BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Lebih 55,000 kematian di Syria tahun lalu

BEIRUT - SYRIA. Hampir 21,000 orang awam adalah antara lebih 55,000 mangsa yang terkorban sepanjang tahun lalu dalam perang saudara di Syria, menurut kumpulan pemantau, semalam.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, sebanyak 55,219 kematian dicatatkan pada 2015 sekali gus menjadikannya tahun ketiga paling dahsyat di negara itu sejak perang saudara tercetus lima tahun lalu.

"Antara 20,977 orang awam yang meninggal dunia tahun lalu, 2,574 adalah kanak-kanak. Angka tersebut juga meliputi 16,212 kematian di kalangan anggota militan termasuk daripada kumpulan IS, al-Qaeda di Syria dan Barisan Nusra," menurut kumpulan tersebut.

Konflik turut menyebabkan lebih sejuta yang lain cedera dan hampir separuh daripada penduduk negara berkenaan menjadi pelarian. - dpa


a_zps4davr5hj.jpg
 
5 cedera, Taliban serang restoran Perancis popular

KABUL: Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bunuh diri hari ini di sebuah restoran popular, di sini, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera. Siri terbaharu dalam pengeboman bunuh diri di ibu kota itu menyasarkan "Le Jardin," satu daripada sejumlah kecil restoran yang kerap dikunjungi orang asing. Ia berlaku hampir setahun selepas 21 orang, termasuk 13 warga asing maut dalam serangan ke atas restoran Lubnan popular di bandar itu.

Seorang pegawai polis berkata, lima orang cedera, manakala akaun Twitter Taliban menyebut ramai "penceroboh" cedera atau maut. Awal minggu ini, Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bunuh diri berhampiran lapangan terbang di bandar itu, menyebabkan seorang maut, manakala 33 lagi cedera. Serangan lain seminggu sebelum itu mengorbankan enam anggota tentera Amerika Syarikat yang meronda berhampiran pangkalan udara Bagram di luar bandar ini. - REUTERS

Le_Jardin1jan.transformed_zpskksy06oy.jpg
 
Tembakan di bar Israel, dua maut

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah bar popular di tengah bandar Israel di Tel Aviv tengah hari tadi, menyebabkan dua maut dan tiga lagi cedera. Polis sehingga kini tiada maklumat mengenai penyerang dan motif serangan. Saluran Israel 10 TV menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden itu yang diperoleh daripada sebuah kedai berhampiran bar terbabit.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berambut pendek memakai kaca mata menggalas beg pada bahunya mengambil kacang dan meletakkannya dalam beg plastik. Lelaki itu berjalan ke arah pintu masuk kedai, meletakkan beg galasnya dalam kereta sorong sambil menarik keluar senjata. Penyerang kemudian melangkah ke luar dan mula menembak, sebelum melarikan diri. Jurucakap polis, Luba Samri, berkata lima orang cedera, dua daripadanya meninggal dunia di hospital. Katanya, pemburuan besar-besaran sedang dijalankan ke atas penembak. - AP

Tel_Aviv2jan.transformed_1_zps7mezj4cw.jpg
 
Ribut salji landa Lubnan

BEIRUT: Ribut salji melanda Lubnan pada Jumaat menyebabkan pengguna jalan raya terkandas dan menambah masalah di kalangan berpuluh ribu rakyat Syria yang masih berlindung di khemah pelarian.

Perkhidmatan Kecemasan menghantar jentolak untuk membersihkan jalan raya di kawasan pedalaman pergunungan di utara dan selatan tetapi usaha terjejas akibat ribut salji berterusan. Jalan raya pula ditutup di beberapa kawasan dan banyak kenderaan terperangkap. Kira-kira setengah juta pelarian Syria di Lubnan berlindung di khemah sementara, garaj atau bangunan terbengkalai. - Reuters

Lebanonasd.transformed_zpsvvum7hdz.jpg
 
Atlet wanita Islam diumum pemedang terbaik dunia

AMERIKA SYARIKAT: Sewaktu Ibtihaj Muhammad berusia 13 tahun, ibunya memandu kereta melepasi kawasan sebuah sekolah dan memerhati atlet berlatih lengkap berpakaian sukan menutupi seluruh badan. Ibunya tidak tahu apakah nama jenis sukan itu tetapi menoleh ke arah muka Ibtihaj dan berkata: "Saya tidak tahu apakah itu tapi kamu akan melakukannya."

Pakaian sukan yang mereka pakai untuk sukan lawan pedang itu mencetuskan inspirasi kepadanya. Ia adalah sukan tunggal yang membolehkan badan anda ditutup sepenuhnya dari bahagian kepala hingga ke tumit. Jadi, bagi remaja Islam ini, ia adalah peluang terbaik untuk menjadi seorang atlet. Kini dia adalah pemedang wanita dalam senarai 15 terbaik dunia dan pemedang Islam pertama Amerika berada dalam senarai dunia. Lebih membanggakan keluarganya dan umat Islam ialah apabila dia dinobatkan sebagai pemedang wanita terbaik dunia. Menetap di negara Barat, dia berupaya mencari pakaian sukan sesuai untuk dipakai dalam acara lawan pedang tetapi bagi rutin harian kerap sukar mencari baju yang sesuai.


Kini, pasaran untuk pakaian baik dan sesuai di negara Barat semakin meningkat. Malah dilaporkan bahawa pengguna Islam membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Berikutan itu, idea tercetus dalam fikiran Muhammad untuk melancarkan syarikat pakaian bersama adik beradiknya. Mereka namakan jenama itu sebagai Louella sempena nama nenek mereka. Mereka menjual 26 pakaian secara online dengan nama ahli keluarga. Kesemua pakaian itu labuh untuk wanita yang mahu menutup badan mereka. Ternyata kejayaan besar dicapai apabila mereka menunjukkan sebahagian pakaian dan lebih penting kesemuanya habis dijual.


Dalam tempoh enam bulan, mereka berjaya menjual 3,000 helai pakaian menggunakan 52 rekaan katalog dan pada penghujung tahun, pendapatan yang diraih ialah AS$250,000 (RM1.07 juta). Mereka kemudiannya membuka kedai pertama di Detroit dan boleh dikatakan jarang wanita yang tidak memegang beg membeli-belah berwarna merah jambu. Ibtihaj dan adik beradiknya bekerja keras untuk memajukan perniagaan dan mengemas kini laman web atau membungkus tempahan dan malah menjadi peragawati untuk rekaan laman web. Muhammad berkata, memandangkan pakaian yang dihasilkan khas untuk wanita Islam, sebahagian wanita bukan Islam bertanya sama ada mereka boleh membelinya dan memberitahu sesiapa pun boleh membeli.

Adik lelaki Muhammad iaitu Qareeb Muhammad, yang mengendalikan operasi syarikat di Los Angeles berkata, memang sesuatu yang menarik jika Michelle Obama or Malala Yousaf Zai (pemenang hadiah Nobel) memakai pakaian ciptaan mereka. Ibtihaj Muhammad belajar perhubungan antarabangsa dan pengajian Afrika-Amerika studies. Biarpun sibuk dengan komitmen dalam sukan lawan pedang, dia masih meluangkan masa kepada perniagaannya. Dia percaya kepada kesempurnaan dan sebab itulah mengapa 700 tempahan yang diterima hanya 20 dipulangkan balik. - Agensi

01ibtaj1.transformed_zpstheuficp.jpg
 
Israel lancar serangan ke atas Gaza

BANDARAYA GAZA: Tentera Udara Israel melancarkan serangan terhadap kubu Hamas di Semenanjung Gaza awal hari ini, beberapa jam selepas roket dilepaskan ke arah selatan Israel. Menurut sumber, serangan Israel itu menyasarkan empat kemudahan kosong dari Beit Hanoun di utara ke Rafah di selatan menyebabkan kerosakan tetapi tiada kematian. Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan dua kemudahan latihan tentera Hamas dan dua kawasan tentera di Semenanjung Gaza.

"IDF (tentera pertahanan Israel) menuduh Hamas bertanggungjawab dan dipersalahkan atas semua serangan yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza," kata satu kenyataan. Pada lewat Jumaat, dua roket dilepaskan dari Gaza yang terkena bahagian selatan Israel tetapi tiada kematian atau kerosakan. - AFP

02roket.transformed_zpsmhh7dtyc.jpg
 
Arab Saudi hukum mati 47 pesalah keganasan

RIYADH: Arab Saudi melaksanakan hukuman bunuh ke atas 47 pesalah berkaitan jenayah keganasan pada Sabtu, termasuk ulama tersohor Syiah, Sheikh Nimr al-Nimrits, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan. Kenyataan itu menyebut, kebanyakan yang dihukum mati terbabit dalam siri serangan oleh al Qaeda pada 2003 hingga 2006. Puak Syiah Iran memberi amaran, hukum bunuh ke atas Nimr akan memberi kesan buruk kepada Arab Saudi. - REUTERS

02sheikh.transformed_zps69y3x6no.jpg
 
18 Maut Feri Karam Di Sungai Nil

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 18 orang mati lemas apabila sebuah feri idak berlesen karam di utara Sungai Nil, di sini.

Kabinet dalam satu kenyataan pada Jumaat, berkata pasukan penyelamat menemui 15 mayat di wilayah Kafr al-Sheikh di utara bandar ini.

Sementara itu, tiga lagi mangsa yang terselamat kini menerima rawatan di sebuah hospital.

Kerajaan berkata, feri terbabit membawa 22 penumpang walaupun kapasiti maksimumnya adalah tujuh penumpang selain lesennya sudah tamat tempoh.

Beberapa bulan lalu, sekurang-kurangnya 36 warga tempatan maut apabila sebuah bot parti bertembung dengan kapal kargo di Sungai Nil.

Susulan insiden pada Julai lalu, kerajaan memberi jaminan untuk memperketatkan peraturan di terusan dengan melarang penggunaan pembesar suara di kapal yang disewa untuk parti persendirian dan feri pengangkut.

laut_zpsb5ws1stb.jpg


gambar hiasan
 
Jokowi yakin tarik 20 juta pelancong

Raja Ampat (Indonesia): Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yakin sektor pelancongan negara itu akan berkembang baik pada tahun ini.

Jokowi juga percaya dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, sasaran kedatangan 20 juta pelancong asing ke negara itu akan dicapai.

“Kita mempunyai banyak lokasi menarik.

“Sasaran 20 juta pelancong akan dicapai,” katanya ketika menikmati pemandangan matahari terbit di pantai Waiwo, di sini semalam.

Namun, untuk mencapai sasaran itu, Jokowi berkata, banyak perkara perlu diambil perhatian seperti promosi dan penambahbaikkan produk pelancongan.

Bagi Raja Ampat, tambah Jokowi, ada tiga perkara perlu disediakan iaitu memanjangkan lapangan terbang dan pembesaran terminal, dan pelabuhan serta pengangkutan feri.

“Feri diperlukan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau di sini,” jelasnya.

Jokowi juga meminta menteri pelancongan menjadikan Raja Ampat pusat pelancongan eksklusif.

Tambahnya, selain Raja Ampat, Labuan Bajo juga sebuah destinasi pelancongan popular. - Agensi

02hmjokowi.jpg.transformed_zpsjhgnbclx.jpg
 
Mogadishu- 2 terbunuh

Mogadishu., somalia- sekurangnya 2 terbunuh dan 2 cedera akibat letupan bunuh di sebuah restoran.

c167c8ce6656465887e44eca114b8a25_18_zpshitzuzb4.jpg
 
Back
Top
Log in Register