BTC USD 85,366.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

OIC sokong tindakan Arab Saudi

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyokong Arab Saudi berikutan pertikaian diplomatik dengan Iran dalam satu kenyataan, semalam sambil menuduh Tehran menyokong keganasan dan campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

OIC yang berpangkalan di bandar Jeddah, Arab Saudi mengadakan satu mesyuarat luar biasa yang dianjurkan Riyadh susulan serangan ke atas kedutaan dan konsulat itu oleh penunjuk perasaan Iran pada 2 Januari lalu. Krisis bermula apabila Arab Saudi melaksanakan hukum bunuh ke atas ulama tersohor Syiah, Nimr al-Nimr, yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengikut Syiah di rantau ini. - REUTERS

22jan-oic.transformed_zpskz14omsp.jpg
 
Tuntut cerai kerana suami bunuh kucing

KAHERAH - MESIR . Seorang wanita menuntut cerai dari suaminya selepas lelaki itu meracuni kesemua kucing milik wanita itu.

Sara Shaker memberitahu hakim mahkamah di Kaherah, dia mengahwini Fathi Yusri sejak setahun yang lalu berkata, suaminya itu mengetahui bahawa dia adalah salah seorang daripada ahli kumpulan perlindungan haiwan.

"Sepanjang perkahwinan, saya mengetahui bahawa suaminya mendera binatang dan meracuni semua kucing yang dipeliharanya," kata wanita itu dipetik Emrates 24/7.

Dalam pada itu, Sara berkata, suaminya sering berkata, kehidupan bersamanya menjijikkan walaupun saya sering memberi sokongan serta membantunya yang mempunyai masalah kewangan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, mahkamah menangguhkan keputusan perbicaraan ke suatu tarikh akan datang.

imageqq_zpskqvlfmhq.jpg
 
China sokong negara Palestin

KAHERAH - MESIR . China telah menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan negara Palestin dan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Presiden Xi Jinping mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di ibu pejabat Liga Arab selepas memeterai perjanjian kerjasama dua hala bernilai berbilion dolar dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah, kelmarin.

"Penubuhan negara itu perlu dibuat berdasarkan garisan sempadan 1967.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak bagi menyambung semula rundingan damai Palestin-Israel yang tertangguh kerana kedegilan Tel Aviv untuk menghentikan projek penempatan haram Yahudi. Isu

Palestin menjadi asas penting kepada keamanan di Timur Tengah," katanya.

Menurutnya lagi, mereka sedang menyediakan satu mekanisme baharu bagi menggalakkan keamanan di rantau Arab selain menyokong usaha Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke arah matlamat itu.

Beijing turut menyalurkan bantuan berjumlah AS$7.53 juta (RM32.2 juta) kepada penduduk Palestin yang hidup di bawah sekatan haram Israel sejak sembilan tahun lalu. - Press TV


www_zps6ghq8ls2.jpg
 
Tunisia dicemari protes

TUNIS - TUNISIA . Satu pertempuran ganas tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan penunjuk perasaan yang berang dengan krisis ekonomi dan masalah pengangguran semakin serius di Tunisia.

Kelmarin, media tempatan melaporkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas beberapa kumpulan protes bertindak membakar pondok polis selain cuba menggempur bangunan kerajaan di ibu negara dan beberapa bandar lain.

Tunjuk perasaan terbesar dilaporkan berlaku di luar pejabat kerajaan tempatan di Kasserine, di mana ia disertai ribuan penunjuk perasaan yang turut melaungkan slogan "Kerja, Kebebasan, Maruah'.

Difahamkan, protes ganas kembali tercetus di Tunisia sejak awal minggu lalu selepas seorang lelaki membunuh dirinya kerana gagal mendapatkan kerja.

Kebanyakan penduduk turut melahirkan kekecewaan mereka kerana kerajaan didakwa gagal menyelesaikan masalah sosial termasuk amalan rasuah selepas bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada 2011.

Kadar pengangguran di negara itu mencecah 15.3 peratus pada akhir 2015 berbanding 12 peratus pada 2010 dan satu pertiga daripada golongan penganggur tersebut adalah siswazah. - Press TV


imageww_zps7dmsam5p.jpg
 
IS dalangi serangan di Kaherah

KAHERAH - MESIR . Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab mendalangi pengeboman di pinggir ibu negara Mesir, semalam yang turut meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi akaun media sosial kumpulan tersebut yang mengesahkan anggota mereka melancarkan serangan itu yang turut menyebabkan enam anggota polis terbunuh.

Difahamkan, pihak berkuasa Mesir kini sedang meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara menjelang ulang tahun ke-5 revolusi kebangkitan rakyat yang menggulingkan pemerintahan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada Isnin ini.

Sebelum ini, kerajaan Presiden Abdel Fattah al-Sisi menolak dakwaan bahawa tindakan pasukan keselamatan melakukan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa telah mewujudkan lebih banyak kumpulan radikal di negara itu. - Reuters

imageggg_zpslkuqpejw.jpg
 
Jalan paling bahaya di dunia

Turki: Sebuah jalan raya di Turki - Jalan Bayburt D915 baru-baru ini diiktraf sebagai Jalan raya paling berbahaya di dunia.

Menurut web dangerousroads.org . jalan raya itu mengatasi ‘Jalan Maut’ di Bolivia.

Jalan Bayburt D915 sepanjang 106 kilometer dengan 29 selekoh berbahaya terletak di kaki Gunung Soganli yang setinggi 1,828 meter.

Ia digambarkan sebagai laluan yang sukar kerana pemandu tidak boleh membelok di beberapa selekoh dengan mudah disebabkan terlalu hampir dengan cenuram.

Malah, jalan raya itu juga tidak mempunyai penghadang keselamatan bagi mengelak kenderaan terjatuh ke dalam gaung sekiranya tergelincir atau terbabas.

Sebahagian laluan itu ditutup setiap kali musim salji kerana licin.

Berbeza dengan Laluan Maut di Bolivia yang sering digunakan pelancong yang ingin melihat pemandangan indah, Jalan Bayburt digunakan penduduk tempatan yang memandu pelbagai jenis kenderaan - dari motosikal hingga ke lori.

Menurut dangerousroads.org: “Gambar dan kata-kata tidak cukup untuk menyatakan betapa bahayanya jalan berkenaan.”

Selepas Jalan Bayburt, laluan kedua paling bahaya di dunia ialah Jalan Keyling-Kishwar di India. Jalan bengkang-bengkok sepanjang 232 kilometer itu juga terletak di lereng gunung.

Di situ, kenderaan melalui jalan bengkang bengkok di lereng gunung sepanjang 232 kilometer.

Jalan La piste de Amitie di New Zealand pula dipilih jalan raya ketiga paling bahaya di dunia. - Agensi


23hmdanger1.jpg.transformed_zps1yxhupil.jpg
 
ketenteraan Amerika mahu sekat is di Libya

Pihak ketentaraan Amerika mahu tindakan cepat di ambil ke atas is. Is cuba kuasai kemudahan minyak di bandar Sirte Libya.

US-airstrike-isis-reuters-181014_zpsvfuja2in.jpg
 
Uganda tidak benarkan pembantu rumah bekerja di arab saudi

Kerajaan Uganda tidar benarkan pembantu rumah bekerja di Arab saudi berikutan dari penyalahgunaan dan kes buli. Uganda adalah negara ke 4 berbuat begitu sebelumnya Indonesia,Filipina dan utopia.

3111c0066cf44cbb86a63300b39b8087_18_zpsfuntn312.jpg
 
Suartawan digelar manusia cili

BALI - INDONESIA. Seorang lelaki yang dikenali sebagai, Putu Suartawan, 41, boleh dianggap manusia cili apabila boleh memakan cili dalam kuantiti yang banyak.

Malahan perbuatan berkenaan tidak membawa masalah kepada perutnya.

Memetik laporan Merdaka.Com melaporkan lelaki itu juga mengaku sudah berulang kali memeriksa kesihatan dirinya.

"Setiap kali keputsuannya, saya dikehendaki berjumpa dengan pakar perubatan. Keputusannya..., saya tidak pernah ada masalah kesihatan.

"Sejak berumur 6 tahun hingga sekarang berumur 41 tahun, saya belum pernah mengeluh tentang sakit pada badan. Kalau sakit kepala dan selsema itu biasa. Kalau sakit di perut, syukurnya belum pernah ada," kata Suartawan.

Sementara itu ketika berbicara mengenai keistimewaanya, Suartawan berkata, dia tidak mengetahui dari mana datang kebolehan itu.

"Saya ada bertanya mengenai hal ini kepada orang tua saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kerana mereka juga tidak tahu, " katanya.

Terdahulu, Suartawan pernah mengemparkan Indonesia suatu ketika dahulu apabila pernah memakan cili sehingga tiga kilogram dalam satu-satu masa.

"Ketika itu saya mendapat undangan daripada salah satu parti politik ketika menyambut Jero Wacik. Saat itu, saya makan cili hampir tiga kilogram dan beberapa sisanya diremas kemudian dibasuhkan ke wajah.

"Banyak yang teriak ngeri lihat saya luluran dengan cabai di muka dan mengenai mata. Saya tidak rasakan perih atau pedas apapun," katanya.

imagewwdd_zpshm6bpm1w.jpg
 
Back
Top
Log in Register