Kanada, China, Denmark, Greece, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Afrika Selatan, dan Yugoslavia.

Pakatan yang terbentuk sebelum ini tidak mempunyai perbezaan yang besar kerana melibatkan beberapa negara yang memegang status kuasa dunia pada hari ini iaitu AS, Jerman, Rusia, Perancis, dan Britain berdasarkan status anggota tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tetapi kemunculan anggota tetap baharu iaitu China sebagai kuasa besar dunia dalam majlis tersebut ternyata mengubah lan*d**s*kap pakatan besar dunia sekiranya berlaku Perang Dunia Ketiga.

Semasa dua perang dunia terdahulu, China tidak memainkan peranan yang ketara dalam Pakatan Berikat walaupun negara itu diserang oleh Jepun sebagai sekutu Pakatan Axis.

Namun sejak pertumbuhan ekonomi yang pesat beberapa tahun kebelakangan ini, program memodenkan ketenteraan China dilihat sebagai satu petunjuk jelas bahawa pakatan dunia sedang berubah dengan ketara.

Krisis peperangan dan ancaman militan IS di Syria juga menunjukkan pakatan baharu sudah terbentuk dalam kalangan negara-negara yang bermusuhan sebelum ini te**r*utamanya antara AS dan Jerman.

Malah persengketaan dua sekutu utama pada Perang Dunia Kedua, AS dan Rusia juga sudah tidak dapat di*sembunyikan lagi sejak Perang Dingin meletus apabila kedua-dua negara sentiasa mengambil peluang untuk meluaskan pengaruh dalam mana-mana konflik global seperti yang berlaku di Syria dan timur Ukraine.

Sekiranya Perang Dunia Ketiga meletus, Pakatan Berikat yang kini berselindung di sebalik nama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dijangka memiliki soko*ngan yang sama seperti sebelum ini terutamanya daripada Britain dan Perancis, tetapi penglibatan Jerman dilihat satu kelebihan yang besar buat gabungan tersebut memandangkan Berlin mempunyai pengalaman yang luas dalam dua perang dunia terdahulu.

Selain itu, Jepun juga tidak mempunyai pilihan selain berpihak kepada AS berdasarkan perjanjian ketente*raan selepas kalah pada Perang Dunia Kedua dan kedudukan yang strategik di benua Asia Pasifik, mengundang rasa kurang senang China terhadap kehadiran kuasa Barat di Asia.

Beijing juga berasa terancam dengan pengaruh AS di Singapura, Taiwan, Filipina, dan Korea Utara, jadi tidak hairanlah China menjadikan Korea Utara sebagai sekutu pentingnya bagi mengimbangi kuasa di kawasan Laut China Timur.

Pakatan antara Rusia dan China boleh dijangka memandangkan kedua-dua negara mempunyai asas ideologi yang sama iaitu fahaman komunisme walaupun dasar itu me*ngalami revolusi sejak tahun 1960-an.

Di Asia Barat, walaupun keba*nyakan negara merupakan sekutu kepada AS termasuk Jordan, Arab Saudi dan Mesir, tetapi isu pencerobohan rejim Israel di bumi Palestin menyebabkan pakatan Amerika-Arab tidak begitu teguh dan boleh berubah pada bila-bila masa.

Namun AS masih boleh meraih sokongan negara Arab dengan menjadikan Iran, antara sekutu kuat Rusia di rantau Arab, sebagai ancaman dengan memainkan isu program nuklear dan penyebaran fahaman Syiah di rantau itu.

Tidak diragukan lagi, Perang Dunia Ketiga melibatkan persengke*taan antara dua pakatan utama iaitu NATO dan pakatan Rusia-China-Iran berdasarkan perbezaan ideo*logi, kepen*tingan, dan perselisihan yang lalu.
 
Israel bunuh gadis Palestin Mangsa ditembak ketika dalam perjalanan ke sekolah

TEBING BARAT 14 Feb. - Pasukan keselamatan Israel terus bertindak di luar batas kemanusiaan apabila menembak mati remaja perempuan berusia 17 tahun, mengakibatkan mangsa me*ninggal dunia di lokasi kejadian berhampiran masjid di Hebron, semalam.

Sama seperti insiden-insiden sebelum ini, rejim Zionis menggunakan alasan sama, mendakwa gadis itu, Kalzar al-Uweiwi cuba menikam seorang tenteranya.

Lebih menyayat hati, mangsa dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah berdasarkan penemuan buku-buku di dalam beg galasnya.

Jenazahnya juga berlumuran darah selepas mangsa dilapor tidak dibenarkan menerima rawatan perubatan sejurus ditembak.

Insiden tersebut turut dipersoalkan ahli keluarga mangsa memandangkan tiada kecederaan dilapor pada anggota tentera yang kononnya cuba ditikam Kalzar.

Pendakwa raya di Pejabat Pendakwa Raya Awam Hebron, Ashraf Mishal berkata, bedah siasat terhadap jenazah mangsa menunjukkan gadis itu maut akibat tiga das tembakan yang mengenai paru-paru serta lehernya.

“Mangsa maut akibat pendarahan. Dia mungkin selamat jika diberi rawatan awal,“ katanya se*perti laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat.

Dalam satu lagi insiden, dua remaja lelaki ditembak mati oleh tentera rejim hari ini, hanya kerana didakwa melontar batu ke arah sekumpulan askar Israel.

Tentera Israel dalam satu ke*n*ya*taan memberitahu, Nihad Waked dan Fuad Waked, kedua-duanya berusia 15 tahun, ‘menyerang’ as*karnya di Jenin, menyebabkan mangsa dibunuh kononnya atas alasan mempertahankan diri.

Sejak 1 Oktober lalu, pihak keselamatan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 173 warga Palestin termasuk orang awam serta penunjuk perasaan yang tidak bersenjata.

image_zpshzmkdphi.jpg
 
Bantuan kemanusiaan tiba untuk pelarian Yarmouk

DAMSYIK 14 Feb. – Bantuan kemanusiaan untuk pelarian Palestin dan Syria di Yarmouk akhirnya tiba setelah sembilan bulan kawasan terlibat terputus bantuan akibat dikepung oleh kumpulan-kumpulan bertelagah.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Agensi Pela*rian Palestin (UNRWA), Chris Gunness, bagaimanapun berkata, badan itu tidak memasuki kem tersebut, tetapi membawa bantuan ke Yalda, yang menempatkan 900 keluarga dari Yarmouk dan kawasan sekitar yang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Walaupun beberapa bantuan kemanusia telah memasuki kawasan ini sejak kali terakhir UNRWA mengagihkan bantuan pada Jun tahun lalu, namun keperluan kemanusiaan di sini masih meruncing,’’ katanya.

Yarmouk merupakan kawasan pertempuran hebat antara kerajaan Syria dan kumpulan penentang termasuk Barisan al-Nusra dan mi*litan IS.

Menurut laporan Al Jazeera, Gunness menegaskan laluan masuk bagi bantuan kemanusiaan ke Yarmouk dan kawasan sekitar perlu dikekalkan.

Menurut Yayasan Jafra, pada masa ini terdapat antara 5,000 sehingga 8,000 orang awam di Yarmouk.


imagerrr_zpsj4pai40n.jpg
 
Masjid di selatan Filipina 
jadi lokasi rekrut militan IS -

MANILA 14 Feb. – Kumpulan militan IS dilapor aktif menjalankan aktiviti merekrut anggota di masjid-masjid dan sekolah di Pulau Basilan, barat Mindanao.

Menurut seorang bekas Datuk Bandar Basilan yang enggan dikenali, bagi menarik perhatian orang awam, militan IS turut menyediakan habuan wang lumayan kepada sesiapa yang berminat menyertai kumpulan pengganas tersebut.

“Selain diberi pistol, anggota baharu turut menerima wang antara 30,000 hingga 50,000 pesos (RM6,548 hingga RM10,973) setiap seorang,” katanya seperti laporan Channel News Asia.

Bagaimanapun, kerajaan Fi*lipina sehingga kini menafikan kewujudan penyebaran ideologi IS di negara ini.

Sebelum ini, pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara dari kumpulan Militan Jemaah Islamiah (JI), Zulkifli Hir atau Marwan dilapor aktif merekrut anggota kumpulan IS di Filipina.

Marwan ditembak mati dalam satu serbuan oleh polis Filipina di Zamboanga tahun lalu.

Sementara itu, pakar keganasan Institut Kajian Keamanan dan Keganasan Filipina, Rodolfo Mendoza berkata, pihak berkuasa negara ini tidak boleh memandang ringan ancaman kumpulan militan IS berdasarkan beberapa serangan keganasan sepanjang tahun lalu di Filipina yang menggunakan nama IS.

Tambah beliau, ancaman keganasan boleh berlaku di Filipina selepas empat buah kumpulan militan sejak 2013 menyatakan taat setia kepada IS.

Perkara itu disahkan menerusi penyebaran satu video pada November lalu yang memaparkan militan Abu Sayyaf, Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), JI Sulu, dan Ansar al-Khilafah melaungkan ikrar taat setia kepada militan IS.

Mendoza berkata, namun buat masa ini, kumpulan militan terbabit tidak menjadi kumpulan sayap militan IS secara rasmi dan beroperasi bersama di Asia Tenggara kerana tidak sepakat.


imagewww_zpsxtbuw7bx.jpg
 
Back
Top
Log in Register