BTC USD 86,110.4 Gold USD 4,161.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Lelaki lumpuh cipta tangan robotik

Bali: Seorang lelaki yang cacat akibat lumpuh sebelah tangan kini menjadi inspirasi apabila berjaya mencipta satu tangan robotik dari komponen terpakai untuk membantunya bekerja dan mencari rezeki semula.

Wayan Sumardana, 31, berkata, tangan kirinya lumpuh selepas diserang strok enam bulan lalu hingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

Dia yang bekerja sebagai tukang kimpal di sebuah bengkel besi di Banjar Tauman di sini hilang punca pendapatan untuk menyara isteri dan tiga anaknya yang masih kecil.

“Sejak itu saya merancang membina tangan robotik dan dengan pengetahuan elektronik serta carian di Internet saya memulakan projek ini.

“Robot ini saya bina menggunakan beberapa komponen terpakai dari motosikal hinggalah peralatan elektronik dalam komputer,” katanya.

Menurutnya, dia membina lima tangan robotik dan yang terakhir barulah dia berjaya mencipta alatan yang berfungsi dengan baik.

Lebih menarik lagi tangan robotik yang dicipta Wayan itu digerakkan dengan menggunakan isyarat otak.

“Alat ini belum sempurna lagi, tetapi ia mampu membantu saya bekerja semula.

“Tangan robotik ini bukan sahaja mampu menggerakkan tangan kiri saya, tetapi ia boleh mengangkat beban yang sangat berat,” jelasnya.

Menurutnya, dia perlu fokus dan menumpukan perhatian untuk mengerahkan tangan robotik itu. - Agensi

20hmtawan.jpg.transformed_zpswwdrvn9r.jpg


Indon BOLEH!!!
 
Last edited:
Bali: Seorang lelaki yang cacat akibat lumpuh sebelah tangan kini menjadi inspirasi apabila berjaya mencipta satu tangan robotik dari komponen terpakai untuk membantunya bekerja dan mencari rezeki semula.

Wayan Sumardana, 31, berkata, tangan kirinya lumpuh selepas diserang strok enam bulan lalu hingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

Dia yang bekerja sebagai tukang kimpal di sebuah bengkel besi di Banjar Tauman di sini hilang punca pendapatan untuk menyara isteri dan tiga anaknya yang masih kecil.

“Sejak itu saya merancang membina tangan robotik dan dengan pengetahuan elektronik serta carian di Internet saya memulakan projek ini.

“Robot ini saya bina menggunakan beberapa komponen terpakai dari motosikal hinggalah peralatan elektronik dalam komputer,” katanya.

Menurutnya, dia membina lima tangan robotik dan yang terakhir barulah dia berjaya mencipta alatan yang berfungsi dengan baik.

Lebih menarik lagi tangan robotik yang dicipta Wayan itu digerakkan dengan menggunakan isyarat otak.

“Alat ini belum sempurna lagi, tetapi ia mampu membantu saya bekerja semula.

“Tangan robotik ini bukan sahaja mampu menggerakkan tangan kiri saya, tetapi ia boleh mengangkat beban yang sangat berat,” jelasnya.

Menurutnya, dia perlu fokus dan menumpukan perhatian untuk mengerahkan tangan robotik itu. - Agensi

20hmtawan.jpg.transformed_zpswwdrvn9r.jpg


Indon BOLEH!!!

Muda-mudapun dah kena strok.
 
9 maut, 10 cedera serangan bom di Mesir

KAHERAH - MESIR . Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh termasuk enam pegawai polis manakala 10 yang lain cedera dalam serangan bom berdekatan kawasan piramid, di sini.

Bom meletup selepas sepasukan polis menyerbu sebuah apartment di pinggir Giza.

Menteri Dalam Negeri, Magdy Abdel Ghaffar berkata, dalam satu kenyataan, bangunan di pasang bom dan peranti berkenaan meletup apabila pihak polis cuba untuk mematikannya.

Letupan di wilayah Al Haram tersebut dipercayai dilakukan oleh pergerakan Islamist Muslim Brotherhood.

"Polis mendapat maklumat bahawa ahli kumpulan Muslim Brotherhood sedang bersedia untuk menjalankan tindakan agresif beberapa hari akan datang dengan menggunakan bahan letupan dan bom buatan sendiri.

"Kumpulan ini mengunakan bangunan apartmen di Kaherah dan pada Khamis malam, sepasukan polis menyerbu bangunan berkenaan dan menemui bahan letupan buatan sendiri.

"Apabila unit pemusnah bom cuba untuk mematikannya ia meletup," katanya dipetik MailOnline.

Militan Islam telah meningkatkan serangan ke atas tentera Mesir dan polis sejak tentera menggulingkan Morsi pada tahun 2013, berikutan bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Kawasan kejiranan Al-Haram telah menyaksikan beberapa serangan dan pertempuran sejak penggulingan.


sss_zpsxjbm38v9.jpg
 
17 maut diserang militan di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 17 terbunuh apabila sekumpulan militan menyerang sebuah restoran popular tepi pantai di ibu kota Somalia dekat sini lewat semalam, kata polis. Kumpulan militan al-Shabab yang dikaitkan dengan al Qaeda berkata, anggotanya meletupkan dua bom kereta di Beach View Cafe, lokasi popular di pantai Lido Mogadishu dan berbalas tembak dengan tentera kerajaan.

"Operasi berakhir pada sekitar jam 3 pagi tadi dan sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh," kata pegawai polis Osman Nur kepada Reuters. Polis berkata, militan al Shabab meletupkan kereta pertama lewat petang semalam. Ia diikuti letupan besar kedua sejam kemudian yang kedengaran hingga ke pusat bandar ketika tentera berjaya menguasai semula restoran berkenaan. - Reuters

23jan-mogadishu.transformed_zpstcrzirmm.jpg
 
Dua tahanan Teluk Guantanamo dipindah ke Bosnia, Montenegro

WASHINGTON: Dua lagi tahanan dari penjara tentera Teluk Guantanamo dipindahkan sekali gus menjadikan baki mereka yang berada di pusat tahanan kontroversi itu kepada 91 orang, kata Pentagon. Pentagon berkata, Tariq Mahmoud Ahmed Al Sawah dipindahkan ke Bosnia, manakala Abd al-Aziz Abduh Abdallah Ali Al-Suwaydi dihantar ke Montenegro.

Sawah adalah rakyat Mesir dan Bosnia serta Herzegovina manakala Al-Suwaydi berasal dari Yaman. Pemindahan mereka menandakan satu lagi usaha pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang berhempas pulas untuk menutup penjara itu. Kira-kira 780 tahanan dibawa ke situ sejak dibuka pada Januari 2002.

"Kerajaan Amerika Syarikat amat berterima kasih kepada kerajaan Montenegro atas dasar kemanusiaan dan kesanggupan untuk menyokong usaha AS menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo," kata Pentagon dalam kenyataan ketika mengumumkan pembebasan Al-Suwaydi. Al-Suwaydi, 41, didakwa ahli Al-Qaeda dan jurulatih bahan letupan. Dia ditahan di Pakistan pada Februari 2002. Sawah, 58, pula ditahan pada Disember 2001 dan kali pertama dicadang untuk dibebaskan pada 2007. - AFP

Montenegro.transformed_zpszpojfqgd.jpg
 
Suami Potong Hidung Isteri

KABUL: Seorang ibu muda melalui detik ngeri apabila hidungnya dipotong oleh suaminya dalam satu serangan fizikal.

Dalam kejadian pada Ahad, Reza Gul, 20, telah diserang oleh suaminya menggunakan sebilah pisau di sebuah kampung yang ditadbir oleh puak Taliban.

Pengarah Kesihatan Awam Wilayah Faryab, Dr Maroof Samar berkata, mangsa berada dalam kaedaan kritikal ketika dibawa ke hospital.

Sementara itu ibu mangsa, Zarghona memberitahu, Reza Gul sering dipukul dan menjadi mangsa deraan suaminya iaitu Muhammad Khan, 25 sejak lima tahun lalu mendirikan rumah tangga.

"Bila dia sanggup memotong hidung Reza Gul, saya rasa ingin cicang dia jika terjumpa," katanya dalam keadaan marah.

reza_zpsqpwdu0zs.jpg
 
Tak kesal potong tangan sendiri

Islamabad: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang memotong tangannya kerana menyangka dirinya kufur berkata, dia tidak menyesali perbuatannya itu.

Remaja itu memotong tangannya selepas imam yang memberi syarahan di sebuah masjid di wilayah Punjab menyuruh sesiapa yang tidak sayangkan Nabi Muhammad (SAW) supaya mengangkat tangan.

Remaja terbabit mengangkat tangan kerana tersilap faham soalan diajukan menyebabkannya dituduh kufur dan digesa bertaubat.

Kerana takut, remaja itu pulang dan memotong tangannya sendiri menggunakan sabit.

“Imam itu berkata, sesiapa yang tidak percayakan ajaran Rasulullah supaya mengangkat tangan. Saya tersilap mendengar soalan itu sebenarnya.

“Apabila dituduh kufur, saya pulang ke rumah, memotong tangan sendiri dan membawanya kepada imam itu di atas dulang.

“Namun saya tidak menyesal perbuatan itu kerana ia demi mempertahan Islam. Tidak sepatutnya saya rasa sakit atau sedih memotong tangan yang diangkat untuk menentang Rasulullah,” katanya kepada BBC.

Imam terbabit ditahan polis Pakistan atas tuduhan menghasut kebencian yang secara tidak langsung turut membahayakan nyawa mangsa yang dituduh kufur.

Kekufuran isu amat sensitif di Pakistan dengan orang ramai sering membunuh sesiapa dianggap menghina Islam. - Agensi


22hmkesal_cropped.transformed_zpsprvhzxdv.jpg
 
4 lagi maut serangan di selatan Thai

YALA 21 Jan. – Empat individu mati ditembak di Pattani dan Yala semalam, dipercayai berkaitan konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand.

Dalam kejadian pertama di daerah Mayo, Pattani, mangsa yang dikenali sebagai Mat Kori Seng, 34, mati ditembak di kepala ketika dia dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat subuh di masjid berdekatan.

“Mangsa ditembak di kepala menggunakan senapang dan meninggal di tempat kejadian. Polis menemukan dua kelongsong peluru dan masih menyiasat motif kejadian,” kata Timbalan Ketua Polis Mayo, Lt. Jirasit Lomae, semalam.

Dalam kejadian berasingan di Khokpo, daerah yang sama, katanya, seorang warga emas dikenali sebagai Anan Keawmani, 60, maut akibat ditembak di kepala oleh orang yang tidak dikenali.

Menurut Jirasit, polis masih menyiasat pembunuhan warga emas itu.

Sementara itu di Betong, Yala, pasangan anak-beranak, Kanok Titichottikul, 70, dan anak lelakinya, Nattawut Titichottikul, 27, turut mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali.

Di Narathiwat pula, lapan anggota tentera Thai nyaris maut apabila sebutir bom seberat 20kg yang ditanam di tepi jalan meletup ketika mereka sedang menjalankan rondaan bagi melindungi keselamatan guru.

Ketua Polis Takbai Kol Polis Jiradej Prasawang berkata, bom terbabit diletupkan menggunakan walkie-talkie. – BERNAMA

imagedd_zpssdw1p9pj.jpg
 
Barat ikrar musnahkan kumpulan militan IS

PARIS 21 Jan. – Pemimpin Barat berikrar untuk memusnahkan ‘pusat pentadbiran’ kumpulan militan Negara Islam (IS) ketika Rusia mengumumkan rundingan damai konflik Syria akan bermula dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selepas mengadakan pertemuan dengan sekutu utama di Paris, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter, semalam berjanji akan menghancurkan apa yang dipanggilnya ‘barah’ militan IS dengan ‘memusnahkan dua pusat kuasa mereka di Raqa, Syria dan Mosul, Iraq’ serta memerangi anasir kumpulan itu di seluruh dunia.

Pada masa sama, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengumumkan rundingan damai konflik Syria akan bermula dalam ‘beberapa hari lagi’ selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di Zurich.

Iran pada masa sama akan mengetepikan kepentingannya untuk satu penyelesaian politik dengan Menteri Luarnya, Javad Zarif memberitahu Forum Ekonomi Dunia di Switzerland bahawa tiada penyelesaian kepada konflik tersebut melalui penggunaan tentera.

Rusia dan Iran dituduh menyokong sekutu mereka, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan negara-negara Barat mendakwa Moscow sewenang-wenangnya mengebom kumpulan penentang kerajaan Syria yang turut memerangi kumpulan militan IS.

“Rusia secara strategik berada di pihak yang salah dan dalam beberapa kes secara taktikal. Kita tidak mempunyai asas untuk kerjasama yang lebih luas (dengan Rusia),” kata Carter.

Mesyuarat di Paris itu melibatkan menteri-menteri pertahanan dari Australia, Britain, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan AS.

Carter pada masa sama mengumumkan satu mesyuarat melibatkan 26 menteri pertahanan dalam perikatan anti-IS termasuk Iraq akan diadakan di Brussels pada 11 Februari ini.

“Setiap negara mesti bersedia membincangkan sumbangan dalam peperangan ini (memerangi militan IS),” kata Carter. – AFP


aaaa_zpsfqfhgphk.jpg
 
Mufti Besar Arab Saudi isytihar catur haram

MUFTI Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh mengisytiharkan permainan catur sebagai haram di sisi Islam dalam sebuah video YouTube yang viral di kalangan pengguna Twitter di Arab Saudi, lapor The Independent hari ini.

Menurut Sheikh Abdul Aziz, catur dianggap haram kerana permainan tersebut membazirkan masa dan wang, serta mewujudkan permusuhan dan kebencian antara manusia.

Pendapat tersebut diutarakan dalam sebuah rancangan televisyen mingguan yang menampilkan mufti itu menjawab soalan yang dikemukakan para penonton.

Sheikh Abdul Aziz menyamakan catur dengan 'maisir', permainan Arab Jahiliah yang melibatkan acara memanah untuk memenangi daging unta.

Walaupun hanya viral Khamis lalu, video tersebut dipercayai disiarkan buat pertama kali pada tahun 2014.

Beberapa pengguna Twitter Arab Saudi menyindir kenyataan itu dengan mengatakan catur merupakan permainan yang memerlukan kebijaksanaan maka sebab itu diharamkan oleh para ulama.

Ada juga yang menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan telah ramai ulama yang memberi peringatan bahawa catur mampu mewujudkan ketagihan sekali gus melalaikan umat Islam dari mengingati Tuhan.

Kenyataan mufti tersebut bagaimanapun tidak membentuk sebarang undang-undang mengharamkan permainan catur di Arab Saudi.

Menurut Pengerusi Persatuan Catur Arab Saudi, Musa bin Thaily, pertandingan catur yang dijadualkan Jumaat ini di Mekah akan berlangsung seperti biasa.

41453450969_ChessGeneric_zpsorefze4r.jpg
 
Back
Top
Log in Register