BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

mensyukuri nikmat kehidupan yang ada


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا نَظَرَا أَحَدُكُم إِلَى مَنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ
فِى الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ اِلَى
مَنْ هَوَأسْفَلَ مِنْهُ مِمَّنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila kamu memerhatikan orang yang lebih daripadanya,
tentang kekayaan dan tubuh, maka hendaklah ia memerhatikan
orang yang kurang daripadanya, disamping orang yang lebih daripadanya."
Hadis sahih riwayat Muslim


keris2a_zpsni1r5n8k.jpg
 
mensyukuri nikmat yang ada


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اُنْظُرُوا إِلَى مِنْ أَسَّفَلَ مِنْكُمْ
وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ
فَهُوَ أَجْدَرُأَنْ لا تَزْدَارُوا نِعْمَةَ اللهِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perhatikanlah orang yang kurang daripada kamu
dan jangan hanya kamu perhatikan orang yang lebih daripada kamu
kerana dengan itu wajarlah kerana kamu tidak memandang sepi
nikmat Allah kepada kamu."
Hadis sahih riwayat Muslim


keris3_zpsfqh4gx5a.jpg
 
Menjaga hati


عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ:
إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرمِنَ النَّاسِ
فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ
وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ
وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ
أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى
، أَلاَ وَإِ نحِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
. رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran
yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat
maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram,
umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim


Keris8_zpsfrepofuc.jpg
 
beramal bukan untuk menunjuk-nunjuk


عَنْ أبي هُرَيْرَةَ قَال قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلًٌ اُسْتُشْهِدَ
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ قَاتَلْتُ
فِيْكَ حَتَّى اُسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ جَرِيءًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

وَرَجُلًٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهَ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا
قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعْلِم وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأتُ فِيْكَ الّقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ
وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالًٌم وَقَرَأتُ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

وَرَجُلًٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ
وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نَعَمَهُ فَعَرَفَهَا
قال فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مْن سَبِيْلِ
تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فْيهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيْهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ
وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurarairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang -orang yang dahulu diputuskan perkaranya pada hari kiamat
ialah orang yang syahid. Orang itu dihadapkan, lalu diperingatkan kepadanya
nikmat Tuhan dan diakuinya. Ditanyakan :
"Apakah engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya berperang pada jalan Engkau, sampai saya mati syahit"
Firman Allah : "Engkau dusta, melainkan engkau berperang supaya disebut
sebagai orang yang berani"
Sesungguh disebutkan : "Kemudian diperintahkan diheret dengan muka telungkup
sampai dilemparkan ke dalam api neraka"

"Dan seorang lagi yang mempelajari ilmu pengetahuan, mengajarkannya
dan membaca Al Quran. Lalu orang itu dihadapkan, diperingatkan nikmat Tuhan
dan diakuinya. Ditanyakan : "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Quran kerana Allah"
Firman Allah : "Engkau dusta! melainkan engkau mempelajari ilmu pengetahuan supaya
engkau disebut orang yang banyak membaca Quran.
Sesungguhnya disebutkan : "kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret dengan muka
terlungkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"

"Dan seorang yang dicukupkan penghidupannya dan diberi segala macam kekayaan
Lalu dihadapkan, diperingatkan kepada nikmat Tuhan dan diakuinya"
"Ditanyakan apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan
Dia menjawab : "Setiap lapangan yang Engkau sukai supaya dikeluarkan
nafkah untuk itu, tidak pernah saya ketinggalan untuk membelanjakan
kerana Allah " Firman Allah : "Engkau dusta ! melainkan engkau
perbuat itu supaya disebut orang dermawan".
Sesungguhnya disebutkan : "Kemudian diperintahkan supaya diheret
dengan muka terlengkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"
Hadis sahih riwayat Muslim


keris-melela_zpsyj6lxbuw.jpg
 
meninggalkan kemiskinan


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
مَنْ تَرَكَ مَا لاً فَلِلْوَرَثَةِ وَمَنْ تَرَكَ كَلاَّ فَإِلَيْنَا

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesiapa yang meninggalkan harta, berikanlah kepada warisnya
dan sesiapa yang meninggalkan keluarga miskin berikanlah kepada kami."
Hadis sahih riwayat Muslim


TombakLukSpearKerisKris2_zpsnpfhwt0h.jpg
 
berlaku adil dalam pemberian


عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ قَالَ تَصَدَّقَ
عَلَىَّ أَبِى بِبَعْضِ مَالِهِ فَقَالَتْ أَمِّى عَمْرَةُ
بِنْتُ رَوَاحَةَ لاَ أرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ
رَسُوْلَ اللّهِ صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
فَانْطَلَقَ أَبِى إِلَى النَّبِىِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
لِيُشْهِدَهُ عَلَى صَدَقَتِى فَقَالَ لَهُ
رَسُوْلُ اللّهِ صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
أَفَعَلْتَ هذَا بِوَلَدِكَ كُلِّهِمْ قَالَ لاَ قَالَ
اِتَّقُوا اللّه وَاعْدِلُواْ فِى اَوْ لاَ دِكُمْ
فَرَجَعَ أَبِى فَرَدَّ تِلْكَ الصَّدَقَةَ

Dari Nu'man bin Basyir r.a. katanya :
"Bapa saya memberikan kepada saya sebahagian dari hartanya.
Lalu ibu saya 'Amrah binti Ruwahah berkata (kepada bapa)
"Saya tidak puas sebelum engkau persaksikan kepada
Rasulullah s.a.w., lalu bapa saya pergi menemui Nabi s.a.w.
untuk mempersaksikan pemberiannya. Rasulullah s.a.w.
menanyakan kepadanya : "Adakah engkau perbuat
seperti itu kepada semua anak-anakmu?" Dia menjawab :
"Tidak !" Beliau bersabda : "Patuhlah kamu kepada Allah
dan berlaku adillah kamu antara anak-anakmu?"
Bapa saya kembali pulang dan mengambil kembali pemberiannya."
Hadis sahih riwayat Muslim


bird-wallpaper_zpsr0w3jwi8.jpg
 
tidak boleh mempusakai harta orang kafir


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
لاَ يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ وَلاَ يَرِثُ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ

Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tiadalah seorang muslim menerama pusaka dari orang kafir
dan tiada pula orang kafir menerima pusaka dari orang muslim"
Hadis sahih riwayat Muslim


humming-bird-wallpaper_zpsetkx13ya.jpg
 
mewangikan masjid


وَعَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ أَمَرَرَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
بِبِنَاءِ الْمَسَاجِدِ فِى الدُّورِ وَاَنْ تُنَظَّفَ وَتُطَيَّبَ

Dan dari Aisyah r.a. , ia berkata :
"Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh mendirikan masjid dikampung
dan supaya dibersihkan dan diberi harum-haruman
Hadis riwayat Imam yang lima kecuali Nasai


17627-desktop-wallpapers-bird_zpseiqojufd.jpg
 
berbaring di masjid


وَعَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّهُ رَأىَ
رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
مُسْتَلْقِيًا فِى الْمَسْجِدِ وَاضِعًا إِحْدَى
رِجْلَيْهِ عَلَى الأخْرى

Dan dari 'Abbad bin Tamin, dari pamannya,
sesungguhnya dia pernah melihat Rasulullah s.a.w.
berbaring di masjid sambil meletakkan salah satu kakinya pada yang lain
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim dan Ahmad


HD-RED-BIRD-WALLPAPER-BACKGROUND_zpsh77o9chm.jpg
 
Allah suka masjid


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya,
dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.”
Riwayat Muslim


bird-8_zpsjdqzwshy.jpg
 
Back
Top
Log in Register