BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

milik siapakah sepatu ini..

Syria- tiada lagi tawa gembira si anak kecil

1017128_1048600005191480_5127526492102431019_n_zpsoaz19aix.jpg
 
Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 50 peratus

RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit. Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai

Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini. Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu kenaikan 50 peratus manakala petrol gred rendah 0.75 Riyal (AS$0.20) seliter berbanding 0.45 Riyal seliter iaitu peningkatan 67 peratus. Harga petrol di Arab Saudi adalah yang termurah di negara Teluk dan terendah di dunia.

saudi_oil.transformed_zpstkmybha2.jpg
 
Abadi ikrar bebaskan Iraq dari IS pada 2016

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berikrar membebaskan negaranya daripada cengkaman Kumpulan Negara Islam (IS) menjelang tahun depan, selepas pasukan keselamatannya berjaya merampas Ramadi daripada militan itu semalam. "Jika 2015 adalah tahun pembebasan, 2016 akan menjadi tahun kejayaan hebat, menghapuskan kehadiran Daesh (IS) di Iraq dan Mesopotamia. "Kami akan datang untuk membebaskan Mosul, yang bakal memberi tamparan hebat kepada Daesh," katanya dalam ucapan disiarkan televisyen.

Abadi tidak menjelaskan sekiranya Mosul akan menjadi medan pertempuran berikutnya atau jika tentera Iraq akan mengambil alih bandar atau pekan lain terlebih dulu. Perdana Menteri itu mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan kerana berjaya menawan semula Ramadi lewat Ahad lalu, yang dirampas IS Mei lalu, selepas serangan hebat militan terbabit

29haider.transformed_zpsrudly5mz.jpg
 
NGO Indonesia biayai hospital di utara Gaza

BAITULMAQDIS: Kementerian Kesihatan Palestin membuka sebuah hospital dibiayai Indonesia, kelmarin bagi memberi khidmat kepada penduduk di utara Gaza. Kemudahan lama di kawasan itu, Hospital Kamal Adwan, ditutup untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan. Hospital baharu itu, dibina pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia, memiliki 110 katil, termasuk 10 di unit rawatan rapi (ICU).

Jurucakap kementerian, Dr Ashraf Al-Qudra memberitahu Quds Press, hospital itu penting sebagai tambahan penjagaan kesihatan, dengan kemudahan perubatan berkualiti tinggi bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk di utara Gaza. Beliau menambah, hospital berharga AS$15 juta (RM64.41 juta) itu menyediakan khidmat penjagaan kesihatan khas dalam bidang perubatan dalaman, pembedahan dan ortopedik.

Al Qudra juga berkata, hospital baharu itu memiliki pengimbas CT, paling maju di Gaza setakat ini selain empat bilik bedah lengkap, sebagai tambahan kepada ICU, doktor perubatan layak dan jururawat. Beliau melahirkan perasaan optimis mengenai keupayaan hospital itu sebagai peneraju perkhidmatan perubatan disediakan di Gaza

gazasepital.transformed_zpsz2ldlshf.jpg
 
kuwait ke Yaman

Kuwait- kuwait memutuskan hantar askarnya ke yaman. Mereka hendak bunuh syiah Houti.

2015-12-29T082951Z_1_LYNXMPEBBS099_RTROPTP_2_YEMEN-SECURITY.JPG.cf_zpskzmfx8cq.jpg


pemberontak Houti lepak atas belakang van.
 
askar iraq serang ramadi

askar iraq dakwa is kalah di ramadi...


CXT_6-VU0AA-U3q_zpsywhsmhk0.jpg


CXT_zCqUwAAKaV2_zpsmevw7snx.jpg


CXUAcQvUQAMuUXf_zpsv8dsebak.jpg


CXUAIt0WwAE_IoL_zpsuuifqgwk.jpg
 
bekas pm israel masuk jail

Israel- bekas perdana menteri Israel Ehud Olmert masuk jail 18 bulan kerana rasuah.

_87409156_gettyimages-152706689_zpsfth1m3r3.jpg
 
Bekas 'bodyguard' Osama Laden meninggal dunia

SANAA - YAMAN . Bekas 'bodyguard' Osama Laden, Nasser al Bahri dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit yang lama dideritainya.

Memetik BBC, Nasser yang merupakan warga Yaman meninggal dunia di sebuah hospital di kota Mukalla Sabtu lalu pada usia sekitar 40 tahun.

Difahamkan, Nasser yang juga dikenali sebagai Abu Jandal, selain berkhidmat sebagai pengawal peribadi, dia juga bertindak sebagai pemandu kepada Osama ketika berada di Afghanistan.

Nasser pernah dipenjarakan di penjara Guantanamo Bay dan kembali ke Yaman pada 2008.

Dia juga pernah terlibat dalam serangan di Bosnia, Somalia dan Afghanistan pada sekitar tahun 1990.


image_zps6nt8mmbo.jpg
 
Back
Top
Log in Register